Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, January 15, 2015

School Hunting

So harini mama pegi melawat another Special School. First impression I think its better than the previous, but....... Mama masih belum berpuas hati. Still not the right one I think. 

Entah la.. Serabut jugak rasanya nih. Nak kena finalised by end of February. Tu deadline for application. Dapat tak dapat tak sure lagi. Mama rasa mana2 special school pun sama je kot. It will never be right. Maybe Z blom ready for big school?? (Or mama yg blom ready).

Another option is to extend pre school for another year. Mmg selalunya umo 5 tahun dh kena masuk sekolah, but kalau ikut Dept of Education, 6 tahun is mac. So boleh je kalau Z nak stay preschool lagi setahun. Cumaaa.. He will not get SNA anymore. Sebab dia dh dpt 2 tahun dah. Problem tu kalau takde helper. 

So kalau nak extend, another option is Special PreSchool. Kalau under SMH special ps nih utk yg medical needs jer. z tak layak pulak. Mama kena carik sendiri. Dah google tadi, mmg tak banyak choice. Besok la mama call sekolah2 tu tanya camne. 

Worst come to worst, mmg SMH la sekolah Z next year. Lepas visit another school tadi, walaupun that school is better, mama mcm dh boleh terima sikit SMH tu. It will be an easier transition for Z. Sebab dah biasa sekolah tu. Plus will be under similar team and Mairead n cikgu Yvonne ada utk tengok2 kan Z in the beginning. Cuma the junior class tu jer la yg merisaukan mama. Sigh.. 

Monday, January 12, 2015

2015

Lamanyaaa tak menjenguk sini. Malas berlemak2 dah ni.. tatau nak tulis apa, dah terlalu banyak tertinggal..
Quick update:

1. Winter, alhamdulillah Z sihat2 saje sepanjang winter nih. Antibody dia sangat kuat walaupun kadang2 mama skip supplement Z, tapi Z still in good health. Mama plak yang demam teruk sejak 2 weeks ago. Risau jugak takut berjangkit, tapi Z memang KUAT! Papa yang berjangkit since past 2-3 days. Harapnya Z akan remain strong.

2. Cuti Xmas from 23 Dec. Z masuk sekolah 5 Jan, mama baru masuk keje harini (MC last week). Cuti ni pegi Belfast jer. Tak pernah lagi melawat Titanic Gallery yg baru bukak tu. So stay there 3d2n. Pastu mama pegi London jumpa kawan mama masa Boxing Day. Itu jer lah activity cuti. Balik pada Belfast tu mama demam tak bangun2, tu pasal la tak kemana2.

3. School hunting
Mama masih mencari sekolah yang terbaik untuk Z. Sebelum xmas haritu dah pegi melawat sekolah yang asalnya merupakan first choice mama. Memang dah aim nak ke sekolah tu, tapi.... bila mama p visit, rasa macam tak sesuai pulak. Senior classes are great, tapi untuk junior start agak merunsingkan mama. Rasa macam a bit set back from where he is at the moment. Tanya parents yang lain, diorang kata memang kena expect macam tu kalau nak hantar ke special school. Sebab mostly akan hantar ke Mainstream for junior. Bila dah besar skit baru diorang pindahkan ke special school. as a result, not much attention paid on junior classes in special school.

Masalahnya mama memang nak hantar Z ke special school. Main reason is anxiety. Z memang tak boleh focus in big group. kelas Z sekarang ada 7-9 kids jer at one time. September lepas dah masukkan Z ke pre-school class. Ada dalam 18-20 kids. the worst 2 weeks experience. Dia memang phobia habis. Last2 mama mintak dia turun kelas. Barulah ok.
Nanti kalau masuk Mainstream School, walaupun ada SNA, you have to expect at least 25-28 students in class. Memang tak boleh la mama rasa. Kalau masuk Special School dalam 6-8 kids jer.

Khamis ni mama nak p visit another Special School. Kalau sekolah ni better, nak kena pindah la pulak. Sebab sekolah ni area Dublin South. Kat sini sekolah kena tengok area. Padehal address rumah skrg walaupun Dublin North, tapi jaraknya tak sampai 10 meter pun dari sungai (border north/south dublin). So kalau nak apply sekolah ni, kami kena pindah ke seberang sungai :D. Tak kisah la, asalkan dapat sekolah terbaik. Yang mama risaukan cuma 1, kalau sekolah ni pun tak sesuai, nak kena carik sekolah lain pulak.. adoiii.. mama nih tak reti sangat bab2 birokrasi nih. Ini pun cikgu Mairead yg tolong. padehal sekolah ni bukan under their service. Tapi dia kenal cikgu besar. so dia tolong set appointment. Kalau tak berkenan jugak, mama kena la carik sendiri.. :(

worst possible, mama terpaksa jugak hantar Z ke sekolah SMH yang first tu kot. Cikgu Mairead bagitau dia akan cuba apply untuk Z terus masuk kelas senior. Tapi selalunya kena jugak spend few months with junior. Hmm.. kesian Z. Kelas tu ok, cikgu2 and SNA pun ok.. cuma mama risau sebab budak2 dalam kelas tu semua kategory severe that need medical help. Nanti Z takde kawan. We have work so hard to improve his social skills, takut nanti dia pick up the bad habits and his autism traits will be worst. itu yang mama risaukan. kelas senior2 ok sebab bebudak lain semua dah pandai bergaul. entahla...

Semoga dipermudahkan pencarian sekolah Z nih..

itu jer kot update terkini.

Tuesday, September 2, 2014

PreSchool

This week Z officially started pre-school. Mama happy sebab dah naik kelas, but at the same time hati mama risau. Sebab mama tak suka cikgu kelas preschool tu. The good thing is we still got cikgu Yvonne for another year. It will be 5 mornings per week, so Z boleh belajar dengan sempurna. Its a good based and experience for him before he starting real school next year..

But.. cikgu Yvonne cuma akan ada waktu pagi. So for Monday & Tuesday afternoon Zach akan di'jaga' oleh cikgu Emma. Honestly mama meluat sangat dekat cikgu Emma. Bukan saja mama, Yvonne pun menyampah dengan Emma. She used to be his cikgu when he was in previous toddler room. Then bila Z move to Toddler Zambia, baru dapat cikgu Nikita and at the same time, Emma move to PreSchool class. So now we meet again -___-

Hari rabu Z cuma sekolah half day. Mama akan pegi ambik dia around 1 O'Clock. Time tu bebudak kelas Z semua tengah nap, so Z akan berada dalam kelas PreSchool for a while until mama sampai. Mostly bebudak yang tak tido memang diorang akan letak kat kelas ni la. its lunch hour, so cikgu2 akan bergilir2 untuk jaga class nih between 12.30 - 1.30. Last 3 weeks mama pegi ambik, cikgu Emma yang jaga dengan cikgu Gloria. Semua budak kat garden luar. It was very windy and quite cold. Dari luar mama nampak Z dekat spot biasa dia, tepi pagar tengok orang n kereta lalu lalang. Jaket tak pakai, hingus meleleh dah nak masuk mulut dah. Kaki dan tangan sejuk beku. Sebak mama tengok. Cikgu Emma plak dok sembang dengan cikgu Gloria, kekek2 ketawa. Cikgu Gloria tengah dukung baby, dia cikgu kelas baby room, ada 2 other babies dalam stroller. Cikgu Emma? GRrrrrrr! Geram betul mama. Bila nampak mama, terus la dia tegur buat2 ramah dia tu.. ikut mood jugak, kadang2 dia peramah (yang memang dapat dirasai ketidak ikhlasan), kadang2 pms memang dia masam jer..
Anyway, balik tu Z demam selsema. Great! Memang menyumpah ler mama dengan cikgu Emma tu.

Now this week Z dah start kelas baru. Semalam masa mama hantar diorang kat garden. so Z is enjoying it la. Acara bebas. Harini masa mama hantar, diorang kat activity street. Mama nak kena isi borang2 untuk sekolah Z, so mama duduk je la kat hujung sambil2 tengok apa Z buat. Classmate yang lain tengah main painting. Z plak cikgu Emma pegi ambik sebakul pots and pans biar je Z main sorang2 (cikgu Emma kat sebelah la). Cikgu Emma kata Z suka main pots and pans. Really??? Last year memang ler Z suka main pinggan mangkuk. Now not anymore! Z now loves blocks, puzzles etc. Z macam terpinga2, ape aku nk buat dengan pinggan mangkuk nih? Dah merengek2 dia nak ikut mama. Sebak hati mama tengok.

Tadi Mairead (Home Teacher) call. Dia cakap Yvonne akan start on Thursday. Alhamdulillah.. lega mama dengar. Mama citer la Z dah masuk kelas PreSchool. Mairead pun selalu jugak melawat Z kat sekolah, so she knows cikgu Emma well. Dia pun tak puas hati. Dia cakap hopefully Emma akan ditukar ke kelas lain soon.. but I doubt it. PreSchool is the 'highest' class anyway. Cikgu Emma tu Supervisor, memang situ jer la dia akan menetap.. sigh... semoga semuanya dipermudahkan..

Sekian luahan rasa tak puas hati mama.

Monday, August 11, 2014

Z IS FOUR!







Happy Birthday Zach!
Alhamdulillah.. Dah 4 tahun anak mama.. Syukur sangat sebab Z sihat, happy and developing well :)

Nanti lah mama update more about Z's birthday and milestone.. :)

Saturday, July 26, 2014

Tumpang

Amaran: entry luah perasaan. Tak payah baca pun takpe.

Mama tengah bengkek dgn somebody nih. Geram terpaksa diluahkan di sini. 

Sejak ada Z, mama kalau boleh memang merahsiakan drpd certain 'kawan2' kalau nak balik Msia. Why? Bab tumpang barang. Simple je sebabnya, tapi tension mmg boleh meleret2. 

Ada sesetengah kawan mama nih, jenis tak berkira. Memang bagus la sifat diorang tu. Tapi yang menjadi masalah tu bila bab menyusahkan orang pun diorang tak berkira. Kalau stakat nak tumpang kirim mende kecik2 tu takde masalah la.. Mama tak kisah pun. Yang mama kisahkan ni bab menumpang barang yg kalau boleh satu beg luggage 28" tu pun depa nk kirim.

Kes ni balik haritu kawan mama mintak tolong paskan barang kat family dia. Mama pun ok je la. Baju untuk anak sedara katanya. Ingatkan 4-5 helai je. Skali separuh beg! Baju2 lama anak dia skali dia kirimkan. Seriously? Kalau ikutkan banyak je baju2 lama Z yg mama nak bawak balik bagi sepupu2. Tapi sbb ingatkan berat n nyusahkan je nk bawak, mama simpan je la dlm stor nun. Ini senang2 je kena bawakkan utk org. Nasib baik lah tak kena excess luggage kat epot tu. Fine, tak pe la.. Mama dh ckp kat dia ok la sbb nak balik msia takde la penuh barang, nak balik kesini nanti tu kompem la banyak yg mama nk bawak kan..

Skali bila balik nak pass kan kat family dia tu, family dia siap kirimkan kuih raya. Bukan sebekas dua yer.. Satu bag yg kalau sumbat dlm big luggage tu mmg makan space more than separuh la. Seriously??? Mama dh cakap kat family dia, ish tak muat nih beg saya.. diorang insist jugak suruh ambik n try sumbat. Kesian katanya ngidam.. Kalau tak muat nanti bagitau, diorang dtg ambik balik.. Tak kan la pulak kan.. So ambik je la.. Mama bawak jugak la, tapi separuh je drpd kuih muih tu.. Itupun.. Masa kat klia mlm tu kami kena punggah semula luggage n beli kotak baru. Sebab dh excess. Dengan kelam kabut nk check in lagi. Gate dh nk tutup baru habis check in. Berkejar2 ke gate pulak. Nak belikan coklat utk opismate pun tak sempat.

And thats exactly why we limit our luggage. Mama memang slalu bawak 2 beg besar jer kalau balik. Nak beli barang stok makanan sendiri pun pikir 4-5 kali sbb takut tak muat. Pastu org lain senang2 nk 'tumpang'. Muat memang la muat, berat?? Pastu MENYUSAHKAN tahu tak? Kite nih sebolehnya tak nak tergesa2 di airport. Nanti stress Z mesti tak selesa. Dengan anxiety dia lagi. So yes we try our best utk minimise airport stress.

Balik haritu gak ada kawan mama pesan barang dari sini. Bukan sikit2, pesan macam dia pulak yg dtg shopping kat sini (dia mmg duduk sini dulu). Semua bende dia nk suruh bawak balik, dari ke henbag murah ke henbag mahal (total 6 bijik yer!), baju seluar n paling tak tahan stokin 5 set. Masa ambik order tu (mama cuma tolong belikan jer bukan ambik profit or such yer), mcm ok je. Turn out mmg banyak giler! Mmg la dia kawan baik mama, tapi bila dh sampai kena buat 1 luggage extra utk dia tu, melampau la jugak kot.. But at least balik KE msia mama tak kisah sgt la sbb slalu memang tak banyak barang..

Tak faham betul org macam gini. Bukannya diorang tak tahu payahnya nk travel jauh2 ni. Pastu bleh pulak cakap, alaa susah sekejap je.. Ooii stress sampai harini tau tak! 

Ini pun mama dh rahsiakan kepulangan. Especially to those 2-3 org. Yang tu kalau tahu, memang confirm  memesan jer la kerja nya. Again, mama tak kisah stakat pesan bende penting ubat ke.. Ic ka.. Cream muka anak ka..Or kawan2 msia nk pesan barang dari sini stakat henbeg sebiji dua tu mama mmg tak kisah la.. Tapi kalau yg jenis pesan berbakul2 nih adoiii sakit jiwa jadinya.. 

Dulu 2-3 tahun lepas balik dari msia ke sini, kawan mama nih nak tumpang. Tumpang as in nak balik skali sebab husband dia tak dpt balik. Ada anak 2. Ok mama tak kisah la..  Papa pun ada, boleh tolong2 tengokkan diaorang. Tapi yg mama tension tu, ada pulak lagi sorang ' kawan' kitorang nih tumpang barang dgn dia. Tumpang 2 kotak yer! Orang tu dah la travel 'alone' dgn anak2. Ko boleh plak suruh dia bawak barang ko??? Barang berniaga pulak tu. Memang la kami boleh tolong uruskan masa check in. Tapi punya la kelam kabut dengan anak2 dia lagi, dengan over luggage lagi. Pastu dia dah stress, anak2 (both boys aged 1-3) dah melalak2.. Habis bad mood bebudak tu dlm flight. Bukan sejam dua flight journey.. Total dekat 20 jam tau! Kesian sangat tengok. Pastu papa pun stress, Z pun stress end up semua org stress. Mmg papa dh warning dekat mama lepas nih jgn lagi balik dengan kawan mama tu.. Sigh.. Mama yg tersepit..

Tapi tu lah..tak faham betul mama dengan sikap org macam nih!! As far as I remember, sejak 12 tahun mama kat sini, tak pernah lagi mama buat org macam tu. Paling2 pun stakat pesan IC or driving license je kot.. Kalau dah rasa banyak sgt barang yg nak tu, apa kata bayar je la kat pos tu haa.. Jangan le kedekut sangat sampai nyusahkan orang.. Grrrr!!! 

Mode: buat kuih raya 
(Tgh geram sebab org lain yg dapat kuih raya lagi banyak drpd kuih raya yg mama bawak utk diri sendiri.. Now mama kena sinsing lengan buat kuih raya utk makan sendiri.. Kalau lah mama beli je haritu kan senang.. Tak payah susah2 nak buat dah.. Hai nasib badan.. Huhuhu)