Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, August 29, 2012

Eid ul Fitr 2012

Sambutan Aidilfitri yang ke-3 buat Zach, but actually the first for the 3 of us to celebrate it together :D. First raya (2010), we were still in M'sia (masih dalam pantang) and papa was in Cork. Last year pulak raya during weekdays, papa kerja and was in Sligo. So memang tak dapat balik lah :(. This year kebetulan raya time weekend, so dapatlah buat pertama kalinya kami beraya bersama sama :). 

Pagi Raya

Juadah raya macam tahun2 sudah jugak la, nasi impit, rendang and soto. lemang pun tak de tahun nih sebab mama lupa beli yg segera masa balik Msia haritu. Nak buat sendiri, malas la pulak. dulu2 mama selalu jugak buat lemang sendiri, balut pakai daun pisang n aluminium foil :P. Tahun ni, kuih raya pun 3-4 jenis jer. Weekend sebelum raya tu kan birthday Z, so memang tak sempat lah nak buat kuih bagai.. balik keja 2-3 hari sebelum raya tu lah baru mama paksa diri untuk membaking jugak. dapatlah almond london, cornflakes, kuih siput and kek batik. Nasib baik lah raya hari Ahad, kalau hari Sabtu (kami puasa awal sehari dari Msia), rendang pun x sempat nak buat agaknya...

Kain sepapan kata atuk heheh

Masa balik Msia June haritu, mama sempat jugak cari baju raya sedondon untuk kami bertiga. memang sedondon habis, bak kata atuk, senang, beli jer kain sepapan hehehe.. Tapi mama boleh pulak terlupa nak beli songkok. so, macam tak lengkap sikit lah costume raya Z. Mama suruh mak tih carikan, then dia post seminggu sebelum raya tu. selalunya 4-5 hari sampai lah, tapi sebab raya kot, terlewat sehari. Isnin baru sampai. Keciwa betul mama.. tapi kalau ada pun, bukannya Z nak pakai pun. letak jer atas kepala dia, terus dia cabut.. sabar jer laahh..

Aliya first raya di Malaysia Hall

Anyway, hari raya tu, macam biasa kami pegi Msia Hall untuk solat raya. Pihak Embassy ada sediakan makan2 jugak, so rasa lah sikit kemeriahan raya tu.. Tapi hero mama macam biasa lah, melalak jer kerjanya.. kena bergilir mama dan papa dokong. nasib baiklah pukul 11 macam tu memang time tidur dia, sempat lah jugak mama dan papa menjamah juadah raya kat malaysia hall tu..

ahli keluarga kami di perantauan - Z macam biasa lah, menyorok dalam bilik :(

Balik dari malaysia hall, aunty chai n uncle bazk jadi tetamu pertama. Tak lama kemudian yang lain2 pun datang.. muka2 yang sama jer lah hehehe.. petang sikit baru aunty zura and syakira sekeluarga datang. bila semua tetamu dah balik, kami buat lawatan balas ke rumah aunty syakira pulak. tak pernah g rumah dia. diorang stay kat tallaght. sepatutnya 30 mins drive jer, but boleh pulak tersesat2.. malam pukul 10 lebih dah balik rumah. terus pengsan :).

Tetamu

Isnin, dah masuk kerja macam biasa.. sekian saja sambutan aidilfitri kami di dublin ;)

temporary happy baby :)

Monday, August 27, 2012

2 Years Old Celebration

Dah 3 minggu berlalu baru mama berkesempatan nak update :)

balloons

Pada mulanya mama bercadang nak sambut birthday Z kita sekeluarga jer. Bukan apa, mama tahu Z mesti melalak jer kalau jemput orang ramai. Tapi kawan2 mama nk jugak mama host makan2 sempena bulan puasa nih, so dah alang2 diorang nak datang tu, mama buat jer lah sekali party kecik2 untuk Z. Hanya rakan terdekat jer.. buka puasa pukul 9.30pm, susah sikit lah nak jemput kanak-kanak tengah malam gini.. InsyaAllah tahun depan kalau Z dah baik from anxiety, kita boleh jemput kanak2 yer.. :)

In The Night Garden

Anyway, theme 'In The Night Garden' (ITNG). Mama nk carik Waybuloo sebenarnya sebab Z kan peminat setia Waybuloo, tapi tak jumpa. so, INTG pun ok laaah.. mama beli jer set party pack tu, senang.. then tambah decor lain sikit2.. pastu mama order cake from Johnnies Cupcake Johnnie Cupcakes. Itu jer lah.. makanan untuk berbuka pun mama masak simple jer. Tak sempat lah mama nak buat semua sorang2. Nak tempah pun macam tak berbaloi jer, tetamu around 10 orang jer pun hehhehe..
Giant Cupcakes

Seperti yang dijangka, as soon as tetamu sampai, Z pun mulalah meragam.. end up terpaksa bawak masuk bilik jer lah.. then, mama kak yah and papa bergilir temankan Z, while the others entertaining our 'guest'...
Sebelum tetamu sampai.. Happy jer :)
Birthday boy menyorok dalam bilik :(
Foods - Caroline kantoi x puasa :P

Yang paling kelakar tu time nak potong cake. Mama bawak la Z keluar, nampak2 jer orang ramai, terus dia meraung. terpaksa bawak masuk bilik semula. Then kawan2 mama berpakat untuk menyorok. so, diorang semua tunggu kat hallway, while mama, papa, Z and kak yah potong cake n bergambar!! bila dah siap potong cake, terus bawak Z masuk bilik, and guest pun keluarlah dari persembunyian mereka :D aiyooo! sampai begitu sekali lah special nya birthday boy nih. Nasib baik lah guest semua sangat memahami situasi Z. thank you all.. ;)
cake cutting
Birthday Boy yang melalak

keesokkan harinya Z dah back to normal. mama risau gak takut dia demam ke apa sebab melalak banyak sangat.. Alhamulillah he is fine :)
Happily playing with balloons

Pressie time :)

sekian saja sambutan harijadi Z yang tak seberapa tu.. I wish he did enjoy his birthday like any other toddler would, biarpun dalam tangisan.. :)



Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya!

*Entry baru di bawah..*


Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog mama dan Z :) 
Dah hari raya ke 4 baru nk ber update hihihi.. Mama busy teramat lah lately.. Nanti2 lah kite bercerita panjang yer.. Sementara tu, silalah tatap wajah jejaka kacak kesayangan mama ni ;)


Raya tahun ni berbaju hijau, tapi x de songkok la pulak..


Thursday, August 23, 2012

Last Gymboree Class

Di sebabkan mama ada sedikit masa terluang di opis nih, mama update pasal last week dulu lah.. (Photos kat rumah, so x leh update pasal birthday and raya)
Still in good mood
Khamis lepas adalah kelas terakhir (so far) Z with Gymboree sebab mama cuma bayar untuk sebulan jer haritu. Next week dah start creche, so malas la mama nk continue lagi. Mama sedikit terkilan juga sebenarnya sebab Z sangat enjoy during the classes. Walaupun wasn't a good start, he does improved a lot from week to week. Masalahnya mama dah takde cuti nak bawak Z ke Gymboree, so terpaksalah kita berhenti buat sementara waktu nih. InsyaAllah, kalau ada rezeki, tahun depan mama bawak Z ke sana lagi yer..

Last week Z dapat bertahan dalam 45 minuets jugak. Last 15 minuets tu dia memang dah melalak la. Penat kot, so macam biasa mama bawak Z keluar awal bila dia dah start nangis. Ok lah, minggu sebelum tu, Z hanya bertahan untuk 30 minit. Well done sayang :)!!

More photos during his last class..
Happy :)

Dah start boring
Dah.. moh ler kita balik!
(Mengamuk sebab cikgu tiup bubbles ke arah lain (-__-)

Mama harap Z akan happy dan selesa di Giraffe nanti.. (berdebor2 mama nih!)

Monday, August 13, 2012

Happy 2nd Birthday!!

Happy (belated) Birthday sayang mama!!!


Mama just want you to know that you are my world and I am so happy waking up in the morning seeing you by my side :)

kisss & hugggsss,
Mama

Mama tak sempat nak update panjang2. Birthday Z was on Saturday 11th of August. We had our small birthday party which mama will story later.


Friday, August 10, 2012

I Feel Bad...


Thursday macam biasa ada Gymboree class. Sebabkan minggu lepas Z terlalu amazing, minggu ni mama put higher expectation on Z’s behavior. Too ambitious! Akibatnya bila Z melalak selepas setengah jam, mama jadi sangat keciwa :(. Mama x de lah marah Z, but at the same time mama ignored Z’s demand for attention. Selalunya mama pujuk Z baik2, cuddling2 kalau Z melalak.. Instead mama paksa jugak Z join the class, which end up make things worst :(. At the end mama just grab Z and left early (10 mins before class finish). Mama memang sangat2 disappointed masa tu. Mama rasa mama dah berusaha bersungguh2 untuk membantu Z. in those short period, I just didn’t see why Z don’t want to cooperate.. Z nak cuddle2 pun mama malas nak layan.. terus call cab nak balik jer.. dalam cab Z tertidur sambil sedu sedan…

Bila Z dah tido, and suasana kembali tenteram, barulah mama realized what went wrong. Z MENGANTUK! that’s why he was cranky. Malam sebelum tu dia tido lambat, and paginya mama kejutkan awal sebab nak pergi sekolah awal (ambitious!). sampai 15 minits early, Z dah excited and merayap2 seluruh kelas dah. Mama pun excited, terus put him on slides and stairs. Half of his energy gone by the time class started. Lepas introduction n nyanyi2 tu lah baru dia start cranky.. mama pula expect him to be ok throughout the class, so mama buat2 x paham jer bila Z nampak dah penat. Masa tu mama memang keciwa sangat. Mama betul2 berharap Z akan enjoy sampai habis kelas. Mama tak faham kenapa Z menangis. Kenapa last week ok, this week tak ok pulak. Mama keciwa sebab mama rasa Z still having anxiety. Strangers anxiety yg dah berbulan2 mama berusaha untuk ubati :(. 

Look how happy he was in the beginning.. and how upset he was at the end.. Sorry sayang..
Sigh.. mama mintak maaf sayang.. when I look back of what happened yesterday, I realized you actually have overcome most of your anxiety (if not all). that’s actually a very huge steps already. Masa sampai semalam pun, Z sebenarnya dah berani explore the place alone by himself. Z dah berani layan cikgunya yg suka ketawa berdekah2 tu. Z juga ok when other children arrived. So, its not really the ‘strangers anxiety’. He just tired. He need a rest. And mama has punished you by not giving you attention and comfort you looking for.. :(

Memang padanlah muka mama bila sampai rumah, Z dah tak mahu sayang n cuddle mama.. walaupun dah berkali2 mama minta maaf. Z merajuk. Mesti hati Z terluka. Mama sepatutnya be the one who understand him the most. But I failed yesterday. And I broke your heart. And I am terribly sorry…

Nasib baik lah bila dah malam, Z dah maafkan mama.. Z dah sayang mama ketat2 macam selalu.. ahhhh.. I love you soo much baby *hugggss**

Thursday, August 9, 2012

Giraffe Assesment

Semalam ada appointment dengan Child Development Specialist (CDS) From Giraffe HQ. basically dia cuma nk access Z tgk development camner and if any specific programme needed.

1
On the way ke skolah

Dia bagitau they have few DS child in other branches as well, and dia memang monitor their development closely.

So lepas assesment tu, which Z of course melalak, she is happy to put Z in wobblers room. She also will arrange Z to have 1 on 1 session with the carer once a day so they could pay attention on physio or speech exercise. Disebabkan Z punya anxiety, dia suggest for 5 days induction period (selalu 2-3 hari jer). So we will start with 1 hr on first day, then build up the hours over the week. Hopefully Z will get use to the serounding by end of the week (week 27 aug).

2
Muka tension

For food, mama offer utk sediakan daily lunch box. Tapi dia kata its their policy to prepare the food. But mama could bring in the cooked meat. So, utk hari yg diorang makan daging/ayam, mama cuma perlu bawak ayam yg di masak dirumah, and they will add it to their food eg pasta, rice etc. and because Z still cannot tolerate lumps, he will be given pureed food. Tapi for snack mama still insist utk bring homemade jelly/dessert. Mainly because mama dah masukkan his supplement on those snack. Plus he is on dairy free, susah plak diorang nk sediakan yogurt and all.

Hopefully semuanya berjalan lancar.. :)

Alang2 mama kat sana tu, sempat jugak mama jengah2 kawasan persekitaran. We plan to move to that area soon. So far these 2 apartments yg mama berkenan.

3

Custom House Sq. betul2 depan Giraffe, senang nk drop Z then ke office. Cuma apartment ni agak lama sikit lah compare to current place. Furniture pun agak out dated..

4
Nuuun di hujung sana

The other one is Spencer Dock. The newest apartment block in this area. Decor n furniture still crispy new. View pun cantik. Mama mmg berkenan sangat sebenarnya.. Tapi agak jauh, about 5 minits from giraffe. But on the way to office. So, mama boleh jer naik tram (both apt ada tram stesen depan rumah) n stop depan giraffe, then hop back to office.

Both apartments tgh ada kekosongan nih.. Tapi mama plan nak pindah end of oct kot. Bukan apa, we might move to 1 bed apt jer nanti (down sizing huhuhu), so bibik mau letak mana.. Unless if we got new bibik, then we will definitely have to move to 2 bed apt. So, nothing much we can do at the moment..

kalau ikutkan mama lg prefer current apartment sebab betul2 in city centre. Senang nk shopping Tapi mahal n jauh gak from Giraffe. Mama kena hantar Z, then patah balik ke opis pulak. 45 minits gak tu.. Petang another round pulak..

Mama berdoa perjalanan kita dipermudahkan.. Seperti yang selalu mama bagitau Z, InsyaAllah mama hanya mahukan yang terbaik untuk Z :)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, August 7, 2012

Standing

1
Favorite show: WAYBULOO

Semenjak seminggu dua ni, Z sangat galak berdiri dan memanjat, especially depan tv. Kalau ada jer rancangan favorite dia, mesti dah terpacak depan tv tu. the only problem is, dia x tahu nak duduk sendiri lagi. So, bila dia nak duduk, mesti dia akan bising2 panggil orang dtg tolong.. Heheh funny la awak nih ;)

Actually 3-4 bulan lepas dia dah pernah dlm fasa berdiri macam gini, tapi for some reason, it only happen for 2-3 weeks, then it stopped! Sebulan lebih jugak dia x mo panjat2 langsung. Pelek. Mama suspect sebab dia jatuh kot (kisah lalu). Mama dirikan dia dekat kerusi pun dia x nak panjat. Risau jugak lah time tu..

2

Alhamdulillah semenjak balik dr malaysia haritu, dia dh start memanjat semula.. Tapi stakat memanjat sofa jer lah. Baru2 ni jer yg dia start berdiri lama2 sikit.. Physio kata bagus macam nih, hopefully bila dia dah confident nanti, dia akan start cruising pulak.. Mama harap tak lama lagi Z akan berjalan jugak InsyaAllah...:)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, August 2, 2012

Amazing Day!

Terlalu aneh pada firasat mama.. Sebab hari ni Z tak menangis masa di Gymboree! And bertambah ajaib.. Z plays with other children!! Lagi menghairankan, orang ketawa kuat2 depan muka dia pun, dia masih boleh cool?!!!?! What just happened???!!
My happy baba :)
Pagi tadi berat betul hati mama nak bawak Z ke Gymboree. Bukan apa, dah la jauh, Z pulak for the last 2 sessions asik lah menangis and berpelukan dengan mama jer.. Tapi sebab dah bayar, mama paksa lah jugak diri.. Mama sengaja pergi awal sikit harini, hopefully Z sempat lah main2 sensorang dulu sebelum orang lain sampai. We arrived 15 minits early. Nampak2 jer pintu sekolah, Z dah start merengek2.. aih, sudah.. fikir mama. Masuk jer, ada cikgu sorang jer. daftar2 then bukak kasut n jaket, terus lah masuk kelas.

Memula dia masih nak berdukung lagi. Mama letakkan atas slide, eh suka pulak dia.. terus main2 tapi still pegang tangan mama lah. 5 minit kemudian ada new student coming. Molly namanya. Sangat friendly. Sebabkan dia baru, mak nya tak tau yang Z nih having anxiety (org lain selalunya mmg tak kasik anak diorang datang dekat sebab Z mesti akan melalak kalau di approach). Berlainan dengan Molly, dia terus datang and sapa Z. Z terpinga2 kejap, but x nangis. Dia Cuma melarikan diri dari Molly jer. Mama biarkan jer lah, mama Molly pulak tengah sibuk mengisi borang masa tu. Lama2 Z macam dah tak kisah Molly dok kejar2 dia tu.. dia terus jer main2 kat slide.. Hmm.. good sign :)
Terpinga2 tengok orang baru datang
Then, sedikit demi sedikit bebudak lain pun sampai.. Z macam terpegun jugak sekejap. Mama pegang jer tangan dia sambil ulang2 cakap its ok, mama here.. dia diam jer, dah tak main2 dah.. sampailah class start.

The good thing about Gymboree is, the class is quite structured. Lagu2 and activity lebih kurang sama jer every week. So, bila cikgu panggil untuk duduk berkumpulan tu, Z memang dah tahu its singing time (last class walaupun dia melalak, tapi time nyanyi dia diam jer). This time, dia mmg dah excited. Dah ketawa2 ngekek2 time nyanyi hokey pokey and bounce2.

Lepas habis activity berkumpulan, buat physical activity pulak. Again, his mood totally different now. Panjat sana panjat sini, main slide, even bebudak lain datang dekat pun dia tak kisah. Even masa cikgu datang and ajar dia dia main tolak2 pun dia tak nangis. First time strangers pegang yg dia tak menangis, in fact dia beri kerjasama pulak. Cikgu suruh tolak, dia tolak. Cikgu suruh stop, dia berhenti. MashaAllah.. mama sangat kagum T__T. Semua orang pun puji2 dia harini..heheh..
Khusyuk dengar cikgu bercerita :D
Final part activity bubbles and parachute. Ini memang tak payah suruh lah. Dia yang dulu pegi kejar cikgu. Mama pun kena tinggal. Dia punya ketawa, memang mengekek2. Cuma masalahnya he still don’t know how to share or taking turn. Org lain punya turn pun dia pergi serbu, pastu toys kat tangan org lain pun dia selamba jer p ambik (-.-).. Tak per lah, we will work on that issue later..

Penat.. habis skolah terus tertido..
Yang penting today he really make me proud.. ^_^. It’s really is a miracle. Just when I am about to giving up, he teaches me not to underestimate his ability. Memang nak menangis jer masa kat sekolah tadi. Maybe for other parents today, he has overcome his shyness after 3 weeks. But for me, he has overcome his anxiety in his whole 2 years of life :D

Sayangggggg Z ketat2!! *hugsss*

Wednesday, August 1, 2012

Home Remedies

Batuk2 Z semakin teruk over the weekend.. Especially time tido.. kejap2 jer dia mesti terbatuk2 sampai muntah2.. kalau lena pun, mmg dengar dia wheezing. most of the time kena tido berdukung jer.. Akhirnya papa percaya bahawa itu croup. So hari Sabtu tu kami bawak Z jumpa GP dengan harapan boleh dapat steroid, sebab mmg kesian sangat tengok Z yg tak boleh tido tu.. (kesian dgn mama n papa jugak).
Budak demam tengah tunggu giliran di clinic
Lama jugak kena tunggu, dekat sejam sebelum boleh jumpa doctor. Papa memang dah cakap awal2 lagi, doctor mesti tak kasik steroid or antibiotic nyer kalau Z tak batuk depan dia..  By the time giliran kami, Z dah tertido dgn aman.. Cerita ceriti dekat doctor tu, dia refuse to give steroid yet sebab dia kata tak teruk sangat pun croup Z tu. Dia suruh expose Z to steam jer dulu.. 2-3 hari lagi kalau tak baik jugak baru datang balik..
Papa tengah mengasap
Malam tu mama n papa pun bergilir2 lah mengasap Z.. nasib baik la dia cuma batuk2 time tido, tak dapat bayangkan camner nak handle dia dengan air panas kalau dia tgh awake... Anyhoo, it does work! At least dia dah boleh tido lama sikit.. malam pun sekali jer bangun.. tapi kalau dia batuk tu masih menggerunkan lah bunyinya.. so, dah 3 malam kami mengasap, alhamdulillah bertambah baik.. ada sikit2 jer lagi batuknya..

Actually that's the different between doctor2 kat sini and di malaysia (ni GP tu yg bagitau yer..). Kalau di malaysia, asal jumpa doctor jer, mesti 4-5 jenis ubat dapat. Ubat batuk, demam, kurang panas, selsema, kurang ingus n macam2 lagi lah.. antibiotic mesti ada punya.. tapi kat sini kalau demam2 tu mmg diorang suruh makan over the counter paracetamol jer. They would prefer our own antibody to fight the virus. Pastu memang susah benar la nak dapat antibiotic. antibiotic nih kalau selalu2 bagi memang tak bagus pun. lama2 dah tak berkesan dah, and even worst it could have negative side effect. Memula dulu mama heran jugak.. buat penat jer bayar GP tiap kali Z demam, doc suruh makan calpol aje.. tapi dah lama2 baru mama tahu.. So, kalau demam sikit2 tu, kasik jer lah calpol.. tapi kalau dah sampai seminggu berterusan demam, or panas yg melampau2, kenalah jugak jumpa doctor.. Takut ada sebab lain pulak nanti..
Sekian, pesanan ringkas dari mama Z. hehehe