Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, July 30, 2012

Creche/Nursery -Part II

Suka2 hati mama jer letak part..

Khamis lepas mama dah pegi view creche yg dekat rumah (childCare), then Jumaat pulak pegi view Giraffe...

Findings:
ChildCare - dekat, less than 5 mins from home, minimum 20 hrs per week @ 120 eur (480 per month). (kena hantar 2 full days or 4 half day jugak..) 1:5 carer. 10 wobblers in the room. Very large room, slightly empty (not much activity). Children were running everywhere n screaming n crying! Nevertherless, the carers look passionate enough with the kids.

Giraffe - jauh 30 mins walk. Tram (halfway jer) 3.50 return. Fees, 593 eur permonth (2 full day perweek). 1:5 carer, max 10 wobblers in a room. (2 rooms for wobbler). Room a bit small, but have lots of activity centres. Have separate common hall for activities by group. Have outdoor playground. In house chef for specific nutrition n dietry requirement-separate plate n culinary! Masa mama n Z kat sana around 4.30pm all children are engage in activity, and no one crying! Open door policy, parents could come n visit any time during the day. Hygenic, beutifully decorated.. And the list goes on and on..

Welcome pack
You should know which one mama will choose by now right? Heheh.. Jauhpun jauh laa.. Mahal sikit pun tak per lah, mama tak kisah.. As long as Z got the best cukup lah. Rasanya we might be moving to the area soon jugak kot.. Mama dh start survey rumah dah ni..(lepas satu, satu lah mama oiii..)

The best part is, they also have another kid with ds. 4 yrs n dah masuk pre school class dah. Mama sempat jumpa. He was playing with the rest in the playground - happily! Sempat lagi dia datang and tanya nama Z. (dia bagitau nama dia, tapi mama x dapat tangkap pulak.. (-_-). Agaknya dia tahu Z pun special macam dia kot.. The staffs have experience with ds and they also have no problem dealing with physio n all.

One of my concern is Z cannot feed himself yet. So mama fikir maybe he is more suitable in babies room (under 1 yr) sebab at least diorang 1:3. 1 carer jaga 3 babies jer. But the manager convinced mama, let Z be with wobbler, so he can be more inspired.We want him to grow right? Katanya jangan risau, they wont mind  feeding him. And if required, others will help too(they have 3 extra staffs just to cover the place). Lagipun dia akan tempatkan Z di wobbler class yg bersebelahan dgn babies room. So kalau Z ngantuk ke, boleh jer diorang masukkan dalam baby cot.. 

Fuuh lega sikit mama dengar.. Then she continue, dont worry you are doing the right thing.. This is the right age for him to mix with others. Will be very helpful for his developemnt. You also can learn to let him go and trust him with others, so he could be an independent person in future.. Pergh, berkaca2 mata mama... T___T nampak sangat mama risau.. (bagus betul marketing diorang kan?)

Cuma... Mama harap Z akan dapat menyesuaikan diri di sana nanti.. Sebulan lagi sebelum Z masuk sekolah.. Now tiap kali mama teringat pasal nak hantar Z ke sekolah alone, mesti mama rasa sedih.. Mama bayangkan mesti Z melalak.. Mesti Z takut.. Mesti Z sedih sebab everything is stangers to him.. :(

Friday, July 27, 2012

Homemade Yogurt (konon..)

Sedih lah.. dah 3 kali mama buat soya yogurt, tapi masih belum berjaya mencapai consistensi sebenar.. :(

First try, jadik masam and sedikit berbau.. bila mama kaji selidik tips, rupanya maybe sebab culture mama tu agak kuat, so kena pendekkan tempoh. Second time buat, ok dah tak berbau and kurang masam.. tapi mama terletak lebih agar, so dah jadik macam jelly pulak.. third time try, dah mencapai consistensi yang diingini, masalahnya masih masam!

Mr Severin in action. Cubaan menggunakan chocolate soy milk - kurang memuaskan jugak.

Bukanlah masam basi tu, masam natural yogurt jer la.. But obviously Z tak nak makan.. Dia dah biasa makan yogurt berperisa.. Bila mama selidiki lagi, rupanya mmg soya yogurt agak sukar dibuat. Memang akan masam, berbanding yogurt biasa.. So, kena tambah perasa macam jam or fruit sauce tu.. Mama try makan dengan Jam yang mama buat utk Z tu, ok la.. sedap la jugak.. Tapi macam leceh jer lah, tiap kali nak makan kena letak jam la pulak.. Dah nak kena tambah stok homemade Jam..

