Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label One Year. Show all posts
Showing posts with label One Year. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Mengamuk

Semakin menjadi2 pulak perangai tantrum dia nih. Silap sikit jer meraung.. Contohnya kalau tgk tv. Kalau rancangan yg dia tak minat tu, mesti dia akan mengamuk2 sampai lah org tukar chanel. Even kalau tgk rancangan favorite pun, kalau ada part yg dia x minat tu, siap laa.. Menjerit2!

Tu blom lagi cranky nk tido.. Nanti mama panggil supernanny baru tau..

Ni ha muka budak hensem mengamuk ! 1
Stokin pun tinggal sebelah jer.

2
Muka tara manis langsung!

3
Eh, baru perasan mama ambik gambar

4
Terus tersipu2 malu :)


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, February 11, 2012

A Year And A Half



Alhamdulillah.. anak mama dah setahun setengah harini.. terharu mak sob..sob..

Perkembangan di usia 18 bulan:

* gigi dah 7 batang, latest 2 (upper lateral incisor) baru muncul..
so, hobby menggigit semakin berleluasa. semalam sampai terkopek kulit bahu mama.. bila mama menjerit (terkejut), dia pulak yg melalak..
kemudian mama merajuk, dia tarik2 tangan mama.. dia tolak2 muka mama suruh pandang dia.. mama suruh cakap 'sorry'.. still jugak tercebik2.. end up, bunyi jugak.. 'yii!'
walaupun mama tak pasti samaada membawa maksud yg mama pinta atau tidak, mama tetap maafkan jugak.. terus gomol2 seperti biasa.. heeeheheeeee..

* berat = 10.1kg

*crawling - masih blom berani move his hands, although kaki dia dh berpusing merata tempat dah.. tangan terpaku di situ jugak

*duduk - baru mula belajar utk duduk sendiri. steps as below..
mula2..tonggekkan montot


kemudian tarik kaki kedepan - duduk bersimpuh sekejap

then baru gerakkan kedua2 kaki ke depan (gambar mama lupa)

tapi bila dah betul2 dlm sitting position, still x tahan lama. kejap jer mesti tumbang..

*communication
dah bertambah banyak babbling
semakin kuat suaranya
especially bila nk tido, suka ikut mama nyanyi lagu Rasa Sayang (rasanya lah..) mesti nk nyanyi kuat2.
tahu bila dimarah
palingkan muka bila tak nak sesuatu yg kita hulurkan
tepis dengan tangan jugak
boleh faham very basic arahan contohnya come, up, salam, sayang, high 5, and soalan mana gigi?

*sight reading
few words yg dia semakin faham tapi ofcourse tak pandai sebut.
contoh bila show word 'mouth' - dia akan buka mulut and tepuk2 mulut
tiger - terus pandang mama - suruh mama buat tiger sound, n then kiss2 gambar tiger.
arms up - angkat tangan, tapi separuh dada jer la.. then suruh mama yg buat
(mama rasa banyak jer lagi words yang dia dah faham, tapi he dont know how to explain it.. we will practis more ok :))

* interest

tv. kalau tutup jer tv, mesti dia mcm kebingungan...
still into waybuloo, in the night garden, something special, jimmy jammers, land of dream, team umizoomi, show me show me, tinga2, peppa pig and ben n holly.
dvd favorite, gigglebellies, your baby can, world of colours.
toys - still his piano, and now into balls and anything that can be rolled. semua benda dia nak tolak/golekkan.. then he will chase all over the house.
iphone/ipad - baby tv (charlie, hockey pockey, if you are happy), babyfirstTV (peekaboo), plus few other apps on and off..



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, December 11, 2011

16 Months


Sudah 1 tahun 4 bulan :)



Bertambah confident utk duduk, tapi kene tolong dudukkan lah sebab Z blom pandai pull himself to sitting position yet.

Physio still focusing on crawling, sejak baik dari demam last week dh semakin kerap berada dalam 4 point crawling position. Kaki pun dah boleh gerak2 ke kiri dan kanan, but not confident enough utk move his hands yet.



Its ok, we will practise more k. But agak susah nk suruh dia buat sit up. Mmg dia akan meronta2 tak nak exercise :(.

Comando crawling mmg bertambah maju lah. Paling suka pegi dapur n mengintai ke dalam oven. Mcm lah mama nih selalu sangat baking yg dia dok sibuk jaga oven tuu..

Banyak mulut!! Tapi ikut mood lah, sometime dia malas jer nk buka mulut, sometimes tu ntah apa2 jer lah yg dia bercerita.. Pot pet jerr.. Kalau tgk tv pun dia suka bercakap.

Garang pun yer jugak. Siap jeling2 kalau org kacau. Pastu mesti jerit2 marah kalau tak ikut kehendak dia.

Makan n minum dah back to normal. Berat to date 9.6 kg!



Favourite tv still lagi waybuloo, ben n holly little kingdom, Peppa Pig n babytv yg free punya app on ipad (mama dh subscribe for more option tapi z x layan pun). Dvd pulak, still setia dgn series Your Baby Can Read and Gigglebellies.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, October 12, 2011

14th Months - Hello Mr Comando!

Actually at 13th months lah Z bercomando.. tapi since last month mama x update, kire aci lah yer.. :)

::tengah memunggah::

apart from comando, now Z dah ada 2 gigi :D. yg atas tu since last month lagi, tapi yg bawah nya mama baru nampak 2-3 hari lepas jer.. baru keluar sikit2..

::haaa.. kan dah jatuh.. lariiiikk!!::

now kena berhati2 kalau Z nak kiss2 hug2 tu.. sebab kalau agak lama sikit jer, mula lah gigi dia pulak memainkan peranan.. nasib baik lah gigi bawah tu baru keluar sikit aje, x de lah sakit sgt, but dpt lah rasa dia menggigit tu.. (gambar gigi masih blom berjaya mama captured. walaupun Z selalu sengih tapi mmg x nampak gigi2nya, unless mama 'kopekkan' mulut Z which he doesnt really approved!)

video semalam..



Wednesday, August 24, 2011

At One Year

well, actually at 1 year and 2 weeks :)


Z just got his 1 year vaccine today. mama dah ambik half day last week for the same reason, tapi rupanya diorang cuma kasik vaccine on certain day and only in the morning. so, today mama terpaksalah ambik half day lagi..


1 year jab is for MMR (measles, mump & rubella) and also for pneumococcal. doctor kata selalunya kalau ada effect, after 1 week of injection. raya lah tu.. hmm.. jgn lah Z demam raya nanti yer.. :) btw, tadik Z meraung skit aje.. lepas doctor letakkan plaster tu, terus Z diam.. good boy.. n mcm biasa, mama nk pujuk Z, mama bawak lah Z pegi kedai toys and after that pegi beli baju raya skit2 lagi :)

in term of his progress and development pulak, Z dah boleh duduk sekejap2 :) tu pun kalau dia nak lah.. selalunya kalau mama dudukkan, mesti Z sibuk nak memanjat lah, nak mengiring lah.. bila nk boleh duduk betul2 ni Z...

lagi satu, Z dah pandai salam :)
mama nk pegi keje aje, mesti Z dah hulur sebelah tangan (kanan) untuk salam. sebelum nih, kena mama yg hulurkan tangan dulu, tapi now Z mmg dah tahu kalau mama nk ke pejabat. bila mama sambut salam Z tu, cepat2 Z akan tarik tangan mama ke mulut dia utk kiss.. good boy :). tapi Z still x berapa mahu salam strangers. dgn papa pun baru seminggu dua ni aje dia nak salam.. papa sibuk suruh Z belajar salam betul2. nanti boleh dapat duit raya banyak kata papa.. :D

kalau nk makan pun Z dah pandai letak kedua2 tangan didada utk berdoa.. tapi x pandai aminkan ke muka lagi.. mama yg kene tolong aminkan.. :)

Z dah pandai pilih org jugak sekarang nih. kalau org yg tak biasa tu, selalunya dia akan cebek2 jer kalau diangkat. tapi x de lah menangis.. cuma Z mcm pandang muka org tu dgn penuh pertanyanya jer.. who r u? why r u holding me? gitu.. pastu mesti tgk muka mama/k.yah/papa mintak diselamatkan.. hehehe.. but that's depend jugak.. kalau org tu borak2 dulu dengan dia, sampai dia dh warm up, tak de masalah jer kalau nk dukung tu..

berat Z last mama timbang is 8.9kg.

owh, last week, Dr. Siobhan call inform result blood test Z dah kuar. the good thing is, his thyroid level dah turun. 6++ jer. still above average, but doctor cakap it wont effect his development.. Alhamdulillah.. syukur mama dengar.. but we still have to monitor the blood every 3 months lah..

doctor cakap iron level Z sedikit kurang. tapi x de lah tahap merisaukan.. maybe sebab Z minum soy based milk kot.. Dr. Siobhan dah set kan appointment Z dgn dietrician plak lepas nih..


lg satu dia ckp darah Z sedikit 'cloudy'. so, she suggest to do cholestrol test pulak lepas nih.. apa? cholestrol? haritu ckp berat Z below average. tetiba kene test cholestrol pulak.. hmm.. pasrah jer lah.. tak per lah, nanti kite jumpa dietrician, kite bilang betol2 brp banyak nutrian intake Z hari2 yer..



With his favorite toy :)