Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, May 2, 2013

sambungan kisah tidur..

Semenjak lepas jumpa Paed (n dietitian) Isnin haritu, Z macam kurang sihat.. Mama suspect sebab banyak nangis sangat haritu... suhu badan dia circa 38C camtu.. takde la panas sangat but memang demam la.. dia takde la nampak macam sakit.. cuma kurang active jer.. Doctor kata jangan risau sangat pasal temperature kalau dia masih active and makan/minum mcm biasa.. Tapi sehari dua ni Z tak nak minum susu. nak habiskan 1 oz pun jenuh berperang.. mama dah makin risau ni, especially bila dia x poopoo for the last 2-3 days. Makan ok jer la, but still kurang sikit berbanding sebelum nih..

Anyway, mama sebenarnya nak catitkan pengalaman Z bangun malam sebagai rujukan dikemudian hari. Actually supaya mama tak lupa bila kena bagi history kat doctor nanti.. kebetulan semalam Z tak tido malam lagi, sementara masih fresh ni, baik mama catit.. mungkin sebab tak berapa sihat kot.. atau mungkin sebab lain..

Selalunya pukul 9 malam Z dah start golek2 atas tilam dah.. Mama bagi susu, nyanyi2 zikir2 sikit, tido lah dia.. Malam tadi pukul 10.30 baru Z tido. Dia memang tak nak minum susu, so lama la sikit mama nak kena berzikir.. Mama perasan sekarang dia suka masukkan ibu jari dalam mulut then humming or sometime bubbling ntah hape2.. matanya tertutup tapi mulut berbunyi.. kaki tangan semua pun active. Mama rasa habit ni lah yg menyebabkan dia tak boleh tidur.. although there could be some reason behind his behaviour.. but mama notice kalau mama cuba divert his action, macam urut2 tangan dia ke (dia akan refused and try to continue putting his hand into his mouth) lama2 dia akan stop and tertidur.. So pukul 10.45 camtu jugak la baru dia tidur..

Pukul 11.30 mama angkat masuk bilik, then mama bagi susu.. dia minum sikit.. then sambung tidur. Pukul 12 lebih mama pun bersiap2 nak tidur. (papa oncall). Elok jer mama terlelap, dalam pukul 12.45 Z bangun. Mula2 dia berpusing2 jer.. sambil humming of course. Mama tepuk2 tak jalan jugak.. cuba tarik tangan dia pun x berkesan.. lapar kot sebab memang tak minum susu langsung malam tu.. mama cuba bagi susu lagi. dia minum tak sampai 1 oz then tido..

Pukul 2 Z bangun lagi. kali ni memang bangun n duduk. 2-3 kali jugak dia bangun duduk bangun duduk.. Mama dah ngantuk tersangat dah, layan tak layan jer la.. cuba bagi susu pun tak jalan.. mama tepuk2 jer la.. but then mulut dia bising betul.. ntah hape2 dia bebel sambil mata tertutup..
(mama tension dah tahap gaban dah time ni, selalunya kalau papa ada, mama tinggal jer Z n pegi tido bilik sebelah.. i am a very light sleeper, bunyi sikit pun tak boleh tido, pastu kalau dah bangun memang berzaman ler baru boleh tido balik. papa pulak bom jatuh sebelah pun dia boleh sambung tido jer.. lagipun dia memang pakar bab2 berjaga malam ni. senang bangun n senang tidur, so memang sesuai tugasan utk jaga Z malam2 hihihi)

Mama pun tak sure pukul berapa Z or mama tido sebab memang kepala ting tong sangat.. but then pukul 3.55 Z bangun lagi.. Mama sedar, tapi memang dah tak larat sangat dah nak tepuk2 or pujuk2.. mama biar jer dia berpusing2 humming2.. pukul 4.15 Z dah start melalak.. mama pun nak tumpang melalak ler jadinya.. Memang kesabaran dah tahap kulit bawang. mama marah Z. lagi la Z melalak.. mama konon2 merajuk then sorok bawah duvet.. lagila kuat dia melalak.. dah cool down sikit barulah mama pujuk Z semula.. teresak2 dia menangis.. ya Allah kesian sangat.. tapi geram pun yer.. biol pulak bila difikirkan.. apa kes mama nak marahkan Z. bukan dia sengaja bangun.. Mesti Z pun mengantuk, tapi x boleh tido..

So mama duduk and pangku Z.. dia still jugak humming sambil gigit2 ibu jari.. mama rasa dia x boleh tutup mulut la, x boleh bernafas kot.. tu pasal dia masukkan ibu jari sambil humming utk clearkan pernafasan.. mama sapukan vicks.. rasanya pukul 5.30 baru Z betul2 tidur, so mama baringkan dia n mama pun tido..

Selalunya mama kejutkan Z pukul 7.30, tapi pagi ni kesian sangat tengok dia tido. mama biar jer la.. pukul 8.45 baru mama kejutkan.. pukul 10 baru mama sampai office pagi tadi. nasib baik bos2 ada meeting ;).

Mama rasa Z mesti kepenatan di sekolah harini.. mama pun mengantuk tersangat lepas lunch tadi nih.. sigh.. kenapa yer? Macam mana nak selesaikan masalah ni.. Mama kena cari lebih info la.. Mama tak kisah sangat mama tak cukup tidur ni.. kadang2 jer berlaku scene macam semalam.. selalunya kalau dia bangun pun, mama tepuk2 sikit, tidur la dia.. Tapi memang ada la ketikanya yang dia akan bangun sepanjang malam..

Even sekejap2 pun tak bagus sebenarnya.. children need enough sleep. Itu lah masanya diorang membesar. Masa check up dengan Paed haritu, tinggi Z for the past 6 months adalah sama. Maksudnya tiada growth in 6 months. That's something we should pay attention to. Doctor kata its ok, sebab masa check up sebelum tu tinggi Z naik mendadak - growth spurt. so maybe this is time for him to slow down a bit. Tapi x de lah sampai x de growth langsung kan..

Mama minta maaf yer sanyang.. Mama marah2 Z semalam.. Kalau bab mengantuk ni mama memang diluar kawalan sikit.. InsyaAllah nanti mama cari penyelesaiannya ok..

Mama sayang Z ketat2!!


No comments:

Post a Comment