Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, July 15, 2014

Tooth Fairy

Kejadian di rumah atok kedah minggu lepas.. Z terjatuh 2 kali and he broke his teeth! Kali pertama jatuh pukul 6 pagi, berdarah sikit bibir nya.. Nangis la kejap.. Lepas tu pukul 9 pagi jatuh lagi, di tempat yang sama! Memula jatuh sebab dia panjat tak lepas. 

Kali kedua jatuh sebab dia turun kepala dulu.. Kali ni berdarah teruk, melalak pun teruk. Bila dah habis melalak baru mama perasan macam ada retakan kat gigi dia. Seharian dia tak mau makan sebab sakit bibir.


Besoknya dah back to normal. Gigi retak tetap retak, tapi dia macam tak rasa apa2 pun. Makan pun dah kembali normal. So kami ingatkan ok la.. Gigi tu mungkin retak sikit je kot, tak sampai ke gusi agaknya.. 


4 hari kemudian, retakan semakin ketara. Air liur pun menjejeh2 aje dan Z semakin kerap sucking his fingers. Memang nampak dia semakin tak selesa. Nak bawak jumpa dentist dah tak sempat, sebab kami akan bertolak balik ke dublin malam tu (sabtu). 

Masa dalam flight Z cuma tidur jer.. Makan minum tak nak. Mama nampak gigi dan gusi dah menghitam. Memang teruk. Kesian dia.. Mama kasi paracetamol je utk kurangkan sakit. 

Sampai dublin ahad tgh hari. Kawan2 fb ireland suruh mama call Crumlin Hospital, banyak kali jugak call tak angkat. Sedih mama tengok gigi Z.. Hari isnin pagi mama call GP, fully booked pulak, so petang isnin baru jumpa GP. Dia suggest pegi Trinity Dental Hospital instead. Cepat sikit katanya berbanding Crumlin. 

Selasa (exactly 1 week lepas kejadian), barulah berjumpa dentist. Memula jumpa dentist biasa, pastu dia panggil consultant paed utk assess sebab kes Z special skit. Lepas dah x-ray, nampak gigi Z dah retak bukan tgh tu aje, kat bahagian dalam gusi pun dah retak (melintang). Sebab tu la memula dia tak sakit, tapi bila dia start isap jari, retakan tu bertambah teruk. Tu pasal bertambah sakit. Memang kena cabut la. 

Consultant cakap kalau ikutkan better buat under general anaestetic sebab Z ada anxiety (punya la dia melalak, gegar satu hospital) tapi diorang x de facility tu kat hospital ni. Kena bawak g Crumlin jugak. Tapi kalau nak buat local anaesthetic dia cakap dia boleh buatkan cepat2, and that way could reduce his stress. Papa cakap buat je la local. Cepat skit. Nak tunggu Crumlin tu mau 2-3 hari pulak. 

So, kat situ jugak la consultant tu buatkan.. Balut Z dengan selimut, then 2-3 org dentist lain tolong pegang. Melalak tu tak usah cakap la.. Cabut yg bahagian luar tu cepat je, nak korek yang bahagian dalam tu mmg ngilu jugak la mama tengok. Panjang root dia. Terkejut tengok. Dentist tu dah siap bungkuskan gigi tu, tapi ntah macam mana mama tertinggal pulak.. Aiseh.. Rugi btol, kalau tak bleh buat kenangan hehehe..

Anyway, itulah kisah pertama kali ke dentist. Dah tak de gigi depan anak mama.. Huhuhu.. Tak pe la.. Benda dah nak jadi kan.. 


Monday, June 16, 2014

Lamanya tak jenguk...

Jangan kan update, jenguk blog sendiri pun tak pernah. Tak pasti apa yang menyumbang kepada kesibukan. Yang nyata Isnin - Rabu memang busy lintang pukang sikit kehidupan. Tapi sejak akhir minggu lepas mama dah boleh bernafas sikit di ofis nih. Sebab tu boleh jenguk blog :). 

Khamis pagi appointment Speech Therapy, tapi bukan tiap2 minggu, 2-3 kali jer sebulan. Kalau takde appointment, mama akan bawak Z bersiar di taman. Sekarang musim panas, sangat best bersiar2 sambil menguatkan physical Z. Jumaat jer la selalunya mama akan spend time di rumah. Z pulak kalau tak keluar, masyaAllah cranky tuhan saja yang tahu.. 24-hrs kena entertain dia. So memang tak de masa nak ber blogging nih. Buku2 bacaan pun banyak lagi yang terbengkalai.. project2 di rumah pun banyak dalam angan2 jer..

Anyway mama pun tatau nak update apa hari.. saje nak jenguk blog aje.. kepala mama sedikit weng, maybe sebab pakai spek lain kot.. spek yang mama selalu pakai dah patah. Jadi blur tak ingat langsung apa activiti last 2 months..

Harini punya kesah jer yang mama ingat. Cikgu Yvonne bagitau Z tak nak minum or makan langsung kat sekolah harini. Dah masuk minggu ke 2 sebenarnya. Minggu lepas Z tak nak minum. Memang susah betul nak bagi dia minum. Macam2 cara dah mama cuba. sehari mungkin 2-3 oz jer yang berjaya masuk perut. Tapi sekurangnya dia masih makan macam biasa, so he got his fluid from food instead. 

Start semalam dia dah tak nak makan pulak....! Mama paksa and ikut dia merata rumah nak bagi makan. End up habis jugak. But that took about an hour kot nak habis. Ingatkan saja jer nak cari pasal di rumah, rupanya di sekolah pun dia buat perangai yang sama harini. Mana ada cikgu nak layan. So tengah hari tadi dia tidur tanpa makan or minum. Petang cikgu cakap asik menangis. Lapar la tu. Cikgu bagi makan pisang - Habis. But that was it. Cikgu try bagi makan/minum lagi afterward dah tak nak. Sehari makan pisang sebijik jer? 

Pening mama fikirkan apa nak buat ni. Risau he will get sick soon. Berat dah turun. Dulu 13.3kg, weekend haritu jadi 12.8kg jer.. Dah tak nak makan pulak ni, mesti lagi surut. Runsing mama jadinya.. Kenapa??? Sakit mulut? sakit gigi? sakit tekak? sakit perut? Who knows.. bukan Z boleh bagitau.. doctor pun takkan boleh detect lagi sebab dia masih jer active. Bukan sakit or demam.

Sigh.. (buka blog harini hanyalah untuk melepaskan perasaan sebenarnya..)


Sunday, April 27, 2014

Pre-Verbal Seminar

Lamanya x update.. Mama dh ada few draft dlm phone, tapi for some reason kalau ada gambar or video tak boleh nak post pulak.. Nak save online pun x boleh.. Pelik betul la.. Nak buka computer malas gilaaaa..!

Anyway semalam mama pegi seminar  Communication for Pre-verbal. Ada 2 session, pagi from CATTS speech theraphy and second part from IBCSR - ABA Theraphy for DS. Actually main reason mama join sebab ABA ni la.. Nak tau lebih lanjut how ABA could help Z. But turn out their talk is more nak menjual product. CATTS pun menjual jugak, but they give very details information on how their method could help n dalam masa yg sama x lokek sharing their knowledge. ABA pulak is a well known approach in Autism world, and recently there also study yang they could help with DS too. Tapi penyampaian diorang tak kena kot. 

Anyhoo thats not what I want to blog about, thats more.. I am very surprise to see cikgu Z Yvonne there!! Terharu giler mama. Sampai2 jer terus nampak dia. Dia cakap memang dia datang untuk get some information untuk bantu Z. Seminar ni anjuran private and berbayar, and she choose to pay and come just for Z!! Sangat proactive! (Nasib baik mama pun datang, kalau tak buat malu jer.. Hihihi). Macam mama, dia pun datang nak tahu details pasal ABA tu, but end up keciwa. Masa parents lain bertanya soalan re their childs behaviour, dia yang tolong jawabkan sebab dah bengang dengan geng2 ICBSR tu hehehe.. 

Kebetulan jugak mak budak yang dia jaga before Z (nama Jacob) pun datang. So masa lunch tu kitorang borak2. Mak Jacob (Deirdre) cakap both of us are soo lucky to have Yvonne. Masa Jacob masuk preschool dulu pun dia belum boleh jalan or cakap, bila dapat Yvonne la things started to improve. Cerita Jacob memang sangat familiar with Z. Jacob now dah 6+ n masuk senior infant dah. He is very witty according to his mom. Pot pet pot pet je.. Mak dia cakap masa masuk sekolah (junior infant) baru dia start bercakap. And she also highly recommend CATTS. Sejak dgn diorang la Jacob mula bercakap. Actually mama memang dh register dengan CATTS 2 weeks ago. Tengah tunggu first appointment jer nih, and I can not wait :D.

Berbalik pada Yvonne, yer I can not thanks her enough. Dia memang bersungguh2 nak tolong Z. Dia cakap dia faham only mama n papa jer yang concern about Z kat sini and she wants me to know that we also have her. She will try to get as much help as she could for Z. (T___T)

Wednesday, April 2, 2014

March 2014

Mama nih nama je keje part time, tapi setiap hari ada jee appointment or things to do sampai x sempat nak update blog :p

Lagipun setiap pagi Rabu which supposed to be my 'me time' tu telah digunakan untuk ke office :(.. Yer office.. Apa nak buat, banyak lagi keje walaupun dah hand over.. N the replacement pun still baru, nak tak nak mama jugak la yg kena buat.. Hopefully next week mama dh tak perlu lagi pegi office hari rabu.. 

Anyway, 21st March is World Down Syndrome Day. Ada coffee morning n viking tour organised by DS Dublin. Tapi kami x join pun. Mama x rasa mama bleh handle Z sorang2 naik turun boat since papa keje that day.. Mama n Z cuma keluar bersiar2 jer. Masa lalu dekat Mothercare tu, macam biasa la ada orang yg akan approach bagi voucher untuk photoshoot. Selalunya mama x layan pun, tapi haritu mama rasa macam nak buat photoshoot pulak sempena WDS day tu kan.. So go ahead je la.. Z dah la tengah mengantuk n cranky. Hentam je lah.. Tatau ler camner rupanya.. Esok baru gambar siap.. :)

23 March tu pulak birthday mama. Tak keluar pun, sebab nk celebrate di London nanti. Tapi ptg tu papa buat surprise jugak :) 

 
Papa keluar dgn Z nk pegi kedai ayam katanya.. Masa papa balik tu mama mandi, lepas mandi tengok2 dah ada kek bunga n kad atas meja.. Hehe thank you papa n Z :). Hadiah tahun ni, trip ke London. Mama rindu London :)

26-29 March tu ke London, nanti lah mama buat post lain..

Oh terlupa pulak, 20 March tu appointment dengan paed, dr Murnaghan. Review thyroid, tsh level masih tinggi 6+ (others normal). Frust jugak mama sebab mama dh bagi Z supplement to help his thyroid, tapi still x turun2 tsh nya. Mama rasa sebab susu soya lah.. But takde choice lain dh untuk formula milk. Goat milk ada la, but since Z allergy to cow's milk, highly likely dia x boleh tolerate goat's milk juga.. Unless we go to non formula milk macam almond ke.. Tapi x de extra added nutrien la.. Mama nk call dietitian la..

Berat Z dah naik! 13.3kg now :) dalam masa 6 bulan naik dekat 3 kilo. Sebelum nih setahun naik 1 kg jer hehe.. Dr Murnaghan very happy with his health condition now, so next appointment tahun depan jer. But we still will so thyroid test every 6 months.

Obsess dgn pintu (-___-)

He is still considered risky for autism though.. So kena buat follow up lagi dgn phsychologist... Hmm... 

31 march pulak appointment dgn ENT. finally we managed to finish the test. And he failed :(. Dia boleh dengar, but has to be very loud. The Tympanometry test showed he has fluid in middle ear. So, thats must be it since his ABR test normal. Highly likely kena pasang grommet. Next appointment dgn ENT surgeon end of May. Lambat lagi.. 


Tu je la kot update for March :)

Friday, March 7, 2014

First week + PT

Minggu pertama with new arrangement. Takde buat apa pun this week, relax2 jer dulu.. 



Rabu pagi Z sekolah, so thats the only 'me time' untuk mama :). Lepas hantar Z n borak2 sekejap dgn Yvonne, mama pegi town n have breakfast all by myself. Lepas breakfast mama pegi shopping beli 2-3 pasang baju untuk mama n Z pakai di rumah. Pagi2 orang tak ramai. Slow n steady no rush. Pukul 12 mama dh sampai sekolah Z semula. Balik rumah Z terus tido (dah lunch kat sekolah), mama masak lunch cum dinner. Selesai masak, Z pun bangun.

Khamis pagi keluar breakfast lepak2 gossip2 dgn anti yat n anti la. Bawak Z n Misha of course. Anti yat still on maternity leave. Anti la plak tengah tunggu hari je tu. Due Sabtu lepas, tapi still x de sign. Sabtu ni kalau x de jugak doctor nk induce. Tak sabar nk jumpa baby baru :)

Khamis petang appointment physio therapy (PT). Eimer datang rumah nk tgk camner perkembangan Z. Last dia jumpa bulan lepas kat sekolah. Masa tu Z still jalan 4-5 langkah baru. Now mmg dah bleh jalan jauh la.. Cuma dia masih x pandai nk bangun sendiri kalau takde tempat nk berpaut. Eimer cakap its ok, he is progressing well - step by step as per schedule. 

Mama suruh check tapak kaki Z. Sejak dh boleh berjalan ni mama nampak kaki Z macam flat sikit. She agrees n will refer us to Orthotics. Tapi dia rasa condition Z tu because stage where Z is at the moment jer. Sbb bila Z x berdiri or tgh menjinjat, tapak kaki Z still have a nice curve. Mama keluarkan jugak kasut2 Z suruh dia check ok ke tak. Dia kata all his shoes are fine n should help the flat feet. Yang penting kasut tu mesti have comfortable sole, flexible n have good support for his ankle. Ok la, mama ingat nk kena p beli kasut special ke apa.

Satu je la yg Eimer concern, his upper body, hands n shoulders masih tak kuat. Sebab tu dia masih wobbly bila berjalan. So kena buat exercise untuk kuatkan tangan Z. Mmg Z ada problem with his hands pun.. Sampai skrg still x leh nk pegang botol or suap sendiri. Pegang mainan kejap2 tu boleh la. Thinking of getting private OT, tapi current OT Sinead cakap tak de different pun kalau p private OT sbb kita dh buat everything dh pun utk help him. Just the matter of time. Hmm.. Ok la, as long as there's progress dah ok dah :).

Harini Jumaat, pagi lepak2 basuh baju lipat baju je kat rumah. Ptg baru bawak Z keluar ke town. Pegi round shopping complex jer la.. Naik turun lift. Tak sabar nk tunggu panas sikit, bleh la jalan2 di taman or tepi2 sungai :) tadi mama belikan toys ni utk Z. Kebetulan forum dublin pun tgh memperkatakan pasal building hands strength. And diorang suggest mende ni utk kuatkan tangan. Apa lagi, segera la mama pun. Tapi knowing Z, ntah brp bulan lagi la baru dia berminat utk main.. Tak kisah la, yg penting kita cuba ye tak ;)