Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, July 27, 2012

Homemade Yogurt (konon..)

Sedih lah.. dah 3 kali mama buat soya yogurt, tapi masih belum berjaya mencapai consistensi sebenar.. :(

First try, jadik masam and sedikit berbau.. bila mama kaji selidik tips, rupanya maybe sebab culture mama tu agak kuat, so kena pendekkan tempoh. Second time buat, ok dah tak berbau and kurang masam.. tapi mama terletak lebih agar, so dah jadik macam jelly pulak.. third time try, dah mencapai consistensi yang diingini, masalahnya masih masam!

Mr Severin in action. Cubaan menggunakan chocolate soy milk - kurang memuaskan jugak.

Bukanlah masam basi tu, masam natural yogurt jer la.. But obviously Z tak nak makan.. Dia dah biasa makan yogurt berperisa.. Bila mama selidiki lagi, rupanya mmg soya yogurt agak sukar dibuat. Memang akan masam, berbanding yogurt biasa.. So, kena tambah perasa macam jam or fruit sauce tu.. Mama try makan dengan Jam yang mama buat utk Z tu, ok la.. sedap la jugak.. Tapi macam leceh jer lah, tiap kali nak makan kena letak jam la pulak.. Dah nak kena tambah stok homemade Jam..

Semalam stok yogurt Z habis, so mama buat chocolate tofu (soya milk jelly) jer lah..
Mama dah hampir give up sebenarnya.. Ikutkan hati baik beli jer.!! Tak de la beza sangat pun cost dia sebab mama guna susu organic.. Tapi yang beli tu banyak sangat kandungan gula dia... Hmm.. Weekend nih mama kena carik lagi resepi lain.. Dont give up to soon yer mama!!

No comments:

Post a Comment