Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, July 26, 2014

Tumpang

Amaran: entry luah perasaan. Tak payah baca pun takpe.

Mama tengah bengkek dgn somebody nih. Geram terpaksa diluahkan di sini. 

Sejak ada Z, mama kalau boleh memang merahsiakan drpd certain 'kawan2' kalau nak balik Msia. Why? Bab tumpang barang. Simple je sebabnya, tapi tension mmg boleh meleret2. 

Ada sesetengah kawan mama nih, jenis tak berkira. Memang bagus la sifat diorang tu. Tapi yang menjadi masalah tu bila bab menyusahkan orang pun diorang tak berkira. Kalau stakat nak tumpang kirim mende kecik2 tu takde masalah la.. Mama tak kisah pun. Yang mama kisahkan ni bab menumpang barang yg kalau boleh satu beg luggage 28" tu pun depa nk kirim.

Kes ni balik haritu kawan mama mintak tolong paskan barang kat family dia. Mama pun ok je la. Baju untuk anak sedara katanya. Ingatkan 4-5 helai je. Skali separuh beg! Baju2 lama anak dia skali dia kirimkan. Seriously? Kalau ikutkan banyak je baju2 lama Z yg mama nak bawak balik bagi sepupu2. Tapi sbb ingatkan berat n nyusahkan je nk bawak, mama simpan je la dlm stor nun. Ini senang2 je kena bawakkan utk org. Nasib baik lah tak kena excess luggage kat epot tu. Fine, tak pe la.. Mama dh ckp kat dia ok la sbb nak balik msia takde la penuh barang, nak balik kesini nanti tu kompem la banyak yg mama nk bawak kan..

Skali bila balik nak pass kan kat family dia tu, family dia siap kirimkan kuih raya. Bukan sebekas dua yer.. Satu bag yg kalau sumbat dlm big luggage tu mmg makan space more than separuh la. Seriously??? Mama dh cakap kat family dia, ish tak muat nih beg saya.. diorang insist jugak suruh ambik n try sumbat. Kesian katanya ngidam.. Kalau tak muat nanti bagitau, diorang dtg ambik balik.. Tak kan la pulak kan.. So ambik je la.. Mama bawak jugak la, tapi separuh je drpd kuih muih tu.. Itupun.. Masa kat klia mlm tu kami kena punggah semula luggage n beli kotak baru. Sebab dh excess. Dengan kelam kabut nk check in lagi. Gate dh nk tutup baru habis check in. Berkejar2 ke gate pulak. Nak belikan coklat utk opismate pun tak sempat.

And thats exactly why we limit our luggage. Mama memang slalu bawak 2 beg besar jer kalau balik. Nak beli barang stok makanan sendiri pun pikir 4-5 kali sbb takut tak muat. Pastu org lain senang2 nk 'tumpang'. Muat memang la muat, berat?? Pastu MENYUSAHKAN tahu tak? Kite nih sebolehnya tak nak tergesa2 di airport. Nanti stress Z mesti tak selesa. Dengan anxiety dia lagi. So yes we try our best utk minimise airport stress.

Balik haritu gak ada kawan mama pesan barang dari sini. Bukan sikit2, pesan macam dia pulak yg dtg shopping kat sini (dia mmg duduk sini dulu). Semua bende dia nk suruh bawak balik, dari ke henbag murah ke henbag mahal (total 6 bijik yer!), baju seluar n paling tak tahan stokin 5 set. Masa ambik order tu (mama cuma tolong belikan jer bukan ambik profit or such yer), mcm ok je. Turn out mmg banyak giler! Mmg la dia kawan baik mama, tapi bila dh sampai kena buat 1 luggage extra utk dia tu, melampau la jugak kot.. But at least balik KE msia mama tak kisah sgt la sbb slalu memang tak banyak barang..

Tak faham betul org macam gini. Bukannya diorang tak tahu payahnya nk travel jauh2 ni. Pastu bleh pulak cakap, alaa susah sekejap je.. Ooii stress sampai harini tau tak! 

Ini pun mama dh rahsiakan kepulangan. Especially to those 2-3 org. Yang tu kalau tahu, memang confirm  memesan jer la kerja nya. Again, mama tak kisah stakat pesan bende penting ubat ke.. Ic ka.. Cream muka anak ka..Or kawan2 msia nk pesan barang dari sini stakat henbeg sebiji dua tu mama mmg tak kisah la.. Tapi kalau yg jenis pesan berbakul2 nih adoiii sakit jiwa jadinya.. 

Dulu 2-3 tahun lepas balik dari msia ke sini, kawan mama nih nak tumpang. Tumpang as in nak balik skali sebab husband dia tak dpt balik. Ada anak 2. Ok mama tak kisah la..  Papa pun ada, boleh tolong2 tengokkan diaorang. Tapi yg mama tension tu, ada pulak lagi sorang ' kawan' kitorang nih tumpang barang dgn dia. Tumpang 2 kotak yer! Orang tu dah la travel 'alone' dgn anak2. Ko boleh plak suruh dia bawak barang ko??? Barang berniaga pulak tu. Memang la kami boleh tolong uruskan masa check in. Tapi punya la kelam kabut dengan anak2 dia lagi, dengan over luggage lagi. Pastu dia dah stress, anak2 (both boys aged 1-3) dah melalak2.. Habis bad mood bebudak tu dlm flight. Bukan sejam dua flight journey.. Total dekat 20 jam tau! Kesian sangat tengok. Pastu papa pun stress, Z pun stress end up semua org stress. Mmg papa dh warning dekat mama lepas nih jgn lagi balik dengan kawan mama tu.. Sigh.. Mama yg tersepit..

Tapi tu lah..tak faham betul mama dengan sikap org macam nih!! As far as I remember, sejak 12 tahun mama kat sini, tak pernah lagi mama buat org macam tu. Paling2 pun stakat pesan IC or driving license je kot.. Kalau dah rasa banyak sgt barang yg nak tu, apa kata bayar je la kat pos tu haa.. Jangan le kedekut sangat sampai nyusahkan orang.. Grrrr!!! 

Mode: buat kuih raya 
(Tgh geram sebab org lain yg dapat kuih raya lagi banyak drpd kuih raya yg mama bawak utk diri sendiri.. Now mama kena sinsing lengan buat kuih raya utk makan sendiri.. Kalau lah mama beli je haritu kan senang.. Tak payah susah2 nak buat dah.. Hai nasib badan.. Huhuhu)

Tuesday, July 15, 2014

Tooth Fairy

Kejadian di rumah atok kedah minggu lepas.. Z terjatuh 2 kali and he broke his teeth! Kali pertama jatuh pukul 6 pagi, berdarah sikit bibir nya.. Nangis la kejap.. Lepas tu pukul 9 pagi jatuh lagi, di tempat yang sama! Memula jatuh sebab dia panjat tak lepas. 

Kali kedua jatuh sebab dia turun kepala dulu.. Kali ni berdarah teruk, melalak pun teruk. Bila dah habis melalak baru mama perasan macam ada retakan kat gigi dia. Seharian dia tak mau makan sebab sakit bibir.


Besoknya dah back to normal. Gigi retak tetap retak, tapi dia macam tak rasa apa2 pun. Makan pun dah kembali normal. So kami ingatkan ok la.. Gigi tu mungkin retak sikit je kot, tak sampai ke gusi agaknya.. 


4 hari kemudian, retakan semakin ketara. Air liur pun menjejeh2 aje dan Z semakin kerap sucking his fingers. Memang nampak dia semakin tak selesa. Nak bawak jumpa dentist dah tak sempat, sebab kami akan bertolak balik ke dublin malam tu (sabtu). 

Masa dalam flight Z cuma tidur jer.. Makan minum tak nak. Mama nampak gigi dan gusi dah menghitam. Memang teruk. Kesian dia.. Mama kasi paracetamol je utk kurangkan sakit. 

Sampai dublin ahad tgh hari. Kawan2 fb ireland suruh mama call Crumlin Hospital, banyak kali jugak call tak angkat. Sedih mama tengok gigi Z.. Hari isnin pagi mama call GP, fully booked pulak, so petang isnin baru jumpa GP. Dia suggest pegi Trinity Dental Hospital instead. Cepat sikit katanya berbanding Crumlin. 

Selasa (exactly 1 week lepas kejadian), barulah berjumpa dentist. Memula jumpa dentist biasa, pastu dia panggil consultant paed utk assess sebab kes Z special skit. Lepas dah x-ray, nampak gigi Z dah retak bukan tgh tu aje, kat bahagian dalam gusi pun dah retak (melintang). Sebab tu la memula dia tak sakit, tapi bila dia start isap jari, retakan tu bertambah teruk. Tu pasal bertambah sakit. Memang kena cabut la. 

Consultant cakap kalau ikutkan better buat under general anaestetic sebab Z ada anxiety (punya la dia melalak, gegar satu hospital) tapi diorang x de facility tu kat hospital ni. Kena bawak g Crumlin jugak. Tapi kalau nak buat local anaesthetic dia cakap dia boleh buatkan cepat2, and that way could reduce his stress. Papa cakap buat je la local. Cepat skit. Nak tunggu Crumlin tu mau 2-3 hari pulak. 

So, kat situ jugak la consultant tu buatkan.. Balut Z dengan selimut, then 2-3 org dentist lain tolong pegang. Melalak tu tak usah cakap la.. Cabut yg bahagian luar tu cepat je, nak korek yang bahagian dalam tu mmg ngilu jugak la mama tengok. Panjang root dia. Terkejut tengok. Dentist tu dah siap bungkuskan gigi tu, tapi ntah macam mana mama tertinggal pulak.. Aiseh.. Rugi btol, kalau tak bleh buat kenangan hehehe..

Anyway, itulah kisah pertama kali ke dentist. Dah tak de gigi depan anak mama.. Huhuhu.. Tak pe la.. Benda dah nak jadi kan..