Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, January 12, 2015

2015

Lamanyaaa tak menjenguk sini. Malas berlemak2 dah ni.. tatau nak tulis apa, dah terlalu banyak tertinggal..
Quick update:

1. Winter, alhamdulillah Z sihat2 saje sepanjang winter nih. Antibody dia sangat kuat walaupun kadang2 mama skip supplement Z, tapi Z still in good health. Mama plak yang demam teruk sejak 2 weeks ago. Risau jugak takut berjangkit, tapi Z memang KUAT! Papa yang berjangkit since past 2-3 days. Harapnya Z akan remain strong.

2. Cuti Xmas from 23 Dec. Z masuk sekolah 5 Jan, mama baru masuk keje harini (MC last week). Cuti ni pegi Belfast jer. Tak pernah lagi melawat Titanic Gallery yg baru bukak tu. So stay there 3d2n. Pastu mama pegi London jumpa kawan mama masa Boxing Day. Itu jer lah activity cuti. Balik pada Belfast tu mama demam tak bangun2, tu pasal la tak kemana2.

3. School hunting
Mama masih mencari sekolah yang terbaik untuk Z. Sebelum xmas haritu dah pegi melawat sekolah yang asalnya merupakan first choice mama. Memang dah aim nak ke sekolah tu, tapi.... bila mama p visit, rasa macam tak sesuai pulak. Senior classes are great, tapi untuk junior start agak merunsingkan mama. Rasa macam a bit set back from where he is at the moment. Tanya parents yang lain, diorang kata memang kena expect macam tu kalau nak hantar ke special school. Sebab mostly akan hantar ke Mainstream for junior. Bila dah besar skit baru diorang pindahkan ke special school. as a result, not much attention paid on junior classes in special school.

Masalahnya mama memang nak hantar Z ke special school. Main reason is anxiety. Z memang tak boleh focus in big group. kelas Z sekarang ada 7-9 kids jer at one time. September lepas dah masukkan Z ke pre-school class. Ada dalam 18-20 kids. the worst 2 weeks experience. Dia memang phobia habis. Last2 mama mintak dia turun kelas. Barulah ok.
Nanti kalau masuk Mainstream School, walaupun ada SNA, you have to expect at least 25-28 students in class. Memang tak boleh la mama rasa. Kalau masuk Special School dalam 6-8 kids jer.

Khamis ni mama nak p visit another Special School. Kalau sekolah ni better, nak kena pindah la pulak. Sebab sekolah ni area Dublin South. Kat sini sekolah kena tengok area. Padehal address rumah skrg walaupun Dublin North, tapi jaraknya tak sampai 10 meter pun dari sungai (border north/south dublin). So kalau nak apply sekolah ni, kami kena pindah ke seberang sungai :D. Tak kisah la, asalkan dapat sekolah terbaik. Yang mama risaukan cuma 1, kalau sekolah ni pun tak sesuai, nak kena carik sekolah lain pulak.. adoiii.. mama nih tak reti sangat bab2 birokrasi nih. Ini pun cikgu Mairead yg tolong. padehal sekolah ni bukan under their service. Tapi dia kenal cikgu besar. so dia tolong set appointment. Kalau tak berkenan jugak, mama kena la carik sendiri.. :(

worst possible, mama terpaksa jugak hantar Z ke sekolah SMH yang first tu kot. Cikgu Mairead bagitau dia akan cuba apply untuk Z terus masuk kelas senior. Tapi selalunya kena jugak spend few months with junior. Hmm.. kesian Z. Kelas tu ok, cikgu2 and SNA pun ok.. cuma mama risau sebab budak2 dalam kelas tu semua kategory severe that need medical help. Nanti Z takde kawan. We have work so hard to improve his social skills, takut nanti dia pick up the bad habits and his autism traits will be worst. itu yang mama risaukan. kelas senior2 ok sebab bebudak lain semua dah pandai bergaul. entahla...

Semoga dipermudahkan pencarian sekolah Z nih..

itu jer kot update terkini.

3 comments:

  1. waaahhh z... muka dah jadi anak bujang. encem.. lama tak nampak kat sini.
    macam dah melonjong jer badan z.
    semoga urusan z dan mama z dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Ibu Rawiwa apa khabar? Lama btol kita tak menyinggah :). Zach muka je melonjong.. Badan kecik jer lagi.. Macam tak caya nak masuk skolah dah heheeh..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. baik2 semua.. zach apa khabar sekarang.. lamanya mommy tak update pasal zach. Zach masih stay sana ke dah balik Malaysia.

    ReplyDelete