Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Sunday, March 18, 2012

Tidurlah Sayang..

Anak mama dah besar.. sob..sob..
Sejak seminggu yang lalu, Z sudah tak mahu di pangku/riba oleh mama lagi bila nak tidur..

Selalunya kalau dia mengantuk aje, mesti dia akan panjat2 mama suruh dodoikan.. sambil2 Z membelek2 muka mama, mama pula akan nyanyikan lagu2 kegemaran Z berulang kali hinggalah Z terlena.

Antara banyak2 lagu yang mama nyanyi, Z paling suka lagu Rasa Sayang, lagu 'sayam2 mama' and Zikir Laailahaillallah. Kalau mama nyanyi lagu2 nih, mesti Z pun akan turut menyanyi sama.. Kalau mama berhenti jer nyanyi, Z mesti akan cucuk2 tekak mama sambil bebel2 - suruh mama sambung.. :)

Hobi Z kecik2 dulu memang suka pegang tekak org bila org bersuara.. dia tahu suara coming out from voice box. suka benar dia picit2 tekak mama and papa untuk rasa getaran.

Now tidak lagi. Z lebih selesa bergolek2 atas tilam, tapi mama masih kena nyanyikan lagu sambil tepuk2 badan Z lah. mungkin Z dah tak selesa di riba mama.. yer lah, Z pun dah besar panjang. lenguh2 tangan and pinggang mama nak pangku Z. lagipun sekarang dah masuk spring, semakin panas dan rimas agaknya.. hmmm...


aahh.. you are still my baba.. and I miss u..


2 comments: