Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, September 30, 2011

2nd Physio

Alhamdulillah demam Z dah beransur baik.. not 100% recovered yet, kadang2 suam2 sikit.. kadang2 masih cranky2.. tapi mama dah tak risau sangat lah sbb temperature takde lah over 38..

semalam the physiotherapist dtg for 2nd visit, tapi x de lah belajar mende baru pun.. sbb dia cakap Z blom ready lagi.. now kene focus utk strengthen his abdominal and back area dulu. so mama kena carry on dengan sit up exercise tu lah. actually salah mama jugak, masa 2 weeks on holiday haritu, mama mmg terlupa terus nk kasi Z exercise.. lgpun Z kan tak berapa sihat.. tak per lah.. slow2 pun x per, yg penting ada improvement.. :)

talking about improvement, Z actually dah achieved a lots this few weeks :D. started with comando crawling. sblm balik m'sia tu Z mmg dah boleh maju ke depan sikit2.. tapi masa balik m'sia, especially masa kat rumah atok kedah, Z terus jadik pakar.. maybe sebab rumah atok luas, new environment pulak tu, maka Z tersangat excited utk explore sekeliling. laju jer dia ke sana ke mari. pantang letak, ada aje akal dia.. sampaikan mama n papa terpaksa bentang tilam n tidur bawah aje.. sbb sampai ke tengah malam Z masih lagi meng'explore' rumah atok :D. sedih jugak lah bila nak tinggalkan kampung haritu, sebab mmg nampak Z sangat2 happy kat sana.. maybe dia masih ingat kut, itulah rumah pertama dia dulu.. :)

bila balik sini, dah kurang sikit activity comando Z. rumah sini pun sempit aje, bergerak kedepan sikit dah jumpa dinding, so lebih baik Z tgk tv aje agaknya.. hmm.. mama kalau boleh nak pindah rumah yg ada laman lah.. boleh Z bergerak bebas sikit.. tapi kalau nk rumah atas tanah, nak kena pindah kawasan pinggiran bandar sikit, susah pulak mama nk pegi balik keje nanti.. *sigh*..

anyway, apart from that, Z juga dah ada sebatang gigi!! yea! gigi atas.. baru keluar separuh.. then gusi bawah pun dah nampak makin keras dan putih.. tak lama lagi lah tu kot..

next few weeks nih St Michael House ada anjurkan few courses and group meeting for early learning. ada course malam, ada jugak yg siang.. hmmm.. kalau malam tu, mcm susah jugak lah kot mama nk pegi memandangkan mama sorang2 jer ni kan.. hopefully papa dapat lah cuti utk temankan mama.. yg meeting siang2 tu pulak, mama kena lah ambik cuti.. tapi mama x kisah sgt bab2 cuti nih.. rasanya boleh jer kot.. cuma yg malam tu jer lah menjadi sedikit bebanan.. tgk lah mcm mana nanti.. mama tahu bende2 ni semua penting utk Z. mama akan cuba lah utk menghadirkan diri yer..

k lah, nanti2 mama update lagi.. banyak keje kat office sekarang nih sbb baru lepas cuti kan.. computer kat rumah pulak dedua dah rusak sblm balik m'sia haritu.. insyaAllah weekend nih papa balik, mama boleh lah pinjam laptop dia utk update percutian kat malaysia haritu..

Monday, September 26, 2011

Demam

Long journey definitely do no good to babies!! :(

Just coming back from M'sia and Z is currently having high temp. Sigh.. Kesian dia.. Masa dlm flights semalam ok aje.. First sampai rumah pun still ok, but then malam tadik terus naik temperature nya..

Its been on and off for nearly 1 months now and mama sangat risau.. Masa memula sampai msia last 2 weeks pun z demam. 4-5 hari jugak. Sampaikan mama n papa risau takut denggi ke ape. Lepas jer baik demam, kuar rashes pulak. Mama ingatkan heat rashes aje. Turn out, kena campak. But not a normal measles tu la, just roseola. Or org kampung mama cakap campak bekam. It happen for 2-3 days aje immediately after the fever. Mmg penuh satu badan rashes nya. After that he was fully recovered and tersangat active for the rest of our holiday.

And now dah demam balik. Tadik temperature 39.4! Mama kuar beli PARALINK. A type of paracetamol jugak. Kawan2 mama kata bagus utk reduce temperature. Sblm nih just pakai calpol n sometime nurofen (ibu profen) aje. Hopefully berkesan lah. Luluh jantung mama tgk Z lemah merengek2 camtu..

Mama terpaksa ambik mc harini sebab Z mmg tak mahu langsung dgn pengasuh. Cuti mama pun dh habis utk tahun nih. So, terpaksa lah tipu bos skit. Tak kisahlah, kalau diorang nk marahke nk potong gaji ke, mama mmg x pedulik lagi. As long as anak mama ok. Mama sayang Z more than anything. Cepat2 sembuh yer sayang.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, September 22, 2011

My New Ride

*Smart Trike - Recliner*

Birthday present from me ma and me da, which i really love! I would prefer riding this tricyle rather than my boring buggy!(although technically, mama/papa is the one who have to push me).

Every evening after work, if the weather is permitting, we will have a nice stroll to the garden downstair - while mama singing 'tanya sama pokok' song.


sometimes we might also went to the shopping centre nearby. the best thing is, if i am tired, i could have a nap on this trike because it has recliner seat.


it also come with a raincover. which is handy for typical irish weather..


it's very easy to manouver, so now i can follow mama even for a quick groceries shopping at the tesco downstair.


and best of all, it does catches a lot of attention! especially with the ladies ;)
(that girl is trying to give me a donut, but mama wont allow me to take it)

Friday, September 16, 2011

Splish! Splash! Splosh!



Tak ade swimming pool kat rumah, bath tub pun jadik laaa.. :D


Z memang enjoy his bath time. mesti happy jer tiap kali mandikan dia.. haritu mama beli pelampung utk bawak pegi bercuti nanti, so saje nk testing dulu.. amboiii.. sukanyaa bukan main lagi.. splish splash splosh! since then, every weekend mmg mama biarkan dia berenang2 dlm bath tub sekejap..:)





*Scheduled Entry-hopefully pada ketika entry ini keluar, kami sedang berenang2 didalam swimming pool sebenar or pantai perhaps?*

Friday, September 9, 2011

First Physio


Finally, setelah berbulan2 kami menunggu akhirnya semalam Z dapat bertemu dgn his physiotherapist buat pertama kalinya.. Alhamdulillah.. Mmg ramai yg menasihati mama bahawa yg paling sukar adalah utk masuk kedalam 'system' mereka aje. They will react fast to those who shout! Well mama x de lah shout.. Cuma mama constantly calling them for update aje.. Hhehe..
Phisiotherapist tu pun cakap, diorang x cukup tenaga kerja. Memang berbulan2 waiting listnya. But once dah start, mmg akan terus di bawah diorang sampai bebila lah..

Semalam x de lah banyak belajar pun. Appointment pukul 3, mama half day lagi lah. Cik bibik kasik Z makan lambat, so Z x sempat nk nap sekejap after lunch mcm kebiasaannya.. Jadik Z adalah sgt cranky! Mama nak berbincang pun x selesa sbb Z asik mengamuk2 aje.. Habis herot2 tudung mama ditariknya.. Pastu Paula (physiotherapist tu la) suruh Z bersenam pun Z x nak.. Tapi its ok lah, baru first session jer pun. Paula ckp mmg dia x plan nk ajar bnyk pun. Just nk kenal2 n find out more about Z aje.

2 things she want us to practis
1. Buat sit up - tiap kali nk tukar diapers tu, make sure buat 2-3 kali. Dia kata kelemahan Z paling utama dekat bahagian perut n pinggang. So kene buat sit up banyak2 to strengthen his torso.
2. Kena bnyk encourage dia utk push up n spinning around. Ni utk kuatkan tangan Z. Kalau tangan dh kuat, baru boleh start crawling katanya.

Overall dia ckp mmg confirm lah Z has low muscle tone. But not the worst case lah.. Definitely will be delayed, but he will get there 1 day :)

On another note, sejak 2-3 hari ni jugak Z dah boleh meniarap n maju kedepan. Komando style tu.. :D. Takde lah pegi jauh sgt lagi, tapi he already got the idea lah. Mama mmg sgt excited!! This mean that he will starting to explore surrounding soon ;).

Lg satu, kami perasan, kalau nobody around barulah dia akan rajin bergerak. Kalau ada org, mmg asik nk menempel jer.. Toys depan mata pun nk suruh org ambikkan. Tapi kalau kite tinggalkan sekejap, tgk2 dia dh atas lantai dah :D.

And... dah 2-3 jugak mama caught him tgh dlm crawling position!!! All those time bila mama tinggalkan dia kejap. Mmg dah lama dh dia cuba nk angkat bontot tu, tapi slalunya bontot jer la yg terangkat..badan still berat... This time, Mama pun x tau camne he manage to do that, but not just me who is impress, dia sendiri pun muka mcm terpinga2. Like how come aku duduk cengini? Pastu dh tatau nk buat apa, dia akan meniarap balik. Hehehe.. Pandai aje anak mama nih, saje terlebih manja jer yer..

K lah, mama nk kena sambung packing.. Banyak lg nih.. Huhuh.. besok flight awal pagi. hopefully Z will be ok for the whole journey. and hopefully jugak he could manage the heat in Malaysia.. kat sini tido pun berpeluh2, camner lah kat malaysia nanti..


:: Panjangnye list Z, list papa suku ajer?::

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri di Perantauan



Raya kami tahun ni tak banyak bezanyanya dengan tahun2 sebelumnya.. cuma lebih bermakna sikit sebab ada Z :)



walaupun Z masih belum mengerti sangat apa yg berlaku di hari raya, mama tetap cuba sediakan yang terbaik. awal2 lagi mama dah mintak tolong maktih and atok di kampung supaya pos kan baju melayu utk Z. tema tahun ni adalah kuning. sebab, baju mama yg beli 3 thn lepas tu, tak terpakai2 pun lagi..hahaha.. papa pun memang dah ada baju melayu kuning.. so, the only real baju raya baru hanyalah untuk Z :D.


btw, papa seperti biasalah.. bekerja di hari raya! so sedih lah jugak kami anak beranak di pagi raya.. sob..sob..



Activity di hari raya.. mama dah siap2 masak cookies n cake over the weekend. buat 2-3 jenis jer this time. dah ada anak nih, mmg tak sempat lah nk belek kuih.. mama mmg lagi prefer belek Z :D. malam sebelum raya tu baru lah mama kepoh2 buat ketupat lemang dan rendang.



Juadah di pagi raya


dairy-free cake for Z


di pagi raya pulak, lepas dah salam2 raya dgn Z, kami ke Malaysia Hall utk sambutan raya dan merdeka kat sana. tahun ni tak ramai sangat pengunjung sebab raya jatuh hari bekerja dan ramai yg tak dapat cuti. students pulak masih lagi bercuti summer.



mama n aunty nat terlebih pakai bedak :D


di mana saja, tidur tetap tidurrr


qaira tengah tidurkan Z




separuh hari beraya di Malaysia Hall, kami bergerak pula ke rumah Haji Fauzi. Uncle Fauzi nih mmg dah lama menetap di Ireland. Anak2 dia pun semua belajar & bekerja di sini. tiap2 tahun dia memang akan buat open house di hari raya dengan menu utamanya nasi dagang. memang berpusu2 lah orang melayu dublin ke rumah dia lepas sembahyang raya :D. tapi mama tak de lah pegi tetiap tahun.. rasanya ni baru kali ke 3 kot mama pegi beraya di situ.



Jalan2 tgk sate with uncle bazak


Kami terus balik ke rumah saje lepas beraya di rumah uncle Fauzi tu. kawan2 mama nak datang beraya petangnya, so kena lah balik utk buat sedikit persiapan. so, itu sajelah activity kami di hari raya.. the next day, mama dah sepatutnya masuk kerja, tapi mama MC sebab perut tak sihat.. ok, sebenarnya mama malas nk pegi keje hihihi..


Hari Jumaat malam baru papa balik. papa request supaya kita beraya lagi sekali. so, mama pun sedikanlah sedikit juadah untuk hari sabtu dan menjemput beberapa orang kawan lagi untuk datang beraya. hari sabtu tu ramai aje orang2 dublin yang buat open house. tapi sebab Z pun masih belum sihat sepenuhnya, maka kami beraya di rumah aje lah ber sama rakan2 terdekat.. :)






soto for raya ke 5


sekian saja entry hari raya kami. this weekend kami mahu sambung beraya. tapi bukan di dublin. insyaAllah kami akan pulang beraya di MALAYSIA. YEAY!!

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya..!



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini..


Maaf zahir & batin






-Z & mama-











Thursday, September 1, 2011

Demam Raya

@ 3am. Mama tengah cuba utk tidurkan Z.. Tadi Z dh tido, tapi mama terpaksa kejutkan sebab its time for his medicine..

Z demam sejak petang tadi.. Paginya ceria mcm biasa aje, tetiba jer temperature naik. Mama rasa reaction to last week jab kot. Doctor mmg dh warning haritu, dia mention normally lepas seminggu baru demam2/kuar rashes..

Sekarang nih alhamdulillah, suhu Z dah sedikit turun, 37.1.. Tadik naik sampai 38. Moga2 esok baik lah sayang yer..

Btw, semalam (rabu 2nd syawal) mama mc. Got upset tummy. Terlebih makan la tu.. Siap muntah2. Yg peleknya kawan2 mama suma ok aje.. Hopefully bos mama x marah lah, banyak betul cuti mgu ni huhuh.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop