Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, December 17, 2012

Huru-hara Khamis lepas..

Aiyoo.. Mood blogging mama kelaut dah ler.. Banyak nak update, tapi seriously kat rumah memang tak sempat. Baru tulis 4-5 baris dah terbantut huhuhu..

Begini citernya.. (takde lah penting pun, tapi sementara masih ingat nih update jer la yer..)
Khamis lepas, dalam pukul 4 lebih tu mama dapat call from Lana (Asstn Manager kat skolah Z). Dia bagitau Z muntah2 lepas makan tadi (soup n fruits). Katanya lagi walaupun muntah2, Z ok jer lah.. cuma nangis2 jer.. dia kata reflux kot. Mama risau takut dia kena bugs lagi sekali jer.. sebab hari rabu tu pun Z tak nak makan sangat.. but he was ok..

Dalam pukul 4.55 Lana call lagi, dia cakap temperature Z dah naik 38.7C. What? tingginya..! Mama ada meeting jap lagi nih. Memang tak boleh balik lagi. Dia kata dia boleh bagi PCM. OK lah, mama suruh kasik Calpol dulu 2.5ml cukup lah. Mama suruh bagi susu, susu yg mama prepare tu dah habis katanya. mama ada jugak sediakan botol susu lagi satu, diorang cuma perlu tambah air jer. Lana cakap its their POLICY not to prepare milk for children. WHAT? Z tu demam n muntah2.. sah2 ler dia dehydrated. Dah la dia tak suka minum air kosong. Lana cakap sorry, memang tak boleh katanya sebab dah ada kes before this yang diorang tersilap prepare milk, akibatnya skolah tu kena saman. So sebabtu lah diorang dah x buat susu. DUH!

Lepas letak phone, mama terus carik clinic dekat2 area rumah. semenjak pindah, memang x pernah g GP lagi. Tak sure kat mana. carik2 ada yg betul2 depan rumah jer.. Open until 7 (kat sini clinic mmg tak bukak malam.. kalau malam kena g emergency terus laa). Mama call, diorang cakap appointment dah penuh utk petang tu. adoi, mana nak pegi nih. clinic2 lain jauh sikit sah2 ler tak sempat nanti.. bukan apa, mama risau takut Z muntah2 teruk macam haritu jer. this time memang kena bawak clinic la sebab dah 2 kali.. kalau bukan bugs camner?

Anyway, mama masuk jugak meeting sambil kepala berpusing2 memikirkan reason Z muntah2.. Memang tak concentrate langsung la.. Habis meeting pukul 5.50 dah, bergegas mama kemas2 then lari ke tram station. Sampai tram station pukul 6, selalunya tunggu 4-5 minit jer.. then journey pun dalam 7-8 minit jer.. so, by 6.15 mama dah sepatutnya sampai skolah Z la.. sekolah Z tutup pukul 6.30.

Sekali tunggu punya tunggu, pukul 6.12 tram tak sampai2 lagi.. tanya operator, rupa2nya ada delay pasal ada accident. WTH! Time ni la ko nak eksiden pun.. Sigh! Dari situ nak ke skolah Z 20 min lebih jugak jalan, memang tak sempat nih. Apalagi, pecut la mama. Untuk org yang memang tak penah exercise macam mama nih, memang boleh pitam jadiknya bila berlari (dengan heels lagi). Nasib baik ler sejuk, boleh tahan lagi.. but mata mama memang berpinar2 dah ler.. Kalau drive ni, kompem dah langgar tiang. sampai skolah Z pukul baper pun mama tak tau sebab memang tak nampak jam.

Masa mama sampai tu, sekolah dah gelap dah. ada lampu depan jer terpasang. tinggal Z dengan sorang budak lagi dan sorang cikgu jer. OMG I am sorry sayang.. dah la Z tak sihat, mama pulak pegi ambik lambat. sangat2 rasa bersalah..huhuhu.. Z nampak2 jer mama terus terkam n melalak. mama pun nak melalak sama.. waaaa.. time2 macam ni lah mama terfikir, we do need bibik. kalau ada bibik, mesti dia boleh g ambik Z dulu tanpa perlu tunggu mama.. sigh.. sorry sayang..

Balik rumah, terus bagi dia susu then mandikan. Check temperature baru 37.5 camtu. ok la, takde lah demam teruk. Mama bagi makan nasik malam tu pun dia tak muntah pun.. but mama kasik bubur super cair la.. Malam tu mama kasi calpol lagi, Alhamdulillah Z tidur tak meragam pun sampai ke pagi.


Nasib baik Jumaat mama tak kerja, so mama plan kalau Z masih muntah2 n demam, mama nak bawak ke clinic la.. masa bagi sarapan pagi tu, Z muntah sikit. Tapi lunch n dinner ok aje.. Pastu temperature dah back to normal and his bowel movement also normal. Mama rasa memang bukan bugs la.. Maybe betul Z ada reflux kot..

So tu jer la kelam kabut mama di hari Khamis. Alhamdulillah Z takde apa2 pun.. Mama jer risau terlebih :D

3 comments:

  1. being a mother memang gitu.. kalau anak sakit mesti hati tak senang.
    lagi2 masa anak di bawah jagaan orang lain. Time tu jugak nak pegi tengok.
    tapi tu lah.. sebab kita bekerja, sangat serba salah dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Z.. tp mama Z lg kesian. bertambah kecik la pasni kalau selalu kena lari ke skul Z :). Harap2 Z x apa2 lagi pas ni.. Aminn..

    ReplyDelete
  3. @ibu rawiwa: betul tu.. hati tak tenang pikirkan anak.. tapi apa nak buat, kerja pun tanggungjwab jugak kan..huhu

    @azma: hehehe bagus la kalau mama boleh kecikkan badan.. ni baru lari tak sampai 20 minit dah nak pengsan hahaha

    ReplyDelete