Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Skills n Development. Show all posts
Showing posts with label Skills n Development. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Video: First Step

I smile with tears everytime watching this video. Alhamdulillah.. His hard work is paying of.

For most kids, first step just come naturally. But for Z, it took him almost 3 years of continuos therapies. Everyday is a learning process and might continue for the rest of his life. Looking at his smiling face, I know giving up is never an option.

Mama so very proud of you son!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 18, 2013

First Step

Alhamdulillah, at the age of 3y3m Z finally confident enough to make his first few steps on his own!

Sejak 2-3 minggu kebelakangan ni Z memang suka berjalan. He will grap our hand and will direct us to wherever he wants to go. Tapi kalau kita lepaskan tangan, automatic dia akan duduk balik. But on Friday (15/11/2013) he managed to walk a few steps on his own! 

Rasanya dia tak sedar pun yang dia berjalan sendiri sebab terlalu kusyuk tengok TV :D.
But after that mama berjaya buat Z berjalan few more steps on his own. A lot of practise to do anyway..

Seperti yang diberitahu oleh his therapiest before, he is more than capable of walking, cuma dia takut. Terlalu berhati-hati. Yvonne pun kagum dengan 'kesopanan' dia. Contohnya kalau nak bangun or duduk, he will do it properly and gracefully. Bukan main hentam jer. Nak panjat/turun tempat tinggi pun dia akan buat dengan cara yang betul. Tak pernah lagi dia jatuh kerusi meja or even time berjalan. Kadang2 tu dia memanjat meja. Dah sipi2 bucu sangat dah, instead of bringing him down, mama saja jer biarkan, nak tengok. He will touch the edge, then he move away from it. He knew he's going to fall.  He just being extra careful about everything!! Penakut pun yer jugak..

It will still be a long journey before he can walk properly, but any journey begin with the first step right? 
Tak pe lah lambat pun yer sayang.. Mama tahu, anak mama want to do it the right way :)

Proud Momma :)

Monday, November 11, 2013

Paed, Dietitian & OT

Last week ada (6-monthly) appointment with Dr Murnaghan. We dont have that much concern except for his last vomitting episode and his growth.

Winter Coat 2 tahun lepas pun masih boleh pakai (tangan je pendek skit)

Issue growth ni timbul bila mama keluarkan baju2 winter Z last year and they still fit him nicely! Macam x naik langsung.. Seluar jer la yg pendek sikit, tu pun ada few yg masih boleh pakai (save bajet..)

His latest measurement
Height 91.5cm
Weight 11.35kg

Naik la jugak sebenarnya, but not so much. In term of height, he is still in 90th percentile of Ds growth chart (meaning that if we take 100 DS childs at his age, only 10 of them are taller than him) and if compared to normal growth chart, he is average - which quite true since he is the same height with his classmate. But his weight is the biggest concern. He is only in 25th percentile! 

Because of that, Dr Murnaghan terus panggil Val (Dietitian) for consultation. After brief discussion, she still happy with Z's meals quality n quantity. The only problem is his milk. 

Sekarang dia memang x minum langsung di sekolah (thats also the reason for constipation). He only take 6oz in the morning n another 6oz in the evening. Mama memang bekalkan susu kat sekolah, tapi diorang kata Z tak nak. Mama rasa 2 sebab Z tak nak, 
1. Diorang bagi dia minum while sitting uncomfortably on the chair 
2. They dont really care..

So, Dr Murnaghan n Val suruh mama ckp kat cikgu diorang nak Z habiskan jugak at least 1 bottle of milk in school. (6oz of milk ada 400+ calories, for kids as little as Z, thats quite significant!)

On another note, Z also hv follow up visit by his OT, Sinead. Last jumpa raya haji haritu. Mama takde la this time, Sinead pegi sekolah Z jer. But she did provide me summary. 
She brought in 'Heathfield Chair' kerusi khas utk Z. Kerusi ni will provide good support for his posture. Hopefully will help during his feeding time too. 

This tiny chair cost over £500!! (luckily we have it free on rental allowance)

Then dia ada jugak bagi few suggestion on activities n toys that are appropriate for Z's stage. Most of those stacking toys memang dah ada 3-4 jenis dah pun (kena carik balik dlm stor la sbb beli, then Z x main pun..). Tapi toys yg jenis pop up tak penah beli lagi. Nanti lah mama survey..

Add caption

Mama sgt berpuas hati dgn Sinead nih. Worth the wait! OT kat Ireland nih mmg sangat susah nak dapat. We have to wait for over 2 years!! Mama dh try carik private in between, memang x de yg kat area Dublin City. Kena travel jauh, susah la utk mama yg x de kereta (or even Irish license) nih :(. Anyway, we supposed to start OT hujung thn lepas, tapi Z kan sakit time tu.. We only managed to officially begin therapy summer haritu jer. Once a week in the beginning sbb Sinead agak risau dgn 'kelewatan' Z. Mmg nampak bnyk perubahan since.. Alhamdulillah :)

*Update (13/11/2013): Harini Mairead (Home Teacher merangkap main contact for Z's welfare) datang ke sekolah Z untuk berbincang dengan manager pasal his milk intake. She also bring in the recommendation from Dietitian and Paed. Hopefully lepas nih pihak sekolah tak akan mengelat lagi bab2 susu Z nih.. :)

Wednesday, October 16, 2013

AidilAdha 2013

Raya? Apa itu raya? heheh.. kami x beraya langsung pun kali ni.. Z demam weekend sampai Isnin. So mama pun konon2 MC la jugak.. Hari Selasa (raya) mama memang dah ambik half day sebab konon2 nak p sambut raya kat Msia Hall paginya.. Rupa2nya Z ada appointment dengan SLT & OT kat sekolah. Alang2 tu mama join sekali jer la.. dah lama pun mama x jumpa his therapiest sejak2 back to work full time nih..

Z yang happy di pagi raya :)
Based on last meeting (sehari sebelum raya puasa haritu), Sinead and Kerri sangat berpuas hati dengan perkembangan Z so far. Meeting kali adalah untuk merangka plan for Yvonne (PSW) and Z in school. So mama cuma tokok tambah sikit2 jer la.. 

Especially in term of physical la. Sekarang Z dah semakin yakin untuk berjalan with support. pegang sebelah tangan jer.. hopefully tak lama lagi dia akan berani untuk melangkah sendiri.  Z jugak sangat 'nosey'. semua benda dia nak menyibuk. so that's a sign of exploration. ke hulu ke hilir dia nak explore. in term of speech/communication, mama rasa tak banyak sangat perkembangan compare to last 2 months. But there are small improvements. Any little improvement is a BIG achievemnts for us anyway :)

Oh papa pun join sekejap during the meeting and it was his first time meeting Yvonne. He was impress too! Seriously, mama pun x se organised her in keeping all Z's record. Dia siap simpan semua details pasal Z and also all assesment notes yang SLT, PT, OT, Psych and Mairead bagi.

Alhamdulillah.. Mama memang betul2 bersyukur dengan batuan daripada Yvonne tu. Dia pun memang betul2 sayangkan Z. Siap cakap lagi, kalaulah diorang bagi dia jaga Z 5 days a week, she will be happier. At the moment dia jaga another DS girl at different school. But for some reason she is more attached to Z. Maybe sebab Z needs more help kot sebab the other girl dah boleh berjalan and communicate a bit. Tak pe lah, at least ada.. walaupun hanya utk 2 or 3 days per week.. Mama dah bersyukur sangat dah pun..

Harapnya Allah akan sentiasa mempermudahkan perjalanan Z.. Amin..

Tuesday, June 11, 2013

2 tahun 10 bulan

Dah dekat 3 tahun dah anak mama.. dah lama mama rasa tak update pasal development Z.
Berat: 10.9kg (latest)
Tinggi: 89cm (April)


In term of skills, mama rasa in the last 2-3 months Z has improve a lot. Sekarang nih sedang galak memanjat. semua tempat dia nak memanjat. Cruising pun makin jauh. InsyaAllah, harapnya tak lama lagi Z boleh berjalan la.. Haritu physio Emer datang and buat full asessment. Dia cakap in term of physical, Z memang tak ada masalah (except the low tone of course). His legs are fine, his posture is perfect, his spine also good. Mama risau la takut dia ada flat feet ke, curvy spine ke.. because all those could affect his walking ability. Alhamdulillah everything is ok. Cuma dia jer yang tak nak berjalan lagi. Manja. He has no interest to explore around, that's why dia tak nak berjalan.


Speech pulak, Z dah banyak babbling sekarang nih. Sejak awal tahun ni memang bertambah tambah bising mulutnya. Tapi still tak de words keluar. Sebut mama pun belum. But he likes to sing (not so much in tune) to his favorite song. Twinkle-twinkle little star.. Dora.. Head & Shoulder.. Old McDonald.. etc.. kalau those songs keluar kat TV or mama nyanyi, mesti Z akan turut serta; dalam bahasa dan irama dia la.. but I noticed the sound he makes is always the same. So memang dia menyanyi la..

Anxiety pun dah improve a lot. Z dah tak menangis di sekolah. Pagi mama hantar (sejak hari pertama ke sekolah after surgery) dah takde drama air mata. Cikgu pun dah tak perlu nak dukung Z. Biar jer dia merayap merata kelas.Dengan home teacher, Mairead pun Z dah ok, walaupun di rumah. Paling aneh 2 minggu lepas appointment dengan Kerri SLT. Sebelum ni Z kalau nampak Kerri macam nampak hantu. Infact, appointment dengan Kerri la the first time when I noticed Z has strangers anxiety. Ingat lagi tahun lepas, dia punya melalak.. mama pun nak tumpang sekaki. Since then, jumpa jer Kerri, memang tak payah pujuk la, meraung jer kejanya. But 2 minggu lepas, for the first time, at home pulak tu, Z tak melalak!!! bukan tu aje, siap ajak Kerry main bola lagi. Bila Kerry nak balik, baru dia melalak - tak bagi Kerry balik sebab nak main bola. AMAZING! 
Di sekolah
Masa jumpa Maeve (Psych) re austism (nanti la mama update pasal nih), dia tanya do you think his anxiety level now is reducing, because he is really recovering or because he just get use to those people? That's make me realised.. Actually bila jumpa orang baru (eg: ENT) Z still melalak. strangers menyapa di tengah jalan pun Z tak layan. Pegi tempat baru pun Z masih melalak. So he still has anxiety, but the level might have lowered and the reason his life is much more calmer is because he just know or get use to a lot of people now. His circle of trust is expanding.. Tak per la, at least ada improvement kan... :)

I now focusing on his hearing. Walaupun his ABR test comes out normal (20-30 db), but mama tak rasa Z dengar dengan sempurna. Dah 2 kali jumpa ENT. The first one, tak dapat buat apa pun sebab Z melalak and he got bad congestion as well. Last week jumpa lagi, dah boleh la test sikit. But he still not cooperate much. Plus his ear canal is too narrow, doctor tu tak dapat nak access betul2. But she thinks he has fluid in his middle ear. But he never had any ear infection. Dia cakap tak semestinya kalau ada fluid, kena infection. Banyak jer kids yang not even realised they had fluid in their ear. He probably had those since he was little, he already get used to that and the sound surrounding. No wonder he is not able to say any words. Papa pun jadi 'wawa'. because that's how he heard it. 

Masa first time jumpa ENT dulu (early May) dia suggest letak olive oil untuk clear the wax. Mama dah try banyak kali prior to 2nd appointment. Memang takde apa langsung yang keluar. Dia cakap maybe fluid tu dah keras dah, thats why tak boleh cair.. So she has refer us to ENT surgeon. Z might need grommet/tube on his ear.
the appointment will be in Augus - kebetulan Z dah dapat appointment untuk his tonsil (re sleep problem), boleh sekali harung.. 

Sedih jugak mama rasa sebenarnya.. 'If' his hearing was sorted earlier, he probably wont have much problem with speech now.. Hearing test normally done when they were 3 months old. tapi Z dah pindah randah.. Pastu susah giler nak masuk health system kat sini.. Everything is delayed. ABR test tu pun buat with private masa balik bercuti di malaysia last year. Kesian Z.. Dia boleh la dengar, cuma bende yang dia dengar tu lain jer la.. That's why he is confused and wont be able to pronounce it.

Tak per la, better late than never.. I dont think I can wait until August. August nanti examination jer dulu. kalau betul, ntah bila pulak surgery nya (some people on DS ireland forum say they have to wait 3-6 months just to get that tiny grommet surgery..) I read from few other forum, some people recommend EARDOC, katanya boleh membantu open up the midle ear and loosen up the wax/fluid. So mama dah oder semalam. Hopefully membantu and tak perlukan surgery. Tapi mama rasa ear wax Z tu dah keras batu dah kot.. tak sure la berkesan ke dak.. tengok ler macam mana nanti.. yang penting kita berusaha yer dak?

Sunday, March 17, 2013

My Baby Can Read :)


Video Z 'membaca' pagi tadi :) bangun2 pagi jer terus pegi ambik buku then baca.. lampu pun mama belum sempat buka.. Alhamdulillah.. semenjak recover from surgery mama notice Z dah banyak 'bercakap'. More kepada communication than random bubbling. Cuma mama tak berapa faham jer la.. in term of reading pulak, as I said before, Z memang dah boleh sight reading few words. Cuma dia tak boleh sebut jer lagi.. at least now nampak la sikit his interest to pronounce the words :) 


Monday, February 11, 2013

2.5 Years Old!


Alhamdulillah harini umo Z dah mencecah 2 tahun setengah. Ke 2 setengah tahun?

Nak ke sekolah di pagi hari

Sejak 3-4 minggu nih banyak juga perkembangan positif yang mama nampak. Z lebih alert dan more aware of his surrounding. Bukan saja di rumah, di sekolah juga. Komen dari cikgu Aoife last week 'looks like he just 'found' himself'.

tengah bercerita sambil air liur menjejeh2

Paling ketara bubbling la. No meaning words yet, tapi mmg pot pet. Paling suka dengar dia 'baca' buku. Mak aii..ntah cerita apa la yg dia reka. Bangun pagi pun riuh bercerita. Mimpi indah kot, sayangnya mama x faham.. Tak per la.. Soon insyaAllah :)

physical pun bertambah kuat. Dah boleh berdiri lepaskan tangan for few seconds. Tapi sangat lah malas untuk practis jalan. Walker memang x layan langsung. Mama pegang pun 7-8 langkah dah takmo gerak. Bila la nak boleh jalan kalau cenggini..

Berat masih lagi 10.5. Dah dekat setahun dah bertahan ditakuk 10.5kg. Mama rasa sebab lately asik muntah n cirit jer, tu pasal berat x naik2..

tertido depan tv @11.45am!

4-5 harini jugak Z tidur tak jerap. Sejam dua mesti bangun. Tonggeng sana tonggeng sini.. Perut tak selesa ke? Akibatnya siang2 mesti Z letih. Pukul 11 lebih dh tersangap2. Pastu nap 2 jam pun macam x cukup. Letih jer waktu petang. Cikgu pun notis benda yg sama.. Hopefully Z will be back to his normal sleeping pattern soon..

Whatever it is, I am so proud of you sayang :) happy 2 and a half years!! Muahs!!

 

Tuesday, December 11, 2012

WAWA

2 tahun 4 bulan sudah..

His main achievement for the past 2-3 weeks is calling papa 'wawa'. For the last year he was bubbling a lot, but he still call papa or mama 'aah'. We only know he called us because of his voice tone and he will stare to one of us while saying 'aah!' to show which one he called. Now he specifically mention 'wawa' when he wants papa. Nampak jer papa, terus 'WAWA!'. Merajuk dengan mama, mesti carik 'wawa'. Papa takde pun dia still carik2 'wawa?.. wawa?'

Tapi mama still bunyi 'aah'.. sabo jer laa.. huhu..

Tak kisah lah.. every little improvement made by you is a HUGE achievement for me..


Mama loves you so so soooo much!!
xoxo

Wednesday, October 31, 2012

Follow Up 26.5 months

Haritu update pasal ASD jer, now mama nak update pasal mende lain pulak.

Weight: 10.5kg (30th percentile)
Height: 88cm (91st percentile)
* DS Growth Chart

Z dah masuk kategori underweight. Selama nih around 40th-50th percentile, so doctor tak bising walaupun Z kurus. Now dia dh start bising and she will request the dietician to meet us again soon.. Berat Z mmg turun pun semenjak masuk skool, makan dah la sikit, then minum tak nak langsung. Doctor kata stakat minum 2 botol sehari dah ok dah.. Yer la, memang pun ok.. Cuma selama ni Z minum 6-7 botol sehari. Bila tetiba turun jadik 3-4 botol jer, kompem la berat dia pun turun kan.. pastu lak, makan memang kurang kat skolah nun.. demam2 yang berpanjangan lagi.. all in all, mama rasa ok jer alasan2 tu.. hihihih.. Anyway, doctor nasihatkan mama letak butter banyak2 dalam every meals untuk tambah fat. (Yuk!) Hmm.. Z nih makan nasik hari2, bukan pasta doctor oii.. celah mana pulak mama nak letak butter nih.. hmmm... but she reminds us yang the bigger (fatter) Z will be, the better his immune system.. hmm.. ok lah, mama carik resepi baru lah nanti..

Blood test, thyroid level, blood count  semua normal (ada sedikit abnormal with lymphocyte (darah putih), but that's due to viral infection).  Masih lagi ada sedikit sisa2 infection. Doctor nasihatkan suruh perhatikan Z. kalau dia dah sampai tahap tak mau makan or minum tu, maksudnya teruk lah tu.. kena kasik antibiotic jugak nanti. Tapi we dont want antibiotic for the next 6 weeks sebab nak buat stem cell treatment tu nanti.. so, better make sure Z tak demam teruk lah from now on..

Dr Murnaghan kata Z dah tak tunjuk sangat dah ciri2 strangers anxiety :). sebab dia x menangis sangat pun masa jumpa doctor. Menangis time doctor buat check up jer. apart from that he was behaved :)). Alhamdulillah.. after 6 months we started with variety of programme to overcome his anxiety, it does show favorable result :) --- (YAKIN BOLEH!)

Last week juga (Selasa) dah start with Home Teaching. Programme ni yang mama nanti2 kan sebenarnya. Masa memula register dengan SMH dulu, diorang kata akan bagi cikgu masa umo Z 18 bulan. Pastu government cut budget, so umo 24 bulan pulak.. end up, umo 26 bulan baru dapat. well..better late than never.

Home Teacher Z namanya Mairead. According to Dr Murnaghan, we got the best teacher from SMH :). So, Mairead akan jumpa Z every 2 week. Ni bukan lah cikgu yg datang mengajar academic.. but her area will involve every aspect of early learning. from communication, occupational, play, sing, routine, sensory. Anything related with Z akan jadi her responsibilities. sampailah Z masuk skolah nanti.

Pertemuan pertama haritu, we just set out our objectives. Mama nak Z start with sign language (mama pun kena lah p skolah), then feeding issue, pointing, gross n fine motor and sensory issue. Dia cakap dia akan jumpa Z di rumah and juga di skolah. At least dia boleh pantau apa yg cikgu Z buat kat skolah. Mama ok aje.. the best part is, Z tak melalak langsung pun masa jumpa mairead. Mairead ajak dia main2 n nyanyi2 pun dia layankan aje.. hehehe good boy :)

So, tu jer lah update terkini untuk mgu lepas.. banyak lagi nak update sebenarnya.. Mama sangat2 excited!! but I dont have that much time at the moment. Lg 2 minggu nak balik msia, banyak nak settle. so, will find sometime to update more later.

Oh 1 more thing, (penting nih!!) weekend haritu aunty meri n aunty rini datang melepak dirumah. Kakak Caroline pun ada lah. Diorang melepak dari tengah hari sampailah ke malam. Dah lama tak melepak lama2 camnih, memang berpuas hatilah kami. The main reason kenapa kami boleh melepak dengan tenang adalah..

Z was playing with Caroline!!!
Ok, takde lah sepanjang masa diorang bermain berdua.. sekejap2 jer pun.. Z nih kedekut sikit, pantang Caroline pegang toys dia, dia pun sibuk nk g rampas. huhuhu.. tapi yang paling penting Z sudah tak menangis!! YES!! Sebelum nih kalau diorang dtg melepak, mama end up kena duduk dlm bilik temankan Z sebab Z akan melalak tiap kali kitorang berborak. So diorang pun slalunya sekadar datang sejam dua, then balik jer la.. NOW not anymore! bersantai bergossip sampai ke malam. ada la juga ketikanya yg Z merengek2, terutama bila kami burst into laugh. but those are tolerable :). Apart from that dia either main2 or tengok tv tanpa menghiraukan orang2 asing disekeliling dia :)

WOW, mama masih tak percaya sebenarnya.. bukan jer mama, aunty meri n aunty rini pun. Aunty rini selalu complaint sebab tak pernah dapat main dengan Z. Jangankan main, nak tengok muka pun susah. Sekarang tidak lagi. Such a HUGE relief..

Alhamdulillah.. Lepas ni memang akan selalulah diorang datang melepak lagi.. takde lah mama pun tension jer terperuk di rumah :)



Monday, October 29, 2012

Smiling





Mama baru jer introduced flashcards pada Z about 6 weeks ago. Sebelum nih lebih kepada buku aje.. Ada la jugak tunjuk sikit2, tapi x de lah beriya..

Sekarang Z mmg sangat obsess dgn flashcards. Pantang nampak mama jer, mesti dia akan pergi ambik flashcards nya n ajak mama baca. Kak yah kata ptg2 kalau mama balik lambat pun, pukul 6.30 dia dah bersedia pegang flascards sambil tengok2 pintu hehe..

Alhamdulillah, banyak dah yg dia tahu. Tapi dia kan x boleh cakap or sign or point yet, so normally dia hanya akan pandang kepada 'benda' tersebut or dia akan sentuh. Contohnya word 'fingers' dia akan sentuh fingers mama. Kalau words hands, dia akan pegang tangan mama. So he knows to differentiate between those.

Pastu mcm certain words yg tak de berhampiran dia like 'tree' or 'monkey' dia akan pandang ke arah tempat yg related. Tree ke arah tingkap and monkey ke arah toy monkey dia.

Yang paling kelakar, word 'smiling'. Kalau mama tunjuk jer word nih, dia akan pandang papa (even kalau papa x de pun, dia akan pandang ke meja komputer tempat papa selalu tersadai). Kenapa? Sebaaaaabbbb di belakang word nih ada gambarrrr...




Hahaha!! Sorry lah papa i just have to put up in this blog. Sebab teramat kelakar!! Papa kan 'tan' sikit.. Takde lah gelap sangat, mcm Z la jugak, sawa terlebih matang. So, agaknya dia tgk mamat nih mcm rupa papa kot.. Bengkek jer papa.. Hahahahah!!!

Lately dia dh jarang2 tgk papa dah bila mama tunjuk card nih. Maybe dia pun dah realised this is not his papa.. Infact memang takde rupa papa langsung pun.. Hihihi.. So sblm mama terlupa, baik letak dlm blog ;)


There's lots of reason to smile ;)


  BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, September 17, 2012

All About Me

Masa mama hantar Z ke sekolah hari Isnin minggu lepas, the manager Laura bagitau yang cikgu Magda dah resigned. Dissapointed jugak lah mama sebab Z memang dah ok sikit dengan Magda. Satu hal pula nak kena biasakan Z dengan cikgu baru :(. Then Laura perkenalkan mama dengan cikgu baru Z, Aoife. Katanya cikgu Aoife has degree in Early Education with major in Special Education. Hmm.. Impressive! Lega sikit mendengarnya.. Hopefully Z can get along really well with her. Tapi mama agak confuse sikit lah, sebab setahu mama, cikgu Aoife ni mengajar one of toddler class. Adakah ini hanya temporary arrangement or memang Laura sengaja tukarkan dia ke kalas Z to help him? 

Mama dapat rasakan bakal ada perubahan yang lain nanti.. Kebetulan pula, last week DS forum yang mama join tu ada membincangkan pasal 'All about me' letter to teacher and classmate's parent. Basically to give some background about the child and any issue related to him. I think it was a good idea. So mama pun buat lah untuk Z. Hopefully, teacher Aoife akan dapat kenal Z dengan lebih baik lepas nih. Plus kalau ada teacher2 lain yg kena look after Z, they also can get some info from it. 



I think this idea is quite brilliant for all children with disabilities who goes to normal school. They are different, so the teachers need to be fully aware of their differences. Now classmate Z masih lagi kecik, they probably wont see any different in him yet, but later on we might have to start explaining to them as well.. Memandangkan Z pun baru jer masuk sekolah, mama buat yang simple jer lah.. but as he progress, the information to be included will also grow. Ada few examples yang boleh di copy refer in future..


Mama doakan semoga minggu ini Z akan bertambah ok di sekolah.. InsyaAllah..

note: tetiba Z demam pulak pagi ni.. so, x ke sekolah lagi lah jawabnya.. :(

Friday, September 14, 2012

25 months



Dah 2 tahun 1 bulan dah.. Terlupa pula mama nak update perkembangan terkini Z dah masuk umur 2 tahun ni..

Weight: 10.6kg
Height: 87 cm
Head C: 50cm

Mama rasa Z having growth spurt last month. For the past 6 months beratnya consistent at 10kg (+-0.1kg), tetiba jer bulan lepas naik ke 11kg! That's something :D. But turun balik semenjak2 tak mo makan or minum di sekolah :(

Z masih kurang crawling on his knee. lagi selesa bergerak on his tummy. kalau nak bergerak dekat2 (1-2 meter) tu dia merangkak lah, tapi bila nak pergi jauh sikit, dia mesti meniarap balik.

Activity paling digemari adalah memanjat. naik sofa turun sofa (tapi turun x pandai lagi, selalunya main terjun ja), pastu suka berdiri lama2 kat furniture, bila berdiri still tak pandai duduk sendiri. bila nak duduk, dia bising lah suruh orang sambut. paling pening bab panjat sofa tu lah, dia suka bounce 2 atas sofa. tapi dia bukan pedulik tepi ke tengah. dah banyak kali dah terjatuh, so far mama masih sempat sambut lah. bayangkan kalau tak de orang.. kalau bibik not around, mama suruh dia letak something atas sofa, so Z tak leh panjat. risau lah mama..

Walaupun dah semakin galak berdiri dan memanjat, Z still tak mau cruising (bergerak side by side using furniture). boleh la 2-3 langkah. pastu mesti dia berhenti. so, that will be our goal at the moment.. :)

Overall he is physically active now. like really active! walaupun pergerakannya masih terbatas, tapi dia memang tak pernah duduk diam. penat jugak lah mama and papa melayan..

He also easily bored. main benda kejap2 ker, then dia dah mengamuk2 nak benda lain pulak. sekejap2 mesti mengamuk. vocal kuat pulak tu.. babbling jer lah, but memang 'banyak mulut'. kalau keluar pun sama lah, dengar suara dia aje. entah apa yang dia bisingkan pun mama tak pasti. menceritakan kisah hidup kot.. mama sangat sangat berharap Z akan boleh berkomunikasi secepat mungkin. I can feel his frustation, but I dont know what exactly he want :(.

Last month pergi jumpa kerry (Speech and Language Therapiest). Banyak lah improvement from last assesment although still on communicator stage lagi. So, kena work a bit harder. Plus dia still insist untuk mama pegi training Lamh sign language. Bukan mama tak nak, tapi haritukan balik malaysia, memang tak dapat lah. Hopefully they will have new course end of this year..

Favorite toys still benda yang berbunyi. Sebabkan piano favorite dah kena sorok, now dia dah takde preferred toy lagi. most toys memang ada bunyi2 pun, so dia suka jer lah. then balls. memang suka sangat push ball ke sana sini. cars/truck pun sama lah. tolak then kejar sendiri.

Then TV. mama dah limitkan tv. pagi, tengah hari and petang jer.. (bunyi macam seharian jugak la kan.. hehehe) but at least ada lah masa2 yang tv kena tutup. So dia boleh concentrate on benda lain. Favorite Tv still waybuloo, INTG, Team Umizoomi, Bubble Guppies. Favorite DVDs still Your Baby Can Read, Brainy Baby, and the latest one is nasyid Doa Harian by kumpulan Wardah..

In term of books, again YBCR is still his favorite. sampai dah lunyai dah those books -__- Another is ABC from Brainy Baby. Buku lain pun dia suka 'baca' jugak, tapi tengok mood lah. Yang nyata memang he could spend hours on books. Kita simpan kejap jer, nanti dia selongkar balik. Kalau boleh semua buku dia nak buka serentak.

Sight reading.. Mama confident few simple words dia dah tahu. On top of my head; cat, dog tiger, horse, mouth, nose, clap, umbrella, zebra, arms up/down, wave, hi, monkey, rabbit etc.. itu yang memang confirm tahu lah. Bila mama 'test' and suruh dia show words cat, dia akan selak2 the book sampailah ke page cat. pastu dia akan tepuk2 that page (dengan penuh excited) sambil tengok mama :) untuk words yang lain2, more about hit and miss kot. Basically nearly half of YBCR books dia dah tahu kot. Other 'game' yang mama buat, if he turn the book to page 'toes' dan 'giraffe' yang sebelah menyebelah contohnya, then mama tanya 'where is giraffe?', then dia akan tepuk2 page giraffe tersebut. Meaning dia dah boleh differentiate between the 2 words la rasanya.. Tapi kalau mama suruh dia carik word 'giraffe' from the beginning tu, sampai ke sudah la dia tak dapat.. heheh..

Hmm.. tu jer la kot so far.. kalau ade teringat lagi, mama update lain jer lah..


Tuesday, August 7, 2012

Standing

1
Favorite show: WAYBULOO

Semenjak seminggu dua ni, Z sangat galak berdiri dan memanjat, especially depan tv. Kalau ada jer rancangan favorite dia, mesti dah terpacak depan tv tu. the only problem is, dia x tahu nak duduk sendiri lagi. So, bila dia nak duduk, mesti dia akan bising2 panggil orang dtg tolong.. Heheh funny la awak nih ;)

Actually 3-4 bulan lepas dia dah pernah dlm fasa berdiri macam gini, tapi for some reason, it only happen for 2-3 weeks, then it stopped! Sebulan lebih jugak dia x mo panjat2 langsung. Pelek. Mama suspect sebab dia jatuh kot (kisah lalu). Mama dirikan dia dekat kerusi pun dia x nak panjat. Risau jugak lah time tu..

2

Alhamdulillah semenjak balik dr malaysia haritu, dia dh start memanjat semula.. Tapi stakat memanjat sofa jer lah. Baru2 ni jer yg dia start berdiri lama2 sikit.. Physio kata bagus macam nih, hopefully bila dia dah confident nanti, dia akan start cruising pulak.. Mama harap tak lama lagi Z akan berjalan jugak InsyaAllah...:)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, July 10, 2012

23 Months!!!!!!!

Fuuuhhh.. Lagi sebulan jer Z dah masuk 2 tahun. Cepatnya masa berlalu.. Ada sedikit kegusaran di hati mama sebenarnya.. :( Z dah hampir 2 tahun, tapi belum ada tanda2 yang Z akan berjalan.. Cruising pun belum.. *sigh* sedih bila fikirkan pasal nih.. Tak tahu lah apa lagi yang mama boleh buat untuk membantu Z buat masa sekarang.. 

Speech pun sama lah.. Masih lagi at Communicator stage. Bilalah nak masuk First Word user nih.. Mama rasa mama dah cuba practis selalu dengan Z. Tapi itulah, berapa jam jer seminggu.. I wish I have more time....... Keciwa..Terkilan.. Semua ada :(

Anyhoo, apart from that, I know Z is such a happy baby. Sometime mama terpikir jugak, mama jer kot yang risau terlebih.. As long as he is happy  and healthy, mama dah bersyukur sangat sebenarnya.. 

Plus ada jugak kebaikan with his delayed development - At least mama takde lah terigau2 nakkan new baby :p. He is always a baby to me :). Still nak kiss mama all the time :) Still tak kisah mama nak hug2 :) Still ketawa ngekek2 bila mama gomol2.. :)

He is the one who bring colours to my life.. Alhamdulillah.. :)

Mama sayang Z ketat2 *hugs!!**

Masih lagi obsess terhadap ABCs. Anything to do with alphabet, dia mesti suke :)

Thursday, June 21, 2012

22 Months, Psych & Physio Appointments

Quick update for this month, berat 10kg, tinggi 84cm (last check up 13 June-Ampang Puteri)
milestone lain2 x banyak different from last month kot..

Harini semalam ada appointment psych and physio kat rumah.

Psychologist utk follow up balik msia haritu. Mama citer lah apa yg berlaku masa kat malaysia nun. Z melalak2 setiap kali nampak orang. Kalau kat rumah mmg berkurung jer dlm bilik, but he is fine bila keluar jalan2 or pusing2 naik kete. Walaupun Z still melalak2, but mama do feel that the tips yg dia bagi tu agak berkesan. contohnya kalau org tak approach dia, and buat tak tau jer.. he will slowly accept those people. so, Z tak kan meraung bila around them. tapi still x boleh pegang la.. tu pun bagi mama dah ok dah.. at least tak de lah stress mama dengar Z malalak.. :D

Masa jumpa Karyn semalam tu, Z tak melalak pun.. which for Karyn its a big improvement, so dia kata this is her last visits, tak perlu follow up dah.. what? nooo...! I still need you to help me Karyn! huhuhu.. mmg ler Z tak melalak, tapi tu sebab dia asik dok atas riba mama jer sepanjang meeting. kejap2 peluk mama.. so he feels safe. cuba mama letak, kompem melalak2 juga.. tapi Karyn ckp tak per.. biar dia safe dlm pelukan mama. that's the correct way to handle anxiety, but dlm masa yg sama keep including him with the society..

Mama tanyalah how to make things better? takkan lah nk tunggu sampai dia pulih sendiri. memanglah anxiety ni temporary jer, but until when? seriously mama rasa macam dia nak lepas tangan jer.. ;( mentang2 lah dia dh nk resign.. dia cakap dia dah mintak Catherine (Home Teaching Dept) utk pastikan Z dapat cikgu next few months. so, hopefully bila dah ada cikgu yg datang mengajar, Z sedikit demi sedikit akan accept other people.. hmmm.. ok.. tapi masalahnya cikgu datang rumah, so Z bukannya mix with other kids pun... so mama bagitau dia rancangan mama nk hantar Z ke nursery (part time jer la). dia cakap kena pilih yg bersesuaian.. tak boleh hantar ke nursery yg terlalu ramai org. biar yg ada small group jer.. nanti dia akan tanya kat home teachers around our area for suggestion.. hmm.. ok la sikit kot.. but honestly mama a bit dissapointed lah.. ingatkan dia akan bagi proper plan ke apa.. sigh..

anyway, lepas jumpa Karyn, jumpa Paula pulak.. sembang2 sekejap jer.. sebab Z mmg not in a good mood.. tak de improvement pun for the past 3 weeks sbb masa time kat msia tu mmg x practis apa pun.. akibatnya muscles Z dah lemah.. yer la, keja melalak n berdukung jer.. otot2nya kurang bergerak.. so, dia cakap to carry on what we are doing before jer la.. kena build the streght semula..

but 1 thing both of them notice, Z bertambah banyak vocal. still gugugaga no meaning lah.. heheh.. mau ke tak nya.. masa kat malaysia kan Z dah paractis meraung 24 hrs.. mmg lah bertambah kuat voice dia.. heheheh..

k la, mama loves you no matter what sayang.. muahs!!

Friday, May 11, 2012

21 Months

Perkembangan bulan nih - berat tidak mengembang malah mengecut sikit :(. Sebabnya time holiday Z refused to eat or drink for the 1st 2 days tu.. Susah hati betul mama time tu.. :(

Z masih lagi dalam cubaan memanjat dan berdiri. Blom tunjukkan keinginan utk berjalan or meniti. Bila dia bangun berdiri jer, mesti akan lepas tangan n rebahkan badan with the hope that somebody will catch him. Pastu gelak mengekek2..

Stand

Masih lagi phobia kalau org gelak kuat2. Unless kalau gelak cara dia - gelak yg dibuat2. Nanti mama masukkan video Z gelak buat2.. Hehhe..

Dh hampir 2 mgu mama berus tangan Z ala2 wilbarger technique tu.. Tapi kat tangan jer laa.. Tadik ada physio, paula kata mama dh boleh try arms n legs pulak. So far adalah sikit perubahan. Dah semakin kejap Z hold on something. Tapi still kejap2 jer laa.. Hopefully x lama lagi boleh la Z pegang botol ek..

Dah seminggu lebih juga Z ambik nutrivene-D daily enzyme n nightime supplement. First gew day tu Z constipated. 2 hari sekali baru ber'k. Papa lah yg kena 'stimulate' hihihi.. Tapi bila mama dh increase enzyme tu dah ok sikit lah constipation dia.. But still a bit struggle..

Sekarang nih mmg Z dah jadi ulat buku! Kejap2 pegi ambik buku n baca. Tapi buku2 from 'your baby can read' tu jer laa.. Buku2 lain dia x layan sangat.. Sampai dah lunyai dh buku2 tu..

Mama pun x sure Z dh boleh sight reading or not. Sbb dia still x boleh communicate kan.. But most of the time kalau dia baca words yg dia familiar tu, dia mesti akan tepuk2 buku tu ala2 paham gitu.. Favorite words now adelah 'cat' and 'dog'. Kalau tanya where's cat/dog, dia akan segera bukak buku to that page sambil tersengih bangga. Kalau kite tak layan tu, dia akan tepuk2 page tersebut. Ada la few more words lagi yg dia gemar tepuk2 n selak2 to those words.

Oh dia jugak dah tahu ABCs. Bukan lah alphabets tu.. Dia tahu kalau kita sebut / nyanyi ABC dia akan cepat2 pegi ke his ABCs magnet. Sambil tangan tunjuk2 to all letters. Mmg pantang dengar ABC lah, be it on tv or even on his book. Mesti dia akan pegi ke heater aka whiteboard tu. Kalau dia tgh 'baca' buku sorang2 pun, when there is ABC picture, terus dia g tepuk2 magnet dia :).

He also knows kalau buku or flash card dia terbalik (tulisan), cepat2 dia pusing ke arah yg betul. Cuma yg kelakar tu bukan dia pusing buku/card/cd yg terbalik tu.. Dia akan berusaha pusing badan dia ke kedudukan yg betul :D.

Hmm apa lagi ek.. Mcm ada yg tertinggal jer.. Nanti2 lah kalau mama ingat yer..

Semoga Z terus membesar dgn sihat dan cergas yer sayang :)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, April 11, 2012

20 bulan?

Wow! Cepatnya masa berlalu..
Z dah semakin cergas 'meragas' sekarang nih. semua tempat nk dipanjatnya. sofa, highchair, almari, meja, kaki mama, even jumperoo yg bertiang keding tu pun dia nk panjat. tapi most of the time panjat separuh jer lah.. heheh.. tak per, usaha lagi yer sayang. biarlah jatuh terhantuk, dont ever give up! that's how we learn our lesson k.

berat timbang semalam, masih 10kg (berat mama jer yg naik x turun2 nih?).
btw, mcm turun sikit pulak dari bulan lepas.. main banyak sangat kot.. tapi mmg mama rasa Z mcm ringan jer sekarang nih.. nak kasik makan apa lagi agaknya yer.. susah lah Z nih pemilih sgt. semua benda tak mau, kecuali nasik n yogurt and kupok. hmmm..

taksub sangat dengan buku. kejap2 pegi almari and ambik his favorite books. tapi mesti buku 'your baby can read' aje.. buku lain kurang layan. penat mama beli buku bercolour2 n berbagai2 tekstur, buku2 yg plain tu jugak dia carik. dah koyak rabak dah, penuh ber salotape jer buku2 tu.. siap kembang2 dgn air liur lagi.. euuwww.. hehehe..

apa2 pun alhamdulillah.. mama rasa amat bersyukur bila tengok Z happy.. eh, terharu pulak.. sob..sob.. k, lah.. mama nk sambung keje.. luv you!

Sunday, March 18, 2012

Tidurlah Sayang..

Anak mama dah besar.. sob..sob..
Sejak seminggu yang lalu, Z sudah tak mahu di pangku/riba oleh mama lagi bila nak tidur..

Selalunya kalau dia mengantuk aje, mesti dia akan panjat2 mama suruh dodoikan.. sambil2 Z membelek2 muka mama, mama pula akan nyanyikan lagu2 kegemaran Z berulang kali hinggalah Z terlena.

Antara banyak2 lagu yang mama nyanyi, Z paling suka lagu Rasa Sayang, lagu 'sayam2 mama' and Zikir Laailahaillallah. Kalau mama nyanyi lagu2 nih, mesti Z pun akan turut menyanyi sama.. Kalau mama berhenti jer nyanyi, Z mesti akan cucuk2 tekak mama sambil bebel2 - suruh mama sambung.. :)

Hobi Z kecik2 dulu memang suka pegang tekak org bila org bersuara.. dia tahu suara coming out from voice box. suka benar dia picit2 tekak mama and papa untuk rasa getaran.

Now tidak lagi. Z lebih selesa bergolek2 atas tilam, tapi mama masih kena nyanyikan lagu sambil tepuk2 badan Z lah. mungkin Z dah tak selesa di riba mama.. yer lah, Z pun dah besar panjang. lenguh2 tangan and pinggang mama nak pangku Z. lagipun sekarang dah masuk spring, semakin panas dan rimas agaknya.. hmmm...


aahh.. you are still my baba.. and I miss u..


Tuesday, March 13, 2012

Strangers Anxiety


-image googled-

Oh my.. Z definitely now into this phase.. Weekend lepas aunty meri n aunty reni (and baby C of course) datang lepak2 dirumah. Konon2nya nak lepak2, gossip2, masak2 malay style and nonton movie - girls day gitu..

Unfortunately the only boy in the house meragam x hingat! Mmg everytime diorang bersuara, mesti dia melalak.. Dgn baby C tu still ok lah, boleh lagi dia datang dekat.. Tapi yg lain2 mmg kena cakap pun slow2 aje.. End up diorang pakat2 masak, while mama terpaksa bawak Z masuk bilik. Duduk lah kami berdua dalam bilik sambil menonton.. Kesian tetamu mama.. Dtg rumah sendiri masak2 then makan2 then balik. Mama sempat borak2 sekejap jer..

Padehal sebelum2 nih ok aje.. tapi memang dah lama dah pun mama x jemput org datang rumah.. This is the first for this year. Tu yang dia perak tu kot..

Pastu, semalam ada appointment dgn his Paed at SMH. Masa memula jumpa Dr Murnaghan tu, dia still tido.. so, mama borak2 dgn doctor dulu.. lepas dh ambik history suma, kena lah kejutkan Z utk check up. aiyooo..! nampak2 jer muka doctor, terus melalak! siap meronta2 mmg tak kasik chance lah. nasib baik ler tak lama kemudian papa sampai.. (papa keje the night before, so dia dtang lambat sikit - straight from Sligo..). kena 2 org pegang baru boleh kawal.. padehal doctor tu nk buat simple check up jer pun..

dedulu, kalau jumpa doctor, siap tegur2 sengih2 lagi.. kena jab pun bunyi 'eekk' sikit jer.. noww....

Anyway, something has to be done. Susah la kalau macam ni.. Mmg x boleh ada org lain langsung. Kalau jalan2 keluar x pe jer, dia cuma x boleh ada org close and pay attention to him kot.. lagi2 kalau orang ketawa or cakap kuat2. biasalah kat rumah dgn mama, papa and kak yah jer.. kitorang memang jenis yg soft spoken (uhuk!). Mama kena lebih kerap bawak Z bergaul dgn org ramai lah..

Ada weekly gymboree class yg quite attractive. Tapi mama kena ambik cuti for that. Its quite a huge committment lah mama rasa.. Dah la sekarang pun mama asik ambik cuti jer for physio, SLT and other thing. hampir tiap mgu mama mesti cuti. Cuti mama tu ada banyak jer lagi, cuma mama rasa x sedap hatilah asik mintak cuti jer.. Sigh.. Macam mana nih.. kalaulah mama boleh keje part time aje...

Sunday, March 11, 2012

19 bulan sudah

Major achievement bulan ni, pulling himself up to standing position! Tapi cuma dgn berpaut pada tangan kite jer lah.. Z still x confident nk berpaut pada furniture. His physio kata sbb x de tempat nk grip, thats why dia x berani lagi. But it wont be long before he could start cruising :).

Duduk

Lagi, he is more confident utk duduk sendiri. But most of the time he will use his left arm as a support. Ok lah tu..

Still no sign of crawling, dia dh get use to comando crawling kot..

Communication according to SLT/Hanen dia in 'communicator' stage. Dah start to express his intention and definitely could understand us. Tapi lambat lg lah nk ke next stage (1 word user) tu katanya..

Berat 10.1 kg
Tinggi 82 cm

gigi geraham dh tambah lagi 1 and looks like another 2 on the way.

Mama juga baru start kasi Z Nutrivene-D daily supplement since last week and he is a bit constipated since then. Tapi still popoo everyday lah.. Kalau ok mama akan kasik full set kot sbb x silapnya yg Enzym tu boleh membantu masalah constipated jugak. Tapi, mama rasa mcm banyak jenis ubat sgt lah.. Kesian Z.. Tengok lah mcm mana nanti.. (mama yg phobia makan ubat sbnrnya.. Hehe)



Other than that, he is still my manja mucuk macham baby boy :). Semakin manja. Semakin mengada. Suka merajuk. Suka pura2 menangis utk tarik perhatian. Suka kiss2 mama. Suka dera mama nyanyi2. Suka cucuk2 tekak mama. Suka tampar2 muka mama, lepastu kiss2 balik. And dah kurang aktivity menggigit :D

Oh, sempena menyambut ulang 'bulan' kelahiran yang ke 19 juga, Z telah bersengkang mata malam tadi sehingga jam 12 tgh malam!

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop