Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, February 23, 2012

Kisah Sulaiman

Semalam mama call atuk Kedah. sembang punya sembang, mama teringatkan Si Leman anak mak cik Tah. Rupanya Leman dah balik ke kampungnya di Selatan Thailand bulan lepas.. Katanya atuk, ayah dan ibu Leman dan berpisah. Nampak gayanya tak dapat lah Z jumpa Leman lagi lepas ni..

Dulu masa Z baru lahir, Leman selalu datang rumah. Leman tua 2 bulan dari Z, tapi orangnya sangat bersemangat dan cergas. umur baru 2 bulan, atuknya dah kasik makan nasik. Supaya cepat besar, nanti boleh tolong pergi angkut getah di kebun katanya..

Mak dan ayah Leman adalah warga Thailand dan bekerja sebagai penoreh getah di kebun Tok Cik (pakcik mama). Tok Cik sediakan rumah untuk diorang berdekatan dengan rumah atuk. So, pada masa yang sama, boleh lah diorang tengok2 kan atuk juga..
Petang2 mak cik Tah selalu bawak Leman datang rumah temankan mama yang kebosanan masa dalam pantang. Bila mama dah habis berpantang, kita selalu berjalan2 menghirup udara segar di kampung. Kadang2 mama akan bawak Leman dan mak cik Tah ke bandar. Tiap kali mama belikan mainan atau baju2 utk Z, mama mesti akan belikan something utk Leman jugak..


::Rumah Leman di kampung::

Mama teringat satu petang tu, beberapa hari sebelum kita balik ke dublin, mama bawak Z ke rumah Leman. Kebetulan masa tu ada kapal terbang lalu.. Ayah Leman tunjuk ke arah kapal terbang tu dan cakap pada Leman 'Leman, lepas ni bila Leman tengok jer kapal terbang, Leman mesti ingat adik Zakri tau.. adik Zakri dapat naik kapal terbang, Leman dapat tengok kapal terbang pun cukup lah..'

Mama cakap pada ayah Leman, 'janganlah cakap macam tu.. mana tahu, nanti Leman belajar pandai2, boleh jugak naik kapal terbang..' Ayah Leman sambung, ' alaa.. ayah Leman kerjanya motong getah, mana lah kami ada duit nak hantar Leman belajar tinggi2..'

Walaupun mereka hidup serba kekurangan, mama tahu ibu dan ayah Leman sangat sayangkan Leman. Diorang selalu cakap diorang tak mahu hidup Leman susah. Mama harap Leman masih berpeluang untuk bersekolah sepenuhnya. Sekurang2nya kalau dia masih di Malaysia, peluang untuk belajar secara percuma/murah tu masih ada. Mama tak pasti lah macam mana sistem pendidikan di Thailand sana..

Ayah Leman pun belajar agak tinggi sebenarnya. Sebelum berkahwin dan berhijrah ke Malaysia, ayah Leman bekerja sebagai pegawai technical di sebuah stesen penyiaran. Tapi ketika peristiwa berdarah di antara penduduk Selatan Thai - ramai org Islam telah dibunuh, seluruh keluarganya terpaksa menjadi pelarian. Pakcik Leman juga telah dibunuh dengan kejam. Kesian sangat bila mama dengar atuk Leman bercerita sambil bergenang2 air matanya..

Sebab itu mama rasa sangat sedih bila dapat tahu mak cik Tah dah bawa Leman balik ke Siam. Mama doakan semoga mereka selamat di sana. Semoga jodoh mak cik Tah dan ayah Leman masih panjang dan semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu dgn Leman semula..
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment