Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label bibik. Show all posts
Showing posts with label bibik. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Maidless part 2

BEWARE: Ranting entry (kasik chance la mama feeling2 surirumah.. nak masuk kategori supermom tu memang jauh lagi laa.. :p)

masih huru hara jadual mama nih.. takde lah teruk or letih, cuma masa untuk bersenggang tu mmg dah lesap huhu.. mainly sebab cinta hati intan payung mama yang sorang tu mmg nak mama entertain dia jer sepanjang masa.

Ada waktu senggang untuk aktivity yang satu ni pun mama dah cukup happy.. hihihi

masak pun sambil dia bergayut kat kaki.. vacuum rumah pun sambil main kejar2.. blom lagi bab melipat or mengemas rumah.. kita lipat dia g kirai.. apa benda yang kita kemas, dia g keluarkan balik haiyoooo.. nak online lagi la jangan harap. mama pegang ipad, dia pun nak ipad.. mama pakai ipong, dia pun nak ipong.. mama p ke laptop, dia pun sibuk nk main laptop jugak... aiyooo.. fb pun mama dah jarang bukak nih.. apetah lagi blog.. dedulu boleh jer biarkan dia kat depan dengan bibik while mama online or tengok tv dalam bilik.. sekarang terpaksa update blog kat opis jer la jawabnya.. (eh?)

hari kerja lagi la.. pagi tadi mama kejut bangun pukul 7, terkulat2 dia nak bangun sebab semalam tido lambat.. end up dekat pukul 8 baru bangun.. kasik susu, then bersihkan badan n tukar baju (pagi2 x yah mandi, sejuukkk hehehe). Lepas bagi breakfast, mama pun masuk bilik nak pakai tudung kejap (mama dah siap awal2 sebelum tu). elok mama keluar bilik, tengok ada org tengah meneran pulak.. adoiiii.. kena la tunggu kejap.. takkan nak bawak dia g skolah camtu kan.. dah kena tukar baju suma sebab wangi sangat huhuhu.. dah la sejuk2 ni kena pakai baju berlapis2.. last2 dekat pukul 9.30 baru keluar ke skolah, pukul 10 baru mama sampai opis. sigh..nasib baik office hour mama flexible, cuma kena balik lambat jer la nanti..

Alahai.. besok kena timing 30 mins extra for ukk ukk laa.. hehehuhuh..

btw, dont get me wrong. so far mama masih prefer takde bibik. penat memang penat, tapi tak sakit hati.. heheheheh... pastu yang terpaling penting mama boleh spend more time dengan Z. mama happy boleh pantau how much Z makan or minum. how many time Z uk ukk.. boleh exercise dengan Z. boleh baca buku dengan Z. to see him smile and to hear him laugh is just PRICELESS... :)

Monday, December 3, 2012

Maidless


First week survived. Tu pun sebab papa cuti lagi hikhikhik.. Isnin dan Selasa Z skolah, papa yang hantar dan ambik. Rabu –Jumaat papa jadi ‘daddy day care’ la.. Komen papa, ‘Good luck mama!’ HAHAHA.. 
 
Kebetulan Z kan kena vomiting bugs, so dia mmg extremely cranky.. Papa merungut dia mmg x leh rest langsung (well he still can play game in between, so tu consider rest la tu papa oii..) Mama pulak, balik keje ja terus flat.. Jet lag kan..(alasan baik punya..) Most of the time papa yg masak2 for dinner (mmg suami mithali la..), while mama take over jaga Z. Pastu pukul 10 jer mmg mama dah tido. Awal2 haritu Z bangun pukul 5, jadi mama pun kena lah bangun jugak.. So time ni lah baru mama sempat mengemas dan membasuh.. Alhamdulillah, rumah still manageable..

This week papa dah start keje, so tadi pagi mmg kelam kelibut sikit lah.. Pukul 7 papa dah keluar, tinggal mama terkontang kanting masak utk Z n siap2kan dia ke sekolah. Selama ni mmg bibik yg buat semua tu, mama cuma siapkan diri sendiri jer hahhaha.. Plan asal mama nak keluar rumah pukul 8.30, hantar Z then by 9am mama dah boleh sampai opis. Tapi harini pukul 9.30 baru mama sampai opis.. Takpe la, first day kan.. Lama2 cekap la yer tak.. 

Z having fun during his bathtime ;)

Memang mama selalu masuk opis pukul 9.30, tapi mama balik pukul 6. Dah lambat sangat nk g pick up Z nanti.. Kalau mama masuk pukul 9, bleh balik pukul 5.30, mama should be at Z’s school before 6. For today, mama akan keluar lunch 30 mins jer laa.. Esok kena try bagi awal sikit lagi.. Macam mana lah kalau time mama busy nanti yer.. Selalu mama balik pukul 7/8 camtu.. Skolah Z pukul 6.30 dah tutup.. Sigh..

Anyhoo.. From this week on, mama cuma akan bekerja 3 hari seminggu! YEAY!!!! Unpaid Leave mama dah diluluskan hihihihi.. Tak sabar nak jadi part time SAHM nih.. Walaupun hanya utk sementara jer, still am really looking forward to it. Dah banyak plan dalam kepala untuk Z nih :D

(Kecoh macam la ada anak 5 orang (-___-) )

Friday, September 7, 2012

Berasap!!

Semalam cik bibik memang benar2 menguji kesabaran mama.. Dah lama mama simpan sebab kenangkan dia tu 'sedara'. Well tak de lah sedara sangat pun, setakat kenalan sekampung jer.. Tu pun bukan sekampung, selang 2-3 kampung jugak.. 'sedara' sedara lah jugak, tapi kami bayar gaji yang sepatutnya kot. So we expect you to carry your responsibilities. Of course lah nobody perfect, mama pun curik tulang kat office kadang2.. Tapi nih memang dah melampau!

Memang mama dah cakap dekat dia, mama tak kisah sangat dia tak reti masak, or tak reti kemas rumah.. tapi kalau main2 bab jaga Z, itu memang boleh menimbulkan amarah!! Setelah hampir 2 tahun bersabar, semalam mama memang dah lost. Pagi2 dah buat hal. Z merengek2 dekat sejam. Memula sebab nak tukar diapers. Punya lah lama ko ambik masa nak tukar diaper? Kemudian kasik makan pulak.. Bila mama nak g kerja tu tengok dia tengah lap muka Z. Z melalak. 5 minit kemudian still lap muka n Z still melalak. Lamanya ko lap muka? dia menjawab, ''Z nih duduk tak diam..'' Lap mulut jer kot.. Z pulak tengah duduk dalam highchair, bukan nya boleh lari kemana2 pun.. Apa yang susah sangat? Pastu boleh pulak menjawab tu.. 

OMG, some people memang tak sedar diri! LEMBAB. That's the word. Tanyalah kawan2 mama. Semua mmg dah tahu tahap kelembapan dia nih. Nak tukar baju Z pun ber jam2. Nak panggil Z tukar baju pun setengah jam.. ''Z..meh la tukar baju.. x80..'' Ulang ayat tu jer, sambil mata tengok TV. Apa kata ko ambik jer dia then tukar baju cepat2, then lepaskan dia? Ni tak, berat bontot. Kot dia betul2 belek and siap2kan Z hingga betul2 wangi dan kemas tak pe jugak, nih sama jer before and after. Baju jer bertukar. Sediakan air panas nak mandi pun setengah jam. Belum mandi lagi tu. suruh potong sayur pun sampai sejam. Belum masak. Dulu pernah suruh dia masak ayam masak kicap, 2 jam kat dapur. Ingatkan dah boleh makan nasi ayam lah! Kalau nak bawak dia keluar, kita yang kena tunggu dia bersiap. Mama dah siap, mama dah siapkan Z, dia dok membelek muka kat cermin lagi. Memang tak sedar diri. Da la pemalas, kemas rumah lagi tak suruh, tak buat.. Masak memang tak leh harap ler, baik kami makan megi jer dari makan yg dia masak.. So sepatutnya keje dia hanyalah jaga Z. Tapi kalau dah 2 tahun, nak handle Z pun tak reti lagi, ape benda yg ko buat selama ini??

Something to cool me down a bit..
Lepas berperang mulut dengan dia, mama terus blah ke opis sebab dah lambat.. Masa tengah jalan tu terpikir, hish, nanti kalau dia buat apa2 kat Z macam mana? So, mama call boss cakap nak g clinic (sorry boss, bohong sunaatt :p), then patah balik.. But kalau balik pun ada yg bakal kena sembur lagi, so mama singgah kedai kopi.. Cool down sekejap.. Then tepon papa.. Then tipon makteh.. Lepas perasaan.. Fuuh, lega sikit.. 

Balik rumah, tengok Z baru sudah mandi, so mama pakaikan dia baju, then bawak keluar.. Jalan2 dengan Z kasik tenang dulu. Dah tengah hari, mama bawak Z balik, and mama ke opis. Z was perfectly fine. No temperature and a happy baby..

Anak mama yang happy2 jer sebelum mama ke office
Sampai opis, pukul 3.30 dapat miss call dari rumah. Mama call tanya kenapa. Dengar Z melalak. Katanya Z demam semula. WHAT THE ****!! Masa mama keluar tadi Z tido. Sejurus lepas mama keluar tu dia bangun n start melalak katanya. Pastu tak henti2 melalak sampai sekarang. Pastu badan dah panas. Hoi! kalau dah ko biarkan budak tu melalak sampai sejam, memang ler boleh demam jadiknya. Pastu dia siap suruh mama balik skrg jugak sebab dia dah tak tau nak buat apa dah. Ingat ni opis ko ke? Ya Allah gerammnyaa mamaaaaa! Mama suruh dia kasik paralink lagi. Hopefully Z tertidur.. Honestly mama mmg tak suka kasik ubat kalau tak diperlukan, tapi nak buat camner lagi... Lagipun mama tahu Z mesti x demam as in 'real demam' pun.. Mesti sebab dia melalak jer..

Mama balik petang tu tengok Z ok aje.. Takde temperature langsung pun. Demam ke apanya? Cuma suara jer dah jadi serak. Melalak banyak sangat :(. Camon lah, budak menangis, susah benar ke nak pujuk? Memang lah Z nih kaki nangis (and I blame this on her attitute as well). Tapi mama tengok masa kat creche, pandai aje cikgu dia ambik hati Z. Ini ko dah keje 2 tahun dah, itu pun tak reti? Mama pujuk sikit jer Z dah diam. Pandai pulak dia kata sebab Z nak kat mama jer.. X mau dengan dia.. Kau tu spend more time than me with him tau! Duduk rumah sepanjang hari berdua jer dengan dia selama 2 tahun, bukan sepatutnya dia lagi attached dengan kau ke??

Benda macam gini lah yang mama bengang sangat dengan dia. IRRESPOSNSIBLE! Dia ingat dia datang sini nak makan angin jer kot. Mentang2 la mama buat dunno jer sebelum nih.. Apa satu pun dia tak ambik berat. Makan minum Z, mama dah buat jadual pun masih boleh skip2 ikut suka hati dia aje.. Breakfast, desserts n snacks mama yg prepared in advanced, dia cuma suapkan and masak nasik bubur jer.. Tu pun berejam.. Any therapy yg mama ajar n buat dengan Z, tak pernah langsung dia ambik tahu. Padahal dah suruh dia belajar n buat dekat Z, alasan dia Z tak nak. So, end up mama jugak yg kena buat. 

Seriously, tak pernah lagi mama jumpa pengasuh cenggini seumur hidup mama. Mind u, we have soo many pengasuh sejak mama kecik and 1 of her sisters used to work with us too (and her other sister work with my uncle and both of them are brilliant!). Selalunya kalau budak2 akan lebih rapat dengan pengasuh drpd parent sendiri. In our case, Z memang menyampah betul dengan dia. Kalau dia sentuh jer, terus Z mendengus n lari. Kalau dia try main2 pun mesti Z buat bo layan jer...

To be honest, mama memang menyesal. I should just sent her back last year when I realised how ridiculous she is. She doesnt really helpful to us except accompanying Z while mama at work jer.. No contribution at all towards Z development. Bukanlah mama nak blame it all on her, mama sedar Z has disability, but if she did what we advised her to do with Z, I believe that could help Z a lot!! GRRRR!!! GERAMMNYAAA..!!! 2 months jer lagi.. Sabarrrrrr!

* And disebabkan kekalutan semalam at work mama dah tersilap transfer 20k to wrong account! (I have a very good reputation as someone who never do mistake!) thank god its only internal and can be rectify.. Astaghfirullah... cool down mama.. cool down.. 
Sepanjang hari ni dihabiskan untuk membetulkan kesilapan semalam.. kalaulah kesilapan mama yang lain pun boleh dibetulkan macam ni kan bagus.. IF ONLY...*