Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, November 29, 2012

Winter Bugs?

Sejak 2 hari lepas, Z asik muntah2 jer kalau makan. Memang dah hampir 48 jam tanpa solid food. Makan 2-3 suap jer, then dia akan start meronta2 n melalak2. Menjejeh2 air liur. Pastu muntah. Projectile vomiting. muntah yang tersembur tu. Memang keluar habis apa yang di makannya :(. Semalam mama buat bubur nasi yang super cair tu pun Z muntah jugak.. Mama dah try fruit puree pun x boleh.. cereal pun x boleh.. pening mama fikirkan condition Z nih.

Papa suspect vomiting bugs. Sebab sekarang nih memang ramai budak2 (dan orang tua) kena Winter Vomiting Bugs. Tapi yang heran tu Z tak de diarrhea. Pastu lak minum susu ok aje. Cuma solid jer x boleh. Lepas muntah, Z memang akan lembik and terus tertido.. Bila dia bangun, dia akan happy seperti biasa balik. No fever. Bila suapkan makanan jer dia akan start meloya2 dan muntah semula. 

cakit pewuuttt..!

Disebabkan condition Z yang masih ok, papa kata tak perlu bawak ke hospital lagi. Kalau kat hospital pun diorang akan buat drip utk treat dehydration jer.. Tapi mama risau. Mama risau takut2 stenosis (usus). Z kan memang pernah ada masalah usus dulu. Memang posibility utk bermasalah tu ada. Lagipun Z belum poop sejak 2 hari lepas ;(.. Papa pula kata kalau pegi hospital for stenosis problem, memang sah2 diorang akan terus buat drip and macam2 test. Tak kisah la confirm ke tak masalah usus tu.. Dia tak sampai hati nak tengok Z kena cucuk sana sini.. Kesian Z katanya.. So, kita monitor dulu di rumah, harap2nya hanyalah bugs. As long as Z masih active dan belum dehydrated, he will be at home.

Cuma tu la.. Kesian Z.. Lapar sangat dia. Minum susu every 2-3 hours. Tapi mana kenyang kan.. Asik2 pergi dapur jer keje dia.. Mama nak makan pun x sampai hati sebab nanti Z mesti akan kemam2 jugak.. sigh.. Kalau hanya virus, cepat2 ler kamu pergi. Kesian anak mama kelaparan....huhu.


Tuesday, November 27, 2012

Jet Lag

Fuuhh! Fuuhh! Bersawang sudah blog ni.. Dari sebelum balik msia sampailah dah kembali.. Memang x sempat mama nak update. Nak cerita pasal balik msia pun, gambar still tak transfer. Nak transfer gambar pun x sempat, sebab balik rumah jer mesti nak tido.. 

Jet lag maa.. Malam semalam makan pun tak, padehal papa dah siap masakkan nasi lemak lagi.. (papa masih bercuti) Tapi mama lagi rela join tido dengan Z dalam kelaparan.. Z pun x makan malam. Penat mama kejut, keras macam kayu jer dia tido. Pukul 5 pagi, kami berdua bangun kelaparan. Papa suapkan Z, mama plak melantak nasi lemak di pagi buta. Just great..! Dah la masa balik msia haritu mama melantak tak mengenal masa.. Haih, camno la nk kuruskan badan mama ooiii..

Harap2 harini Z dapat tido lama sikit kat sekolah nun. Semalam cikgu kata Z tido sekejap jer.. Cranky jer lebih. Masa papa pegi ambik pukul 3.30 tu, mata Z dah mcm panda. Tapi dia refused to sleep. Yer la, kadang2 kalau ngantuk sangat mmg tak boleh tido kan? So, bila balik jer rumah, terus la dia tido sampai ke pagi.. 

Pukul 5 pagi, dia sibuk bermain :(

Agak susah nak train Z with time different sebenarnya.. Masa kat Msia, first few days Z cuma akan tido pukul 4 pagi! Pukul 4 pagi waktu Msia = pukul 8 mlm waktu dublin. Walaupun mama x kasik dia tido siang, still macam tu jugak.. Masuk minggu kedua baru Z tido awal sikit. Tu pun mesti pukul 12 ke atas. Now dah balik sini, nak kena tukar balik time tido dia ke asal. Mesti seminggu jugak baru ok nih. Nasib baik ler papa cuti, kalau tak pingsan la mama huhu..



Thursday, November 8, 2012

Just another day..

Extremely busy lately, with work n personal matter.. Sigh. Penat. Physical n mental. But i think i still can handle those..

Cuma harini sedikit berbeza. Fitnah tohmahan manusia. Mama sangat keciwa. Manusia yg sepatutnya lebih memahami situasi kami berbanding orang lain. Tak pernah sekalipun mama meminta pertolongan mereka. Baik dari segi wang ringgit ataupun buah fikiran. Cukuplah sekadar memahami kesulitan kami sekeluarga. Tapi sebaliknya diumpat dicerca. Tak sedarkah siapa asal usul mereka? Baru beroleh kesenangan yang sekelumit, dah angkuh mendongak dada? Mungkin hari ini nasib kami tak sebaik anda, tapi esok2 bagaimana pula?

Kalau diikutkan amarah mama, mahu saja menyerang balas. Tapi mama tahu, tak ada gunanya. Hati yg penuh kebencian dan hasad dengki. Biarpun kebenaran di depan mata, memang tetap yg khilaf juga dilihat mereka. Tak guna membuang masa. Mama hanya perlu pekakkan telinga dan butakan mata - sama seperti mereka. Sabarlah mama, sabarlah papa. Semoga Allah membantu kita dalam usaha membesarkan anugerah yang terpaling istimewa.


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, November 5, 2012

Rasa Sayang Hey!

Semenjak dari dalam pantang hinggalah sekarang, 'nursery rhymes' yang mama nyanyikan ketika Z nak tido adalah lagu Rasa Sayang, Zikir dan lagu ciptaan sendiri berjodol 'Sayang Sayang Mama'. Memang these 3 'songs' lah yang mama akan nyanyikan berulang2 sampailah Z tertido.



Tapi semenjak 3-4 harini, tiap kali mama nyanyi lagu Rasa Sayang jer, mesti Z akan ketawa. Especially bila part '..yay!' kat belakang tu.. Mengekek2 dia ketawa :D. Heran btol mama, ntah apa la yang lucu sangat. Padahal dah 2 tahun lebih dh dok dengar lagu tu, baru perasan kelakar kot heheh..

So, instead of putting him to sleep, he will end up wide awake 0.o Lepas ni dah x leh nyanyi lagu ni time tido dah la nampak gayanyaa..



RASA SAYANG YAY

(Chorus) x2
Rasa sayang yay rasa sayang-sayang yay!
Yay lihat nona jauh rasa sayang-sayang yay..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

(Chorus)x2

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh dicari
Mana nak sama Zachary_Aiman seorang..
(Marah betul dia kalau mama x sebut nama dia kat sini)

(Chorus) x2

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu

(Chorus) x2

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa ke mati

(Chorus) x2

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..

(Chorus) x2

Then ulang lagi dan lagi sampai dia tertido..

*actually mama ketandusan idea untuk pantun2 klasik yang popular.. 5 rangkap ni jer yang lekat dalam kepala mama (-___-)

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop