Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, August 29, 2012

Eid ul Fitr 2012

Sambutan Aidilfitri yang ke-3 buat Zach, but actually the first for the 3 of us to celebrate it together :D. First raya (2010), we were still in M'sia (masih dalam pantang) and papa was in Cork. Last year pulak raya during weekdays, papa kerja and was in Sligo. So memang tak dapat balik lah :(. This year kebetulan raya time weekend, so dapatlah buat pertama kalinya kami beraya bersama sama :). 

Pagi Raya

Juadah raya macam tahun2 sudah jugak la, nasi impit, rendang and soto. lemang pun tak de tahun nih sebab mama lupa beli yg segera masa balik Msia haritu. Nak buat sendiri, malas la pulak. dulu2 mama selalu jugak buat lemang sendiri, balut pakai daun pisang n aluminium foil :P. Tahun ni, kuih raya pun 3-4 jenis jer. Weekend sebelum raya tu kan birthday Z, so memang tak sempat lah nak buat kuih bagai.. balik keja 2-3 hari sebelum raya tu lah baru mama paksa diri untuk membaking jugak. dapatlah almond london, cornflakes, kuih siput and kek batik. Nasib baik lah raya hari Ahad, kalau hari Sabtu (kami puasa awal sehari dari Msia), rendang pun x sempat nak buat agaknya...

Kain sepapan kata atuk heheh

Masa balik Msia June haritu, mama sempat jugak cari baju raya sedondon untuk kami bertiga. memang sedondon habis, bak kata atuk, senang, beli jer kain sepapan hehehe.. Tapi mama boleh pulak terlupa nak beli songkok. so, macam tak lengkap sikit lah costume raya Z. Mama suruh mak tih carikan, then dia post seminggu sebelum raya tu. selalunya 4-5 hari sampai lah, tapi sebab raya kot, terlewat sehari. Isnin baru sampai. Keciwa betul mama.. tapi kalau ada pun, bukannya Z nak pakai pun. letak jer atas kepala dia, terus dia cabut.. sabar jer laahh..

Aliya first raya di Malaysia Hall

Anyway, hari raya tu, macam biasa kami pegi Msia Hall untuk solat raya. Pihak Embassy ada sediakan makan2 jugak, so rasa lah sikit kemeriahan raya tu.. Tapi hero mama macam biasa lah, melalak jer kerjanya.. kena bergilir mama dan papa dokong. nasib baiklah pukul 11 macam tu memang time tidur dia, sempat lah jugak mama dan papa menjamah juadah raya kat malaysia hall tu..

ahli keluarga kami di perantauan - Z macam biasa lah, menyorok dalam bilik :(

Balik dari malaysia hall, aunty chai n uncle bazk jadi tetamu pertama. Tak lama kemudian yang lain2 pun datang.. muka2 yang sama jer lah hehehe.. petang sikit baru aunty zura and syakira sekeluarga datang. bila semua tetamu dah balik, kami buat lawatan balas ke rumah aunty syakira pulak. tak pernah g rumah dia. diorang stay kat tallaght. sepatutnya 30 mins drive jer, but boleh pulak tersesat2.. malam pukul 10 lebih dah balik rumah. terus pengsan :).

Tetamu

Isnin, dah masuk kerja macam biasa.. sekian saja sambutan aidilfitri kami di dublin ;)

temporary happy baby :)

3 comments:

  1. dear, sempat jugak u buat persiapan yea..macam2 ada, nasi impit n kuah kacang..siap ada kuih raya lagi..memang macam beraya kat malaysia ni..hehee.. =)

    mesti meriah raya kali ni kan, dapat beraya satu family..happy nyaa Z!! cute nyaa hero kecik nih...xnangis2 pun snap pics.. =D

    ReplyDelete
  2. nak beraya, terpaksa lah masak juga sikit2, kalau tak tak merasa lah.. huhuhu.. (tu pun yg segera n simple2 jer hikhik)

    sang teruna tu macam biasa la, kalau tak de orang, memang happy sokmo.. jaguh kampung hahaha :P

    ReplyDelete
  3. heee..jaguh kampung kesayangan auntie.. =) *huggss Z*

    ReplyDelete