Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, September 20, 2012

Semenjak Bersekolah

2-3 minggu ni..
Mama perasan Z dah bertambah independent.
Dah boleh ditinggalkan main sorang2.
Dah kurang merengek2. 
Even on hari2 yang dia tak ke sekolah. Dah kurang merengek. Dah jarang merengus.
Yang kelakar tu, bila balik dari sekolah jer, mesti dia akan terus terkam toys dia. One by one. Semua dia nak main. Macam dah rindu sangat. Or maybe sebab geram kat sekolah kena share. Balik rumah, ALL MINE!

Tapi satu perkara yang paling menyentuh hati mama..
Tiap kali nak tidur jer, mesti dia nak menempek dengan mama. Nak cuddle2 n kiss2 mama. Kadang2 mama tengah masak time Z nak tido, so kak yah akan tepuk2 Z (sebelum tido mmg kena tepuk2 dia). Tapi now selagi mama x cuddle2, selagi tu lah Z takkan tido. Bila dia nampak jer mama, terus senyum.. Terus merangkak n panjat mama.. Lepas cuddle sekejap, tertidurlah dia.. Every night :)

Manja mama :)
Oh, and he sleeps early too. Pukul 9 dah tido. No fuss.. Sebelum ni pukul 10 lebih baru tido, itupun jenuh la memujuk.. Now, mama nyanyi lagu Rasa Sayang sekali dua jer, dah mengeroh.. :)

Btw, hari Selasa lepas, mama hantar Z ke crechè juga. Walaupun Z belum betul2 baik demam. Alhamdulillah masa kat sekolah dia tak demam. Tengah hari tu mama pergi melawat (konon2 nak bagi susu lah), tengok Z dah tido. Cikgu cakap Z makan habis harini. WOW! Tu pun sebab mama bawak nasik dari rumah.. Sebelum nih cuma bawak lauk jer. Maybe dia tak biasa kot makanan kat sekolah tu.. For the moment, bawak jer lah bekal dulu sampai dia ok. Cikgu cakap Z a lot better harini. He let me 'in' kata cikgu Aoife. Dia dah mahu main2 and dah berkerjasama dgn cikgu. But not so much with other kids. Ok la tu.. slow2 yer.. :)

ZzzzzZZzzz..

Sebabkan dia dah makan, mama pun tak nak la kejutkan Z. Takut melalak lagi, I just left. Pukul 3++ kak yah pegi ambik Z. Z tengah melalak, sambil minum air teh. Dia still x mo minum susu.. Tapi cikgu kata dia minum la air masak about 2 oz camtu.. Ok lah.. Tapi risau jugak sebab susu still his main source of nutrients at the moment.. But he is 2 now, tak silapnya hanya 2-3 glasses of milk required per day. He does get proper meals as well, should be ok la kot.. InsyaAllah.. Semoga anak mama terus menunjukkan perkembangan positif.. Aminn.. :)

3 comments:

  1. yay! mesti mama makin lega hati kan. zach boleh!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    happynya dengar he improves a lot.. =D yeaaayyyyy!!!!
    Good job Z...Well done!!

    Huggsss n kisses for Z..

    ReplyDelete
  3. Thank you aunty2!!

    Walaupun Z still melalak2, but yes mmg nampak la ada banyak improvement :D
    Alhamdulillah, lega sikit mama..

    ReplyDelete