Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, December 31, 2013

Penghujung 2013

31st dec 2013!!

Cepatnya masa berlalu kan.. Cuti dah seminggu. Puas hati. Cukup rehat :). Mostly everyday jugak keluar. Tak kemana, area2 dekat rumah jer.. So keluar pun x lama. Sejam dua jam dah balik rumah. 

Christmas day

Sejuk sangat, tapi belum bersalji. Dalam rumah pun kena pakai sweater. This time mama kurangkan penggunaan heater. Satu boleh cut cost, but main reason is for health purposes. Too much heater menyebabkan dry air. Make cold n flu worst! Sakit pula. Mcm tahun lepas, z seminggu sakit seminggu baik seminggu sakit seminggu baik. So insyaAllah kita cuba kurangkan penggunaan heater tahun ni. Malam pakai la jugak, but we have to switch on the humidifier.. Alhamdulillah seminggu dua ni kesihatan Z sangat baik..

Berbungkus dalam rumah

Walaupun mama masih bercuti sampai esok, Z ke sekolah semalam. Hantar pukul 11, ambik pukul 3-4 camtu. Bukan apa, Z duduk rumah pun asik mengadap tv jer. Main kejap2 jer, pastu nak pasang cd. Up to a point where he is bored on his favorite show now. So baik pegi jer sekolah. Mama pun boleh la keluar shopping dengan aman sikit ;) harini kononnya plan yg sama la.. Sekali z x nak bangun tido! Puas mama kejut, mama gomol2 pun Z tetap tido nyenyak. Kesian pulak mama tengok.. Biar jer la.. Dia tido. Pukul 10 lebih baru bangun. Sementara nak siap2 nak sarapan semua, mau pukul doblas baru boleh hantar ke sekolah. Kansel je la plan..

Oh sale is still on. Started with NEXT sale on 26th pukul 6 pagi. Lambat sikit dari kebiasaannya. Plan nk pegi pukul 5 dgn anti yat, skali last minit malam tu dia cakap wife bos husband dia nk ikut. So dia kena bawak diorang n ditched us. Hampeh! Tapi yer la, bos kan, tak kan nak kata tak bleh pulak. So changed plan, mama kena pegi jalan kaki dgn anti yani. Tu pun papa kena hantarkan mama ke rumah anti yani, then we walked from there. Tak jauh pun nk ke rumah anti yani, ada la dlm 10-12 min return. So Z kena tinggal (still tido pun x kan nk kejut). But by the tima papa balik, he found Z tengah baring kat lantai dapur! Lampu dapur jer bukak, mesti Z terbangun then carik mama n papa x jumpa. Ya Allah.. Kesian anak mama.. :(

Shopping macam biasa jer la.. Mostly untuk Z jer. Lepas next pegi sale mothercare pulak. Tapi mothercare x ramai org pun, but the sale wasnt bad either. Habis around 10. Tu pun ada incident lagi, mama beli smoothies minum separuh, then letak dlm 1 of the bag. Pastu lupa. Balik letak je beg2  tgh rumah then terus siapkan sarapan Z. Time tu la papa nak vacuum rumah,dia tolak2 jer beg2 ketepi. skali amikkau! Habis semua kain baju dlm tu. Dah kena basuh semuanya. Sob sob sob. What a day... 

Semua kena basuh

Then hari2 seterusnya pun keluar shopping lagi, but mostly utk mama dan barang2 rumah la.. Slalunya keluar tgh hari with papa n Z, lepas sejam dua diorang balik, mama sambung shopping sensorang. Papa tu typical 'man' sikit bab2 shopping nih... Mama pun x ler shopping lama.. Pegi satu2 area jer. Dah tua2 ni cepat penat... Huhu

Oh pegi potong rambut Z on Saturday. Alhamdulillah this time dia x nanges. Tu pun sebab diorang pasang cd thomas yg sebijik kat rumah. Cuba pasang citer lain sikit, kompem la bergegar kedai tu.. Btw rambut Z mmg pendek habis. Nampak lain dah anak mama Hehe..

khusyuk tengok thomas

Tu jer la kot aktivity hujung tahun. Untuk tahun depan, harapan mama adalah supaya z dianugerah kan kesihatan yang baik. Tak mo la sakit2 lagi.. Early this year was a very daunting period. But 2013 ending with a good one.. :)

Highlight of the year: Anak mama dah NAK boleh berjalan yeay!!


Tuesday, December 24, 2013

Video: First Step

I smile with tears everytime watching this video. Alhamdulillah.. His hard work is paying of.

For most kids, first step just come naturally. But for Z, it took him almost 3 years of continuos therapies. Everyday is a learning process and might continue for the rest of his life. Looking at his smiling face, I know giving up is never an option.

Mama so very proud of you son!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 23, 2013

Last day at work

Yuhuuu....! Besok until new year mama cuti YIPPIEE!!

Looking forward to this long break actually. Sepanjang tahun ni cuti mama dihabiskan untuk jaga Z or some short break for our holiday.. Tapi this time cuti memang x de plan nak kemana-mana (as in luar dublin). Nak melepak berehat2 di rumah jer.. Papa punya schedule macam hampes. 2 hari cuti, 2 hari keje, 2 hari cuti 2 hari keje gitu.. So duduk rumah jer lah kita yer.. 

Mama plan nak kemas2 rumah yg dah macam tongkang pecah tu jer, pastu nak sort out paperwork untuk permohononan career break and bermacam2 allowance untuk Z yg masih blom di claim tu.. (dah tak nak keje nih, kena la claim segala mak nenek yg boleh di claim..hihihi) then bawak Z pegi RDS for Winter Wonderland jer kot.. and of course ler will do a lot of SHOPPING! 

Pastu papa dah jemput sorang kawan dia dtg makan2 di rumah this weekend. Tatau ler nak jemput kawan2 yang lain ke tak, diorang pun dok bertanya bila mama nak buat makan2. kalau dah ramai2, satu hal pulak ler nk kena bersilat di dapur and hias2 rumah. Mama malas sebenarnya, since birthday Z haritu, memang tak pernah jemput org makan2 lagi.. mainly sebab mama dah back to work full time (and no helper) padehal sebelum nih sebulan sekali mesti ada ja makan2..

Z yang tertido dalam kesejukan..
Anyway, semalam dah bawak Z ke Christmas Market dekat rumah. Ada gerai2 and also funfair. Outdoor, sejuuukkk ya amat! Z terlompat2 nak naik rides merry go round tu, tapi mama tak kasik pun. sebab yang kids punya adult tak leh naik, kang Z melalak nak turun or terjun sendiri macam mana? Nak naik yang orang besar sikit, mama masih demam, macam laju jer.. kang ada yg pening kat atas tu.. papa pun x nak naik, takut pening katanya.. dah tua2 nih, nak naik merry go round pun takut.. huhuhu kesian Z.. tak pe nanti kite pegi RDS, rasanya ada indoor ride yang tu.. kurang sikit sejuk n hopefully mama pun dah sihat time tu..

Kat office harini x de buat apa sangat pun, mama kemas2 n buat filing plus siapkan list to do for next year jer.. kejap lagi mesti Chief of Finance datang (salam raya) announce boleh balik awal.. Every year mmg camtu pun (chewah confident jer, skali kena stay sampai petang jugekk). Tak kisah ler, yang penting besok cuti.. lalalalalala..




Thursday, December 19, 2013

Cold n Flu - Part II

Minggu lepas Z, minggu ni mama pulak.. Dari hari isnin lagi.. Grrrrrrr!!!

image googled

Disebabkan minggu lepas mama dah cuti banyak hari (3.5 days) maka minggu ni mama terpaksa juga ke opis sebab banyak kerja tertangguh. Lagipun minggu depan dah cuti kismes.. Kalau tak, dah lama mama ambik MC.. huhuhu

Anyway, Alhamdulillah sekurang2nya mama takde lah demam teruk.. Masih boleh bekerja, cuma rasa berat betul kepala nih n telinga pun macam pekak jer.. bukan macam, memang hampir pekak pun.. tension jer bila bercakap dengan orang lain..

image googled

Oh and Z is 100% recover now.. Back to his own self Alhamdulillah... :)

Berbalik pada cuti, mama dah guna 9 hari cuti untuk sessi 13/14. Ada balance 17 hari jer lagi until Sept next year. Harap2 plan untuk next year menjadi, kalau tak, camner nak balik Msia nih... Waaaaaa!!!!


Wednesday, December 11, 2013

Cold n Flu Season

I HATE winter! Dark n freezing. Kalau ada snow and bright n sunny day tu tak pe la jugak, but here in Ireland snow malu2 jer nak keluar. Hujan batu jer lebih. And windy. Sejuk Gelap Pekat.

Anyway bukan itu cerita utama harini. But related. Z is sick again ;(

Sejak hari sabtu he started having cough and flu. Then Ahad petang he has temperature. Bukan sikit2, terus start with 39C. Tapi he was still active as usual. Malam tu bangun 2-3 kali jugak, mama check temperature dah 40C!

Day 1, still ceria walaupun sedikit melepek


Isnin mama off. Pagi2 temperature dia tak teruk sangat, still within 38C. Mama hantar Z ke sekolah kejap pagi tu (2 hrs) sebab mama kena pegi Embassy ambik passport baru. Petang dah naik balik suhunya.. 39++C, but sikenit masih boleh main2 n joget2 depan tv. Ok la tu kot. Mama bagi Calpol jer sebab Paralink n Nurofen dah habis. Dah lama Z tak demam2, terlupa nak stock up. Malam tu suhu naik ke 40C lagi.. Mama start sponging, turun sikit suhunya.. Makan pun dah kurang.. 4-5 kali jugak kena bangun n repeat sponging n clear kan his nose..

Selasa pun sama, but this time he was really tired. Tak main sangat and duduk n baring jer bila tengok TV. Mama tinggalkan kejap (10 mins) pagi tu p pharmacy depan rumah, beli Paralink n Nurofen. Selalu kalau bagi Paralink, cepat je turun suhu, but this time macam takde effect pun. Petang tu dah start cranky, nak berdukung jer.. Main pun tangan sebelah kena pegang mama. Mama bangun pegi dapo or toilet pun dia melalak.. Susah hati betul lah..

Kalau di Malaysia, confirm dari hari Isnin tu lagi mama dah bawak ke clinic, but kat sini selagi belum 3 hari demam, diorang memang tak akan buat apa2 pun.. Kalau pegi pun dapat antibiotic jer pun.. bukan ada ubat khusus untuk demam, batuk, selsema macam kat Msia. So apa lagi yang mama boleh buat? Just try my best to make him comfortable jer laa..

Day 3: Memang melepek jer.. :(
Selasa malam tu, temperature still very high. pakaikan dia onesie jer, tapi tengah musim sejuk kan.. kesian la dia kesejukan. Papa balik, terus bukak tingkap semua sampai ke tengah malam.. Ya Allah.. tak sampai hati mama.. Bergaduh jugak dengan papa semalam. Yes, i got it, we have to reduce the temperature, by cooling down the temperature. Tapi sekarang ni musim sejuk. Outside was 0-5 degree. Mama dah baca, kalau temperature sekeliling terlalu sejuk pun x boleh, sebab our body will produced the heat from inside. Takde gunanya! macam juga sponging, mana boleh letak air sejuk. LUKE WARM WATER! Hish, seriously (some) doctors nowadays should really think outside the box. Jangan ambik sebijik2 from the ancient book. Huhuhu! Semalam keja mama tutup tingkap, then papa p bukak tingkap. Buka tutup, buka tutup jer.. OK fineee! U r the doctor. But suhu Z masih sama macam tu jugak. Bila anak sakit ni, memang stress la mak pak dibuatnya..

Anyhoo, today papa plak take turn jaga Z. Mama ke opis. Pagi tadi dah bawak Z ke clinic, dapat antibiotic sebab chesty cough. (batuk teruk semalam ---- sebab papa bukak tingkap!!!! Grrrrrr!!!)

Hopefully Z will recover very soon.. Kesian sangat tengok dia yang dah terlepek tu.. :( Besok ada appointment ENT dekat hospital, kena cancel la nampaknya..

Lagi satu, banyak giler keje 2 hari off, kalau esok pun mama kena cuti lagi, kompem colleagues mama ngutuk blakang.. abihtu, nak buat camno.. Mama lagi risaukan kesihatan Z kot. Memang ler it just cold n flu, tapi takkan ler mama nk hantar dia ke sekolah dalam keadaan mcm tu. Kesian Z :(



Wednesday, December 4, 2013

Big Boy

Naik flight dah tak perlu di riba :) Sebelum nih time take off and landing masih kena riba, tapi sekarang tidak lagi. He really enjoyed looking through the window, fall asleep straight after take off. 

This was last week.



Sepanjang dalam flight pun he was well behave and wont mind wearing the seatbealt. Ada satu masa tu, time preparing for landing (and there was traffic in Dublin airport, so flight kena berlegar for quite sometime jugak), cabin air pressure was very low. Mama pun pening and sakit kepala yang tak terhingga (it always happen when I travel with flu). Mama rasa Z pun mengalami perasaan yang sama, mama tengok Z sangat tak selesa. Sekejap pusing sana, sekejap pusing sini, sekejap menonggeng, mama bagi susu pun tak nak - but he wasnt even crying! 

I AM SO PROUD OF YOU SON :D


Nanti lah mama update citer percutian nih.. :)

Monday, December 2, 2013

Isu makan/minum lagi..

Tadik Giraffe's Manager call (few missed call earlier but mama ada meeting). Risau jugak ler sebab selalunya diorang call ni bila ada bende urgent.

Issue harini, Z tak nak makan katanya.. Tadi masa lunch diorang kata dia tido awal, x sempat nak kasik makan.. Dia tido 30 mins jer, then bangun n a bit cranky. they tried to feed him, but he refused and started to chough. Tapi x de temperature. Ayat normal dia, can you please come n pick him up early? Ok lah, dah Z tak sihat, nanti mama balik awal la.. (tgh tunggu pukul 4.15 nih, kalau balik sekarang, kena tolak half day pulak.. 30 mins to go). 

Sebelum mama letak tepon tu sempat la mama pesan suruh diorang try kasik yogurt or soya dessert, and she promised to do so..

Elok jer mama letak tepon, Mairead (Home Teacher) plak call. Dia kata dia ada pesanan penting dari Yvonne (Support Worker), they had meeting during lunch time today.

Semenjak Mairead berjumpa dengan pihak sekolah pasal isu makanan / susu Z last time, cikgu selalu cakap Z minum habis, makan pun habis. Tapi Yvonne tak percaya (mama dari dulu x percaya report cikgu). Yvonne yang bagi Z minum susu pagi2, and she has to force him to drink. nak habiskan 3 oz pun susah. Sebab Z dah habiskan 6-7 oz bangun tido, and he will have a bowl of b/fast just before I send him to school. So dalam pukul 10.30 tu mmg dia masih kenyang buntang lagi la. But on the day that Yvonne not in, diorang kata dia minum habis. So agak pelik di situ. Pastu dia tak nak lunch. Dah 2 minggu dia x habiskan lunch. Mama ingat sebab diorang dah sumbat dia dengan susu, mungkin la dia dah tak lapar waktu lunch. But then dia akan wallop all the tea (soy dessert) and yogurt in the evening. Lapo la kan time tu.. Susu memang bawak 1 botol jer, kalau bawak banyak2 pun bukan diorang simpan dalam fridge, basi plak kang, pastu yang sebotol tu pun jarang2 habis. So mama kasik sebotol jer (and remember, its their policy - tak boleh bancuh susu di sekolah, mak bapak kena bawak susu sendiri - OK).

Anyhoo, Yvonne kata diorang baru tukar blender baru. The new blender is not that powerfull, so masih kasar2. Masa Yvonne kasik makan tgh hari tadi, Z dah macam tersedak2. Then he refused to eat, and went to sleep. (Yvonne left afterward sebab dia keje half day jer)

Laaaaaaa... patut laa.. Dulu penah dah jadi mcm ni skali. diorang siap tepon mama cakap Z tak nak makan. pastu paksa2 mama pegi ambik Z. selang 2-3 hari kejadian yg sama berlaku selama hampir 2 mgu jugak la. Pelik jugak mama, rupa2nya sebab chef cuti, chef gantian tu tak blend makanan betul2. Akibatnya cuti mama yang habis. Bayar tetap sama jugak. Geram betul lah. But of course la mama risau bila Z tak makan, cuma mama marah sebab bende tu dari pihak diorang sendiri, and they supposed to do something about it. Ni tak habis2 nak susahkan orang.

Mama ngadu tak puas hati la jugak dengan Mairead. Dia cakap Yvonne pun cakap mende yang sama. So dia akan arrange with dietitian n angkut skali psychologist and OT ke sekolah Z soon and they will have another discussion. For a moment, dia suggest mama blend kan siap2 makanan Z di rumah. Sebelum nih memang mama nak blend dari rumah, tapi diorang tak bagi - - sebab its their policy to prepare the food in their kitchen! 

Hadoii bertambah bengang la mama dengan diorang nih ;( Kesian Z, by the time he arrived home, memang nampak dia agak lapar. perut berbunyi2 jer.. kalau duduk dengan mama kat rumah, perut buncit selalu. mama bukanlah kerap bagi Z makan pun.. b/fast, lunch, tea, then dinner jer.. but he is full.. dekat sekolah kalau ikut jadul sampai 5 kali makan dari pukul 9-6 tu.. sigh..

Saya lapar tau!! (actually this is his first time pegang botol susu sendiri :))

k la, mama nak balik ambik Z.. Semoga anak mama takde apa2..