Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, May 16, 2012

sambungan semalam

balik dari SMH tu kan Z tertido.. sampai rumah, mama biarkan jer la Z tido.. lepas mama makan, mama kejutkan Z. masa tu dh pukul 1.45 camtu, mama suruh kak yah kasik Z makan dulu, then mandikan dia.. time tu Z mmg ok jer..gelak2 macam biasa.. then mama ke office semula.

petang tu mama sampai rumah around 6.45 camtu. kak yah tengah tukarkan baju Z sambil Z merengek2 dlm keadaan duduk terlepek. nampak jer mama, Z terus meraung.. mama tanya lah, kenapa Z menangis? kak yah kata sebab dia mengantuk.. tadi dia dah cuba tidurkan Z masa pukul 3 camtu, tapi Z tak nak tido.. dah pukul 5 baru Z nak tido so, dia tak kasik la sebab dah lambat sangat.. kan tak elok tidur petang2.. ok lah, fine... kalau mengantuk memang Z merengek2 pun..

mama pun ambik lah Z, sambil pujuk2 dia.. tak juga henti2 nangisnya.. mama perasan masa mama dukung tu, mcm lemah giler badan Z.. Longlai terkulai gitu.. ish, mengantuk sangat ke? mama tanya la kak yah, dah lama ke dia menangis? kak yah kata dia tak menangis pun tadik, mama balik jer baru dia menangis.. sambil gelak2 buat lawak and usik2 Z (rasa nk tampar pun ada gak time tu, tak nampak ke budak tu mcm ada something wrong jer?)..

tetiba jer Z muntah2.. banyak pulak tu.. habis baju seluar mama.. menggelabah lah mama jadiknya.. Z nih bukan jenis yg selalu muntah2.. rasanya sepanjang 21 bulan hidupnya, less than 10 times kot dia muntah.. kalau setakat spit up a bit tu adalah..

pastu Z masih terus menerus menangis.. lepas dah tukar2 baju suma tu, dia dah tak menangis melalak dah la, but more macam menangis sakit or sedih macamtu.. mama tanya kak yah, Z ada jatuh tak? sebab mmg lembik betul badan dia.. melekap jer kat mama.. as expected, mestilah kak yah kata tak..

so, mama pun cubalah kasik Z tidur.. mama letak jer atas tilam, terus terlepek tak gerak2.. cuma merengek2 jer.. kepala pun x gerak?? ya Allah, kenapa yer? mama angkat Z and dodoikan dia sampailah dia mcm terlelap sikit.. tapi still tersedu sedan lah.. ila dah terlelap tu, mama baringkan semula ke tilam, macam tadi jugak, dia melalak tapi seluruh anggota badan tak bergerak..

Z memang tak nak diletakkan langsung.. so, berdukung jer lah dengan mama.. pastu mama rasa badan Z dah panas sikit, terus kasik calpol.. mama tanya kak yah berkali2 ada tak Z terjatuh ke apa ke.. mmg tak lah dia cakap.. hairan, tak kan lah mengantuk sampai begitu sekali.. macam org kasik ubat tidur ada lah.. should i bring him to the hospital? risau takut dia jatuh ke apa sebenarnya.. mama call papa, x dapat2 pulak.. berasap2 jugaklah mama.. masa tu mama fikir, kalau Z muntah lagi sekali, mmg mama bawak ke hospital jer lah.. lain benar keadaan Z tu..

kak yah pulak time ni lah sibuk nk blender lah, nak tumbuk sambal lah.. (padehal selalunya masak kicap or goreng2 jer) rumah tu dah lah dapur direct ke lounge camtu.. mmg bising lah, macam mana ler Z nak tido.. last2 mama cakap kat dia suruh berhenti masak! dah tak payah makan untuk malam tu!!

end up, pukul 9.30 camtu mama bawak Z masuk bilik.. dua2 menangis sedu sedan dua2 tertidur tanpa dinner.. tapi tengah malam tu mama bangun la jugak kasik Z minum susu lagi..

pagi tadik Z bangun n ceria seperti biasa as if nothing happen.. except kelaparan la..
but sangat pelek dengan apa yg berlaku semalam tu.. mengantuk? kalau dah sampai gitu punya mengantuk, apesal yg tak kasik jer dia tidur kejap? mama rasa mesti dari pukul 5 tu Z melalak, sebabtu lah sampai lembik2. mmg lah tak boleh kasik dia tidur petang sangat, tapi maghrib pun pukul 9 mlm kot sekarang nih.. some people really dont have any common sense!

dah la semalam mama lupa nk on cctv..hnnsss!! seb baik la pagi tadi mama check badan Z x de lebam2 pun.. tapi papa cakap selalu kalau baby jatuh ke apa tu, mmg lebam2 tu lambat sikit muncul.. nauzubillah semoga nothing bad happened to him yesterday..

5 comments:

  1. ya Allah..what happen dear?? Z ok x hari ni??dari cerita u mmg definitely rasa something wrong happen..takkan mengantuk sangat sampai lembik longlai..and muntah??kesian Z.. =( Harap2 nothing bad happen to him once u're not around..poor Z =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? from his condition malam tu i mmg suspect something happened lah.. even now dia mcm lain sikit.. pagi tadi masa i nk keluar keje pun dia melalak yg lain macam jer.. selalu tu melalak la jugak, tapi takde lah sampai merembes2 air mata.. it really broke my heart to him that way :(

      Delete
  2. Kesiannyer Z..if I dekat I datang amik Z skarang.. =( jgn tinggalkn dia,sian dia..btw if u don't mind,who's that kak yah?oh,dear jgn lupa pasang CCTV!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak yah tu baby sitter yg live with us laa.. entahla dear, i mmg dh tawar hati dengan minah tu, but its not easy to get a replacement especially with a special child that i have.. sabar jer laa sampai her contract ended :(. at least i trust she will never do any physical harm to Z, the only problem is she soo LEMBAB and LALAI and MALAS! even worst, tak penah nk mengaku salah walaupun terang2 nampak kat cctv ;(

      Delete
  3. owwhh...complicated jugak yea..hmm..maybe dia rs selesa sgt kat sana kot..ye lah, dapat jalan2 negara orang..bkn snang tu..u sabar byk2 yea..harap sgt die jaga Z elok2 sampai contract die habis..dekat sana ada x nursery yg boleh hantar Z? at least nex year Z da besar siket bole la die berkawan2 kat nursery..

    ReplyDelete