Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, March 21, 2012

St. Patrick's Weekend

Paddy's

Weekend yang busy di Dublin. Sabtu 17/03 adelah St Patrick's day, so Monday tu cuti :)

Sabtu tu ada parade. The biggest festival yang ada kat Ireland nih. Last year we were in Clonmel. Masa tu parade nya setakat lori dan tractor aje.. This year barulah Z betul2 dapat 'tengok' parade. Mama pun dah lama x join tengok parade. 1st 2-3 years dulu jer yang rajin pegi tunggu. Lepastu mama lagi rela tengok kat TV.

Acara bermula pukul 12 tgh hari. Pukul 11.30 baru kami keluar, as a result, dapat tgk bontot org jer laa.. Heheh.. Parade tu dekat jer dengan rumah, tapi malas lah nk pegi awal2 memandangkan big boss sorang tu kan jenis anti-sosial strangers anxiety..

Parade

Which is true. Memula dia ok aje.. Enjoy tgk gelagat org ramai. Sampai lah ada satu group nih dtg dok sebelah and start gelak2 n making noise. Apa lagi.. Melalak la cik abe sorang nih. Nasib baik parade blom mula, so mama bawak jalan2 ulang alik then dia tidur..

Parade dh nak habis baru dia bangun..hehe.. Sempat la mama n kak yah tgk dengan aman.. Walaupun kami cuma nampak sipi2 aje..
(gambar x de sbb mama pakai 'real' camera, so kena tunggu papa bwk balik laptop baru bleh transfer)

Cup

Sempena St. Patricks juga, ada few funfairs around city centre. Ahad tu sblm pegi beli groceries, mama bawak Z pegi yg dekat rumah nih. kecik aje.. Ada mainan cup pusing2 tu jer yg bersesuaian, yg lain2 mainan org besar. So, mama pun try la dgn Z. Risau jugak kalau Z takut, rupa2nya dia sgt enjoy main cup! Ketawa ngekek2. Dah turun pun still mulut bising2 lagi.. Menceritakan pengalaman pertama dia kot.. Unfortunately, mama PENING! like seriously, berpinar2 mcm nk muntah! Kalau tak, nak juga mama buat 2nd round utk Z.



Disebabkan Z begitu enjoy main cup, Isnin tu mama bawak Z ke funfair lagi. Kali ni kami try yg dekat Quay plak. Elok sampai sana, Z dah tidur.. Mama pusing2 tgk mcm x de sgt yg best, so mama teruskan perjalanan ke funfair yg dekat dgn opis mama pulak.

Finally ada kuda merry go round!! Excited btol mama nak naik kuda. Terus beli tiket n naik. Letak jer Z atas kuda tu, terus dia melalak.. cuba kuda yang lain pun still melalak.. End up naik yg carrier tu jer laa.. :( kesian mama.. x tercapai jugak hasrat nak naik kuda.. hehehe

Kuda

Then ada ferris wheel. Besar n tinggi. Mama risau jugak nak naik sbnrnya.. Tapi Z asik tunjuk2 jer.. So mama pun bwk lah Z naik dgn kak yah sekali.. Masa baru2 bergerak tu. Z mmg excited aje.. Sekali bila mende tu dah naik atas, dia mengamuk siap keras2 badan!!! Dah la mende tu bukan ada dinding, stakat palang2 gitu jer.. Risau mama takut terlepas. Nauzubillah! Terpaksa letak Z atas lantai, sambil mama peluk kuat2. tu pun dia masih merontan2..

Tapi Z bukanlah nangis, dia cuma mengamuk jer. Gayat sangat kot. Dgn angin yg kuat plak tu. sampai merah2 muka dia.. Bila mende tu turun dia calm down balik. Then mende tu naik, dia mengamuk semula.. Laju plak tu, mama nk suruh org tu stop pun x sempat. Mmg suspen habis lah.. Serik! tak nak naik lagi dah. Mcm nk luruh jantung mama sebab risaukan Z. Menyesal tak sudah.. Nasib baik lah bila dah turun tu Z tak sambung mengamuk.. dia boleh jer gelak2 as if nothing happen..

Kuda2

Yg kelakar tu, bukan Z sorang yg takut. Kak yah pun 2x5. Sampai pucat2. mama suruh dia pegang kamera so dia boleh ambik gambar. Memang tak laa.. Keras kejung! Hahah! Mama x sempat nk gayat, sebab risaukan Z saja.. Kena peluk Z kuat2 sbb dia meronta2.. Fuuhhh! What an experience! Jangan lepas ni Z phobia nk ke funfair lagi dah ler..

Banyak jer lg activity / event yg dianjurkan sepanjang 3 hari nih. Tapi mama malas nk bawak Z.. lgpun blom bersesuaian utk Z lg kot..



BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment