Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, October 9, 2013

Mak-mak (TMI)

Dulu masa zaman mama bujang, selalu dengar kawan2 mama yg dah berkeluarga mengadu, 'dah jadi mak-mak ni, tak perlu la nak pakai lawa2.. kejap aje, baju kedut2, tudung ronyok2, baju comot dengan makanan dan minuman' mama senyum jer la sambil berfikir, nanti bila aku dah ada anak, kena make sure maintain vouge ;p.. 

Bagi mama so far ok la lagi bab2 nak 'melawa' tu.. Cuma malaih nak bersiap jer kadang2 tu.. Tapi ada la jugak hari2 yang terjadi perkara2 yang tak diingini..

Contohnya harini..

Lengan baju mama

Pagi tadi mama masuk opis ada bau perfume lain macam sikit. Belek2 tangan ok jer, rupa2 nya kat lengan baju. Boleh mama tak perasan nak keluar tadi (mcm biasa la Z uk'uk pagi2 sebelum g skolah)..Lepas cuci2 tu mama terus jer letak Z dalam stroller, sarung jeket and keluar rumah. Tak perasan pulak ada kesan tertinggal..

Adooii.. mama dah cuci guna washing liquid kat pantry, tapi still berbau nih.. Vogue la sangat.. nasib baik harini takde meeting..

Friday, October 4, 2013

Yuran Sekolah

Funny thing happen this morning..
Masa mama hantar Z ke sekolah tu, assistant manager panggil mama (manager cuti). Dengan muka yang masam tak bleh blah dia cakap 'your card is not valid, so Z fees for this month is still due!'. Hah? apesal pulak? Memang mama bagi card details untuk bayar yuran semalam (no cash policy). Dengan muka bersalah mama pun cakap 'Really? Ok, I'll pay with different one then..'

Sambil mama berjalan nak masuk ke manager room tu, sambil mama gelabah berfikir.. Rasanya mama bagi debit card yg sama jer, apesal x valid? takkan takde balance kot.. kalau bagi card yg lain pun rasanya semua card mama masih berbaki.. Habislah.. Ada orang curik duit mama ke? Si assistant manager tu pulak, muka memang macam nak telan orang lah. Eleh baru 4hb kot, takde lah lambat pun mama bayo. Bengkek jugak mama dengan attitude dia.

Masuk jer bilik manager, dia terus mintak card yang lain. Mama cakap, 'show me which card details u have since I have a few actually..' Barulah dia keluarkan invoice2 detail semua. Pastu dia tunjuk details mama, hmm.. memang bukan number card yg selalu mama pakai tu. So mama pun cakap, 'oh sorry, I must gave u a wrong card then..' (padehal yg lain tu pun sepatutnya ok jer..). So mama hulurkan lah kad yang biasa mama pakai untuk bayar yuran Z tu..

Bukan mama punya obviously..


AND... masa tu lah baru mama realised, dia pegi ambik card serial number yg kat bawah tu, bukanya number debit card!! hek eleh.. sampai ke taun depan pun x valid minah oooiii!! Punya lah terpampang number tu.. haiyooo..! Ko tak penah ada credit/debit card ke?? 
About 90% of people here guna credit/debit card.. Its not a luxury thing, it's just easy. Kedai sayur pun bleh bayar guna card.

Haa.. lepas tu barulah dia terhegeh2 mintak maaf.. Muka pun terus senyum tersipu2.. Baru nak tanya how are you.. Z camner, ok ka.. Malu lah tu.. amboi.. Tadi bukan main lagi muka ngalahkan singa! Kalau yer pun lah card mama invalid, tak boleh ke tanya elok2.. Baru first time jer kot payment sangkut.. Lain la kalau mama memang jenis lambat bayar senantiasa.. Haih manusia2.. Kerana duit pun macam2 hal kan.. Senang2 jer nak jump into conclusion..

Monday, September 23, 2013

New Best Friend :)

Mama kat luar pun dia dah tak peduli..




Zach sangat attached to Yvonne (PSW). Pagi2 sampai sekolah jer, terus dia carik Yvonne. Nampak jer Yvonne terus hulur tangan. Alhamdulillah.. syukur sangat sebab ada orang yang mama boleh trust untuk jaga Z while mama at work. She looks very sincere and mama dapat rasa yang dia pun sayangkan Z. Contohnya pagi tadi, Z sampai jer, dia yang dulu datang terkam n peluk cium Z. Rindu lama tak jumpa katanya.. So sweet.. :) terharu betul mama. I think as a mother of a DS kids, that's kind of a mutual feeling where everytime you see other kids with DS you just feel like they are yours :) Sebab tu lah mama rasa beruntung sangat bila dapat tahu yang Yvonne ni pun ada anak with DS. She's definitley treat Z beyond her pay cheque :)

The only problem is, Yvonne cuma kerja 2-3 half days per week. Isnin, Selasa and sometimes Rabu. Bila hari yang Yvonne takde jer, Z jadi tak keruan. Sampai sekolah kalau tak nampak Yvonne, mulalah dia buat perangai. Bukanlah tantrum, but upset. Menangis meleleh2 air mata sambil peluk mama kuat2.. adoiiii.. sebak betul mama.. Kalau dia tak menangis pun, dia nampak tak gembira and lost. I can feel him.. :( Sabarlah yer Z.. InsyaAllah 2-3 bulan jer lagi. Harap2 mama dapat keje part time balik. So Z only has to go to school during the days yang Yvonne ada and the rest of the week he can stay at home with me..

Ya Allah, bantulah kami dan permudahkanlah urusan kami..

Oh, Z also has another new friend. Sekolah Z ada cikgu baru, lelaki (the only male staff in the school). Mama pun tatau apa namanya. Dekat sebulan jugak la cikgu ni start. Dia tak jaga kelas Z, but for some reason tiap2 petang mesti mama nampak dia tengah dukung or bermain2 dengan Z. Mama selalu p ambik Z pukul 6 camtu, bebudak kelas cikgu tu dah balik awal la kot, sebabtu dia bleh look after Z. Dia cakap masa belajar dulu dia ambik subject Special Needs Support. So dia tahu ler camner nak handle Z and dia cukup suka melayan Z. Alhamdulillah.. Z pun nampak ok n happy jer dengan dia :)

Tuesday, September 17, 2013

Loud Weekend - Part II

Ahad: Dublin FlightFest 2013.

From above - Z kat bawah tu ler.. nampak? (Image from rtenews.ie)
Different kind of loudness. Dari pagi dah bising sebab ada pertunjukan kapal terbang. All flights fly low over River Liffey i.e. depan rumah. Well, x de la betul2 depan rumah, depan rumah ada jalan (Mayor Street) then ada another apartment block (Clarion Quay) pastu baru sungai. Ramai jer yang melepak depan gate rumah - boleh jer nampak, tapi mama saja bawak Z ke tepi sungai, barulah flights betul2 atas kepala :D.

Top 2 photos tu la jalan depan rumah.
Takde la se best LIMA langkawi yg mama pernah pegi zaman muda2 dulu tu, tapi boleh laa.. Ramai jugak yang datang. From news dalam 130k orang menyaksikan the show. Memang penuh kiri kanan sungai. Sebabkan betul2 tengah bandar, takde la pulak diorang buat stunts. Bahaya kot. Jet pun takde lah kuat / laju mana. Memang diorang dah keluarkan notis yang there wont be any supersonic sound. Sekadar biasa2 saje. 
Tak heran pun dengan flights kat atas tu..

Antara flights yg sempat mama ambik gambar

Festival start from 12 until 7pm. Mama tunggu Z bangun tido (afternoon nap), pukul 3 baru keluar. Selain daripada flight show, ada juga funfair and street performance. Tapi x pergi pun area2 funfair tu.. Dok tunggu Airbus A380, sampai ke penghujung show baru muncul. Flights fly-by finished around 5, dah kelaparan terus jer pegi town makan2. 
Star of the show - A380 - World's largest commercial aircraft.
Z ok aje sepanjang show. Ada la jugak menangis sebab bosan. Tapi sekurang2nya dia ok aje dengan bunyi kapal terbang. Orang sibuk tunggu flights, dia pulak sibuk tunggu fire engine yang dok meronda hehehe..

My Heart & Soul ;)
That's the end of our loud weekend. Well, tak sure la neighbour atas nih dah habis renovate belum. Malam tadi (Isnin) masih dengar bertukul, tapi takde la drilling. Yang pelik tu sampai tengah malam bertukang. contractor ni memang keje malam n weekend jer ke?