Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, April 16, 2012

Hutang

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati


1 of the verse dlm lagu rasa sayang yg mama selalu nyanyikan utk Z.. :)

dulu arwah ayah mama (al-fatihah..) pernah berpesan... elakkan diri diri berhutang ataupun memberi hutang terutama kepada saudara mara ataupun rakan2.. bukanlah kedekut.. infact ayah mama memang sangat suka menolong orang, tapi katanya biarlah berpada-pada.. sebabnya hutang tu boleh menyebabkan hubungan terputus. kalau kita berhutang, mestilah kite akan rasa segan utk berjumpa dgn org yg memberi pinjam tu kan.. terutama kalau hutang yg belum berbayar.. kalau kita pulak yg memberi pinjaman, kadang2 kita pulak yg rasa segan nk jumpa org yg berhutang tu.. yer lah.. kalau jumpa nanti, first diorang akan malu2 or cuba mengelak dari jumpa kita pun.. second, kita pulak yang rasa segan nk dengar alasan2 yg diorang bagi tu.. serba salah jadiknya..

dikalangan rakan2 rapat tu, setakat berhutang seratus dua yg memang confirm akan dibayar mama memang tak kisah lah.. yer lah, kadang2 tu certain time sesak sikit jadinya.. so, kita hulurkan lah bantuan.. kadang2 tu mcm kes mama pulak, selalu jer terlupa nk cucuk duit bila keluar.. but dont worry mama mesti bayar the next day.. so far belum pernah lagi lah mama berhutang ribu2 dgn org (bank tu lain la citer kan.. hihihih) even hutang credit card pun x pernah.. bagi mama, berbelanja biarlah sepadan dengan income sendiri.. alhamdulillah jugak lah sebab kawan2 yg mama bagi pinjam pun mmg jenis yg boleh dipercayai..

anyway, apa yg mama nk ceritakan kali ni pasal ada seorang 'kawan' mama nih.. yg dh hampir 10 tahun tak bertemu.. memang semenjak lepas belajar dulu tak pernah lah bertanya khabar.. tapi dulu memang rapat lah.. tetiba jer weekend baru2 ni dia contact.. setakat bertanya khabar sikit2, pastu tetiba jer terus mintak nk pinjam duit.. banyak jugaklah amount tu pada firasat mama.. serba salah mama jadinya.. bukan mama tak bersimpati pada ceritanya, cuma mama ada sedikit keraguan disitu.. kenapa tetiba jer muncul? kenapa banyak sangat? kalau kawan2 rapat mama, mmg mama tak de masalah nk tolong.. tapi ini khabar pun x penah ambik tahu.. tetiba aje muncul..

mama terpaksa jugak lah menolak permintaannya.. lagipun mama bukanlah ada banyak duit. mama pun tengah berjimat cermat sebab nak menabung utk treatment Z nanti.. (nantilah mama ceritakan in details). bila mama ceritakan pasal Z (bukan lah nk minta simpati, tapi agar dia memahami aje), barulah dia nk bertanya brp org anak mama n siapa suami mama.. hmm..nampak sangat we dont know each other anymore.. entahlah.. mama memang nak sangat2 tolong kawan, tapi dalam kes ni mama rasa we are not close to each other like we used to be.. although, mmg mama rasa bersalah sangat n agak kejam disini.. mungkin dia memang sangat terdesak.. bayangkan kalau lah mama ditempatnya pulak suatu hari nanti.. mestilah mama sedih kan.. sigh.. Ya Allah, ampuni daku dan lindungilah kami daripada bebanan hutang..

mama happy sangat masa mula2 dia contact tu.. yer lah dah hampir 10 tahun (9 thn) terpisah. terimbau kenangan2 lama.. walaupun kami cuma kenal dlm tempoh setahun lebih jer, tapi mama memang tahu dia seorang kawan yang baik.. Now dah rasa AWKWARD..
Kepada kawan mama tu, saya betul2 minta maaf saya tak dapat membantu kali ini.. saya doakan agar masalah awak dipermudahkanNya..

1 comment:

  1. kalau i pon rasa awkward. atleast mesti ada rasa segan sbb dah lama tak contact kan. tuptup mintak pinjam pulak. tp apa yg mama z buat ni, mmg tak salah. so tak perlu lah mama z rasa risau. :)

    ReplyDelete