Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, May 31, 2012

Strangers Anxiety: Meet The Psychologist

Semalam first appointment with psychologist Karyn. Appointment sepatutnya pukul 3.30, tapi pukul 2.50 dia dh sampai.. Mama, papa & Z tengah shopping lagi.. Nasib baik la depan rumah jer.. Bayar jer terus bergegas balik. Z masih tidur. Elok masuk rumah, dia pun terjaga. Melalak jugak la sikit2.. Tapi Karyn pandai handle (nama pun psychologist..), everytime dia nampak Z mcm mencebik2 jer, terus dia tak buat eye contact and tukar topic. So, Z pun x jadik lah melalak.. But there are times yang dia x boleh control, so meraung2 jugak la jadiknya..

According to Karyn, Z having quite INTENSE Strangers Anxiety. Bukan manja or mengada but his crying showed that he is really upset and stress with the situation. She will provide 'plan'  for us to help  Z overcome his anxiety. We have set another appointment next month, but to help us get through our trip to M'sia next week, she did gave us a few tips. 

The main thing is just to make sure that Z is comfortable. Kalau anxiety menyerang, parents should always try to comfort them. jangan nak biarkan dia melalak, because it could make the situation worst! When comforting him, jangan ulangi ayat yg contradicting / sama.. contohnya 'don't cry.. everything is ok..' (mama selalulah cakap cenggini.. T_T ) when the actual fact is -- it is not okay for him. so, better cakap 'mummy is here..' jer or something else.. again dont repeat it over and over.. because it just going to make him focus on the situation. Try to distract him with other thing macam toys ke, or if it getting worst, just withdraw him from the situation. Bawak jalan2 makan angin gitu..

Try to maintain the routine. kalau dah berjalan tu camner la nk ikut routine kan.. but try as much as we could. sebab routine will help him calm or at least realised that not everyhting is changing. so, contohnya routine ketika bangun tido.. ketika mandi.. even makan pun make sure the same meals he has here. Bring the same plate n cuttlery too! also important to bring his favorite toys (banyaknya nk packing..).

Bring over his comfort blanket / bantal busuk if any. or favorite toys.. the thing is, Z mmg takde any preference on those.. the only thing that could calm him down is the ipad. yes..yes.. mmg tak bagus depending on ipad, tapi mengikut Karyn if ipad is the saviour, then just bring ipad everywhere we go :-D.

Karyn ni from New Zealand, so, dia pun faham everytime balik 'kampung' tu, mesti ramai saudara-mara yang akan serbu anak2 dia. so for Z's case, it is best to 'warn' our family that he is having strangers anxiety - in order to avoid dissapointment on both side.. Z memang tak kisah pun kalau berada di tempat yg ramai orang.. Mama kan selalu jer bawak Z pegi shopping sesak2.. He is fine with that.. As long as people are not directing to him dah la.. So, Karyn suggest when first meeting with other people (read: our family) we should advise them;

1. Jangan terus sapa / serbu Zach. Talk with the parent first, so biar he sees that 'oh, that's mummys friends and they are nice..'
2. Bila tengok dia macam dah ok, baru include him in the conversation sikit demi sedikit.. But again, avoid eye contact..
3. Speak calmly.. He dont like loudness (yeah right! Adik beradik mama are very loud.. Good luck!)
4. Do not laugh! (huhuhu..) Ini memang masalah besar and aneh. Z mmg phobia kalau dengar org gelak. kalau org cakap kuat, but not direct to him, he still fine with it.. Tapi kalau org gelak, even kat TV pun, dia boleh nangis.. :(

She also suggest we do the hearing test as soon as possible. Sebab maybe he is very sensitive to certain pitch of sound, sebabtu dia x boleh dengar org gelak..

Hopefully this trip could help Z a bit with the anxiety. Seeloknya try to introduce him to society sikit demi sedikit.. bukan tetiba jer jumpa 3 satu kampung camni.. But what to do.. We still have to go home and meet the family.. So harap2nya he could enjoy his trip to malaysia as much as we do..

Bidadari syurga

Al Fatihah untuk baby Akmal. Walaupun baru saja mengenali akmal sekeluarga, mama betul2 tersentuh dengan kehilangan akmal. Semoga mommy akmal dan keluarga tabah dengan ujian ini.. Innalillahiwainnailaihirojiuun..

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, May 27, 2012

Sunny Weekend

Walaupun semua org masih belum baik demam, kami tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk bersiar siar. Bukan senang nk dapat weather yg cantik kat dublin nih :).

Panas

Pegi Stephen's Green Park jer pun.. Bunga2 dah habis ditarah, menandakan musim spring sudah berlalu.. So, x de lah menarik sgt di taman nih. Cuma penuh dengan org2 Dublin yg ghairah meraikan cahaya matahari jer..

Lepak

Penuh sesak dgn manusia, mana ada sinar mentari, situlah org berkumpul. Kami on the otherhand sibuk cari tempat berteduh, so x perlu susah payah berebut dgn org ramai :D.

Bubbles
Z's favorite

Bersiar


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, May 25, 2012

Musim Demam

Cuaca this week tetiba jer panas. 18C. Ok, tak de lah panas bagi orang kita, but still agak terkejut sikit antibodi sebab tetiba jer suhu berubah. last week around 8C jer. In a way, baguslah jugak, hopefully x der lah terkejut sgt bila balik Msia yg bersuhu 30++C nanti :D

Z mmg dah selsema since Monday. Mama pun baru berjangkit semalam. Meleleh2 jer mcm Z. Pagi tadi mama nyaris2 jer nk call for MC. Berdengung2 jer kepala mama. Tapi banyak pulak bende nk settle, terpaksa lah juga mengheret kaki ke office. Syukur jugak lah sebab Z tak demam panas.. cuma selsema jer.. and semalam pun dia dah boleh tidur lena.. ada lah ekk ekk sikit.. tapi x de lah sampai terjaga n melalak2..

Oh, papa pun demam jugak.. most of staff dekat hospital dia pun demam2 nih.. sampaikan papa terpaksa kerja jugak hari isnin depan (papa keje this weekend) utk cover team dia yg sakit.. so, hari selasa next week barulah papa balik.. kesian papa, demam2 pun kena jaga org sakit..(anak isteri sakit pandai2 lah obat sendiri yer)

Anyhoo, baru jer bercadang nak bawak Z ke taman esok sebab cuaca tengah cantik ni kan.. tgk lah macam mana keadaan kita esok yer Z, kalau dua2 sihat, kita ke taman k.. :)

p/s: Mama sebenarnya dh give up utk keja harini.. cepat2 ler pukul 4.30. Mama nak balik tidur n berselimut..

Wednesday, May 23, 2012

Watery Eyes

Tadi ada appointment dgn dr emer burke (ophthal). Z mcm biasa lah, melalak2 bila sampai je kat SMH tu.. (tapi x de lah teruk sgt, masih boleh dipujuk..).

Anyway, bila jumpa jer dr emer, her first comment was " wow, he really has watery eyes!". Mama ckp la Z baru lps menangis jer, thats why lah merembes2..

Pada pendapat mama, mata Z dah improved sikit lah dari last time. But still berair2 jugak kadang2 tu..

Watery
Mata Z yang senantiasa 'jernih'. Will get worst kalau panas or berangin. Or if he watches too much tv/ipad..

Dr emer cadangkan utk buat drainage jer lah.. Terus dia ambik diary dia n tanya bila tarikh terdekat nk buat? Huh? Drpd pembacaan, mama tahulah procedure tu simple jer pun.. Tapi mama reluctant sikit sbb mama mcm tak prepared. I need to know more before putting Z under the 'knife'. Kalau papa ada maybe he'll know something, so mama ckp lah kami nk balik msia in 2 weeks time. Maybe later la kot will decide about it.. Plus he is getting better pun.. So, dr emer cakap wait for another 3 months n see how its goes then.. Fuuuhh! Seb baik -_-'

Lepas nih Z kena banyak makan carrot lah. Carrot mmg baik for eyes, and at the same time boleh bantu watery eyes jugak. InsyaAllah..

Melalak
Kalau dah mcm gini melalaknya, bukan setakat watery, banjir dah pun..


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, May 22, 2012

Blocked Nose

Semalam Z been up every hour because of blocked nose. tetiba jer kena. mesti from jenjalan weekend haritu lah kot. patut la dia tak nak minum.. semalam pun dia still x mo minum. dah kurus jer mama rasa.. tapi makan ok jer lah..

pagi tu mama tgk ok aje.. even masa sebelum tido pun takde lah mama nampak beringus ke apa.. cuma bila dah tido baru dengar bunyi2. so semalam Z tido merengek2 jer.. bila mama spray kan saline solution, dia mesti mengamuk2, tapi lepas 2-3 minute his breathing will be better. then dia tido balik.. lepas sejam, mesti dia bangun lagi.. and it continuos sampai ke pagi.. bangun pagi tengok sebelah hidung nya dah penuh dengan tahi hidung hehehe.. kesian Z.

memula mama ingatkan Z wheezing lah.. kak yah pun confident jer kata Z ada kahak.. tapi lama2 semakin kuat plak bunyi, mama g tekapkan telinga kat dada Z, x de bunyi pulak. so confirm lah hidung tersumbat kot.. lagipun Z x de lah batu ke selsema ke. takkan lah tetiba jer nk berkahak pulak.. mama pun hidung tersumbat semalam.. eh, mama mmg selalu hidung tersumbat pun. tapi that's because mama allergic to meelo. mmg x de batuk2 ke hingus2 ke. cuma tetiba jer hidung tersumbat. n will getting worst hingga bersin2 selagi mama x halau meelo keluar.

so, adakah Z kena cold? or adakah Z jugak allergy? hopefully cold biasa jer lah.. cepat sikit baiknya.. kalau allergy, mana la meelo nak larikan diri lepas nih.. kesian meelo..huhuhu..

hopefully Z will get better..
(mama ngantukzzz)

Sunday, May 20, 2012

Bedtime

Dah 2 malam Z mengamuk2 time nak tido. Restless. Mama pun tak pasti kenapa. Skrg dah pukul 10.45 mlm dah pun, still refuse to sleep. Tadi melalak2 sampai haru biru mama n kak yah. Bukak tv, tak nak, tutup tv pun tak nak. Kasik ipad pun tak nak, berdukung pun tak nak. Setelah dipasang few cds semua tanak, Pasang gigglebellies baru diam.

Ni dah kali ke 3 repeat, still tertonggeng2 x mau tido..

Tadi petang pun x tido. Mama saje bawak Z keluar jalan2, selalu tak sampai 15 jer dh tido.. Ni mama pusing2 dekat 2.30 jam pun x tido2 jugak. Ingatkan dh tak tido petang tu, dia tido la awal mlm nya.. Rupanya tidak jugak..

Lagi satu, susu pun x nak minum. Last minum masa lunch jer.. Hmm, sakit gigi kot.. Ke sakit perut?? Ke sebab nutrivene? Dulu masa memula ambik nutrivene dia mmg a bit restless at night. Seminggu jugak kesannya sebelum dia get use to that. Tapi x de lah sampai mcm ni.. Maybe kak yah terbagi lebih sukatan kot harini?

Eh, dah tertido pun diaaaaa!!! alhamdulillah legaa mama.. Tertido sendiri jer.. Mesti dh penat sangat tu.. Mama pun dh mengantuk nih. Besok jer la iron baju.. Nite nite all! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, May 19, 2012

St. Patrick's Day 2012 *super late entry*

Alang2 papa dah transfer gambar ke PC, mama upload jer lah gambar2 nih sebagai kenangan yer.. :)













Friday, May 18, 2012

baby sitter

semalam kawan mama untie J message. dia cakap kawan kepada babysitter dia berminat nk kerja di sini.. (mmg mama ada suruh bs untie J tanyakkan kalau2 ada kawan dia yg berminat nk dtg sini hujung tahun nih..) wah! mcm tahu2 saja mama tengah ada masalah dengan bs at the moment :D. mmg excited lah mama mulanya.. terus terpikir nk jer terminate current bs and bring the new one since kitorang pun mmg nak balik msia soon kan..

so mama pun call la untie J. rupanya ada TAPI..
katanya kawan kepada bs dia tu nk datang, tapi nak kerja 6-8 months saje sebab dia nk kawen tahun depan.. so nak kumpul duit utk kawen la kisahnya.. hmmmmmmmm... terus lah tawar hati mama.. 6 bulan tu sekejap sangat kot.. nanti dah nak kena carik yg lain pulak.. nak train pun tak sempat rasanya..

tapi kalau ikutkan bengang mama dgn current bs tu, mmg nak jer lah hantar dia balik as soon as possible.. dah setahun lebih dah keje, tak nampak pun improvement dia.. tanya apa semua tak tau.. mama dah buat timetable utk makan minum Z pun still kadang2 boleh terlupa.. mama hired dia as a babysitter jer pun.. just handle everything about Z jer. kemas rumah pun dekat area Z main jer.. basuh baju pun baju Z aje.. cuma dia kena masak jer lah.. tu pun yg simple2 n during weekdays jer-bila mama dah balik kejelah sebab tak mau dia tinggalkan Z. melampaulah kalau mama pulak yg nak kena masak utk dia kan.. tu pun weekend mmg mama or papa yg akan masak.. pastu mop rumah, kemas rumah, buang sampah suma mama yg buat.. naik lemak betul bila difikirkan..!

most of her time adalah utk duduk n accompany Z. sebab tu lah mama bengang sangat bila jari Z melecur dulu.. pastu peristiwa 2 hari lepas yg sampai sekarang mama tak tahu puncanya.. ntah apa lah yg dia buat pun mama tak tahu.. dah lah semua exercise physio yg mama suruh dia practis dgn Z pun kadang2 jer dia buat.. even Paula pun ckp, dia kata rasanya bs Z nih x practis sgt dgn Z nih. sebab tu lah Z lambat sikit. which is true! so sekarang mmg harapkan physio session yg mama buat pagi2 tu jer la.. ptg jarang2 boleh buat sebab by the time mama balik, Z dah start cranky n mengantuk dah.. :(

tapi.. sekurang2nya mama tahu kak yah tu baik jugaklah orangnya.. nampak jugak la yg dia care pasal Z. mama yakin dia tak akan secara sengaja menyakiti Z. cuma sikap dia yg careless n lembab tu jer yg selalu menyebabkan Z terabai..

kalau ambik bs baru, kite tak tau pun lagi mcm mana sikap dia kan.. pastu dgn keadaan Z yg sukar nk terima org luar nih, mama rasa mmg tak boleh lah nk tukar bs yet.. hopefully by end of this year, Z dah boleh overcome his anxiety. sebab time tu, nak or tak nak, contract kak yah akan tamat. and mama mmg tak mau lah continue lagi.. hopefully ada lah baby sitter baru time tu.. or else, mama kena hantar Z ke playschool la pulak..

oh, btw.. iklan sekejap.. sapa2 yang berminat or tahu sesiapa yg nak jadik baby sitter (bukan maid yer) di ireland, please contact me for further details, thank you..:)

Wednesday, May 16, 2012

sambungan semalam

balik dari SMH tu kan Z tertido.. sampai rumah, mama biarkan jer la Z tido.. lepas mama makan, mama kejutkan Z. masa tu dh pukul 1.45 camtu, mama suruh kak yah kasik Z makan dulu, then mandikan dia.. time tu Z mmg ok jer..gelak2 macam biasa.. then mama ke office semula.

petang tu mama sampai rumah around 6.45 camtu. kak yah tengah tukarkan baju Z sambil Z merengek2 dlm keadaan duduk terlepek. nampak jer mama, Z terus meraung.. mama tanya lah, kenapa Z menangis? kak yah kata sebab dia mengantuk.. tadi dia dah cuba tidurkan Z masa pukul 3 camtu, tapi Z tak nak tido.. dah pukul 5 baru Z nak tido so, dia tak kasik la sebab dah lambat sangat.. kan tak elok tidur petang2.. ok lah, fine... kalau mengantuk memang Z merengek2 pun..

mama pun ambik lah Z, sambil pujuk2 dia.. tak juga henti2 nangisnya.. mama perasan masa mama dukung tu, mcm lemah giler badan Z.. Longlai terkulai gitu.. ish, mengantuk sangat ke? mama tanya la kak yah, dah lama ke dia menangis? kak yah kata dia tak menangis pun tadik, mama balik jer baru dia menangis.. sambil gelak2 buat lawak and usik2 Z (rasa nk tampar pun ada gak time tu, tak nampak ke budak tu mcm ada something wrong jer?)..

tetiba jer Z muntah2.. banyak pulak tu.. habis baju seluar mama.. menggelabah lah mama jadiknya.. Z nih bukan jenis yg selalu muntah2.. rasanya sepanjang 21 bulan hidupnya, less than 10 times kot dia muntah.. kalau setakat spit up a bit tu adalah..

pastu Z masih terus menerus menangis.. lepas dah tukar2 baju suma tu, dia dah tak menangis melalak dah la, but more macam menangis sakit or sedih macamtu.. mama tanya kak yah, Z ada jatuh tak? sebab mmg lembik betul badan dia.. melekap jer kat mama.. as expected, mestilah kak yah kata tak..

so, mama pun cubalah kasik Z tidur.. mama letak jer atas tilam, terus terlepek tak gerak2.. cuma merengek2 jer.. kepala pun x gerak?? ya Allah, kenapa yer? mama angkat Z and dodoikan dia sampailah dia mcm terlelap sikit.. tapi still tersedu sedan lah.. ila dah terlelap tu, mama baringkan semula ke tilam, macam tadi jugak, dia melalak tapi seluruh anggota badan tak bergerak..

Z memang tak nak diletakkan langsung.. so, berdukung jer lah dengan mama.. pastu mama rasa badan Z dah panas sikit, terus kasik calpol.. mama tanya kak yah berkali2 ada tak Z terjatuh ke apa ke.. mmg tak lah dia cakap.. hairan, tak kan lah mengantuk sampai begitu sekali.. macam org kasik ubat tidur ada lah.. should i bring him to the hospital? risau takut dia jatuh ke apa sebenarnya.. mama call papa, x dapat2 pulak.. berasap2 jugaklah mama.. masa tu mama fikir, kalau Z muntah lagi sekali, mmg mama bawak ke hospital jer lah.. lain benar keadaan Z tu..

kak yah pulak time ni lah sibuk nk blender lah, nak tumbuk sambal lah.. (padehal selalunya masak kicap or goreng2 jer) rumah tu dah lah dapur direct ke lounge camtu.. mmg bising lah, macam mana ler Z nak tido.. last2 mama cakap kat dia suruh berhenti masak! dah tak payah makan untuk malam tu!!

end up, pukul 9.30 camtu mama bawak Z masuk bilik.. dua2 menangis sedu sedan dua2 tertidur tanpa dinner.. tapi tengah malam tu mama bangun la jugak kasik Z minum susu lagi..

pagi tadik Z bangun n ceria seperti biasa as if nothing happen.. except kelaparan la..
but sangat pelek dengan apa yg berlaku semalam tu.. mengantuk? kalau dah sampai gitu punya mengantuk, apesal yg tak kasik jer dia tidur kejap? mama rasa mesti dari pukul 5 tu Z melalak, sebabtu lah sampai lembik2. mmg lah tak boleh kasik dia tidur petang sangat, tapi maghrib pun pukul 9 mlm kot sekarang nih.. some people really dont have any common sense!

dah la semalam mama lupa nk on cctv..hnnsss!! seb baik la pagi tadi mama check badan Z x de lebam2 pun.. tapi papa cakap selalu kalau baby jatuh ke apa tu, mmg lebam2 tu lambat sikit muncul.. nauzubillah semoga nothing bad happened to him yesterday..

Tuesday, May 15, 2012

Another Breakdown..


Harini ada playgroup kat SHM. Mama saje lah pegi awal, hopefully Z dapat tido lama sikit before start so kurang lah sikit crankynya.. kami sampai about 20 mins early. Just nice mama rasa. Mama biarkan jer Z tido dlm stroller (dia kan pantang keluar, mesti jer tido..). tengah mama dok baca2 magazine tu, datanglah manager baru for Home Teaching department (Cynthia) berkenalan. Borak dgn mama dah ler, ni dia siap g kejutkan Z yg tengah tido tu pulak.. dok geram2 n siap picit2 muka Z lagi.. bukak mata tengok ada org yg tak dikenali tgh tersengih depan muka dia.. apa lagiii.. terus lah meraung! Waaaaaa..!! that’s it. mama tahu dah, mesti takkan berhenti selagi tak balik nih..

Pastu si Cynthia tu dh rasa bersalah, dia cuba pujuk2 Z, lagi lah meraung mamat nih.. adoii.. mama kena lah dukung Z meronda satu SMH tu sampai dia senyap. Then mama try lah masuk n join the playgroup.. memula duduk jauh sikit, then semakin dekat.. lama2 boleh la jugak kami join few songs until Z started to scream again :(

takut mengganggu other parents n babies, mama pun keluar bawak Z jalan2 lagi.. x jugak reda tangisan Z. mama yg rasa nak nangis time tu. Stress!!Then Cynthia panggil mama, dia bawak mama jumpa psychologist (Karyn). Sembang2 kejap, dia ada appointment lepas tu, so we just book another appointment hujung bulan nih. hopefully mama akan dapat tip2 yg berguna utk mengatasi Strangers anxiety Z tu. Risau betul mama tengok condition Z. lagipun mama rasa mama pun kena jugak jumpa psych kot.. tadi masa Z melalak2 tadi tu, mama pun dah berasap2.. nak jugak marah Z tadik.. nasib baik lah masih waras n fikirkan Z masih kecik n bukan paham apa2 pun kalau mama marah.. ya Allah.. sabar lah mama ooii..

on the way balik..

tapi bila on the way balik, tengok Z tertido, sayu betul hati mama.. kesiaaann Z.. entah apa lah yg dirasainya waktu tu kan.. rasa bersalah pulak sebab put him in that situation.. maafkan mama sayang.. bukan mama sengaja nk takutkan Z.. tapi Z kenalah jugak bergaul dengan orang ramai. Selagi mama ada disisi Z, mama janji mama akan sentiasa protect Z. so, jangan lah macam ni yer sayang.. huhuhu..


Friday, May 11, 2012

21 Months

Perkembangan bulan nih - berat tidak mengembang malah mengecut sikit :(. Sebabnya time holiday Z refused to eat or drink for the 1st 2 days tu.. Susah hati betul mama time tu.. :(

Z masih lagi dalam cubaan memanjat dan berdiri. Blom tunjukkan keinginan utk berjalan or meniti. Bila dia bangun berdiri jer, mesti akan lepas tangan n rebahkan badan with the hope that somebody will catch him. Pastu gelak mengekek2..

Stand

Masih lagi phobia kalau org gelak kuat2. Unless kalau gelak cara dia - gelak yg dibuat2. Nanti mama masukkan video Z gelak buat2.. Hehhe..

Dh hampir 2 mgu mama berus tangan Z ala2 wilbarger technique tu.. Tapi kat tangan jer laa.. Tadik ada physio, paula kata mama dh boleh try arms n legs pulak. So far adalah sikit perubahan. Dah semakin kejap Z hold on something. Tapi still kejap2 jer laa.. Hopefully x lama lagi boleh la Z pegang botol ek..

Dah seminggu lebih juga Z ambik nutrivene-D daily enzyme n nightime supplement. First gew day tu Z constipated. 2 hari sekali baru ber'k. Papa lah yg kena 'stimulate' hihihi.. Tapi bila mama dh increase enzyme tu dah ok sikit lah constipation dia.. But still a bit struggle..

Sekarang nih mmg Z dah jadi ulat buku! Kejap2 pegi ambik buku n baca. Tapi buku2 from 'your baby can read' tu jer laa.. Buku2 lain dia x layan sangat.. Sampai dah lunyai dh buku2 tu..

Mama pun x sure Z dh boleh sight reading or not. Sbb dia still x boleh communicate kan.. But most of the time kalau dia baca words yg dia familiar tu, dia mesti akan tepuk2 buku tu ala2 paham gitu.. Favorite words now adelah 'cat' and 'dog'. Kalau tanya where's cat/dog, dia akan segera bukak buku to that page sambil tersengih bangga. Kalau kite tak layan tu, dia akan tepuk2 page tersebut. Ada la few more words lagi yg dia gemar tepuk2 n selak2 to those words.

Oh dia jugak dah tahu ABCs. Bukan lah alphabets tu.. Dia tahu kalau kita sebut / nyanyi ABC dia akan cepat2 pegi ke his ABCs magnet. Sambil tangan tunjuk2 to all letters. Mmg pantang dengar ABC lah, be it on tv or even on his book. Mesti dia akan pegi ke heater aka whiteboard tu. Kalau dia tgh 'baca' buku sorang2 pun, when there is ABC picture, terus dia g tepuk2 magnet dia :).

He also knows kalau buku or flash card dia terbalik (tulisan), cepat2 dia pusing ke arah yg betul. Cuma yg kelakar tu bukan dia pusing buku/card/cd yg terbalik tu.. Dia akan berusaha pusing badan dia ke kedudukan yg betul :D.

Hmm apa lagi ek.. Mcm ada yg tertinggal jer.. Nanti2 lah kalau mama ingat yer..

Semoga Z terus membesar dgn sihat dan cergas yer sayang :)
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop