Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label physio. Show all posts
Showing posts with label physio. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Full House

Semalam first day mama as a part time SAHM.. (nak jugak mention tu kan.. :P)
Z ada appointment pukul 4.15 so mama plan sempat la kot nak kuar shopping kejap tengah hari tu.. Sekali pukul doblas baru mama habis mengemas dan mandikan Z, lunch tak prepare lagi. Z mesti nak nap dulu sebab pukul 1 mmg waktu tido dia.. memang tak sempat la nak keluar..
Nak sikat rambut pun susah..
Padehal bangun awal sama mcm hari kerja jer, punya la banyak mende nak buat huhuh.. lagipun ada orang nak datang rumah kan, kena la make sure rumah betul2 kemas (kemas la sangat..) tak per la, esok la pulak kita keluar shopping2 yer Z..

Oh, believe it or not, this is the first time mama duduk rumah berdua jer dengan Z! (I mean for a whole day) Mama pun baru realised. sebelum ni kan ada bibik, kompem2 la dia ada dirumah sepanjang masa kan.. even kalau on holiday pun, mesti ada papa.. so x pernah lagi lah mama kena 'tinggal' berdua jer dengan Z. kalau keluar tu lain la citer kan.. wow.. anak dah umo dekat 2 tahun setengah baru dapat spend time alone dengan mama kan.. kesian.. (-___-)
Ayu tak saye? hihihi.. pipi merah kena eczema lor sejuk2 nih..

Pasal appointment semalam pulak, yang datang Mairead (Home Teacher), Val (Dietitian) and Rianna (Physio Therapy). 

Val datang sebab doctor Murnaghan yang suruh. Kan dia bising2 haritu cakap Z dah underweight.. bila check Z punya berat 10.5kg. Val kata Z takde la underweight yang merisaukan.. sebab his growth chart still on the same line as before jer.. cuma sebab Z tinggi berbanding dengan berat dia, sebab tu Dr Murnaghan bising.. Dia kata its quite difficult for Z to gain weight sebab Z tak makan finger food or any textured food yet. Val suruh tambah protein dalam makanan Z. the easiest way is by adding fat. protein banyak dlm fat. Tambah 1 tea spoon minyak (olive/veg) pun dah ok sbb 1 sudu bersamaan dgn136 calorie dah katanya.. (eh, mama pun tak pernah kire brp calorie perlu diambik..). semenjak balik ni mmg mama dah letak 1 sudu sunflower butter dlm nasik Z. rasa lemak berkrim gitu.. pastu kadang2 mama buat nasik lemak utk Z. santan mmg bagus utk badan kita katanya.. so teruskan jer la.. jangan lepas ni Z jadi gedebob sudah.. dah la lately dia mmg suka makan.. satu mangkuk penuh (penuh sampai atas yer) dia boleh habiskan.. pastu bila mama cakap finish, mesti mengamuk.. dulu susu nak habiskan botol 4 oz tu pun payah.. sekarang (since xenotransplant actually) 6-7 oz pun dia boleh habiskan sekali hadap jer.. tapi berat still maintain, ok la kot..
 


While mama berdiskusi dengan Val, Mairead plak 'bermain' dengan Z. Tapi Z melalak jer lebih sambil bergantung kat kaki mama.. sabar jer laa.. maybe dia ingat Mairead nak bawak dia g skolah kot.. sebab last week Mairead dtg skolah Z. Dia jumpa teacher aoife sambil 'ajar' Z. Mairead kata masa dia kat sekolah tu, mmg nampak Z really unhappy. he looked tired and stress katanya.. sedih mama dengar :( hopefully Z penat sebab the long journey back from msia jer la.. (Dia pegi hari isnin, kami sampai hari ahad). lagipun pagi tu Z bangun tido pukul 4.50am! hopefully on other days he is enjoying his school :(. Mairead pun tanya apa plan mama lepas ni (apart from the part time leave). nak teruskan hantar Z ke creche ker? abistu, apa lagi option yg mama ada.. mama kena keje.. dia suggest find another baby sitter perhaps? sigh.. entah la.. honestly mama lagi prefer kalau Z pegi skolah drpd duduk rumah dgn baby sitter yg ntah hapa2.. kalau dapat yg bagus ok la, tapi mana nak carik? 

Mairead kata dia dah apply Special Needs Assistance (SNA) for Z untuk September tahun depan. Tahun depan Z dah umo 3 tahun, so dia sepatutnya dah boleh masuk Playschool. (toddler class pun tak naik lagi nih..camno?) anyhoo, kalau dapat SNA mmg syukur sangat laa.. sekarang ni satu Ireland mmg kekurangan SNA (budget takde). anak kawan mama (Firaz) yg dah kompem autistic tu pun blom dapat SNA lagi. so far mummy firaz kata dia kena masuk kelas khas jugak.. padehal he is categorised as a high functional autism.. Mairead kata dia dah letak Z as 'special case' sebab dia kan maybe ada dual diagnosis jugak.. so hopefully chances for us to get SNA is higher la.. SNA akan bersama2 Z di sekolah the whole day. so confident la sikit nak hantar dia skolah biasa nanti kan.. Actually this is one of the main reason why mama prefer to stay here in Ireland..  InsyaAllah..semoga adalah rezeki Z nanti.. Amin..

Btw Rianna datang tak buat apa sangat pun.. dia sampai dah lambat (jem katanya). masa dia sampai tu Z baru jer nak ok dengan Mairead. sekali nampak plak org baru, apa lagi melalak balik la mamat sorang tu.. end up Mairead jer la yg dok layan Z. Rianna suruh panjat2 sofa pun, Mairead yg tolong sampaikan.. 

Thursday, June 21, 2012

22 Months, Psych & Physio Appointments

Quick update for this month, berat 10kg, tinggi 84cm (last check up 13 June-Ampang Puteri)
milestone lain2 x banyak different from last month kot..

Harini semalam ada appointment psych and physio kat rumah.

Psychologist utk follow up balik msia haritu. Mama citer lah apa yg berlaku masa kat malaysia nun. Z melalak2 setiap kali nampak orang. Kalau kat rumah mmg berkurung jer dlm bilik, but he is fine bila keluar jalan2 or pusing2 naik kete. Walaupun Z still melalak2, but mama do feel that the tips yg dia bagi tu agak berkesan. contohnya kalau org tak approach dia, and buat tak tau jer.. he will slowly accept those people. so, Z tak kan meraung bila around them. tapi still x boleh pegang la.. tu pun bagi mama dah ok dah.. at least tak de lah stress mama dengar Z malalak.. :D

Masa jumpa Karyn semalam tu, Z tak melalak pun.. which for Karyn its a big improvement, so dia kata this is her last visits, tak perlu follow up dah.. what? nooo...! I still need you to help me Karyn! huhuhu.. mmg ler Z tak melalak, tapi tu sebab dia asik dok atas riba mama jer sepanjang meeting. kejap2 peluk mama.. so he feels safe. cuba mama letak, kompem melalak2 juga.. tapi Karyn ckp tak per.. biar dia safe dlm pelukan mama. that's the correct way to handle anxiety, but dlm masa yg sama keep including him with the society..

Mama tanyalah how to make things better? takkan lah nk tunggu sampai dia pulih sendiri. memanglah anxiety ni temporary jer, but until when? seriously mama rasa macam dia nak lepas tangan jer.. ;( mentang2 lah dia dh nk resign.. dia cakap dia dah mintak Catherine (Home Teaching Dept) utk pastikan Z dapat cikgu next few months. so, hopefully bila dah ada cikgu yg datang mengajar, Z sedikit demi sedikit akan accept other people.. hmmm.. ok.. tapi masalahnya cikgu datang rumah, so Z bukannya mix with other kids pun... so mama bagitau dia rancangan mama nk hantar Z ke nursery (part time jer la). dia cakap kena pilih yg bersesuaian.. tak boleh hantar ke nursery yg terlalu ramai org. biar yg ada small group jer.. nanti dia akan tanya kat home teachers around our area for suggestion.. hmm.. ok la sikit kot.. but honestly mama a bit dissapointed lah.. ingatkan dia akan bagi proper plan ke apa.. sigh..

anyway, lepas jumpa Karyn, jumpa Paula pulak.. sembang2 sekejap jer.. sebab Z mmg not in a good mood.. tak de improvement pun for the past 3 weeks sbb masa time kat msia tu mmg x practis apa pun.. akibatnya muscles Z dah lemah.. yer la, keja melalak n berdukung jer.. otot2nya kurang bergerak.. so, dia cakap to carry on what we are doing before jer la.. kena build the streght semula..

but 1 thing both of them notice, Z bertambah banyak vocal. still gugugaga no meaning lah.. heheh.. mau ke tak nya.. masa kat malaysia kan Z dah paractis meraung 24 hrs.. mmg lah bertambah kuat voice dia.. heheheh..

k la, mama loves you no matter what sayang.. muahs!!

Thursday, April 12, 2012

50 First Shoes

Bilalah nak boleh berjalan agaknya yer Z?
Kejadian
Di pagi hari kejadian

Weekend haritu kasut Z hilang sebelah. Sedar bila dh sampai rumah dah.. Mama dengan penuh semangat, sanggup turun balik untuk carik kasut yg hilang tu. harap2 nya jatuh dekat tesco bawah jer la sbb itu persinggahan terakhir kami. So, merayau2 lah mama serata tesco, x jumpa jugak.. Hmm, maybe jatuh kat kedai lidl masa mama beli buah2 kot.. So, mama pun cross the road ke kedai tersebut, x de jugak. Kedai daging kot, alang2 dah dekat, mama ke kedai daging pulak.. X de jugak.. Takkan lah mama nk ke henry street and all those shops pulak, kompem2 lah x jumpa.. So, mama pun berpatah balik jer lah dgn penuh kehampaan..

Old shoes
some of his old shoes.

So now, nak kena carik kasut baru lagi lah.. Kasut yg ada cuma size 5 which is quite big. Sekarang ni dah makin sukar utk cari kasut untuk Z. He is wearing size 4.5 or 5. Masalahnya ialah kakinya kembang most of those shoes are for walkers. He on the otherhand masih lagi memerlukan kasut for crawling or creeping. Yang tapak lembut2 kenyal tu.. Kadang2 mama beli jugak yg tapak keras tu. Pakai time keluar jer pun, bukannya Z nk berjalan or merayap kesana sini..

Latest
Latest 2 shoes for crawling (yg kelabu tu dh tinggal sejarah)

masa physio last week, paula suggest suruh Z pakai kasut all the time.. Dia kata kasut boleh membantu with balancing dan juga membantu tapak kakinya berpijak rata. So from now on, dlm rumah pun dh kena pakai kasut. Sebabtulah kena carik new shoes lagik..  Sekarang banyak design for summer. Comel2 jer, but sgain, tapaknya keras2 belaka..Maybe kena beli yg the same design dgn yg hilang tu jer la kot sbb dah x de design lain lg dah pun..

Err.. X de lah sampai 50 kasutnya.. -.-


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, April 9, 2012

Easter Break n Sensory

Long weekend! Good Friday and isnin plak cuti for Easter Sunday.. Weheee!!

Mama x kemana2 pun this weekend. Just rehat2 and kemas rumah n settled few things jer.. From next week mama akan start busy at work, have bunch of reports due end of this month and also end of May.

Reading

Memang betul2 malas rehat pun! Spent the whole Friday doing nothing (except layan2 Z la of course and some reading). Saturday baru keluar shopping n do groceries. Ahad plak managed to make few bookings for our next holiday. Today make this few tubs of sensory materials for Z.

Tubs

Mama agak risau dgn manual ability Z sebenarnya. At this age, he still cannot hold his own bottles yet. Apatah lagi nk suruh dia suap makanan sendiri. Dh banyak kali mama suarakan kerisauan mama pada his physio n paed. Diorang kata nothing to worry yet.. Maybe he just dont want to do it rather than incapable of doing it. Lgpun dia kan ada his own helper, thats why dia malas - kata his paediatrician.

Mama tanya jugak bila nk start occupational therapy. Diorang kata x perlu, unless sampai umur 2 thn nanti still x de improvement, barulah dia akan buat referral letter. Duh!

Hmm, ok lah, maybe dia malas. Tapi takkan lah nak biarkan dia terus malas kan? Dia boleh jer grabbing things, mcm time main or membaca or anything he has interest in. Cuma he does not tend to hold them longer! Dia pegang kejap, then dia buang ketepi. Lepastu dia ambik balik, then buang lagi!

Sebabkan itu, mama rasa it could affect him in standing up or cruising jugak. Contohnya now dia mmg dh boleh pull himself up by using my hands or furniture. Tapi masalahnya, as soon as he is standing up, dia akan terus lepas tangan.

Sepatutnya dia kena lah holding to the furniture first (and start cruising). Ni asik bangun, then jatuh. Kalau ada org sebelah ok lah. Mama risau kalau x de org jer. So far dia cuma gunakan sofa jer utk bangun. Ok lah lembut jer. Tapi dah beberapa kali mama tgk Z cuba berdiri by pulling the tv stand or the bookcase!! Aiyoo, kalau terhantuk camna tuh?

Anyhoo, his physio suggest to try different type of materials for sensory. Sbb Z ada hypotonia (low muscles tone) maybe jugak sbb tu tangan dia x rasa sgt anything that he touch. So kena stimulate more.. Mama nak kena carik lagi banyak materials for him. Nanti nak jahit few small bean bags la pulak. Pastu dh x de idea lg dah.. Try search online pun x berhasil sangat.. Anybody has any idea???

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, March 30, 2012

Party

This entry is just a pure rambling..

Its 2 am..
Imagine this, mama had a long day at work. 2 meeting at 2 diff places. Then mama had to literally run about 1.2km back home sebab ada appointment physio .terpaksa lari kalu x, mmg x sempat. Memula kawan mama nk hantar balik, but the traffic was quite bad, so she has to drop me off on my way home. Sampai rumah around 4.30. Paula dtg around 4.45 and finished around 5.30. Tadi tak sempat lunch, (just had 2 small sandwiches provided during meeting). So, makan sikit sambil layan Z and papa (facetime). Pukul 6 mandi n bersiap n off me go to hanen course. Class habis 9.15, sampai rumah 9.45. Z blom tido, so main2 sekejap sambil cuba tidurkan dia. He finally asleep around 10.45. Aahhhh..

Legaaaa.. Barulah boleh berehat sikit.. Switched on itv2 and watched recorded american idol. Tepat 11 malam..…


LETS PARTYYYYY!! Tetiba jer out of nowhere, jiran bawah rumah start berparty!! Very loud!! Ramai pulak tu. Mama rasa diorang baru balik dari pub (duit dh habis lah tu heh) and angkut segala manusia yg diorang jumpa, and start berparty x ingat dunia. Biasanya sampai pukul 5-6 pagi baru senyap. This is not the first time. Dh banyak kali dh.. Dh banyak report n petition dibuat oleh tenants lain, x jugak serik2. Padehal rules n regulations bertempek merata block aje. Some people are just pure ignorant!!! Bila org sound direct, diorang boleg lagi kuatkan volume! Mama rasa ni org baru sebab banyak cakap mat saleh. Yg sebelum nih indian (even worst) dah kena kicked out.
Hmm.. Kalau dh org block lain pun boleh tension, apetah lagi kami yg betul2 atas diorang nih. Dh la bukak pintu n berasak2 kat balkoni.. Mama rasa mcm nk pergi siram air jer!! Grrrr!! Mesti org bawah diorang lg tension kan.. X salahnya malay jugak kat bawah tu.. Mama x kenal sgt, tapi kalau jumpa tu bertegur sapa jer laa..

Sigh, sampai ke pagi lah mama x dpt tido nih.. Dah la esok mama kene pegi keje awal. Ofis mama tgh dlm tendering process utk new information system, and mama involve dlm decision making (wakil end user jer laa, bukan management) on which vendor to use.. So esok last presentation and i need to be alert! Kalau dh x tido mlm nih, alamatnya esok kelaut laaaahh.. Argghhhhh BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, March 11, 2012

19 bulan sudah

Major achievement bulan ni, pulling himself up to standing position! Tapi cuma dgn berpaut pada tangan kite jer lah.. Z still x confident nk berpaut pada furniture. His physio kata sbb x de tempat nk grip, thats why dia x berani lagi. But it wont be long before he could start cruising :).

Duduk

Lagi, he is more confident utk duduk sendiri. But most of the time he will use his left arm as a support. Ok lah tu..

Still no sign of crawling, dia dh get use to comando crawling kot..

Communication according to SLT/Hanen dia in 'communicator' stage. Dah start to express his intention and definitely could understand us. Tapi lambat lg lah nk ke next stage (1 word user) tu katanya..

Berat 10.1 kg
Tinggi 82 cm

gigi geraham dh tambah lagi 1 and looks like another 2 on the way.

Mama juga baru start kasi Z Nutrivene-D daily supplement since last week and he is a bit constipated since then. Tapi still popoo everyday lah.. Kalau ok mama akan kasik full set kot sbb x silapnya yg Enzym tu boleh membantu masalah constipated jugak. Tapi, mama rasa mcm banyak jenis ubat sgt lah.. Kesian Z.. Tengok lah mcm mana nanti.. (mama yg phobia makan ubat sbnrnya.. Hehe)



Other than that, he is still my manja mucuk macham baby boy :). Semakin manja. Semakin mengada. Suka merajuk. Suka pura2 menangis utk tarik perhatian. Suka kiss2 mama. Suka dera mama nyanyi2. Suka cucuk2 tekak mama. Suka tampar2 muka mama, lepastu kiss2 balik. And dah kurang aktivity menggigit :D

Oh, sempena menyambut ulang 'bulan' kelahiran yang ke 19 juga, Z telah bersengkang mata malam tadi sehingga jam 12 tgh malam!

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, January 6, 2012

1st Physio in 2012

Semalam appointment dgn Paula. Walaupun Z showed some improvement sekarang nih, tapi mengikut kata Paula, it's going to be a very slow phase.

sekarang Z masih belum boleh crawl on his 4 point positions. walaupun dia dah selalu berada dlm that position, dia masih belum boleh move his hands forward. kata paula he still cannot bear his own weight dgn sebelah tangan. sebab tu lah dia tak boleh merangkak ke depan..

4 point position


mama tanya lah apa lg yg boleh kita buat utk membantu, dia still suruh ulang the same sit-up exercise. hhmmm.. mama agak keciwa lah disitu.. kalau dah tahu that exercise kurang berkesan, sepatutnya kite ubah lah sikit step nya kot? tak kan takde bende lain yg boleh dibuat?

no, mama tak keciwa dgn pencapaian Z. mama tahu Z dah berusaha bersungguh2 pun.. mama bersyukur sangat Z dah boleh merangkak serata rumah. and mama tahu 1 fine day Z will be able to walk like normal kids. mama cuma sedih sebab mama rasa mcm x dapat membantu..

semalam jugak baru dapat letter from St Michael House. confirm additional budget cut from government. mama tanya lah paula tentang speech theraphy n home teching yg sepatutnya start bila Z masuk 18months. dia cakap home teaching maybe takde masalah kot.. but the speech therapist agak susah sekarang ni. mmg tak cukup staff katanya..

mama dah try survey for private one. tapi semuanya jauh (yg specialised for DS laa.) hmm.. dlm masa yg sama, bos mama (anak dia pun under SMH for Cerebral Palsy) nasihatkan supaya mama tak pergi ke private dulu. sebab once SMH dah tahu mama pakai private, diorang akan slow kan their service and will give our quota to others yg lagi memerlukan.. and the best specialist still come from government (cuma now x cukup staff aje). Buntu.

exercise cara mama


the only thing yg mama boleh buat sekarang adelah do my own research and try to practise any advice i got from my reading lah. tapi masa pulak kurang mengizinkan.. sehari 2 jam lebih jer mama bersama Z. masa tu lah nak makan, masa tu lah nak bermanja, masa tu lah nak main, masa tu lah nak belajar, masa tu lah jugak nak exercise.. sigh..

Thursday, November 17, 2011

Crawling Knee Pad

Last week masa sessi physio tu, paula nasihatkan mama supaya jangan pakaikan Z seluar disiang hari memandangkan sekarang blom pun masuk musim salji lagi. sebab mcm susah Z nak practis crawling katanya. hmmm.. bagi dia mungkin setakat suhu 8-10 degree tu tak sejuk lagi kot, tapi bagi mama, tu pun dah cukup sejuk.. siap pakaikan stokin lagi tuk Z.. dah la lantai rumah tak ber carpet, mmg sejuk dan slippery la..susah jugak Z nk crawl on his knees. masa sessi physio berlansung tu, terpaksa lah jugak mama bukak seluar Z.

lepas Paula balik, mama terpikir nak searching for knee pad khas utk crawling. at least kalau pakai seluar pun, tak de lah slippery. tapi tak banyak sgt choices. yg ada pun mcm bulky jer.. i dont think it is comfortable especially at learning stage. pastu carik punya carik, mama terjumpa krawlies.net. Irish based. so, mesti cepat jer sampai nih. mama order 2 set.



semalam parcel sampai, mama tgk ada 3 set dalamnya. Eh? rupanya sebab mama terbayar double postage cost. memang masa beli tu mama pun mcm hairan, ingatkan dah beli 2 tu boleh la save postage. rupanya dia charge double jugak. so, sebagai ganti mama terbayar lebih tu, diaorang kasik lagi satu extra.. siap kasik surat minta maaf lagi. bagus btol la customer service kompeni nih :) padehal harga postage dia tu tak sampai separuh pun drpd harga knee pad tu..

kalau kebanyakan seller dekat malaysia lah, buat diamm jer kalau kita terbayar lebih (ni dari experience mama saje lah, maybe org lain bernasib lebih baik) namun ada jugak lah yg being honest utk kasik balik the balance.. semoga perniagaan kamu terus beroleh kejayaan yer ;).

btw, tatau lah ok ker tak.. blom try lagi.. nampak nipis mcm stokin biasa jer.. cuma ada anti slip dekat bahagian lutut tu jer.. ok lah, harganya pun murah sangat.. hopefully selesa lah Z pakai nanti :)

Friday, October 21, 2011

Minggu yg memenatkan..

..utk mama dan Z.. but we have fun :)

Hari selasa pagi, we had playgroup activity at SMH. Mama ambik half day for this. Actually this was our first time joining the activity.
So, masa kat ‘sekolah’ tu, bukan saje Z yg termanggu2 masa diorang nyanyi2 n using sign language, mama pun tumpang terlopong sama.. hahaha.. hentam sajelah yer Z.. most of them dah start home teaching pun, and the playgroup started since last month lagi. so diorang dh ada basic knowledge dah la.. Z jumpa kawan2 baru, antaranya Tom, Ella, Liddy, Dean and Robbie. Ade lg 4-5 org, tapi mama x ingat sangat nama mereka.. Semuanya lebih kurang baya2 Z aje.

Abis sekolah around 12.30, kami pun bergegas2 balik. Z tertido dalam perjalanan sebab mengantuk dan letih sangat.. sampai rumah, mama terus makan2 and siap2 ke office pulak.




Ptgnya mama balik office awal sikit, sbb malam tersebut mama ada course utk new parents dekat SMH la jugak. But this time mama pegi sorang aje. Kesian Z kene tinggal. Akibatnya dia meragam tak mahu tido. Kata cik nanny pukul 9 baru terlelap. Mama balik rumah dah pukul 10 malam, tengok Z dah terbongkang.. bila mama nak angkat Z masuk bilik, Z boleh pula terjaga and terus peluk2 mama.. alololoo.. sayang mama nih.. Z mmg x penah lagi kena tinggal memalam nih. terus dia dah tak nak tido n nak main2 dgn mama.. mama pulak teramatlah mengantuknyaa.. around 12tgh malam tu, mama mmg dh tak boleh tahan dah.. terus terlelap .. tapi mama biarkan aje Z main2 sorang2 kat sebelah mama.. entah sampai pukul brp pun entah lah Z berjaga malam tu.. bila mama bangun pukul 6 pagi tu, tgk Z masih lagi nyenyak tido, so mama biarkan aje lah.. sedar2 pukul 9.30pagi baru Z bangun.. mesti penat sgt dah tu..

Mama x pegi pun last week course, diorang ada panggil experience parents utk ceritakan kisah hidup.. mmg meleleh2 lah kata kawan2 yg mama baru jumpa. This week pulak diorang kasik information pasal diagnosis and where to go from there. pastu plak suruh parent2 bercerita on how they cope with the situation.. aduss, maleh betul mama nk bercerita.. tahaaannn aje lah air mata nih sambil bercerita.. life must goes on gitu.. :)

Hari rabu pulak Z ada appointment dgn Ophthalmologist Dr Emer. So, mama half day lg lah. appointment nya pukul 11.15, pukul 11 dah tercanguk kami berdua di SMH tu.. sekali tunggu punya tunggu punya tunggu.. pukul 11.45 tu receptionist dtg ckp kene delay skit sbb dr emer blom sampai.. expect pukul 12.30 camtu haa.. whaatttt..?? Z dah start mengantuk n cranky. Bawak pegi bilik mainan pun dia dah tak layan.. berdukung jer lah sampai ke sudah.. dr datang pukul 12.45, terus titiskan drop dlm mata Z and suruh kami tunggu lg 10 minit. Dah 10 minit tu, dia dtg jenguk2 mata Z for 3 minits, dah siap katanya… everything is ok except for the watery eyes problem yg mama komplen tu lah. Mata Z mmg selalu berair.. bukan setakat berkaca2 tu aje, mmg siap meleleh2.. terutama kalau terdedah pada angin atau cuaca yg sejuk. Kalau tgk tv pun kadang2 meleleh2 jer air mata Z. selalu mesti org tegur ingatkan Z melalak. Walhal, Z bukan lah jenis yg suka menangis2 nih.. :)

Mama risau jugak kalau2 ada problem ke apa.. from pembacaan mama, disebabkan mata Z yg berbentuk almond shape tu, maka dia punya drainage hole dekat penjuru mata tu pun sempit lah sikit berbanding kanak2 biasa.. jadi, bila dah kecik, senang lah nk blockage – clogged ducts - maka melimpah2 lah air matanya keluar.. (air mata mmg lah selalu keluar sbb nk cuci2 mata gitu kan). Tapi takut jugak kalau2 ada masalah lain lg besar ke..
But Dr emer cakap everything looks fine. Dia suruh mama urut2 bawah mata Z for about 5 minits everyday and always wash his eyes with wet cotton. Lg 3 bulan buat follow up, kalau tak ok jugak, kena la pegi spital utk buat procedure..

So, utk 3 minit check up tersebut, kami telah menunggu selama 2 jam.. pffttt!!

Anyway, lepas jumpa doctor, terpaksa lah kami gegas2 utk balik. Mama kena masuk office before 2.15, kalo tak nanti merah plak punch card mama.. lari punya lari.. (mama jalan kaki jer pegi office) mama sampai office pukul 2.25. huh, buat penat lari jer.. lambat jugak…

Keje office sgt banyak sekarang sbb dah year end n audit pulak tu.. jadi, mama kena la stay back utk cover time off yg mama ambik tu.. around 7 baru mama balik, Z mcm biasa mestilah gumbira bila mama balik.. mama n Z nyanyi2 sekejap dgn CD yg dibekalkan from sekolah semalam tu.. lepas makan dah pukul 8 lebih, Z masih tak mau tido. Mama memang dah penat tersangat dah.. last2 mama letak Z dalam jumperoo. Biar Z lompat2 sensorang sampai penat.. pukul 8.30 camtu, Z akhirnya kepenatan dan tertido jugak.. mama boleh pulak terlelap jugak depan tv tu..

Khamis, ptg ada appointment dgn physio pukul 4.30. pukul 4 mama pun dh punch out (merah lagi! Sepatutnya 4.15 baru boleh balik.. whatevaa..). gegas2 balik rumah, elok sampai aje, Paula the physio pun sampai.. lepas habis physio, mama tgk jam baru pukul 5 lebih, hmm.. mama dpt newsletter from Mothercare diorang dh start autumn sale, so, Z jom teman mama :D. Maka kami pun keluarlah jalan2 ambik angin petang yg sejuk hingga ke tulang tu.. sekejap aje lah keluarnya.. mama Cuma belikan Z baju tidur n shirt2 yg sedikit tebal utk menyambut winter nih. pukul 6.30 dah balik rumah..

Petang ni (jumaat) papa balik.. nanti kite ajak papa pegi jenjalan lg yer Z…yeay!

Looking forward for the weekend :D

Friday, September 30, 2011

2nd Physio

Alhamdulillah demam Z dah beransur baik.. not 100% recovered yet, kadang2 suam2 sikit.. kadang2 masih cranky2.. tapi mama dah tak risau sangat lah sbb temperature takde lah over 38..

semalam the physiotherapist dtg for 2nd visit, tapi x de lah belajar mende baru pun.. sbb dia cakap Z blom ready lagi.. now kene focus utk strengthen his abdominal and back area dulu. so mama kena carry on dengan sit up exercise tu lah. actually salah mama jugak, masa 2 weeks on holiday haritu, mama mmg terlupa terus nk kasi Z exercise.. lgpun Z kan tak berapa sihat.. tak per lah.. slow2 pun x per, yg penting ada improvement.. :)

talking about improvement, Z actually dah achieved a lots this few weeks :D. started with comando crawling. sblm balik m'sia tu Z mmg dah boleh maju ke depan sikit2.. tapi masa balik m'sia, especially masa kat rumah atok kedah, Z terus jadik pakar.. maybe sebab rumah atok luas, new environment pulak tu, maka Z tersangat excited utk explore sekeliling. laju jer dia ke sana ke mari. pantang letak, ada aje akal dia.. sampaikan mama n papa terpaksa bentang tilam n tidur bawah aje.. sbb sampai ke tengah malam Z masih lagi meng'explore' rumah atok :D. sedih jugak lah bila nak tinggalkan kampung haritu, sebab mmg nampak Z sangat2 happy kat sana.. maybe dia masih ingat kut, itulah rumah pertama dia dulu.. :)

bila balik sini, dah kurang sikit activity comando Z. rumah sini pun sempit aje, bergerak kedepan sikit dah jumpa dinding, so lebih baik Z tgk tv aje agaknya.. hmm.. mama kalau boleh nak pindah rumah yg ada laman lah.. boleh Z bergerak bebas sikit.. tapi kalau nk rumah atas tanah, nak kena pindah kawasan pinggiran bandar sikit, susah pulak mama nk pegi balik keje nanti.. *sigh*..

anyway, apart from that, Z juga dah ada sebatang gigi!! yea! gigi atas.. baru keluar separuh.. then gusi bawah pun dah nampak makin keras dan putih.. tak lama lagi lah tu kot..

next few weeks nih St Michael House ada anjurkan few courses and group meeting for early learning. ada course malam, ada jugak yg siang.. hmmm.. kalau malam tu, mcm susah jugak lah kot mama nk pegi memandangkan mama sorang2 jer ni kan.. hopefully papa dapat lah cuti utk temankan mama.. yg meeting siang2 tu pulak, mama kena lah ambik cuti.. tapi mama x kisah sgt bab2 cuti nih.. rasanya boleh jer kot.. cuma yg malam tu jer lah menjadi sedikit bebanan.. tgk lah mcm mana nanti.. mama tahu bende2 ni semua penting utk Z. mama akan cuba lah utk menghadirkan diri yer..

k lah, nanti2 mama update lagi.. banyak keje kat office sekarang nih sbb baru lepas cuti kan.. computer kat rumah pulak dedua dah rusak sblm balik m'sia haritu.. insyaAllah weekend nih papa balik, mama boleh lah pinjam laptop dia utk update percutian kat malaysia haritu..