Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, August 27, 2012

2 Years Old Celebration

Dah 3 minggu berlalu baru mama berkesempatan nak update :)

balloons

Pada mulanya mama bercadang nak sambut birthday Z kita sekeluarga jer. Bukan apa, mama tahu Z mesti melalak jer kalau jemput orang ramai. Tapi kawan2 mama nk jugak mama host makan2 sempena bulan puasa nih, so dah alang2 diorang nak datang tu, mama buat jer lah sekali party kecik2 untuk Z. Hanya rakan terdekat jer.. buka puasa pukul 9.30pm, susah sikit lah nak jemput kanak-kanak tengah malam gini.. InsyaAllah tahun depan kalau Z dah baik from anxiety, kita boleh jemput kanak2 yer.. :)

In The Night Garden

Anyway, theme 'In The Night Garden' (ITNG). Mama nk carik Waybuloo sebenarnya sebab Z kan peminat setia Waybuloo, tapi tak jumpa. so, INTG pun ok laaah.. mama beli jer set party pack tu, senang.. then tambah decor lain sikit2.. pastu mama order cake from Johnnies Cupcake Johnnie Cupcakes. Itu jer lah.. makanan untuk berbuka pun mama masak simple jer. Tak sempat lah mama nak buat semua sorang2. Nak tempah pun macam tak berbaloi jer, tetamu around 10 orang jer pun hehhehe..
Giant Cupcakes

Seperti yang dijangka, as soon as tetamu sampai, Z pun mulalah meragam.. end up terpaksa bawak masuk bilik jer lah.. then, mama kak yah and papa bergilir temankan Z, while the others entertaining our 'guest'...
Sebelum tetamu sampai.. Happy jer :)
Birthday boy menyorok dalam bilik :(
Foods - Caroline kantoi x puasa :P

Yang paling kelakar tu time nak potong cake. Mama bawak la Z keluar, nampak2 jer orang ramai, terus dia meraung. terpaksa bawak masuk bilik semula. Then kawan2 mama berpakat untuk menyorok. so, diorang semua tunggu kat hallway, while mama, papa, Z and kak yah potong cake n bergambar!! bila dah siap potong cake, terus bawak Z masuk bilik, and guest pun keluarlah dari persembunyian mereka :D aiyooo! sampai begitu sekali lah special nya birthday boy nih. Nasib baik lah guest semua sangat memahami situasi Z. thank you all.. ;)
cake cutting
Birthday Boy yang melalak

keesokkan harinya Z dah back to normal. mama risau gak takut dia demam ke apa sebab melalak banyak sangat.. Alhamulillah he is fine :)
Happily playing with balloons

Pressie time :)

sekian saja sambutan harijadi Z yang tak seberapa tu.. I wish he did enjoy his birthday like any other toddler would, biarpun dalam tangisan.. :)



2 comments:

  1. Happy belated birthday Z!! =D

    Wahh..meriahnya birthday dia.. Hehee..kelakar lah awak ni Z, guests kene sorok dulu baru bleh potong kek yea.. =P

    ReplyDelete
  2. Thank you aunty!

    nasib baik saya nih 'special', so bolehlah dapat keistimewaan tersendiri hihihi..

    ReplyDelete