Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, November 5, 2012

Rasa Sayang Hey!

Semenjak dari dalam pantang hinggalah sekarang, 'nursery rhymes' yang mama nyanyikan ketika Z nak tido adalah lagu Rasa Sayang, Zikir dan lagu ciptaan sendiri berjodol 'Sayang Sayang Mama'. Memang these 3 'songs' lah yang mama akan nyanyikan berulang2 sampailah Z tertido.



Tapi semenjak 3-4 harini, tiap kali mama nyanyi lagu Rasa Sayang jer, mesti Z akan ketawa. Especially bila part '..yay!' kat belakang tu.. Mengekek2 dia ketawa :D. Heran btol mama, ntah apa la yang lucu sangat. Padahal dah 2 tahun lebih dh dok dengar lagu tu, baru perasan kelakar kot heheh..

So, instead of putting him to sleep, he will end up wide awake 0.o Lepas ni dah x leh nyanyi lagu ni time tido dah la nampak gayanyaa..



RASA SAYANG YAY

(Chorus) x2
Rasa sayang yay rasa sayang-sayang yay!
Yay lihat nona jauh rasa sayang-sayang yay..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

(Chorus)x2

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh dicari
Mana nak sama Zachary_Aiman seorang..
(Marah betul dia kalau mama x sebut nama dia kat sini)

(Chorus) x2

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu

(Chorus) x2

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa ke mati

(Chorus) x2

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..

(Chorus) x2

Then ulang lagi dan lagi sampai dia tertido..

*actually mama ketandusan idea untuk pantun2 klasik yang popular.. 5 rangkap ni jer yang lekat dalam kepala mama (-___-)

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment