Mama kat luar pun dia dah tak peduli.. |
Zach sangat attached to Yvonne (PSW). Pagi2 sampai sekolah jer, terus dia carik Yvonne. Nampak jer Yvonne terus hulur tangan. Alhamdulillah.. syukur sangat sebab ada orang yang mama boleh trust untuk jaga Z while mama at work. She looks very sincere and mama dapat rasa yang dia pun sayangkan Z. Contohnya pagi tadi, Z sampai jer, dia yang dulu datang terkam n peluk cium Z. Rindu lama tak jumpa katanya.. So sweet.. :) terharu betul mama. I think as a mother of a DS kids, that's kind of a mutual feeling where everytime you see other kids with DS you just feel like they are yours :) Sebab tu lah mama rasa beruntung sangat bila dapat tahu yang Yvonne ni pun ada anak with DS. She's definitley treat Z beyond her pay cheque :)
The only problem is, Yvonne cuma kerja 2-3 half days per week. Isnin, Selasa and sometimes Rabu. Bila hari yang Yvonne takde jer, Z jadi tak keruan. Sampai sekolah kalau tak nampak Yvonne, mulalah dia buat perangai. Bukanlah tantrum, but upset. Menangis meleleh2 air mata sambil peluk mama kuat2.. adoiiii.. sebak betul mama.. Kalau dia tak menangis pun, dia nampak tak gembira and lost. I can feel him.. :( Sabarlah yer Z.. InsyaAllah 2-3 bulan jer lagi. Harap2 mama dapat keje part time balik. So Z only has to go to school during the days yang Yvonne ada and the rest of the week he can stay at home with me..
Ya Allah, bantulah kami dan permudahkanlah urusan kami..
Oh, Z also has another new friend. Sekolah Z ada cikgu baru, lelaki (the only male staff in the school). Mama pun tatau apa namanya. Dekat sebulan jugak la cikgu ni start. Dia tak jaga kelas Z, but for some reason tiap2 petang mesti mama nampak dia tengah dukung or bermain2 dengan Z. Mama selalu p ambik Z pukul 6 camtu, bebudak kelas cikgu tu dah balik awal la kot, sebabtu dia bleh look after Z. Dia cakap masa belajar dulu dia ambik subject Special Needs Support. So dia tahu ler camner nak handle Z and dia cukup suka melayan Z. Alhamdulillah.. Z pun nampak ok n happy jer dengan dia :)