Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, June 16, 2014

Lamanya tak jenguk...

Jangan kan update, jenguk blog sendiri pun tak pernah. Tak pasti apa yang menyumbang kepada kesibukan. Yang nyata Isnin - Rabu memang busy lintang pukang sikit kehidupan. Tapi sejak akhir minggu lepas mama dah boleh bernafas sikit di ofis nih. Sebab tu boleh jenguk blog :). 

Khamis pagi appointment Speech Therapy, tapi bukan tiap2 minggu, 2-3 kali jer sebulan. Kalau takde appointment, mama akan bawak Z bersiar di taman. Sekarang musim panas, sangat best bersiar2 sambil menguatkan physical Z. Jumaat jer la selalunya mama akan spend time di rumah. Z pulak kalau tak keluar, masyaAllah cranky tuhan saja yang tahu.. 24-hrs kena entertain dia. So memang tak de masa nak ber blogging nih. Buku2 bacaan pun banyak lagi yang terbengkalai.. project2 di rumah pun banyak dalam angan2 jer..

Anyway mama pun tatau nak update apa hari.. saje nak jenguk blog aje.. kepala mama sedikit weng, maybe sebab pakai spek lain kot.. spek yang mama selalu pakai dah patah. Jadi blur tak ingat langsung apa activiti last 2 months..

Harini punya kesah jer yang mama ingat. Cikgu Yvonne bagitau Z tak nak minum or makan langsung kat sekolah harini. Dah masuk minggu ke 2 sebenarnya. Minggu lepas Z tak nak minum. Memang susah betul nak bagi dia minum. Macam2 cara dah mama cuba. sehari mungkin 2-3 oz jer yang berjaya masuk perut. Tapi sekurangnya dia masih makan macam biasa, so he got his fluid from food instead. 

Start semalam dia dah tak nak makan pulak....! Mama paksa and ikut dia merata rumah nak bagi makan. End up habis jugak. But that took about an hour kot nak habis. Ingatkan saja jer nak cari pasal di rumah, rupanya di sekolah pun dia buat perangai yang sama harini. Mana ada cikgu nak layan. So tengah hari tadi dia tidur tanpa makan or minum. Petang cikgu cakap asik menangis. Lapar la tu. Cikgu bagi makan pisang - Habis. But that was it. Cikgu try bagi makan/minum lagi afterward dah tak nak. Sehari makan pisang sebijik jer? 

Pening mama fikirkan apa nak buat ni. Risau he will get sick soon. Berat dah turun. Dulu 13.3kg, weekend haritu jadi 12.8kg jer.. Dah tak nak makan pulak ni, mesti lagi surut. Runsing mama jadinya.. Kenapa??? Sakit mulut? sakit gigi? sakit tekak? sakit perut? Who knows.. bukan Z boleh bagitau.. doctor pun takkan boleh detect lagi sebab dia masih jer active. Bukan sakit or demam.

Sigh.. (buka blog harini hanyalah untuk melepaskan perasaan sebenarnya..)


1 comment:

  1. ishhhhh.... takpe lepaskan geram dalam blog.
    ada juga orang nak baca :)

    cer deko2 sket food Z tu manalah tau kot2 dia excited nak makan.

    ReplyDelete