Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Giraffe. Show all posts
Showing posts with label Giraffe. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Chicken Soup

http://www.amazingsouprecipes.com/wp-content/uploads/2013/04/chicken-cartoon.gif
Image googled
Semalam buat pertama kali Z makan chicken soup disekolah - ayam katok!!! Arrgghh tension x habis lagi mama nih ;(

Masa mama pegi jemput Z ptg semalam, mama perasan Z pakai baju n seluar spare. Cikgu cakap Z muntah lepas tea time, and then afternoon snack pun Z muntah. So mama tanya, what did he had for his tea? Dengan selamba cikgu cakap ' oh he had chicken soup, we just want to try something new for him today. Its good for him to taste different type of foods. But he didnt like it'. Mama macam blur2 lagi time tu, sebab risaukan Z muntah2 (mama selalu phobia bila Z muntah sebab it could be early sign of blockage SBO). Mama tanya la is there big lump in his soup? cikgu kata tak, they pureed the soup. Ok fine.. terus mama siap2kan Z and keluar kelas.. Masa tu baru terperasan... WHAT? CHICKEN Soup???? DAMN!!

Terus mama pegi bilik manager and asked her to investigate. Dia call cikgu Z utk confirmation, cikgu cakap YES, its CHICKEN soup. Oh my words.. Dia cakap dia akan investigate how it happen and will let me know.

So pagi tadi jumpa manager, dia explained. Katanya chef cuti semalam, and replacement tu 'tak perasan' bab halal. Cikgu kelas pun baru lagi kan.. dia memang ambik jer apa chef bagi, sebab chef yg patut tahu all childrens diet.. Manager cakap Z only took few spoons before he throw up. She promise it would never happen again. Nasib baik la jugak Z muntahkan.. 

Sigh.. bab halal haram ni memang mencabar betul especially when you are in non muslim country.. Mama boleh bertahan lagi bila diorang buat sambil lewa jer dengan Z.. sabar.. tapi bila bab makan nih, adoii.. jadi darah daging kot.. huhuhuhu..

Sekolah Z memang ada chef (professional) yang sediakan makanan untuk diorang. Lunch and tea time la yang dia akan masak2. breakfast n snacks makan cereal n buah2 jer.. Lunch mama memang masak n buatkan bekal untuk Z. Chef cuma perlu panaskan jer.. Untuk tea time tu mama dah pesan setakat vegetarian soup tu boleh la bagi Z. Tapi on other menu, just give him yogurt or puding (soya). Snacks takpe la memang buah2 jer.. (And we still pay bloody same fees as other kids).

Pastu untuk setiap meals, diorang akan guna personal mat untuk each kids so tak mixed up. Ramai jer dalam kelas Z yg ada special dietary requirement. No dairy ke.. no gluten ke.. certain2 allergy like egg ke.. or macam Pooja, no meat. Kalau takde special requirement, placemat kaler biru. Z punya macam kat bawah ni. And they still gave him chicken soup??? AAAA tension!







Friday, January 10, 2014

Sedih ;(



Sedihnya hati mama.. mgu ni cikgu Yvonne cuti, jadi Z extra cranky sikit pagi2. Tadi masa hantar, Z tak nak masuk kelas, sampai mama kena seret. Memula macam biasa la, cikgu ambik, but Z dah cebek2.. mama cepat2 keluar. Then mama pegi simpan stroller kat garden, pastu terdetik nak intai Z semula. So mama masuk balik, and intai from tingkap. Nampak Z tengah melalak tengah2 kelas, cikgu 2 orang pegi balik-pegi balik tengah kemas kelas tak hiraukan dia pun. Kawannya yg dalam gambar tu jer tengah pujuk (sambil tepuk2 kepala Z, which actually make things worst). Lama jugak mama tercegat kat situ, dengan harapan Z nampak mama. Tapi Z mengadap ke arah cikgu2 (sambil mintak perhatian la tu kot). Geram sangat, mama ketuk tingkap kelas tu kuat2, terkejut cikgu2 tu Nampak mama, terus tersegih2 n angkat Z. Mama pandang jer muka dia sambil tunjuk jari penunjuk (means be careful!!). Then mama blah. Huh, GERAM!! Sabar Z, ptg nanti ada cikgu baru datang kan.. walaupun cikgu baru tu tak sebaik Yvonne, sekurang2nya dia akan look after Z sorang jer.. mama pun x sempat berkenalan dgn cikgu baru lagi. 

Hari Selasa, this is only seconds before he burst into tears..
Actually mama dah lama perasan kes2 biarkan budak menagis nih. Especially kelas Z la. Ada lagi 2 org classmate Z pun kaki melalak. Everyday mama pegi (mama hantar Z lambat, pukul 9.30 baru hantar, bebudak lain mostly pukul 8 dah sampai), mesti salah sorang akan nangis, and memang cikgu diorang biarkan jer. Sampai berhingus2 bebudak tu, ntah dah berapa lama menangis pun ntah la. Kesian mama tengok, kadang2 mama pujuk jugak, tapi x boleh la lama2 sebab mama pun kena pegi keje. Terdetik jugak nak bagitau mak diorang, tapi mama pun x kenal sangat diorang, ntah2 memang diorang jenis yg kat rumah pun suka melalak ke kan.. But memang mama sakit hati tengok cikgu2 tu buat tak kisah jer.. kalau diorang tgh buat kerja tu lain la, ni kadang2 dok berborak jer sesama diorang (kalau kat garden especially), pastu 2-3 budak tengah melalak sambil panggil mommy2.. adoiii.. n today it happen to my own son. Ya Allah..  Memang lah tak de kes penderaan, but this is Emotional Abuse! Nak mengadu dekat manager? I think she is more than aware of this situation pun. Tetiap hari berlaku, and she is in the same building, x kan tak pernah nampak. I should go to HSE website and find out how to make the complaint.

Ya Allah.. terima kasih kerana tunjuk kejadian ni depan mata mama. For the last 2-3 days mama masih lagi was2 sama ada nak kerja part time (15hr) or just off terus. And now I am confident. Untuk Z, yes mama akan ambik whole 2 yrs break. Lagi 6-7 minggu jer yer Z. sabar lah yer.. Hopefully next week Yvonne is back, so every day akan ada sorang cikgu khas tolong tengok2 kan Z.


Tuesday, January 7, 2014

New Teacher!




Mama baru dapat call dari Mairead, dia cakap diorang baru approve extra support untuk Z. So far Yvonne keje 3 morning kan, now they have added another staff yang akan keje 2 afternoon (Thursday/Friday) Maksudnya tiap2 hari akan ada sorang assistant khas untuk Z. Yipppiiiii!!! Kurang sikit kerisauan mama..(Thank God bukan Carol)

Cuma.. Mama dah email bos semalam untuk ambik 2 years Carer’s Break. And he will meet me this afternoon at 4 to discuss about it. Haiyoo.. now macam dah bertukar plan jer nih. Nak piker pun tak sempat, lagi sejam nak jumpa.. haish, macam mana nih..

Plan asal mama, ambik carer break, but working 15 hrs per week (tu maksimum boleh keje kalau on Carer’s Break). So, mama nk mintak keje full day Monday, then half day Tuesday n Wednesday. Z akan pegi sekolah la on those 3 days, but Tuesday n Wednesday tu mama pegi ambik lepas keja tgh hari tu (Skolah still kena bayar full jugak). Another option is, kalau bos mama x approved 15hr tu, mama memang terus cuti jer la. But mama x boleh la nak hantar Z ke Giraffe 3 days per week. Sesia jer la mama cuti kalau nk hantar Z ke sekolah jugak kan. But at the same time, mama tak nak ler kehilangan Yvonne. So ada satu lagi crèche ni, jauh sikit but very similar to Giraffe, and much more cheaper. N they accept half day. Maksudnya mama boleh je hantar Z ke sana 3 half day (hari yg Yvonne keje). Takde la nk bazir bayar full day kan.. So that’s the plan.

Now, kalau dah cikgu lagi satu pun ada, macam mana pulak plan nya nih.. Should I just cancel my intention for Carer’s Break??? I don’t think so. I still need time to bring Z to therapies and all. So I think we just carry on with the plan. Tatau lagi cikgu baru tu best ke tak kan..

Now, I just thinking out loud. Sebab tgh gelabah nih nk jumpa bos kejap lagi, plan pulak berubah last minit.. fuuuhh.. I think I just go with my original plan la..

Mama dah discuss dgn Mairead, and she’s quite surprise jugak, but she also feels that Z will benefit more when I am not working pun. Tu la, lain kali bagitau la awal2 apa plannya.. mama memang dah bagitau dia dari dulu, yang mama akan cuba usahakan untuk cuti or kerja part time. Tapi mama x bagitau la bila.. sigh.. but at least the new cikgu will start from tomorrow until end of February (notis mama from 1st March). Untuk March on wards, we will think of the best way to deal with it..

But what if bos mama kata x boleh keje 15hrs per week tu? Should I cancel my plan? Mairead kata dia tak sure Safari tu covered under her area or not. Safari tu dublin 2 address nya i.e south side dublin. Mairead cover North side jer (our home n Giraffe is in Dublin 1 ie North side). But dia cakap certain town area still covered just because they are on the border. Kalau mama tak keje and have to pay for Giraffe, i think that's a waste especially when I dont even like their sevice. We probably would end up loosing the support workers. The good thing is, Z will be eligible for free Pre-School in Sept. So, kalau kena berhenti sekolah pun, it only be from March - August. Actually, we probably still afford to pay until June kot. Yvonne keje sampai June jer, July/Aug summer break.. Hmmm.. boleh kot..InsyaAllah...

Pening lalat mama jadinya nih.. 
Semoga Allah permudahkan urusan mama dan Z.. aminnnn…

Update:
Just had the meeting with my boss, he approved the 2 years Carer's Break, but he cant promise the 15 hrs work just because the nature of my work doesnt suit the 2 days (Mama look after couple of project portfolio value over 30m euro) it quite a huge amount and wont suit the 2 days work obviously. And he also dont think he could find a part timer replacement to cover for the 3 days. But it should be easier to offer a 2 year contract to another accountant, which I couldnt agree more. However, he promised to find another post in different sections that might suit. Honestly, mama agak tawar hati. I always told myself, kalau x dapat keje yang mama buat sekarang nih, I dont think I really want to work at all. Better just stay at home and focus on Z for the next 2 years rasanya. Kalau kerja pun, x de la banyak sangat gaji for 2 days tu, and half of it have to be paid to Giraffe pun.. Penat lagi.. Baik dok rumah jer.. Ntah la, tengok la. Yang penting now I can go ahead and prepare the paperwork for the 2 years break. Hopefully dapat lah benefit tu. Amin..
Oh, and I need to organised my portfolio so its easy to hand over to other person soon.. -___-

Cikgu ganti

Cikgu Yvonne terjatuh masa cuti xmas haritu, and hurt her back. So sekarang tgh MC, katanya minggu depan dah boleh keje balik, InsyaAllah..

Sementara cikgu Yvonne cuti ni, Mairead (Home Teacher) arranged for a replacement, cikgu Carol namanya. Honestly, first impression, mama kurang berkenan. She is nice of course, but i just dont see the sparkles in her eyes. Macam nak keje tak nak keje jer.. Mentang2 la temporary, takde langsung initiatif nak get to know Z. Setakat bawak Z main, kasik minum makan n tukar lampin jer la.. tadi pagi (Selasa), Z melalak jer bila mama hantar. I am sure Cikgu Carol tu jaga jer Z dengan baik, cuma.. entahla macam takde beza je dgn cikgu2 lain kat sekolah Z tu. Tak de keserasian kot.

Semoga cikgu Yvonne cepat sembuh.. Z dah rindu. Cikgu Yvonne pun dah 2-3 kali text tanya khabar Z. Mama berdoa semoga tahun depan (Sept'14), cikgu Yvonne masih kerja untuk Z. Mama selalu juga dengar citer kat forum yang ramai parents not satisfied with their SNAs at school. SNA malas buat keje. SNA lagi banyak bantu cikgu kelas dari bantu anak diorang, SNA yang tak tahu apa2.. macam2 lagi lah.. and Alhamdulillah we got the best *SNA/PSW of all at the moment. Tapi bila Z dah masuk sekolah betul nanti (Sep 2015 - Junior Infant School) mesti dia akan dapat SNA baru.. or even worst, x dapat langsung.. sigh.. semoga perjalanan Z dipermudahkan.. amin..

*SNA - Special Needs Assistant, PSW - Preschool Support Worker
Kat sini kalau masuk sekolah (and eligible) boleh dapat assistant. Kat preschool mcm Z sekarang memang dapat sorang satu i.e. Yvonne. But bila dah masuk sekolah nanti diorang akan buat assesment, kalau layak/perlu baru diberi. Selalunya kid with DS memang akan dapat, tapi kena kongsi la 2-3 org dalam satu kelas.

Monday, December 2, 2013

Isu makan/minum lagi..

Tadik Giraffe's Manager call (few missed call earlier but mama ada meeting). Risau jugak ler sebab selalunya diorang call ni bila ada bende urgent.

Issue harini, Z tak nak makan katanya.. Tadi masa lunch diorang kata dia tido awal, x sempat nak kasik makan.. Dia tido 30 mins jer, then bangun n a bit cranky. they tried to feed him, but he refused and started to chough. Tapi x de temperature. Ayat normal dia, can you please come n pick him up early? Ok lah, dah Z tak sihat, nanti mama balik awal la.. (tgh tunggu pukul 4.15 nih, kalau balik sekarang, kena tolak half day pulak.. 30 mins to go). 

Sebelum mama letak tepon tu sempat la mama pesan suruh diorang try kasik yogurt or soya dessert, and she promised to do so..

Elok jer mama letak tepon, Mairead (Home Teacher) plak call. Dia kata dia ada pesanan penting dari Yvonne (Support Worker), they had meeting during lunch time today.

Semenjak Mairead berjumpa dengan pihak sekolah pasal isu makanan / susu Z last time, cikgu selalu cakap Z minum habis, makan pun habis. Tapi Yvonne tak percaya (mama dari dulu x percaya report cikgu). Yvonne yang bagi Z minum susu pagi2, and she has to force him to drink. nak habiskan 3 oz pun susah. Sebab Z dah habiskan 6-7 oz bangun tido, and he will have a bowl of b/fast just before I send him to school. So dalam pukul 10.30 tu mmg dia masih kenyang buntang lagi la. But on the day that Yvonne not in, diorang kata dia minum habis. So agak pelik di situ. Pastu dia tak nak lunch. Dah 2 minggu dia x habiskan lunch. Mama ingat sebab diorang dah sumbat dia dengan susu, mungkin la dia dah tak lapar waktu lunch. But then dia akan wallop all the tea (soy dessert) and yogurt in the evening. Lapo la kan time tu.. Susu memang bawak 1 botol jer, kalau bawak banyak2 pun bukan diorang simpan dalam fridge, basi plak kang, pastu yang sebotol tu pun jarang2 habis. So mama kasik sebotol jer (and remember, its their policy - tak boleh bancuh susu di sekolah, mak bapak kena bawak susu sendiri - OK).

Anyhoo, Yvonne kata diorang baru tukar blender baru. The new blender is not that powerfull, so masih kasar2. Masa Yvonne kasik makan tgh hari tadi, Z dah macam tersedak2. Then he refused to eat, and went to sleep. (Yvonne left afterward sebab dia keje half day jer)

Laaaaaaa... patut laa.. Dulu penah dah jadi mcm ni skali. diorang siap tepon mama cakap Z tak nak makan. pastu paksa2 mama pegi ambik Z. selang 2-3 hari kejadian yg sama berlaku selama hampir 2 mgu jugak la. Pelik jugak mama, rupa2nya sebab chef cuti, chef gantian tu tak blend makanan betul2. Akibatnya cuti mama yang habis. Bayar tetap sama jugak. Geram betul lah. But of course la mama risau bila Z tak makan, cuma mama marah sebab bende tu dari pihak diorang sendiri, and they supposed to do something about it. Ni tak habis2 nak susahkan orang.

Mama ngadu tak puas hati la jugak dengan Mairead. Dia cakap Yvonne pun cakap mende yang sama. So dia akan arrange with dietitian n angkut skali psychologist and OT ke sekolah Z soon and they will have another discussion. For a moment, dia suggest mama blend kan siap2 makanan Z di rumah. Sebelum nih memang mama nak blend dari rumah, tapi diorang tak bagi - - sebab its their policy to prepare the food in their kitchen! 

Hadoii bertambah bengang la mama dengan diorang nih ;( Kesian Z, by the time he arrived home, memang nampak dia agak lapar. perut berbunyi2 jer.. kalau duduk dengan mama kat rumah, perut buncit selalu. mama bukanlah kerap bagi Z makan pun.. b/fast, lunch, tea, then dinner jer.. but he is full.. dekat sekolah kalau ikut jadul sampai 5 kali makan dari pukul 9-6 tu.. sigh..

Saya lapar tau!! (actually this is his first time pegang botol susu sendiri :))

k la, mama nak balik ambik Z.. Semoga anak mama takde apa2..


Wednesday, October 16, 2013

AidilAdha 2013

Raya? Apa itu raya? heheh.. kami x beraya langsung pun kali ni.. Z demam weekend sampai Isnin. So mama pun konon2 MC la jugak.. Hari Selasa (raya) mama memang dah ambik half day sebab konon2 nak p sambut raya kat Msia Hall paginya.. Rupa2nya Z ada appointment dengan SLT & OT kat sekolah. Alang2 tu mama join sekali jer la.. dah lama pun mama x jumpa his therapiest sejak2 back to work full time nih..

Z yang happy di pagi raya :)
Based on last meeting (sehari sebelum raya puasa haritu), Sinead and Kerri sangat berpuas hati dengan perkembangan Z so far. Meeting kali adalah untuk merangka plan for Yvonne (PSW) and Z in school. So mama cuma tokok tambah sikit2 jer la.. 

Especially in term of physical la. Sekarang Z dah semakin yakin untuk berjalan with support. pegang sebelah tangan jer.. hopefully tak lama lagi dia akan berani untuk melangkah sendiri.  Z jugak sangat 'nosey'. semua benda dia nak menyibuk. so that's a sign of exploration. ke hulu ke hilir dia nak explore. in term of speech/communication, mama rasa tak banyak sangat perkembangan compare to last 2 months. But there are small improvements. Any little improvement is a BIG achievemnts for us anyway :)

Oh papa pun join sekejap during the meeting and it was his first time meeting Yvonne. He was impress too! Seriously, mama pun x se organised her in keeping all Z's record. Dia siap simpan semua details pasal Z and also all assesment notes yang SLT, PT, OT, Psych and Mairead bagi.

Alhamdulillah.. Mama memang betul2 bersyukur dengan batuan daripada Yvonne tu. Dia pun memang betul2 sayangkan Z. Siap cakap lagi, kalaulah diorang bagi dia jaga Z 5 days a week, she will be happier. At the moment dia jaga another DS girl at different school. But for some reason she is more attached to Z. Maybe sebab Z needs more help kot sebab the other girl dah boleh berjalan and communicate a bit. Tak pe lah, at least ada.. walaupun hanya utk 2 or 3 days per week.. Mama dah bersyukur sangat dah pun..

Harapnya Allah akan sentiasa mempermudahkan perjalanan Z.. Amin..

Friday, October 4, 2013

Yuran Sekolah

Funny thing happen this morning..
Masa mama hantar Z ke sekolah tu, assistant manager panggil mama (manager cuti). Dengan muka yang masam tak bleh blah dia cakap 'your card is not valid, so Z fees for this month is still due!'. Hah? apesal pulak? Memang mama bagi card details untuk bayar yuran semalam (no cash policy). Dengan muka bersalah mama pun cakap 'Really? Ok, I'll pay with different one then..'

Sambil mama berjalan nak masuk ke manager room tu, sambil mama gelabah berfikir.. Rasanya mama bagi debit card yg sama jer, apesal x valid? takkan takde balance kot.. kalau bagi card yg lain pun rasanya semua card mama masih berbaki.. Habislah.. Ada orang curik duit mama ke? Si assistant manager tu pulak, muka memang macam nak telan orang lah. Eleh baru 4hb kot, takde lah lambat pun mama bayo. Bengkek jugak mama dengan attitude dia.

Masuk jer bilik manager, dia terus mintak card yang lain. Mama cakap, 'show me which card details u have since I have a few actually..' Barulah dia keluarkan invoice2 detail semua. Pastu dia tunjuk details mama, hmm.. memang bukan number card yg selalu mama pakai tu. So mama pun cakap, 'oh sorry, I must gave u a wrong card then..' (padehal yg lain tu pun sepatutnya ok jer..). So mama hulurkan lah kad yang biasa mama pakai untuk bayar yuran Z tu..

Bukan mama punya obviously..


AND... masa tu lah baru mama realised, dia pegi ambik card serial number yg kat bawah tu, bukanya number debit card!! hek eleh.. sampai ke taun depan pun x valid minah oooiii!! Punya lah terpampang number tu.. haiyooo..! Ko tak penah ada credit/debit card ke?? 
About 90% of people here guna credit/debit card.. Its not a luxury thing, it's just easy. Kedai sayur pun bleh bayar guna card.

Haa.. lepas tu barulah dia terhegeh2 mintak maaf.. Muka pun terus senyum tersipu2.. Baru nak tanya how are you.. Z camner, ok ka.. Malu lah tu.. amboi.. Tadi bukan main lagi muka ngalahkan singa! Kalau yer pun lah card mama invalid, tak boleh ke tanya elok2.. Baru first time jer kot payment sangkut.. Lain la kalau mama memang jenis lambat bayar senantiasa.. Haih manusia2.. Kerana duit pun macam2 hal kan.. Senang2 jer nak jump into conclusion..

Monday, September 23, 2013

New Best Friend :)

Mama kat luar pun dia dah tak peduli..




Zach sangat attached to Yvonne (PSW). Pagi2 sampai sekolah jer, terus dia carik Yvonne. Nampak jer Yvonne terus hulur tangan. Alhamdulillah.. syukur sangat sebab ada orang yang mama boleh trust untuk jaga Z while mama at work. She looks very sincere and mama dapat rasa yang dia pun sayangkan Z. Contohnya pagi tadi, Z sampai jer, dia yang dulu datang terkam n peluk cium Z. Rindu lama tak jumpa katanya.. So sweet.. :) terharu betul mama. I think as a mother of a DS kids, that's kind of a mutual feeling where everytime you see other kids with DS you just feel like they are yours :) Sebab tu lah mama rasa beruntung sangat bila dapat tahu yang Yvonne ni pun ada anak with DS. She's definitley treat Z beyond her pay cheque :)

The only problem is, Yvonne cuma kerja 2-3 half days per week. Isnin, Selasa and sometimes Rabu. Bila hari yang Yvonne takde jer, Z jadi tak keruan. Sampai sekolah kalau tak nampak Yvonne, mulalah dia buat perangai. Bukanlah tantrum, but upset. Menangis meleleh2 air mata sambil peluk mama kuat2.. adoiiii.. sebak betul mama.. Kalau dia tak menangis pun, dia nampak tak gembira and lost. I can feel him.. :( Sabarlah yer Z.. InsyaAllah 2-3 bulan jer lagi. Harap2 mama dapat keje part time balik. So Z only has to go to school during the days yang Yvonne ada and the rest of the week he can stay at home with me..

Ya Allah, bantulah kami dan permudahkanlah urusan kami..

Oh, Z also has another new friend. Sekolah Z ada cikgu baru, lelaki (the only male staff in the school). Mama pun tatau apa namanya. Dekat sebulan jugak la cikgu ni start. Dia tak jaga kelas Z, but for some reason tiap2 petang mesti mama nampak dia tengah dukung or bermain2 dengan Z. Mama selalu p ambik Z pukul 6 camtu, bebudak kelas cikgu tu dah balik awal la kot, sebabtu dia bleh look after Z. Dia cakap masa belajar dulu dia ambik subject Special Needs Support. So dia tahu ler camner nak handle Z and dia cukup suka melayan Z. Alhamdulillah.. Z pun nampak ok n happy jer dengan dia :)

Monday, September 9, 2013

Cikgu-cikgi & Pre-School Support Worker

 

Got this letter from Giraffe manager last week. Cikgu Amy dah nak resign. Kelas Z ada 2 cikgu (8 kids altogether). Z bawah Cikgu Katy, but for some reason he likes Cikgu Amy more. Cikgu Katy tu baik and memang nampak sangat la yang dia sukakan budak. Muda lagi, mama rasa baru 20 camtu kot.. Tapi Z memang tak suka dia. Kalau sampai pagi2 tu, cikgu Katy nak ambik, mesti dia tak nak. Siap tolak2 lagi. Muka pun dipalingkan ke arah lain. Kalau dia nampak cikgu Amy kat hujung kelas, cepat2 dia menuju ke arah vikgu Amy instead. Hmmm.. Entahlah.. Ada sedikit keraguan mama pada cikgu Katy nih..

Yang paling mama risaukan tu.. Walaupun cikgu Katy nih baik and good with children, I dont think she is capable to handle the whole class herself. Masa Z mula2 masuk kelas Toddler dulu cikgu Katy sorang2 jer jaga kelas tuh. OMG, kucar kacir n bersepah kelas! Pastu there's few occassion bila mama ambik Z waktu petang, punya la comot anak mama macam tak berjaga jer. And ada sekali tu Z berak pun dia tak tukar nappy. Masa mama pegi ambik tu dari jauh mama dah boleh bau dah, takkan la dia tak perasan kot kan.. Dekat sebulan jugak la kucar kacir time tu until cikgu Amy transferred ke kelas Z (cikgu Amy jaga lagi satu toddler room pada asalnya). And now it will happen again... Memang la diaorang cakap ada new supervisor yg akan look after the room, tapi kalau dah namanya supervisor, takde nya dia nak duduk sepanjang masa kat kelas tu. Dah la Z will be in school 5 days a week now. Lagi la mama stress memikirkan keadaan Z kat skolah nun..

Anyway, we have really good news. The Pre-school Support Worker (PSW) has started today :D. Yvonne namanya. Mama dah jumpa pagi tadi. Alhamdulillah first impression -- I am impressed! She looks like a very nice n professional lady. Even better, she also has an adult son with down syndrome! So she has great experience in raising a child with DS. And her son is actually studying in Trinity College (tempat keja mama la tu) and his class is above my office. How coincidence :).

PSW nih sepatutnya untuk Special Needs kids yang dah start pre-school. Kan haritu berlaku sedikit kekeliruan, ingatkan Z dah start formal preschool this year, rupanya dia belum layak. Tapi sebab diorang dah allocate PSW utk dia, takkan la nak fired orang tu pulak kan. PSW suppose to help the kids during the class. Contohnya kalau nak menulis/melukis, budak2 umo 3-4 tahun yang lain dah boleh pegang pensil sendiri, tapi Z Yvonne la yang akan buat hand in hand and also to ensure that the class run smoothly for Z.

Basically she will be with him ALL THE TIME. One-on-one. Makan minum n main pun dia akan bersama dengan Z. Yang mama terharu sangat tu, dia sepatutnya support jer apa yg cikgu ajar dalam kelas. Tapi in Z’s case, dia belum masuk formal pre-school lagi. Toddler room nih bukan la belajar sangat pun. Tapi Yvonne dah siap bawak materials for early education untuk Z. Dia kata dia akan buatkan bit by bit based on Z’s stage. She also know Lahm Sign Language and will use it with Z0 And she really study handout pasal Z yang cikgu Mairead (Z’s Home Teacher) bagi. She is aware of what he likes and dont like. Dia bawak ball, bubbles and also few flash cards. This week aim is for Z to ‘accept’ her. InsyaAllah mama rasa Z akan ok dengan Yvonne. Lega hati mama.. Walaupun hanya 2/3 hari (half day) jer seminggu, at least mama tahu Z ada somebody that he can trust in school.  

MasyaAllah.. Besar sungguh pertolongan yang Allah bagi untuk Z di ketika kita amat memerlukan.. 
Feeling blessed, Alhamdulillah.. :)

Update dari Mairead :)

 

Monday, July 8, 2013

PreSchool (& Summer is here)

Z supposed to start pre-school in September. Mairead dah arranged SNA (Pembantu khas untuk Z ketika dalam kelas) and Giraffe has been informed. He will go for half week preschool for 2 years. Pre school kat Giraffe jugak. Habis sekolah, masuk balik toddler room. That's the plan.

But everybody forgot that he was born in August 2010! So umur Z baru 3 tahun 3 minggu on 1st Sept!

To be eligible for free preschool scheme, a child must be aged between 3yrs 2 months and 4 years something. Mama tak tahu pulak kena umo 3 thn 2 bulan!! Mama ingatkan 3 tahun on the dot. Baru semalam mama baca betul2, terus call Mairead. Mairead pun terus menggelabah. Call sana sini nak tanya if anything we can make to be exempted from the conditions. Unfortunately no.

So we (mama & Mairead) decided to go ahead with the preschool since SNA pun dah ada kan.. Cuma kena bayar sendiri la. Problem is I dont know if the school will accept Z now. I am not sure how much different we have to pay and paling tension, mama baru jer berangan nak cuti tanpa gaji lagi. Kalau dah kena bayo preschool tu satu hal la, masalahnya mama tak tahu lah sekolah Z nak terima ke tak kalau mama nak hantar Z preschool saje - no daycare. Rugi la diorang kot sebab daycare yang make profit. Pre school shouldnt be that costly walaupun private sebab 3 jam jer sehari. And in Z case 2/3 hari jer seminggu. Giraffe Z nih ada 1 kelas jer untuk preschool, mesti diorang nak utamakan kids yang stay full time kat situ. Kalau under Govt scheme, nak tak nak diorang kena juga ambik Z. Now?..

Plan asal nak register jer Z for preschool dulu. Kalau mama nak ambik career break pun, maybe nov/dec baru boleh start kot. once Z place dah secure, kita blah la yer.. (chewah, confident jer mama nak cuti tanpa gaji ni.. papa tengah pening kepala x habis2 lagi.. hahahahah). Tapi what if the school tak nak terima Z sebab he is not under government scheme? Payah. Abistu SNA tu nak buat apa? takkan la nak tunggu Z kat toddler class sekarang..Kalau mama benti keje, memang tak mampu ler nak bayar toddler class, kena ambik paling kurang 2 full days per week, thats 600 euro (they dont accept half day) costly plus apa mama nak buat kat rumah kalau Z seharian di sekolah.. Kena carik sekolah lain la pulak yang accept preschool only. Ada jer, mostly montessory la untuk kids before 3 yrs. x de la mahal pun.. cuma masalah nak biasakan Z dengan new environment jer la pulak..sayang la nak tinggalkan Giraffe sebab Z dah biasa kat situ.. hmmm..


Anyway, summer has kick in. Actully we got 1 week of sunshine early June, then cuaca kembali kepada asal - sejuk dan mandom. But this weekend cuaca kembali menyinar :D Hopefully it will stay this way for few more days.. I really miss the sunshine..



Actually, I really miss Malaysia.. Nak balikkkk Malaysia!!! Nak bercuti.. am so stress and not really in the mood of doing any work at the moment.. Monday blues jer kot.. sigh.. sedih tengok Z tercebik2 kat sekolah pagi tadi. Classmate dia sorang nama Pooja (Indian girl), suka nk buli Z. Mama dah perasan lama dah. tatau ler sebab dia nak get my attention ke apa, sebab tiap kali mama hantar Z, mesti dia nk datang manja2 dengan mama (Mama ada rupa mak dia kot). Tapi yang tak tahan tu, mesti nak tepuk2 kepala Z la, tujal2 hidung Z la. Tadi dia g curah pasir kat badan Z. Tension jer Z, terus cebik2. Budak2, tak kan la mama nak ambik hati sangat kan.. tapi kalau dah tiap2 hari.. grrr!


(Jalan2 sekitar rumah jer.. papa was oncall on Sunday)