Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri di Perantauan



Raya kami tahun ni tak banyak bezanyanya dengan tahun2 sebelumnya.. cuma lebih bermakna sikit sebab ada Z :)



walaupun Z masih belum mengerti sangat apa yg berlaku di hari raya, mama tetap cuba sediakan yang terbaik. awal2 lagi mama dah mintak tolong maktih and atok di kampung supaya pos kan baju melayu utk Z. tema tahun ni adalah kuning. sebab, baju mama yg beli 3 thn lepas tu, tak terpakai2 pun lagi..hahaha.. papa pun memang dah ada baju melayu kuning.. so, the only real baju raya baru hanyalah untuk Z :D.


btw, papa seperti biasalah.. bekerja di hari raya! so sedih lah jugak kami anak beranak di pagi raya.. sob..sob..



Activity di hari raya.. mama dah siap2 masak cookies n cake over the weekend. buat 2-3 jenis jer this time. dah ada anak nih, mmg tak sempat lah nk belek kuih.. mama mmg lagi prefer belek Z :D. malam sebelum raya tu baru lah mama kepoh2 buat ketupat lemang dan rendang.



Juadah di pagi raya


dairy-free cake for Z


di pagi raya pulak, lepas dah salam2 raya dgn Z, kami ke Malaysia Hall utk sambutan raya dan merdeka kat sana. tahun ni tak ramai sangat pengunjung sebab raya jatuh hari bekerja dan ramai yg tak dapat cuti. students pulak masih lagi bercuti summer.



mama n aunty nat terlebih pakai bedak :D


di mana saja, tidur tetap tidurrr


qaira tengah tidurkan Z




separuh hari beraya di Malaysia Hall, kami bergerak pula ke rumah Haji Fauzi. Uncle Fauzi nih mmg dah lama menetap di Ireland. Anak2 dia pun semua belajar & bekerja di sini. tiap2 tahun dia memang akan buat open house di hari raya dengan menu utamanya nasi dagang. memang berpusu2 lah orang melayu dublin ke rumah dia lepas sembahyang raya :D. tapi mama tak de lah pegi tetiap tahun.. rasanya ni baru kali ke 3 kot mama pegi beraya di situ.



Jalan2 tgk sate with uncle bazak


Kami terus balik ke rumah saje lepas beraya di rumah uncle Fauzi tu. kawan2 mama nak datang beraya petangnya, so kena lah balik utk buat sedikit persiapan. so, itu sajelah activity kami di hari raya.. the next day, mama dah sepatutnya masuk kerja, tapi mama MC sebab perut tak sihat.. ok, sebenarnya mama malas nk pegi keje hihihi..


Hari Jumaat malam baru papa balik. papa request supaya kita beraya lagi sekali. so, mama pun sedikanlah sedikit juadah untuk hari sabtu dan menjemput beberapa orang kawan lagi untuk datang beraya. hari sabtu tu ramai aje orang2 dublin yang buat open house. tapi sebab Z pun masih belum sihat sepenuhnya, maka kami beraya di rumah aje lah ber sama rakan2 terdekat.. :)






soto for raya ke 5


sekian saja entry hari raya kami. this weekend kami mahu sambung beraya. tapi bukan di dublin. insyaAllah kami akan pulang beraya di MALAYSIA. YEAY!!

1 comment:

  1. Yaay... welcome home Zack!

    Untie Hani

    ReplyDelete