Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, March 21, 2013

Tragedy St. Patrick's Day

Seperti tahun2 sudah (entry tahun lepas St Patrick's day 2012), 17 March adalah sambutan St Patrick's Day.. Ada parade, ada funfair and macam2 occasion lagi lah sepanjang weekend nih.. sama jer acaranya setiap tahun..

Anyway, this time dah duduk jauh sikit dari bandar nih (15 minit jalan kaki jer pun :P), kami keluar agak lewat. pukul 12 lebih baru bertolak dari rumah. Memang jalan kaki jer lah sebab jalan2 semua di tutup untuk parade n funfair. Sampai O'Connell Street parade tengah berlansung. Memang penuh dengan manusia, tak nampak langsung parade. Last year walaupun x duduk barisan depan, still boleh lagi nampak.. 

Lautan manusia

So kami berjalan2 jer la sepanjang O'Connell Street tu sambil tengok ragam2 manusia. Mama macam biasa la, kejap2 snap gambar. Dah sampai ke hujung O'Connell Street tu (Parnell Street) mama seluk poket nak ambik phone, eh takde?? Dalam beg kot. Mama pun carik2 pulak dalam beg. Takde juga. Mama yakin mama letak dalam poket (jaket) sebab baru jer tadi mama dok snap2 picture tu kan.. Jatuh depan kedai kot (sebelum tu singgah kedai souvenir untuk beli topi St Patricks) so patah balik ke kedai.. cari2 takde jugak. 

Mama belum gelabah lagi.. Maybe jatuh then orang jumpa kot. So mama try call guna phone papa. banyak kali, bunyi tapi takde orang angkat. sudah. Jatuh dalam longkang ke? Masih positif nih. harap2 ada orang jumpa n pulangkan.. 

Gambar terakhir henpon dan mama :(

tetiba dapat message dari phone mama 'sorry, I cant take ur call at the moment'. eh orang ni tengah busy kot. Mama text balik. 'Hey, did you found my phone? Where r u now?' tak berbalas.. mama ingat nak tunggu sampai parade habis la baru nak call balik. yer la..orang tu busy kot kan... sekali papa try call jugak. dia dah off phone! then barulah mama realised, orang tu dah curik tepon mama!!! duh!! lembab btol.

so, straight away mama call O2 and ask them to block my account. kang org tu buat tepon memana tak ke naya mama nak bayau. Next, terus kitorang gegas balik rumah. Mama risau sebab takut dia access emails n all apps on the phone. plus ada juga terselit no pin la apa la.. walaupun mama x de la letak directly, but still..kalau dah jahat tu, mesti pandai jer diorang geledah kan.. so, back home.. use 'find my iphone' apps from ipad and try to locate it. but it was switch off. so mama put a block on the phone, then i just erased all the data remotely. basically kalau dia on jer phone tu, its empty! mama call bank2 and tukar all the pin numbers. changed all emails password as well. 

Z terpinga2 tengok mama gelabah.. hehehe

fuuh, panick sekejap. Hopefully takde pape lah.. tu la bahayanya smart phone ni kan.. everything in there! Nasib baik pagi tu mama terdetik nak back up phone. Tetiba jer.. padehal dah dekat setahun mama tak back up. unfortunately photos was not automatically sync. Sedih jugak sebab gambar banyak hilang. last mama back up photos was August last year. yg baru2 suma hilang :(. contact pun tak back up. mama ada back up sim card early last year jer.. so all new numbers are missing. Lepas ni kena selalu back up lah..

As for phone itself, mama takde lah ralat sangat.. sebab memang mama plan nak tukar pun.. cuma gambar tu jer la yg sedih.. nasib baik ler mama dah transfer all photos last year. bayangkan kalau gambar2 Z masa kecik2 hilang. aiyayayayaaa! oh gambar masa kat hospital pun hilang lah nampaknya.. ada la 4-5 keping mama sempat upload kat FB kot..

Pengalaman.. First time kehilangan henpon.. rosak pun tak pernah sebelum nih.. tak pe la.. ujian.. redha jer la.. :) petang tu pegi kedai nak beli phone baru. x de stock pulak. 4-5 hari lg baru ada.. so pakai jer la phone lama mama yg dah jadi hak milik Z tu..

p/s: kawan mama kata rupa2nya memang ada sindiket curik tepon di hari st patricks. orang eastern europe yg konon2 datang sini nk holiday, tapi dtg mencurik. masuk news diorang tangkap few people with puluhan iphone dalam beg! duh!
 

2 comments:

  1. Kuss semangat...ingatkan tragedi apa yang menimpa zach...rupanya phone kena curik. takpe lah, barang hilang boleh carik lain kan...kan..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nasib baik tepon jer yg hilang kan :p.

      Delete