Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, May 17, 2011

The Qveen is here!


Jalan2 suma dah tutup.. even pagar college pun dah ditutup.. nasib baik lah office mama di luar compound college.
Unfortunately, mama x dpt berjumpa dgn Qveen. Rupa2nya sape nak jumpa kene book the place in advance (wayyyy before mama back to work). Jadi melepaslah peluang mama. Tapi rakan2 office mama x de pun yg pegi. Sbb actually semua org Irish sangat bencikan keluarga diraja nih.

Masa on the way to office tadi, mama mcm agak takut sebenarnya.. memandangkan rumah amat dekat dgn Garden of Remembrance (refer to previous entry), mmg sepanjang jalan drpd rumah ke office tu penuh dgn gardaì2 (Ireland panggil polis tu gardaì or guard) yg segak2.. boleh dikatakan, encik garda lebih banyak drpd org kebanyakan. Semalam pun mama n Z tak dpt tidur nyenyak.. setiap satu jam, mesti ada chopper melilau2 atas rumah.. bising betul.. mmg sangat ketat security utk menyambut kedatangan royal visit nih

kenapa org irish sgt bencikan qveen? Sbb dedulu masa zaman2 penjajahan dulu lah.. org2 england kan suka bab2 menjajah nih.. sampaikan jiran sebelah pun diorang sibuk nak menjajah.. ramai btol org2 irish yg mati terbunuh. Garden of Remembrance tu mmg tugu yg dibina khas utk mengingati org2 yg terkorban dalam memperjuangkan Negara lah.. panjang lg lah sejarahnya.. mama pun tak ambik pusing sgt.. stakat tau gitu2 jer laa..

so Qveen akan kesana to pay her respect. Its actually a very hot and sensitive spot. Dlm mgu2 terakhir nih, mmg banyak lah mama dgr berita ugutan2 drpd para2 pengganas nih.. sbb tu lah mama takut.. mana la tau, kang mama tgh lalu kat situ, tetiba jer ada org bom ke.. tak ke naya namanya tu.. huhuhuhu (biasalah, mama kan selalu paranoid lebih)

anyway, kenapa Qveen nak datang Ireland? Sebab, baginda mahu datang mintak maaf atas apa yg telah dilakukan oleh keturunan baginda sebelum ini.. rasanya mcm susah jer kot org2 sini nak maafkan, tapi bagus lah usaha tu.. kalau org dah mintak maaf tu, at least sejuk skit lah kot hati2 mereka.. Cuma itulah, berani betul dia nak datang kan? This is actually the first royal visit in more than 100 years.. Respect lah mama dgn dia. Haih, kalaulah still ada chance utk mama pegi bersalaman dgn dia, mmg nak sangat lah sebenarnya.. tapi nanti kawan2 mama kutuk mama lah pulak..

ptg nih barulah qveen akan datang ke college. Kenapa college? Entah lah.. mama pun tak pasti sgt.. Tak silap mama, college nih pada awal2 pembukaannya (di zaman penjajahan i.e sekitar tahun 1600 kot) adalah di bawah naungan british monarchy. Walaupun dikenali sebagai Trinity College, nama sebenarnya ialah College of a Holy Undivided Trinity of Q*een Elizabeth Near Dublin. Haa.. mmg patut lah qveen datang melawat kan.. hehehe..

nanti bila Z dah masuk skolah, Z blajarlah sejarah Ireland betul2 yer.. nanti ceritakan pada mama apa yg sebenarnya berlaku.. (kalau kita masih di sini lah..) :)

k lah, mama nak habiskan lunch mama nih.. slalu mama pegi lepak kat padang dgn kawan2 mama, tapi sbb pagar pun ditutup, mama makan jer lah kat meja mama nih..

* Mama saje jer tak mo tulis betul2.. nanti kang org irish google n baca blog mama, tak pasal2 plak mama kene buang Negara.. walopon mama tahu, diorang x paham pun mama tulis ape.. hehehe
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment