Kali kedua jatuh sebab dia turun kepala dulu.. Kali ni berdarah teruk, melalak pun teruk. Bila dah habis melalak baru mama perasan macam ada retakan kat gigi dia. Seharian dia tak mau makan sebab sakit bibir.
Besoknya dah back to normal. Gigi retak tetap retak, tapi dia macam tak rasa apa2 pun. Makan pun dah kembali normal. So kami ingatkan ok la.. Gigi tu mungkin retak sikit je kot, tak sampai ke gusi agaknya..
4 hari kemudian, retakan semakin ketara. Air liur pun menjejeh2 aje dan Z semakin kerap sucking his fingers. Memang nampak dia semakin tak selesa. Nak bawak jumpa dentist dah tak sempat, sebab kami akan bertolak balik ke dublin malam tu (sabtu).
Masa dalam flight Z cuma tidur jer.. Makan minum tak nak. Mama nampak gigi dan gusi dah menghitam. Memang teruk. Kesian dia.. Mama kasi paracetamol je utk kurangkan sakit.
Sampai dublin ahad tgh hari. Kawan2 fb ireland suruh mama call Crumlin Hospital, banyak kali jugak call tak angkat. Sedih mama tengok gigi Z.. Hari isnin pagi mama call GP, fully booked pulak, so petang isnin baru jumpa GP. Dia suggest pegi Trinity Dental Hospital instead. Cepat sikit katanya berbanding Crumlin.
Selasa (exactly 1 week lepas kejadian), barulah berjumpa dentist. Memula jumpa dentist biasa, pastu dia panggil consultant paed utk assess sebab kes Z special skit. Lepas dah x-ray, nampak gigi Z dah retak bukan tgh tu aje, kat bahagian dalam gusi pun dah retak (melintang). Sebab tu la memula dia tak sakit, tapi bila dia start isap jari, retakan tu bertambah teruk. Tu pasal bertambah sakit. Memang kena cabut la.
Consultant cakap kalau ikutkan better buat under general anaestetic sebab Z ada anxiety (punya la dia melalak, gegar satu hospital) tapi diorang x de facility tu kat hospital ni. Kena bawak g Crumlin jugak. Tapi kalau nak buat local anaesthetic dia cakap dia boleh buatkan cepat2, and that way could reduce his stress. Papa cakap buat je la local. Cepat skit. Nak tunggu Crumlin tu mau 2-3 hari pulak.
So, kat situ jugak la consultant tu buatkan.. Balut Z dengan selimut, then 2-3 org dentist lain tolong pegang. Melalak tu tak usah cakap la.. Cabut yg bahagian luar tu cepat je, nak korek yang bahagian dalam tu mmg ngilu jugak la mama tengok. Panjang root dia. Terkejut tengok. Dentist tu dah siap bungkuskan gigi tu, tapi ntah macam mana mama tertinggal pulak.. Aiseh.. Rugi btol, kalau tak bleh buat kenangan hehehe..
Anyway, itulah kisah pertama kali ke dentist. Dah tak de gigi depan anak mama.. Huhuhu.. Tak pe la.. Benda dah nak jadi kan..
No comments:
Post a Comment