Semalam stok yogurt Z habis, so mama buat chocolate tofu (soya milk jelly) jer lah..
Mama dah hampir give up sebenarnya.. Ikutkan hati baik beli jer.!! Tak de la beza sangat pun cost dia sebab mama guna susu organic.. Tapi yang beli tu banyak sangat kandungan gula dia... Hmm.. Weekend nih mama kena carik lagi resepi lain.. Dont give up to soon yer mama!!

Thursday, July 26, 2012

Play & Learn

Since last week, mama bawak Z ke Gymboree summer class. Once a week jer (Thursday), sebagai persediaan untuk masuk crechè nanti. Mama masukkan Z ke class umur 10-16 bulan. Ada lah dalam 7-8 orang dalam kelas tu. Mama rasa its a good age range la sebab bebudak lain pun semuanya masih merangkak and baru belajar nak berjalan jer.. Size pun hampir sama jer walaupun diorang lagi muda.


Cuma.......... Seperti yang dijangkakan, Z melalak jer most of the time ;(.

Masa first time pergi, Z macam terpinga2 sikit mulanya.. First 15 minit tu acara main2 sendiri jer.. Tak de lah melalak, tapi asik berpaut dengan mama jer lah.. Then bila class start, haa.. Terus lah dia pun berdrama.. kejap2 nangis, kejap2 nangis..

Time nyanyi2 tu dia suka lah, tapi still kena duduk jauh sikit dari org lain.. Tapi bila part kena exercise tu, ya Rabbi.. Macam kena dera! Mama pun dah hilang punca, tak tau nak buat apa dah.. Kesian jugak classmate yang lain, mesti parent diorang pun bengang jer, bayar mahal2 nak dtg kelas, tapi ada pulak budak hensem sorang nih memekak :((.

Second time, pegi tadi pagi.. This time, nampak2 jer sekolah, terus Z melalak.. Meronta2 tak mau masuk kelas.. Haiyoooo!! Memang nangis jer laa most of the time today.. Mama ingatkan dah biasa, patutnya bertambah ok la, lagi teruk ada lah.. Still he did enjoy the singing and dancing part (and bubbles too). Tapi part2 lain, mmg melalak.. Lagi best, bila cikgu berhenti nyanyi jer, dia meraung. Bila cikgu sambung nyanyi baru dia diam.. (-__-')

Nasib baik la mama dah bayar untuk sebulan, kalau tak.. Mama rasa tak sanggup lagi nak pergi huhuhu.. Dah la jauh sekolah tu.. Setengah jam jugak dengan teksi.. Ada few other Gymboree close by, tapi tu untuk umo 16 bulan keatas.. Semua dah boleh berlari dah, tak sesuai la kot untuk Z..

Aduhaii Z.. Janganlah menangis aje.. You have to learn new things in life.. Mama minta maaf kalau Z takut or sedih.. bukan mama tak sayangkan Z, mama cuma nak Z belajar jer..

Wednesday, July 25, 2012

Heatwave

Isnin lepas tetiba jer cuaca panas membahang. For the first time this year mama x pakai jaket masa nak ke office tu.. Bila mama balik rumah petangnya, mama rasa badan Z dah panas.. Tapi baru 37++ la.. Mama test temperature mama pun about the same jer, so maybe sebab cuaca panas jer kot temperature naik. 
Dah la panas, sliding door pun tak bukak. Alasan dia tak larat nak bukak. Kalau dah ketat pegi lah letak minyak... Mama bukak pakai sebelah tangan pun boleh. Rasanya size badan sama kecik besar jer..!!

Time mama masak2 untuk berbuka tu, Z dah start cranky. Merengek2 jer tak mo tido.. So mama kasik la calpol. Dia still unsettled, nak berdukung jer.. Last2 mama berbuka sambil dukung Z. Dalam pukul 10 camtu dia dah tido lena.. 

Paginya around 4 camtu Z dah bangun n melalak.. Temperature dah naik 38+. Mama kasik lagi calpol, dodoi2 sekejap, then dia tido balik. Tu pun lepas mama tanggalkan baju dia.. Risau jugak takut dia sejuk, tapi selesa jer dia tido bolen camtu.. Dah jadik irish dah anak mama.. Suhu baru 20 degree sampai demam2 kepanasan.. Sabar jer lah... 


Anyway, semalam (Selasa) masih cranky2 but temperature dah turun la.. Hopefully today you will get back to your ownself yer sayang :)

Tuesday, July 24, 2012

Runsing Part 2 - Creche/Nursery

(Banyak lagi part runsing akan menyusul nampaknya..)

Perangai mama memang begini.. Selagi tak berjaya selesaikan sesuatu masalah, selagi itulah mama akan menggelupur.. Berbeza dgn papa.. Semuanya nak last minute and relaxxx.. Sabo jer lah..


Anyway, alang2 mama x lena tido semalam tu, mama pun email lah creche Giraffe (giraffe.ie). Giraffe nih nursery terbaik la kat Ireland nih. Mama mmg dah cakap dgn papa, kalau Z kena masuk nursery, mama nak hantar ke Giraffe jer.. mahal sikit la dari yg lain, but at least mama confident dengan diorang.

Tadi staff dia dah call mama.. kebetulan ada place available from Sept (memang selalu full), hari jumaat ni nak pegi view and diorang nak jumpa Z, nak tgk his development semua then boleh decide which programme suitable for him sbb dia kan special (see.. bukankah hebat sekolah nih?) the only problem is....... they dont do half day! Mama plan nak hantar 3-half day per week jer. Diorang cuma ada 2 full day per week. Yer la.. Z kan tak pernah bergaul dgn org lain.. Takkan tetiba nk terus campak kat situ full day kot... It must be overwhelming for him.. (Sedih jer mama bila fikirkan Z yg bakal melalak kena tinggal :( )

Dah bertambah stress mama... Risau sebab tetiba jer nak hantar Z ke skolah full day.. Sigh, boleh ke nih... Mcm mana dia nak survive..? Second, mahal jugak fees dia.. Berpeluh2 gak mama nk buat belanjawan nih..Fuuuhh.. And lastly, bibik nak buat apo kat rumah nun? Tak ke mcm rugi jer kena bayar creche then kena bayar jugak dia.. Sah2 ler minah tu dok melangut jer depan computer, sambil berposing pakai baju mama then post kat fb dia.. (YES, kurang hasem kan?!! baju org baru beli kot!! Pastu p letak kat profile picture.. Sah2 la kantoi!! Mama suspect bnyk lagi baju mama dia dok melaram.. sabo jer lah!)

So tadik mama call creche yg dekat rumah. Mmg dekat sangat, building sebelah jer.. Tapi creche tu mcm dodgy skit mama rasa.. Sebab dia buat kat bangunan kedai camtu kan.. Pastu masa mama call tu, masyaAllah, bisingnya bebudak.. Mcm tak terkawal jer.. BUT...... They have 1/2 day place. 4 hrs per day, tak kisah la pagi or petang.. Mama tak tanya pulak brp fees, tapi confirm la murah drpd giraffe kan.. Mama dah book nak pegi view khamis nih..

Atleast mama tahu they are registered and have qualified child minder.. kat sini mmg regulation dia 1 minder - 3 babies or 1 minder to 6 toddler.. All staff must have a certificate.. Half day will suit better for us now kot.. Boleh hantar pagi or petang.. Takde lah mama nak risau Z nak makan apa time lunch tu.. Cuma tu lah, mama ragu2 dengan facilities and other kids jer..

Tapi yang pasti, bila kak yah dah balik nanti (and tiada pengganti) mama memang akan hantar Z full time ke giraffe la..

So, persoalan baru:
* Logic ke kalau nak hantar ke creche lain for 2-3 months sampai dia biasa, then in November baru hantar ke Giraffe? (Z will get used to other children first, could save some money inbetween and takde lah bibik makan gaji buta jer..), or,
* Hantar jer ke Giraffe from Sept onwards (Z will have culture shock sebab tetiba kena tinggal seharian.. then biarkan si bibik goyang kaki kat rumah)?

*sigh*

Monday, July 23, 2012

Serabut..

Too much to think and to do but too little time to act.. 

image: googled

Short-term: mama needs more holiday! I mean annual holiday. Bukan utk pergi bergumbira, tapi utk merealisasikan impian mama untuk memenuhi keperluan Z. We really need to get a private OT and SLT.. also swimming classes.. Masalahnya mama dah x de cuti.. Macam mana nak bawak Z pergi appointment2 nih? Sigh, agak2 bos mama marah tak kalau mama ambik unpaid leave..?

Semi-Long-Term: Hmm.. Should I just become a SAHM? No maid from November onwards.. 
Options: 
1) Dapatkan au pair (european maid) 
Senang carik, tapi mcm susah jer.. Makan minum, agama n culture..menjadi persoalan.. 
2) Hantar Z ke full time creche (nursery) 
How about his physio, home teaching and other appointment.. makan lagi.. (they provide food) halal ke? dairy free ke? kawan2 dia lagi.. not to mention the 'cekik darah' fees (900++ EURO) per month. And the most important part is, will he be ok?
3) SAHM
Tapi kalau mama benti keje, susah jugak financially.. Mama rasa mama boleh sacrifice my 'needs' kot.. We could move to a cheaper place and spend less.. But we also need funds for private therapies, school (kena jugak bergaul sekali sekala kot), supplements and also cells treatment. Nak harapkan papa sorang memang tak mampu.

And.. Yes, I wish I could choose option 3. I want to be at home all the time.. It is really heartbreaking to see him crying every morning when I left. I've been thinking of him all the time at work. But I think all other moms are the same.. Sape tak mau dok rumah and jaga anak jer kan.. 

Unfortunately some of us have to work.. sigh.. Semoga Ramadhan ini memberi sedikit kelapangan pada kita.. Amin..

p/s: 2 years ago I would never thought that I will put into a consideration of becoming a SAHM.. But yeah, things change.. and nothing in this world is much more important than my son..

Friday, July 20, 2012

1 Ramadhan 1433


Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia..!!

1 Ramadhan juga merupakan birthday Z yang ke 2 kalau ikut calendar Islam :)
Happy Birthday Sayang!!!
Senang nak ingat birthday Z sebab 1st Ramadhan kan.. :)

Anyway, kami di Dublin dah mula berpuasa harini (Jumaat). Semalam confident jer mama ingatkan puasa hari Sabtu sama dengan Malaysia, rupa2 nya Jumaat.. Kalau tahu awal2, mama masak ler special sikit untuk sahur.. tapi sahur pagi tadi pun x bangun.. pukul 5 pagi baru mama terjaga.. subuh pukul 3.00 pagi, memang terlepas la sahur.. subuh gajah dah pun.. hehehe..

Puasa tahun ni agak panjang untuk kami di Europe nih.. sebab jatuh time summer kan.. so, harini kena puasa lebih drpd 18 jam. fuuh, mencabar jugak tu.. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan :)



Wednesday, July 18, 2012

~You're The Jam to My Jelly~

Since the past 2 weeks mama buatkan Z homemade jelly. Tapi ini bukan sembarangan Jelly, ini jelly ber magnesium :D.

Mama read a lots about the goodness of magnesium, especially how it could help with the anxiety - sosial, loudness, laughing, and teeth grinding - in Z's case. Sebab tu mama nak try bagi Z magnesium supplement. for the moment mama just kasik Floradix about 5ml (62.5mg) per day. Mama pilih Floradix sebab it based from nature.. And not that strong in my opinion. Mama blom berani lagi nak kasik magnesium lain. lagipun Floradix ni liquid based and ada rasa buah2an.. 

Mama rasa sedap jer taste nya (mama pun kena makan jugak time pms tu..), tapi not for Z! Mesti tutup mulut rapat2 bila mama nak suap. So nak tak nak, mama kenalah being creative. Sebabkan ia dah ada rasa buah2an, so mama buat lah jelly. Mama masak agar2 and gelatine (halal), then campurkan dengan homemade fruit juice (pear/apple). Bila dah agak sejuk sikit, baru mama masukkan Floradix. Yummy!! Z loves it!

Tapi stok agar2 n gelatine dah nak habis, kena beli kat kedai Pakistan le pulak. The only problem is, they come with flavoured. Ada tambahan gula, pewarna, perasa and all.. hmm.. Kena suruh mak teh post from Msia la nanti..

Then, mama juga dah start buat homemade jam over the weekend. This time mama buat apricot jam (less sugar). Sebabnya nak kasik Z makan with his NVD Nightime supplement. Selama ni mama cuma add to his dinner, but actually it is not advisable to add with other protein base food, nanti kurang lah effect dia.. Sebab tu lah mama try kasik with jam :)

Oh btw, Z dah on magnesium for nearly 2 weeks dah now. Nampak la dah berkurang sikit aktivity teeth grinding.. but still 'krup krap' lagi lah time dia tengah khusyuk buat something tu.. In term of anxiety pun nampak la sikit improvement. Sikit jer la.. Contohnya masa physio datang last week, dia tak nangis pun, but asik berpeluk dengan mama jer la.. That's a lot better than crying nob-stop for the whole session actually..:) Masa pegi housewarming party kat rumah aunty rini weekend haritu pun agak ok jugak.. Boleh bertahan nearly an hour without crying walaupun orang bising2. Lepas sejam, dia dah mula buat perangai lah. Alhamdulillah.. Its a lot better :D
Severin Yogurt Maker
Next project is homemade soya yogurt! Z mmg  makan yogurt everyday. Sangat2 costly sebenarnya. Kalau mama boleh buat sendiri, dah boleh cut cost gitu. Now tengah survey inexpensive yogurt maker. Hopefully menjadik ler.. :)

Disclaimer: I am not a doctor neither do I have any medical backgroud. Just a normal mom who seek the best for my son.

Monday, July 16, 2012

Half Price or Less

1

Sabtu mama berjaya bangun pukul 4 pagi!! (err..agak2 nanti sahur pukul 3 boleh bangun tak?) semunya gara2 NEXT sale la.. Tu pun sebab dah janji dengan aunty cikyat, kalau tak, mesti lambat gak heheh..

2

Anyway kami sampai around 4.45 (NEXT Children), and shop open at 5. Kira ngam2 jer la.. Keadaan mcm biasa lah, kucar kacir, but because we are amongst the 1st batch, banyak ler sikit choices :).

We finished around 7.30 (que nk bayar punyalah panjang..) and continue to another NEXT shop for adult n home.

Hasilnya for Z...

3

Hmm..mostly for next season and also for next year! But mama perasan baju2 yg beli last sale pun ada yg x pakai lagi.. Sigh.. Pembaziran lah.. Especially baju2 for summer.. Tahun ni summer pun x macam summer. Asik hujan memanjang.. Sayang tengok baju2 yang belum dipakai tu. Kalau pakai pun 2-3 kali jer.. I think i should open preloved shop la jugak.. Tgk ler camner..

Anyway, Mama cuma beli sepasang suit and few trousers jer for myself. Seluar keje banyak dah ketat huhuhu.. Untuk papa pulak, sepasang je la ek.. Kita kena dahulukan anak.. ^,^

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, July 12, 2012

Belanjawan

Dalam busy2 nak siapkan report office, mama siapkan jugak report perbelanjaan 'harian' rumah untuk setengah tahun pertama 2012.


Yang paling banyak of course ler groceries, sebab termasuk susu and pampers Z.. malas la mama nak asing2kan receipts.. 2nd on bills - well expected lah.. but third, on Z's clothes??? (and NEXT summer sales not even started yet..) 4th pulak toys..!! aiyooo.. camner nak buat pembentangan belanjawan dengan papa nih.. huhuhu...

p/s: x berani nak buat carta perbelanjaan mama sendiri (-.-')
p/p/s: nasib baik semua kedai sini boleh pakai laser card, so just refer to the statement. jangan harap ler mama nak simpan all those receipts..

Tuesday, July 10, 2012

23 Months!!!!!!!

Fuuuhhh.. Lagi sebulan jer Z dah masuk 2 tahun. Cepatnya masa berlalu.. Ada sedikit kegusaran di hati mama sebenarnya.. :( Z dah hampir 2 tahun, tapi belum ada tanda2 yang Z akan berjalan.. Cruising pun belum.. *sigh* sedih bila fikirkan pasal nih.. Tak tahu lah apa lagi yang mama boleh buat untuk membantu Z buat masa sekarang.. 

Speech pun sama lah.. Masih lagi at Communicator stage. Bilalah nak masuk First Word user nih.. Mama rasa mama dah cuba practis selalu dengan Z. Tapi itulah, berapa jam jer seminggu.. I wish I have more time....... Keciwa..Terkilan.. Semua ada :(

Anyhoo, apart from that, I know Z is such a happy baby. Sometime mama terpikir jugak, mama jer kot yang risau terlebih.. As long as he is happy  and healthy, mama dah bersyukur sangat sebenarnya.. 

Plus ada jugak kebaikan with his delayed development - At least mama takde lah terigau2 nakkan new baby :p. He is always a baby to me :). Still nak kiss mama all the time :) Still tak kisah mama nak hug2 :) Still ketawa ngekek2 bila mama gomol2.. :)

He is the one who bring colours to my life.. Alhamdulillah.. :)

Mama sayang Z ketat2 *hugs!!**

Masih lagi obsess terhadap ABCs. Anything to do with alphabet, dia mesti suke :)

Sunday, July 8, 2012

Papa

Alhamdulillah papa dh dapat keje Drogheda..:) Setelah lebih 15 bulan tinggal berasingan, next week papa akan berada di rumah almost everyday :)). Walaupun terpaksa berulang alik dekat sejam perjalanan, still wayyyy better :)))

Z pun mesti happy. Lately dia bertambah attach dgn papa, pantang nampak papa sarung jaket jer, mesti dia dh start melalak sbb tahu papa dh nk pergi :(. Kalau mama n papa balik serentak pun, dia mesti g terpa papa dulu.. (Huhu sampai hati Z menduakan mama...) Takpe lah, mama paham Z rindukan papa.. Nak jumpa seminggu sekali pun susah.. Kadang2 2-3 minggu sekali baru jumpa.. InsyaAllah lepas nih tiap2 hari Z boleh jumpa papa k :)

1st
Detik pertama kali Z bertemu papa @ 4 months old (since 5 days old!)

Mama loves both of you so much!
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, July 6, 2012

Bleeding Eye

(Subconjunctival Hemorrhage)

Mama balik keje semalam, kak yah cakap mata Z merah. Mama tengok ada mcm blood vessels pecah tu, terus ambik gambar n sent to papa. Risau gak kalau2 dia jatuh ke apa ke.. Papa cakap tak perlu risau. Bende nih common.. (kalau common, kenapa mama tak penah jadik pun??). Selalu jadi kalau lepas kena viral infection katanya.. Ooo... 4-5 hari hilang lah..

Mungkin jugak sebab Z suka tenyeh2 mata. Senang terguris blood vassels tu.. Z nih mmg hobi gosok2 mata, terutama bila dia ngantuk and tengah mengamuk.. Papa dah kata ok, mama pun tak perlu risau lah.. lagipun Z biasa2 aje.. Takde show any discomfort pun.. Mama jer yg gelabah terlebih.. hikhikhik..

Anyway, punyalah susah nk ambik gambar budak nih. Tak reti duduk diam!



Oh yer, harini papa ada interview kat Drogheda. Doa2 semoga papa dapat lah. Dekat sikit, boleh berulang dari rumah.. Dekat sejam jugak lah journey, but its a lot better than Sligo. kalau nk kerja area2 Dublin nih, asik dapat offer Emergency Dept jer.. Papa tak nak, penat sangat katanya.. hmmm... Kalau x de choice jugak, terpaksa la papa ooiii.. Next year kita dah x de bibik, camne mama nk uruskan Z sorang2 nih.. huhuhu..

Malaysia June 2012

Trip ke Malaysia lepas agak pendek sebenarnya.. Jadual sangat pack plus Z having anxiety.. So agak kucar kacir 'holiday' kami. But nevertheless, its still worth it :)

Monday 4th june - bertolak dari rumah around 3.30pm. Papa bekerja hingga pagi isnin, sbb tu ambik tiket malam. Flights were ok, Z meragam when we were in the airports (dublin, heathrow, klia), but alhamdulillah bila flights dh bergerak he was calmed down. Nasib baik jugak we got extra seat for him. MAS inflight service mmg terbaik :D.

Tuesday 5th June - sampai klia around 5.30pm and flight to Alor Star pukul 7.50pm. Sampai rumah Kedah pukul 10mlm dah. First night, Z tido pukul 2.30am -.-'

Anni

Wednesday 060612 - 3rd Anniversary mama&papa dan juga makteh&pakteh (we had double wedding, remember ;)). So kebetulan semua ada di rumah, kami pun pergilah celebrate di Menara Alor Star. Znmea
Z n Damea di atas Menara Alor Setar

Z kalau naik kereta ok lah mood dia.. Asik2 sebut 'aaarrr'. Mama reckon 'car' la kot.. Sbb dia dok sebut tu jer bila naik keta or nampak kereta hehe. Disebabkan kereta boleh menenangkan dia, maka tetiap hari kami pun keluar lah..

Friday 8th June - atuk kedah buat kenduri kesyukuran. Actually mak ngah yg buat, utk kak pipah yg dapat masuk matriks canglun lepas spm haritu. Alang2 mama pun top up skit utk doa selamat kita juga..

Lauk
Antara lauk kenduri

Ptg Jumaat tu iftikhar n family datang. Iftikhar ni jiran Z masa kat NICU dulu. Mama mmg rapat dgn aunty aumi yg juga merupakan jiran katil mama masa kat nursing room. Jadi seronok sgt dpt bertemu kembali. Iftikhar dh pandai berjalan tatih2. Friendly pulak tu.. Z mcm biasa la, melalak ler bila ramai2 org gitu heheh..

Saturday 9th June - bertolak ke JB. Flight dr kedah tgh hari, then subang, then JB. Sampai rumah nenek Johor dh pukul 9 lebih jugak..

Dekat johor pun samalah jugak.. Meragam jer.. But at least kat johor x ramai org. So Z ok jer lah main2 kat luar, as long as tak de org kacau dia.

Danga
@Danga Bay

Sunday & Monday tu mmg keluar jer lah..

Tuesday 12 June - ptg dah bertolak ke KL. sampai rumah pak lang dh pukul 10 mlm jugak. Nasib baik kat rumah pak lang mmg x de org. So Z enjoy ler merayap serata rumah.

Wednesday 13 June - appointment dgn Dato' Dr Halim kat Ampang Puteri re Life Cell Therapy. Nantilah kalau ada masa mama cerita lah in detail..

Dato Halim book kan appointment dgn Audiology kat Gleneagles utk hari khamis. He gave us a medicine to be taken before appointment.

So hari khamis tu mama n papa kasik ler ubat tu sblm keluar. kami keluar pagi sbb papa nk uruskan hal MARA, while appointment with audiologist tu pukul 2. Rupanya ubat tu ubat tido! Bila sampai gleneagles Z dh bangun dah pun. So x dpt la buat hearing test n hv to go again the next day. Kesian Z.. 2 kali kena makan ubat tido. Dh la banyak, azab giler nk kasik dia makan ubat tu huhuhu..Tido
'pengsan'

14 June jugak merupakan birthday papa. Tapi sebabkan busy teramat, x sempat pun nk proper celebration. Tgh haritu sempat makan kat Nandos (which is our favorite), then malamnya keluar dgn aunty nadia. So mama ajak ke secret recipe n beli slice of cake jer lah for papa :)

Bday

Friday morning ke gleneagles semula. The test turn out to be a success with favourable result. Alhamdulillah both ears are normal. Mama x perlu risau pasal hearing Z anymore :)

Hearing
Ssshh! Ujian sedang dijalankan

Saturday 16 June - pagi2 buta dah bertolak balik ke dublin :(
A very short trip.. InsyaAllah kalau ada rezeki we will go home again end of this year :)

Wednesday, July 4, 2012

Pinky Day

(kes dah x dak idea nak letak tajuk)

Weekend haritu ke taman lagi. Pada asalnya mama nak pegi St. Anne's Rose Garden. Sekarang (summer) tengah musim bunga rose berkembang :D. Tapi sebabkan cuaca macam nak hujan jer, pergi Stephen Green jer la..

Enjoy the piccas..

Windmill siap bawak dari rumah :)

Birds

kurrr..kurrr.. nak bagi burung makan pun takut2..

banyak seagulls!




Stephen's Green Shopping Complex - belikan present for papa.
Lepak2 di taman tak sampai setengah jam pun, cuaca dah start mendung and hujan renyai2.. So, we end up in the shopping complex instead ;)

Tuesday, July 3, 2012

Belated Birthday Present for Papa

Sorry ler papa, di saat2 kite tengah menabung nih, mama x mampu la nak belik sofa canggih untuk urut  papa. Yang ni pun ok la ek.. yg penting lepas nih mama dah tak perlu urut papa lagi hihihi..



Happy belated Birthday and Father's Day tooooo!