Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, December 31, 2012

Cuti 'Raya'


Z
YIPPIEE!! CUTIIIIIIIII!!!!

Cuti mama bermula Jumaat lepas hinggalah Khamis 3rd Jan 2013 :D


Papa pulak kerja seperti biasa.. Lagi banyak oncall ada la time2 diorang raya ni. So tak kemana2 lah kami.


Harini skolah Z masih buka, mama akan hantar Z pagi tu sebab mama nk g shopping ngan anti rini hihi.. Kul 2 mama g ambik yer.. Kelebihan skolah depan rumah ;) 27 ni pun skolah dah buka, mama plan nak hantar Z 2-3 jam, boleh la mama buat keje shopping sikit.. 


Z
tersengih2 tengok Dora

Lagipun kalau dok rumah jer, mesti Z bosan. Balik2 citer Dora jer yg dia mintak. Pastu cd yg satu tu jer.. Padehal ada lagi 2-3 cd dora lain, yg tu jugak dia nak tengok. Dah boleh hafal dah kot, sebab mama tengok sblm scene2 yg dia suka keluar, dia dah dulu2 menjerit or ketawa.. Selain dora, cd waybuloo pulak.. at least waybuloo tu ada 8 citer dlmnya.. ok la sikit.. Hehe apa2 jer lah nak... Asalkan kamu happy.. :)

Saturday, December 29, 2012

Boxing/St Stephen's Day


Kat Ireland 26th Dec tu dipanggil St Stephen's Day. Honestly mama have no clue the story behind this day.. But for me it means SHOPPING DAY! :D

Nasib baik papa masuk keje pukul 12 tengah hari, jadi sempatlah mama pergi berjuang di NEXT pagi tu. Tapi kali ni mama takde lah beli banyak pun.. Bukan apa, size NEXT children nih sangat mengelirukan. Banyak baju2 yang mama beli sebelum nih masih belum boleh dipakai sebab besar. Semangat dulu mama beli stok banyak2 supaya cukup untuk setengah tahun, end up separuh jer yg boleh dipakai. So kali ni mama cuma beli mana yang nak pakai 2-3 bulan ni jer la.. no more extra size up for future (rambang mata sebenarnya dulu2 tu..).  lagipun sekarang nih kan mama kena 'budget' hihihi..

Z

Anyway, ni jer la hasil untuk Z dari NEXT (first day only ;)). Semuanya pakaian harian utk ke sekolah, tak sempat ler mama nak basuh selalu.. terutamanya jeans2 tu.. pastu dulu mama beli banyak sweater, end up tak pakai pun sebab cuaca tak sejuk sangat pun.. so kena la carik long sleeves yg nipis2 sikit. Costnya separuh jer berbanding yang mama spent on previous sales. kira sikit la tu kan.. bijak tak mama ber budget?? hahhaha

M

owh, untuk mama pun kena cut budget jugak. dapat purse jer. ok lah dari x de kan.. huhuhu..

Petang tu mama bawak Z pegi shopping lagi. Esoknya pun.. lusanya pun.. tulatnya pun.. Dan hari2 seterusnya.. sekarang tengah pening kepala kira budget.. huhu padan muka. tapi sale tak habis lagi. banyak lagi 'keinginan' belum tercapai.. sigh...


Tuesday, December 18, 2012

Home Teaching @ School


Semalam Mairead (Home Teacher) call mama. Dia ada sessi dengan Z di skolah. And she was dying to update mama about the positive progress they had in school :D


Katanya dia sampai pukul 10.30 camtu and Z tengah didukung oleh cikgu Aoife sambil merengek2. (masa mama tinggalkan dia pagi tadi, memang dia melalak pun..) Minggu lepas kan cikgu cuti, so harini dia macam x berapa nak click sangat la dengan cikgu. Nampak2 jer Mairead, terus dia hulurkan tangan nak suruh Mairead dukung. Memang pelik, 2 minggu lepas masa Mairead datang (Full House) kan Z melalak2.. tapi time tu ramai sangat orang kot, that's why la dia upset..


According to Mairead, sessi kali ni sangat2 berbeza. Z bukan saje tak melalak, malahan dia dah kenal Mairead and mahu bekerjasama. Sepatutnya sessi dia sejam jer, tapi sebab best sangat Mairead stay sampai 90 mins. Tak sampai hati nak tinggal katanya. Memula sampai dia ajak baca buku. few books jugak la termasuk buku yang Mairead buat khas (ada gambar2 yang related dengan Z, i.e. sekolah, cikgu, papa n kawan2.. ) Pastu main blocks, pastu main blow2 kipas n macam2 lagi.. kawan2 lain pun join, and he didn't mind :). sambil2 main sambil nyanyi2 Z suka lagu humpty dumpty katanya. Setiap kali dia habis menyanyi mesti Z suruh lagi, so Mairead ajar sign 'again' and 'finish'. Hopefully nanti Z pandai sign la.. pastu Mairead kata Z asik sebut WAWA and AAH.. and he also likes 'horse' and 'cow'. mama citer la Z mmg suka mama make sound horse n cow. dia akan turn to those page over and over and look at mama n suruh mama bunyi :). Memang excited la Mairead bercerita.. katanya lagi sepanjang sessi tu, tangan Z atas peha dia jer.. bonding sungguh!


Anyhoo, Mairead sangat2 berpuas hati. Cikgu Aoife and Laura pun kagum tengok Z happy. Mairead nak diorang tahu yang Z sebenarnya ada banyak kebolehan and hopefully they will try to help him reach his full potential. Z boleh buat banyak benda di rumah, tapi bila ke sekolah, dia lebih suka bersendiri and clingy dengan cikgu dia. Dia cakap Z terlalu attach sangat dengan mama, sebatu lah bila mama takde dia akan sedih.. He dont trust other people. Plan dia supaya lepas ni Z akan lebih enjoy di sekolah and start making friends. Harap2nya lepas ni Z akan lebih ceria di creche.. Takde la mama susah hati nak tinggalkan Z di sekolah nanti..  Hopefully we could overcome his anxiety soon. Next time dia akan bawak Maeve (Psychologist) datang tengok Z.

Mairead ada buat buku pasal sekolah. Dia suruh mama tunjuk kat Z n talk about it all the time... Hopefully Z akan lebih familiar dgn skolah dia n will feels safe there.

T
Wobbler Safari Class


Alhamdulillah.. Syukur sangat.. Mama sangat terharu dan berterima kasih dengan Mairead..Ada jugak orang yang begitu sincere nak bantu Z. Walaupun dia cakap that's her duty to do that, tapi banyak beza orang yang buat kerja semata2 kerana duit or because they love what they are doing kan.. 



Monday, December 17, 2012

Huru-hara Khamis lepas..

Aiyoo.. Mood blogging mama kelaut dah ler.. Banyak nak update, tapi seriously kat rumah memang tak sempat. Baru tulis 4-5 baris dah terbantut huhuhu..

Begini citernya.. (takde lah penting pun, tapi sementara masih ingat nih update jer la yer..)
Khamis lepas, dalam pukul 4 lebih tu mama dapat call from Lana (Asstn Manager kat skolah Z). Dia bagitau Z muntah2 lepas makan tadi (soup n fruits). Katanya lagi walaupun muntah2, Z ok jer lah.. cuma nangis2 jer.. dia kata reflux kot. Mama risau takut dia kena bugs lagi sekali jer.. sebab hari rabu tu pun Z tak nak makan sangat.. but he was ok..

Dalam pukul 4.55 Lana call lagi, dia cakap temperature Z dah naik 38.7C. What? tingginya..! Mama ada meeting jap lagi nih. Memang tak boleh balik lagi. Dia kata dia boleh bagi PCM. OK lah, mama suruh kasik Calpol dulu 2.5ml cukup lah. Mama suruh bagi susu, susu yg mama prepare tu dah habis katanya. mama ada jugak sediakan botol susu lagi satu, diorang cuma perlu tambah air jer. Lana cakap its their POLICY not to prepare milk for children. WHAT? Z tu demam n muntah2.. sah2 ler dia dehydrated. Dah la dia tak suka minum air kosong. Lana cakap sorry, memang tak boleh katanya sebab dah ada kes before this yang diorang tersilap prepare milk, akibatnya skolah tu kena saman. So sebabtu lah diorang dah x buat susu. DUH!

Lepas letak phone, mama terus carik clinic dekat2 area rumah. semenjak pindah, memang x pernah g GP lagi. Tak sure kat mana. carik2 ada yg betul2 depan rumah jer.. Open until 7 (kat sini clinic mmg tak bukak malam.. kalau malam kena g emergency terus laa). Mama call, diorang cakap appointment dah penuh utk petang tu. adoi, mana nak pegi nih. clinic2 lain jauh sikit sah2 ler tak sempat nanti.. bukan apa, mama risau takut Z muntah2 teruk macam haritu jer. this time memang kena bawak clinic la sebab dah 2 kali.. kalau bukan bugs camner?

Anyway, mama masuk jugak meeting sambil kepala berpusing2 memikirkan reason Z muntah2.. Memang tak concentrate langsung la.. Habis meeting pukul 5.50 dah, bergegas mama kemas2 then lari ke tram station. Sampai tram station pukul 6, selalunya tunggu 4-5 minit jer.. then journey pun dalam 7-8 minit jer.. so, by 6.15 mama dah sepatutnya sampai skolah Z la.. sekolah Z tutup pukul 6.30.

Sekali tunggu punya tunggu, pukul 6.12 tram tak sampai2 lagi.. tanya operator, rupa2nya ada delay pasal ada accident. WTH! Time ni la ko nak eksiden pun.. Sigh! Dari situ nak ke skolah Z 20 min lebih jugak jalan, memang tak sempat nih. Apalagi, pecut la mama. Untuk org yang memang tak penah exercise macam mama nih, memang boleh pitam jadiknya bila berlari (dengan heels lagi). Nasib baik ler sejuk, boleh tahan lagi.. but mata mama memang berpinar2 dah ler.. Kalau drive ni, kompem dah langgar tiang. sampai skolah Z pukul baper pun mama tak tau sebab memang tak nampak jam.

Masa mama sampai tu, sekolah dah gelap dah. ada lampu depan jer terpasang. tinggal Z dengan sorang budak lagi dan sorang cikgu jer. OMG I am sorry sayang.. dah la Z tak sihat, mama pulak pegi ambik lambat. sangat2 rasa bersalah..huhuhu.. Z nampak2 jer mama terus terkam n melalak. mama pun nak melalak sama.. waaaa.. time2 macam ni lah mama terfikir, we do need bibik. kalau ada bibik, mesti dia boleh g ambik Z dulu tanpa perlu tunggu mama.. sigh.. sorry sayang..

Balik rumah, terus bagi dia susu then mandikan. Check temperature baru 37.5 camtu. ok la, takde lah demam teruk. Mama bagi makan nasik malam tu pun dia tak muntah pun.. but mama kasik bubur super cair la.. Malam tu mama kasi calpol lagi, Alhamdulillah Z tidur tak meragam pun sampai ke pagi.


Nasib baik Jumaat mama tak kerja, so mama plan kalau Z masih muntah2 n demam, mama nak bawak ke clinic la.. masa bagi sarapan pagi tu, Z muntah sikit. Tapi lunch n dinner ok aje.. Pastu temperature dah back to normal and his bowel movement also normal. Mama rasa memang bukan bugs la.. Maybe betul Z ada reflux kot..

So tu jer la kelam kabut mama di hari Khamis. Alhamdulillah Z takde apa2 pun.. Mama jer risau terlebih :D

Tuesday, December 11, 2012

WAWA

2 tahun 4 bulan sudah..

His main achievement for the past 2-3 weeks is calling papa 'wawa'. For the last year he was bubbling a lot, but he still call papa or mama 'aah'. We only know he called us because of his voice tone and he will stare to one of us while saying 'aah!' to show which one he called. Now he specifically mention 'wawa' when he wants papa. Nampak jer papa, terus 'WAWA!'. Merajuk dengan mama, mesti carik 'wawa'. Papa takde pun dia still carik2 'wawa?.. wawa?'

Tapi mama still bunyi 'aah'.. sabo jer laa.. huhu..

Tak kisah lah.. every little improvement made by you is a HUGE achievement for me..


Mama loves you so so soooo much!!
xoxo

Monday, December 10, 2012

Maidless part 2

BEWARE: Ranting entry (kasik chance la mama feeling2 surirumah.. nak masuk kategori supermom tu memang jauh lagi laa.. :p)

masih huru hara jadual mama nih.. takde lah teruk or letih, cuma masa untuk bersenggang tu mmg dah lesap huhu.. mainly sebab cinta hati intan payung mama yang sorang tu mmg nak mama entertain dia jer sepanjang masa.

Ada waktu senggang untuk aktivity yang satu ni pun mama dah cukup happy.. hihihi

masak pun sambil dia bergayut kat kaki.. vacuum rumah pun sambil main kejar2.. blom lagi bab melipat or mengemas rumah.. kita lipat dia g kirai.. apa benda yang kita kemas, dia g keluarkan balik haiyoooo.. nak online lagi la jangan harap. mama pegang ipad, dia pun nak ipad.. mama pakai ipong, dia pun nak ipong.. mama p ke laptop, dia pun sibuk nk main laptop jugak... aiyooo.. fb pun mama dah jarang bukak nih.. apetah lagi blog.. dedulu boleh jer biarkan dia kat depan dengan bibik while mama online or tengok tv dalam bilik.. sekarang terpaksa update blog kat opis jer la jawabnya.. (eh?)

hari kerja lagi la.. pagi tadi mama kejut bangun pukul 7, terkulat2 dia nak bangun sebab semalam tido lambat.. end up dekat pukul 8 baru bangun.. kasik susu, then bersihkan badan n tukar baju (pagi2 x yah mandi, sejuukkk hehehe). Lepas bagi breakfast, mama pun masuk bilik nak pakai tudung kejap (mama dah siap awal2 sebelum tu). elok mama keluar bilik, tengok ada org tengah meneran pulak.. adoiiii.. kena la tunggu kejap.. takkan nak bawak dia g skolah camtu kan.. dah kena tukar baju suma sebab wangi sangat huhuhu.. dah la sejuk2 ni kena pakai baju berlapis2.. last2 dekat pukul 9.30 baru keluar ke skolah, pukul 10 baru mama sampai opis. sigh..nasib baik office hour mama flexible, cuma kena balik lambat jer la nanti..

Alahai.. besok kena timing 30 mins extra for ukk ukk laa.. hehehuhuh..

btw, dont get me wrong. so far mama masih prefer takde bibik. penat memang penat, tapi tak sakit hati.. heheheheh... pastu yang terpaling penting mama boleh spend more time dengan Z. mama happy boleh pantau how much Z makan or minum. how many time Z uk ukk.. boleh exercise dengan Z. boleh baca buku dengan Z. to see him smile and to hear him laugh is just PRICELESS... :)

Thursday, December 6, 2012

Full House

Semalam first day mama as a part time SAHM.. (nak jugak mention tu kan.. :P)
Z ada appointment pukul 4.15 so mama plan sempat la kot nak kuar shopping kejap tengah hari tu.. Sekali pukul doblas baru mama habis mengemas dan mandikan Z, lunch tak prepare lagi. Z mesti nak nap dulu sebab pukul 1 mmg waktu tido dia.. memang tak sempat la nak keluar..
Nak sikat rambut pun susah..
Padehal bangun awal sama mcm hari kerja jer, punya la banyak mende nak buat huhuh.. lagipun ada orang nak datang rumah kan, kena la make sure rumah betul2 kemas (kemas la sangat..) tak per la, esok la pulak kita keluar shopping2 yer Z..

Oh, believe it or not, this is the first time mama duduk rumah berdua jer dengan Z! (I mean for a whole day) Mama pun baru realised. sebelum ni kan ada bibik, kompem2 la dia ada dirumah sepanjang masa kan.. even kalau on holiday pun, mesti ada papa.. so x pernah lagi lah mama kena 'tinggal' berdua jer dengan Z. kalau keluar tu lain la citer kan.. wow.. anak dah umo dekat 2 tahun setengah baru dapat spend time alone dengan mama kan.. kesian.. (-___-)
Ayu tak saye? hihihi.. pipi merah kena eczema lor sejuk2 nih..

Pasal appointment semalam pulak, yang datang Mairead (Home Teacher), Val (Dietitian) and Rianna (Physio Therapy). 

Val datang sebab doctor Murnaghan yang suruh. Kan dia bising2 haritu cakap Z dah underweight.. bila check Z punya berat 10.5kg. Val kata Z takde la underweight yang merisaukan.. sebab his growth chart still on the same line as before jer.. cuma sebab Z tinggi berbanding dengan berat dia, sebab tu Dr Murnaghan bising.. Dia kata its quite difficult for Z to gain weight sebab Z tak makan finger food or any textured food yet. Val suruh tambah protein dalam makanan Z. the easiest way is by adding fat. protein banyak dlm fat. Tambah 1 tea spoon minyak (olive/veg) pun dah ok sbb 1 sudu bersamaan dgn136 calorie dah katanya.. (eh, mama pun tak pernah kire brp calorie perlu diambik..). semenjak balik ni mmg mama dah letak 1 sudu sunflower butter dlm nasik Z. rasa lemak berkrim gitu.. pastu kadang2 mama buat nasik lemak utk Z. santan mmg bagus utk badan kita katanya.. so teruskan jer la.. jangan lepas ni Z jadi gedebob sudah.. dah la lately dia mmg suka makan.. satu mangkuk penuh (penuh sampai atas yer) dia boleh habiskan.. pastu bila mama cakap finish, mesti mengamuk.. dulu susu nak habiskan botol 4 oz tu pun payah.. sekarang (since xenotransplant actually) 6-7 oz pun dia boleh habiskan sekali hadap jer.. tapi berat still maintain, ok la kot..
 


While mama berdiskusi dengan Val, Mairead plak 'bermain' dengan Z. Tapi Z melalak jer lebih sambil bergantung kat kaki mama.. sabar jer laa.. maybe dia ingat Mairead nak bawak dia g skolah kot.. sebab last week Mairead dtg skolah Z. Dia jumpa teacher aoife sambil 'ajar' Z. Mairead kata masa dia kat sekolah tu, mmg nampak Z really unhappy. he looked tired and stress katanya.. sedih mama dengar :( hopefully Z penat sebab the long journey back from msia jer la.. (Dia pegi hari isnin, kami sampai hari ahad). lagipun pagi tu Z bangun tido pukul 4.50am! hopefully on other days he is enjoying his school :(. Mairead pun tanya apa plan mama lepas ni (apart from the part time leave). nak teruskan hantar Z ke creche ker? abistu, apa lagi option yg mama ada.. mama kena keje.. dia suggest find another baby sitter perhaps? sigh.. entah la.. honestly mama lagi prefer kalau Z pegi skolah drpd duduk rumah dgn baby sitter yg ntah hapa2.. kalau dapat yg bagus ok la, tapi mana nak carik? 

Mairead kata dia dah apply Special Needs Assistance (SNA) for Z untuk September tahun depan. Tahun depan Z dah umo 3 tahun, so dia sepatutnya dah boleh masuk Playschool. (toddler class pun tak naik lagi nih..camno?) anyhoo, kalau dapat SNA mmg syukur sangat laa.. sekarang ni satu Ireland mmg kekurangan SNA (budget takde). anak kawan mama (Firaz) yg dah kompem autistic tu pun blom dapat SNA lagi. so far mummy firaz kata dia kena masuk kelas khas jugak.. padehal he is categorised as a high functional autism.. Mairead kata dia dah letak Z as 'special case' sebab dia kan maybe ada dual diagnosis jugak.. so hopefully chances for us to get SNA is higher la.. SNA akan bersama2 Z di sekolah the whole day. so confident la sikit nak hantar dia skolah biasa nanti kan.. Actually this is one of the main reason why mama prefer to stay here in Ireland..  InsyaAllah..semoga adalah rezeki Z nanti.. Amin..

Btw Rianna datang tak buat apa sangat pun.. dia sampai dah lambat (jem katanya). masa dia sampai tu Z baru jer nak ok dengan Mairead. sekali nampak plak org baru, apa lagi melalak balik la mamat sorang tu.. end up Mairead jer la yg dok layan Z. Rianna suruh panjat2 sofa pun, Mairead yg tolong sampaikan.. 

Tuesday, December 4, 2012

Waiting List

Short note about austism journey. Semalam Maeve (Psychologist) call. Diorang baru ada meeting last week with Dr Murnaghan pasal kes Z tu.. Unfortunately the waiting list was quite long. Spring nanti baru boleh test Z. So far dia suruh mama pantau jer la behaviour Z.

Pastu dia tanya juga pasal Z masa kat Msia haritu (sebelum balik pun dia dah call utk kasik few tips). Mama bagitau la yang Z shown a lot of improvement compared to previous trip. Dulu mmg duduk dalam bilik jer.. now dah boleh la duduk dengan ramai2 orang, as long as nobody approach him or laughing.. Z mmg dah jarang melalak pun.. cuma masa pegi gathering tu memang tak dapek la nak nolong kan..hihihi (nanti mama update pasal Majlis Kasih Mesra Yang Teristimewa tu yer..)

Anyway, Maeve kata we should give him few more months to settle in creche. Sejak dia masuk skolah la yang dia start berubah tu kan.. Maeve kata dia dah pernah jumpa kes macam ni, mostly because they have no sosial interaction at home. So, bila dah hantar Z ke sekolah and he is improving, hopefully all the autistic sign will dissapear soon..

Tapi all those directly related to sosial skills jer.. Mama concern jugak pasal Z punya sensory and stimming behaviour. So far takde perubahan pun.. he still can not hold on to object for more than 30 sec! Pastu still x boleh accept textured food. Then he (sometime) still lost in his own world. So mama tanyalah Maeve ada tak tips utk mama buat in between to help him with his sensory n behaviour.. dia kata Mairead (Home Teacher) boleh bagi advice on that.. We will meet Mairead n Rianna (PT) tomorrow..

InsyaAllah.. Tujuan utama mama ambik unpaid leave ni pun sebab nak focus on this issue lah. We will try our best k.

Monday, December 3, 2012

Maidless


First week survived. Tu pun sebab papa cuti lagi hikhikhik.. Isnin dan Selasa Z skolah, papa yang hantar dan ambik. Rabu –Jumaat papa jadi ‘daddy day care’ la.. Komen papa, ‘Good luck mama!’ HAHAHA.. 
 
Kebetulan Z kan kena vomiting bugs, so dia mmg extremely cranky.. Papa merungut dia mmg x leh rest langsung (well he still can play game in between, so tu consider rest la tu papa oii..) Mama pulak, balik keje ja terus flat.. Jet lag kan..(alasan baik punya..) Most of the time papa yg masak2 for dinner (mmg suami mithali la..), while mama take over jaga Z. Pastu pukul 10 jer mmg mama dah tido. Awal2 haritu Z bangun pukul 5, jadi mama pun kena lah bangun jugak.. So time ni lah baru mama sempat mengemas dan membasuh.. Alhamdulillah, rumah still manageable..

This week papa dah start keje, so tadi pagi mmg kelam kelibut sikit lah.. Pukul 7 papa dah keluar, tinggal mama terkontang kanting masak utk Z n siap2kan dia ke sekolah. Selama ni mmg bibik yg buat semua tu, mama cuma siapkan diri sendiri jer hahhaha.. Plan asal mama nak keluar rumah pukul 8.30, hantar Z then by 9am mama dah boleh sampai opis. Tapi harini pukul 9.30 baru mama sampai opis.. Takpe la, first day kan.. Lama2 cekap la yer tak.. 

Z having fun during his bathtime ;)

Memang mama selalu masuk opis pukul 9.30, tapi mama balik pukul 6. Dah lambat sangat nk g pick up Z nanti.. Kalau mama masuk pukul 9, bleh balik pukul 5.30, mama should be at Z’s school before 6. For today, mama akan keluar lunch 30 mins jer laa.. Esok kena try bagi awal sikit lagi.. Macam mana lah kalau time mama busy nanti yer.. Selalu mama balik pukul 7/8 camtu.. Skolah Z pukul 6.30 dah tutup.. Sigh..

Anyhoo.. From this week on, mama cuma akan bekerja 3 hari seminggu! YEAY!!!! Unpaid Leave mama dah diluluskan hihihihi.. Tak sabar nak jadi part time SAHM nih.. Walaupun hanya utk sementara jer, still am really looking forward to it. Dah banyak plan dalam kepala untuk Z nih :D

(Kecoh macam la ada anak 5 orang (-___-) )

Thursday, November 29, 2012

Winter Bugs?

Sejak 2 hari lepas, Z asik muntah2 jer kalau makan. Memang dah hampir 48 jam tanpa solid food. Makan 2-3 suap jer, then dia akan start meronta2 n melalak2. Menjejeh2 air liur. Pastu muntah. Projectile vomiting. muntah yang tersembur tu. Memang keluar habis apa yang di makannya :(. Semalam mama buat bubur nasi yang super cair tu pun Z muntah jugak.. Mama dah try fruit puree pun x boleh.. cereal pun x boleh.. pening mama fikirkan condition Z nih.

Papa suspect vomiting bugs. Sebab sekarang nih memang ramai budak2 (dan orang tua) kena Winter Vomiting Bugs. Tapi yang heran tu Z tak de diarrhea. Pastu lak minum susu ok aje. Cuma solid jer x boleh. Lepas muntah, Z memang akan lembik and terus tertido.. Bila dia bangun, dia akan happy seperti biasa balik. No fever. Bila suapkan makanan jer dia akan start meloya2 dan muntah semula. 

cakit pewuuttt..!

Disebabkan condition Z yang masih ok, papa kata tak perlu bawak ke hospital lagi. Kalau kat hospital pun diorang akan buat drip utk treat dehydration jer.. Tapi mama risau. Mama risau takut2 stenosis (usus). Z kan memang pernah ada masalah usus dulu. Memang posibility utk bermasalah tu ada. Lagipun Z belum poop sejak 2 hari lepas ;(.. Papa pula kata kalau pegi hospital for stenosis problem, memang sah2 diorang akan terus buat drip and macam2 test. Tak kisah la confirm ke tak masalah usus tu.. Dia tak sampai hati nak tengok Z kena cucuk sana sini.. Kesian Z katanya.. So, kita monitor dulu di rumah, harap2nya hanyalah bugs. As long as Z masih active dan belum dehydrated, he will be at home.

Cuma tu la.. Kesian Z.. Lapar sangat dia. Minum susu every 2-3 hours. Tapi mana kenyang kan.. Asik2 pergi dapur jer keje dia.. Mama nak makan pun x sampai hati sebab nanti Z mesti akan kemam2 jugak.. sigh.. Kalau hanya virus, cepat2 ler kamu pergi. Kesian anak mama kelaparan....huhu.


Tuesday, November 27, 2012

Jet Lag

Fuuhh! Fuuhh! Bersawang sudah blog ni.. Dari sebelum balik msia sampailah dah kembali.. Memang x sempat mama nak update. Nak cerita pasal balik msia pun, gambar still tak transfer. Nak transfer gambar pun x sempat, sebab balik rumah jer mesti nak tido.. 

Jet lag maa.. Malam semalam makan pun tak, padehal papa dah siap masakkan nasi lemak lagi.. (papa masih bercuti) Tapi mama lagi rela join tido dengan Z dalam kelaparan.. Z pun x makan malam. Penat mama kejut, keras macam kayu jer dia tido. Pukul 5 pagi, kami berdua bangun kelaparan. Papa suapkan Z, mama plak melantak nasi lemak di pagi buta. Just great..! Dah la masa balik msia haritu mama melantak tak mengenal masa.. Haih, camno la nk kuruskan badan mama ooiii..

Harap2 harini Z dapat tido lama sikit kat sekolah nun. Semalam cikgu kata Z tido sekejap jer.. Cranky jer lebih. Masa papa pegi ambik pukul 3.30 tu, mata Z dah mcm panda. Tapi dia refused to sleep. Yer la, kadang2 kalau ngantuk sangat mmg tak boleh tido kan? So, bila balik jer rumah, terus la dia tido sampai ke pagi.. 

Pukul 5 pagi, dia sibuk bermain :(

Agak susah nak train Z with time different sebenarnya.. Masa kat Msia, first few days Z cuma akan tido pukul 4 pagi! Pukul 4 pagi waktu Msia = pukul 8 mlm waktu dublin. Walaupun mama x kasik dia tido siang, still macam tu jugak.. Masuk minggu kedua baru Z tido awal sikit. Tu pun mesti pukul 12 ke atas. Now dah balik sini, nak kena tukar balik time tido dia ke asal. Mesti seminggu jugak baru ok nih. Nasib baik ler papa cuti, kalau tak pingsan la mama huhu..



Thursday, November 8, 2012

Just another day..

Extremely busy lately, with work n personal matter.. Sigh. Penat. Physical n mental. But i think i still can handle those..

Cuma harini sedikit berbeza. Fitnah tohmahan manusia. Mama sangat keciwa. Manusia yg sepatutnya lebih memahami situasi kami berbanding orang lain. Tak pernah sekalipun mama meminta pertolongan mereka. Baik dari segi wang ringgit ataupun buah fikiran. Cukuplah sekadar memahami kesulitan kami sekeluarga. Tapi sebaliknya diumpat dicerca. Tak sedarkah siapa asal usul mereka? Baru beroleh kesenangan yang sekelumit, dah angkuh mendongak dada? Mungkin hari ini nasib kami tak sebaik anda, tapi esok2 bagaimana pula?

Kalau diikutkan amarah mama, mahu saja menyerang balas. Tapi mama tahu, tak ada gunanya. Hati yg penuh kebencian dan hasad dengki. Biarpun kebenaran di depan mata, memang tetap yg khilaf juga dilihat mereka. Tak guna membuang masa. Mama hanya perlu pekakkan telinga dan butakan mata - sama seperti mereka. Sabarlah mama, sabarlah papa. Semoga Allah membantu kita dalam usaha membesarkan anugerah yang terpaling istimewa.


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, November 5, 2012

Rasa Sayang Hey!

Semenjak dari dalam pantang hinggalah sekarang, 'nursery rhymes' yang mama nyanyikan ketika Z nak tido adalah lagu Rasa Sayang, Zikir dan lagu ciptaan sendiri berjodol 'Sayang Sayang Mama'. Memang these 3 'songs' lah yang mama akan nyanyikan berulang2 sampailah Z tertido.



Tapi semenjak 3-4 harini, tiap kali mama nyanyi lagu Rasa Sayang jer, mesti Z akan ketawa. Especially bila part '..yay!' kat belakang tu.. Mengekek2 dia ketawa :D. Heran btol mama, ntah apa la yang lucu sangat. Padahal dah 2 tahun lebih dh dok dengar lagu tu, baru perasan kelakar kot heheh..

So, instead of putting him to sleep, he will end up wide awake 0.o Lepas ni dah x leh nyanyi lagu ni time tido dah la nampak gayanyaa..



RASA SAYANG YAY

(Chorus) x2
Rasa sayang yay rasa sayang-sayang yay!
Yay lihat nona jauh rasa sayang-sayang yay..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

(Chorus)x2

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh dicari
Mana nak sama Zachary_Aiman seorang..
(Marah betul dia kalau mama x sebut nama dia kat sini)

(Chorus) x2

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu

(Chorus) x2

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa ke mati

(Chorus) x2

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..

(Chorus) x2

Then ulang lagi dan lagi sampai dia tertido..

*actually mama ketandusan idea untuk pantun2 klasik yang popular.. 5 rangkap ni jer yang lekat dalam kepala mama (-___-)

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, October 31, 2012

Follow Up 26.5 months

Haritu update pasal ASD jer, now mama nak update pasal mende lain pulak.

Weight: 10.5kg (30th percentile)
Height: 88cm (91st percentile)
* DS Growth Chart

Z dah masuk kategori underweight. Selama nih around 40th-50th percentile, so doctor tak bising walaupun Z kurus. Now dia dh start bising and she will request the dietician to meet us again soon.. Berat Z mmg turun pun semenjak masuk skool, makan dah la sikit, then minum tak nak langsung. Doctor kata stakat minum 2 botol sehari dah ok dah.. Yer la, memang pun ok.. Cuma selama ni Z minum 6-7 botol sehari. Bila tetiba turun jadik 3-4 botol jer, kompem la berat dia pun turun kan.. pastu lak, makan memang kurang kat skolah nun.. demam2 yang berpanjangan lagi.. all in all, mama rasa ok jer alasan2 tu.. hihihih.. Anyway, doctor nasihatkan mama letak butter banyak2 dalam every meals untuk tambah fat. (Yuk!) Hmm.. Z nih makan nasik hari2, bukan pasta doctor oii.. celah mana pulak mama nak letak butter nih.. hmmm... but she reminds us yang the bigger (fatter) Z will be, the better his immune system.. hmm.. ok lah, mama carik resepi baru lah nanti..

Blood test, thyroid level, blood count  semua normal (ada sedikit abnormal with lymphocyte (darah putih), but that's due to viral infection).  Masih lagi ada sedikit sisa2 infection. Doctor nasihatkan suruh perhatikan Z. kalau dia dah sampai tahap tak mau makan or minum tu, maksudnya teruk lah tu.. kena kasik antibiotic jugak nanti. Tapi we dont want antibiotic for the next 6 weeks sebab nak buat stem cell treatment tu nanti.. so, better make sure Z tak demam teruk lah from now on..

Dr Murnaghan kata Z dah tak tunjuk sangat dah ciri2 strangers anxiety :). sebab dia x menangis sangat pun masa jumpa doctor. Menangis time doctor buat check up jer. apart from that he was behaved :)). Alhamdulillah.. after 6 months we started with variety of programme to overcome his anxiety, it does show favorable result :) --- (YAKIN BOLEH!)

Last week juga (Selasa) dah start with Home Teaching. Programme ni yang mama nanti2 kan sebenarnya. Masa memula register dengan SMH dulu, diorang kata akan bagi cikgu masa umo Z 18 bulan. Pastu government cut budget, so umo 24 bulan pulak.. end up, umo 26 bulan baru dapat. well..better late than never.

Home Teacher Z namanya Mairead. According to Dr Murnaghan, we got the best teacher from SMH :). So, Mairead akan jumpa Z every 2 week. Ni bukan lah cikgu yg datang mengajar academic.. but her area will involve every aspect of early learning. from communication, occupational, play, sing, routine, sensory. Anything related with Z akan jadi her responsibilities. sampailah Z masuk skolah nanti.

Pertemuan pertama haritu, we just set out our objectives. Mama nak Z start with sign language (mama pun kena lah p skolah), then feeding issue, pointing, gross n fine motor and sensory issue. Dia cakap dia akan jumpa Z di rumah and juga di skolah. At least dia boleh pantau apa yg cikgu Z buat kat skolah. Mama ok aje.. the best part is, Z tak melalak langsung pun masa jumpa mairead. Mairead ajak dia main2 n nyanyi2 pun dia layankan aje.. hehehe good boy :)

So, tu jer lah update terkini untuk mgu lepas.. banyak lagi nak update sebenarnya.. Mama sangat2 excited!! but I dont have that much time at the moment. Lg 2 minggu nak balik msia, banyak nak settle. so, will find sometime to update more later.

Oh 1 more thing, (penting nih!!) weekend haritu aunty meri n aunty rini datang melepak dirumah. Kakak Caroline pun ada lah. Diorang melepak dari tengah hari sampailah ke malam. Dah lama tak melepak lama2 camnih, memang berpuas hatilah kami. The main reason kenapa kami boleh melepak dengan tenang adalah..

Z was playing with Caroline!!!
Ok, takde lah sepanjang masa diorang bermain berdua.. sekejap2 jer pun.. Z nih kedekut sikit, pantang Caroline pegang toys dia, dia pun sibuk nk g rampas. huhuhu.. tapi yang paling penting Z sudah tak menangis!! YES!! Sebelum nih kalau diorang dtg melepak, mama end up kena duduk dlm bilik temankan Z sebab Z akan melalak tiap kali kitorang berborak. So diorang pun slalunya sekadar datang sejam dua, then balik jer la.. NOW not anymore! bersantai bergossip sampai ke malam. ada la juga ketikanya yg Z merengek2, terutama bila kami burst into laugh. but those are tolerable :). Apart from that dia either main2 or tengok tv tanpa menghiraukan orang2 asing disekeliling dia :)

WOW, mama masih tak percaya sebenarnya.. bukan jer mama, aunty meri n aunty rini pun. Aunty rini selalu complaint sebab tak pernah dapat main dengan Z. Jangankan main, nak tengok muka pun susah. Sekarang tidak lagi. Such a HUGE relief..

Alhamdulillah.. Lepas ni memang akan selalulah diorang datang melepak lagi.. takde lah mama pun tension jer terperuk di rumah :)



Monday, October 29, 2012

Smiling





Mama baru jer introduced flashcards pada Z about 6 weeks ago. Sebelum nih lebih kepada buku aje.. Ada la jugak tunjuk sikit2, tapi x de lah beriya..

Sekarang Z mmg sangat obsess dgn flashcards. Pantang nampak mama jer, mesti dia akan pergi ambik flashcards nya n ajak mama baca. Kak yah kata ptg2 kalau mama balik lambat pun, pukul 6.30 dia dah bersedia pegang flascards sambil tengok2 pintu hehe..

Alhamdulillah, banyak dah yg dia tahu. Tapi dia kan x boleh cakap or sign or point yet, so normally dia hanya akan pandang kepada 'benda' tersebut or dia akan sentuh. Contohnya word 'fingers' dia akan sentuh fingers mama. Kalau words hands, dia akan pegang tangan mama. So he knows to differentiate between those.

Pastu mcm certain words yg tak de berhampiran dia like 'tree' or 'monkey' dia akan pandang ke arah tempat yg related. Tree ke arah tingkap and monkey ke arah toy monkey dia.

Yang paling kelakar, word 'smiling'. Kalau mama tunjuk jer word nih, dia akan pandang papa (even kalau papa x de pun, dia akan pandang ke meja komputer tempat papa selalu tersadai). Kenapa? Sebaaaaabbbb di belakang word nih ada gambarrrr...




Hahaha!! Sorry lah papa i just have to put up in this blog. Sebab teramat kelakar!! Papa kan 'tan' sikit.. Takde lah gelap sangat, mcm Z la jugak, sawa terlebih matang. So, agaknya dia tgk mamat nih mcm rupa papa kot.. Bengkek jer papa.. Hahahahah!!!

Lately dia dh jarang2 tgk papa dah bila mama tunjuk card nih. Maybe dia pun dah realised this is not his papa.. Infact memang takde rupa papa langsung pun.. Hihihi.. So sblm mama terlupa, baik letak dlm blog ;)


There's lots of reason to smile ;)


  BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, October 26, 2012

Pengorbanan

Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

Mama kerja macam biasa jer harini. Cuti dah habis.. Lagipun takde semangat nak beraya sebab papa kerja, kawan2 rapat yang lain pun kerja.. Z pun bukan mengerti apa2 lagi pasal perayaan, lagi menangis adalah kalau bawak ke Malaysia Hall nanti..

Sempena hari yang mulia ini.. Kebetulan di office harini agak tenang.. Mama nampak dari kejauhan big bos mama pun macam in a good mood saja, so mama pun hantarlah email kepada beliau,

'Hi D, can we meet up? I have something important to discuss with you..'

Segera dibalasnya, 'Sure Laili, I am free now'

Maka dalam debaran, bergegaslah mama ke tingkat 6 sana..

After changing stories, shedding some tears and hugs, mama melangkah keluar dari biliknya dengan senyuman, lebih tenang...

MasyaAllah, mama tak sangka begitu mudah.. Thank you Allah..
I have 3 days to really think about my plan. For my very special son.
I think I already have a clear plan, just want to make sure that this is really what we want.

Semoga pengorbanan mama dan papa diberkati Allah. Semoga perjalanan kita dipermudahkanNya. Dan semoga Z akan mendapat yang terbaik dari kami. InsyaAllah.

Salam AidilAdha :)




Thursday, October 25, 2012

Dual Diagnosis? oh well.. :(


Just when you thought thing couldnt be any worst...

Mama dah lama noticed Z ada few signs of autisme, but I didn't really pay attention to it untill recently. So I thought I'll bring the matter to his paed. Since the past 2-3 days mama pun sibuklah membaca mengenai ASD dan DS and baru mama sedar, banyak jugak sign2 yang ada pada Z. Tapi mama pun tak pasti sebab those signs are overlapping with Down Syndrome anyway..

Well today, we have appointmet with Dr Murnaghan (Pediatrician). Lepas lebih kurang 45 mins buat routine check up, I told her my concern. Dr Murnaghan cakap she noticed that as well, tapi dia tak mau mention sebab takut mama risau.. Since mama dah bertanya, dia pun has to agree that Z does has some signs :(

Its quite difficult to confirm whether he has it or not.. Autisme more kepada psychology and behavioural. very subjective especially when he is still young. They have to do few tests just to confirm it. She will refer Z to few specialist for that, but it will take months before we could really assured.

No wonder he is quite delayed compared to other DS child. He has more than just Down Syndrome! Hopefully its just a mild autistic. Dr. Murnaghan cakap she sees few children with DS-ASD before and they grew out of it. Because they were diagnosed earlier and they got a lot of help from the beginning.. Hopefully Z will grew out of it as well..

Mama dah email Dato Halim (Z's Pediatrician in M'sia) jugak. He also remind me that autistic is more of a behaviour - that can be changed! Especially on Z's case where he believe only a mild one. Walaupun Z posses a lot of autistic signs, he still has a very good eye contact. That's the biggest hope as per both doctors...

I might be crying today (and tomorrow). But I will start on something very soon. We will get through this together I promise. Amin.. InsyaAllah.. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita.

Mama loves you so much dear!


Tuesday, October 23, 2012

Claphandies

Photo courtesy of DS Dublin Group
Baru2 ni mama discover pasal DS Group Dublin (that's how I know about the weaning n cup training seminar last week tuu..) They even have specific group for Toddler (age 2-5). So this group mmg akan bertemu once a month. Ala2 playgroup gitu lah.. But it is handled by claphandies. Bayaran €5 saje khas untuk kanak2 DS.. diorang sediakan cikgu n all the equipments. 

Kelas dia best, macam Gymboree, ada nyanyi2 and main2.. they provide all the toys, cuma tak sebanyak kelas gymboree, sebab kelas nih buat kat community centre jer. kalau nak full class, kenalah join 'skolah' diorang. kat mana pun ntah ler. Anyway, the good thing about this class is, cikgu dia pun mmg specialised in special kids. dia communicate in both english and sign language. pastu kawan2 pun memang sama2 spesel dengan Z. So, mereka amat memahami.. (memahami apa?)

Haaa.. as expected, Z of course ler melalak!!! First time, plus buat pulak pukul 2. Nap time dia between 1-2. tapi masa hari kejadian tu, dia tido pukul 1.30 dah pun.. excited naik bus ^.^'. So, masa kelas started, Z masih nyenyak tido.. mama kejutkan aje, terus lah bad mood. pastu tengok pula muka2 yang tak dikenali.. adoiii.. 

we stayed for 30 mins gitu jer kot.. penat dah mama melayan budak melalak, so we just left. Ada la about 6 toddler and 1 baby. Best la, I wish we could join more after this. Tapi next month x bleh join sebab diorang buat time kite balik Msia... hopefully December nanti boleh la join balik.. the only thing is, kompem lah Z akan melalak lagi kan.. jumpa sebulan sekali, x de nya dia akan ingat muka2 mereka.. hmmm...

anyhoo, mama lupa bawak phone lah haritu. So, no photos taken.

btw, masa dalam kelas tu, ada sorang budak nih nama apa ntah.. Robert ke apa ntah.. I wonder how old he is.. nampak macam 3 years ++ gak kot.. He could speak 2-3 words sentence and also using sign language. Masa Z melalak, dia siap tutup telinga and cakap, NOISY! hahaha, kan dah kena marah ;P mama pun pindah ler kebelakang sikit lepas tu..huhuhu.. Anyway he is VERY clever! he could even read a simple story book! o.O (buku cerita kanak2 yang ada 1 sentence each page tu..) mama sangat berminat nak berkenalan dengan mummy dia.. tapi sebab Z asik buat perangai, x sempat la pulak beramah mesra. Hopefully we will meet them again in December...

Thursday, October 18, 2012

Pindah Randah


We finally moved in to our new place. Pindahnya petang Ahad, tapi up to now baru 60% unpacking done. SERABUT! Banyak giler barang!! Mama pun tak tau mana datangnya..*ehem*

Hari pindah.. Org2 mover tu main longgok jer semua benda ;(
Semalam mama ambik cuti sehari, just to settle few things.. Mainly nk clearkan living room.. Bukanlah unpacking sangat pun, more kepada rearrange all boxes ke tepi sikit jer.. Bagi lapang sikit area tv tu.. Bukan apa, semenjak pindah, Z sangat GRUMPY! Yer lah, dah la new place, pastu pulak penuh dengan kotak2. Mama pun jadi claustrophobia. Nasib baik Isnin n Selasa tu Z pegi sekolah. So, x der lah dia tension sangat tengok semak samun di rumah tu.. But still, kat creche pun cikgu cakap dia grumpy. Balik rumah lagi lah.. Semua bende tak kena.. Tgk tv tak kena, bukak cd pun bukan, bukak ipad pun salah, dukung pun salah.. Adoii.. Pening mama.. Nak kemas pun x boleh sebab dia asik mengamuk.. Mama pun risau ntah2 Z tak suka ke rumah nih.. Sedih jugak lah mama sebab tujuan pindah pun untuk kemudahan Z..

Mr. Grumpy! Rambut bergerigi hihi
Alhamdulillah semalam dah better.. Rumah pun dah lapang sikit, Z pun dah tenang banyak.. Dia dah start exploring the house now. Sibuk tolong mama berkemas.. Pastu semua boxes dia nak panjat.. Adoii, lemah jantung mama tengok.. Hopefully this weekend boleh settle semua barang, and we can go back to our routine and of course enjoying our new place.. Aminn..

Monday, October 15, 2012

Seminar on weaning & cup

Seminar di pagi Sabtu. 10-1pm @ Bewleys Hotel.
Bersemangat mama n papa (n Z of course) pegi. Duduk tak sampai 15 minit, Z dah start mengamuk2.. So mama n papa kena bergilir2. sorang dengar ceramah, sorang kena bawak Z keluar. Ceramah habis pukul 11. Lepastu ada teknikal session pulak. The SLT supposed to come to each parent and show one-to-one technique based on their requirement. Mama cepat2 angkat tangan and mintak dia jumpa kita dulu. Kalau tak, bakal mengganggu orang lain pulak.. Lepas jer one-on-one session dengan Libby tu, terus kami blah..

Meeting in Progress, tapi mama dgn Z kat luar ;(

Btw, Z kan masih on mashed/pureed type of food. dah banyak kali cuba kasik yg ber tekstur, mesti dia akan gagging, then terus dia refuse the food. Z actually has Oral Sensitivity. Patutlah memang payah bebenor nak masukkan apa2 dalam mulut dia. Nak berus gigi pun macam berperang! So Libby nasihatkan we work more on his oral stimulation. Pastu dia suruh kami tanya our SLT on Oral Desensitisation programme. Hmm.. tu yg masalah tu, SLT pun tak start lagi. Memang la dah penah jumpa Kerri, but thats more on assesment, not really the real SLT programme. Sigh.. for now, mama lah yg kena carik teknik2 tersebut..

Lagi satu, mama baru tahu, eating habit ni pun related to his trunk control. Selagi tak boleh duduk dengan stabil, memang susah diorang nak makan. Sangat penting sebenarnya. Apetah lagi untuk makan sendiri. Z kan memang ada huge problem with his trunk muscles :(. Patutlah dia sampai sekarang x pernah masukkan any object (except his own hands) to his mouth. Itu semua boleh membantu dia makan sendiri and introduce him to new textures. Sigh.. kalaulah mama tahu nih from beginning.. now trunk control dia dah better, but he already skip few steps. so, agak susah la nak train him especially when he already has his own habit. sepatutnya masa umo 7-8 bulan lagi.. ada teknik n equipment for that.. huhuhu.. so for now, we just have to start stimulating his mouth area dulu lah. then consistently introducing textured food. Start with food that melt in his mouth. mcm biskut ke.. coklat ke.. biskut mmg slalu dah kasik, dia mmg ludah jer.. maybe coklat will help.. hmmm..
Latest Sippy Cup, sama dengan yg digunakan di sekolah
Pasal cup drinking pulak.. dia x suggest sangat guna sippy cup (dah berjenis2 sippy cup mama beli..). sebab diorang still kena suck. better introduce minum from cawan biasa terus. doidy cup is a good start. Well, we have doidy cup for nearly a year now. Tak penah pakai pun.. (sebab Z x suka) so, mama akan guna from now on. 
Doidy Cup
Also, straw drinking. bagus jugak for his speech later. It help them to control their toungue as well. yes, mama dah tahu. 6 months ago I did the research. So, I bought this Lil' Gripper from Playtex. 
Lil' Gripper
Konon2 the best first straw cup, sebab mummy boleh squeez the middle part. Mummy diorang ada super power kot. Sebab bukan saja mama, papa pun x bleh squeez. keras gilos!. End up tak guna jugak.. Libby suggest this cute bear bottle from thinkingtoys.ie. Masa mama carik dulu, x de kat ireland/uk nih. Ada brand talktools (honeybear) from US jer, pastu postage lg mahal drpd bottle.. That's why mama end up beli playtex (lg mahal sebenarnya, but shipping cost murah jer). Nasib baik this cute bear bottle tak mahal sangat. So, mama dah order, we will try soon k :)
Mr Juice Bear
Walaupun sekejap jer, I think I have learn a lot! Next time, Z tinggal rumah jer lah. Kacau!

Friday, October 12, 2012

School so far...

Alhamdulillah.. Syukur sangat sebenarnya.. Sangat banyak improvement so far :)
Mengikut kata cikgu, Z dah jarang2 menangis.. Z juga dah finished his lunch and sometimes tea. And yang paling best, Z juga dah start playing around with other kids. Last month mama nearly give up with this.. Tak sangka finally Z enjoying his school.. Alhamdulillah... legaa :)

Saya balik dulu yer Jonathan! Minggu depan jumpa lagi!

Kak Yah kata pagi2 ketika ke sekolah, nampak aje bangunan sekolahnya, Z akan meloncat2 dalam stroller. Excited nak ke sekolah :D. Bila masuk dalam kelas pun, Z dah tak menangis (unless kalau the new student melalak, then dia pun akan tumpang lah). Bila Kak Yah datang jemput petangnya pun, Z dah tak melalak. In fact he was enjoyed playing with his friends in the garden. Tapi last 2 days Z melalak masa kak yah datang ambik. Sebab apa? Sebab........... Z TAK NAK BALIK!! 

Cikgu Aoife

Yes, tengok lah gambarnya tu.. Tercebik2 melentok2 dengan cikgu Aoife. Sebelum tu dia tengah main2 di taman.. Nampak kak yah sampai jer, terus dia cebik2. Nampak sangat he prefers to be in school.. Tak per lah, nanti bulan December hari2 Z akan ke sekolah tau.. Buat masa sekarang, hanya 2 kali seminggu jer. Bertahan la sikit di rumah tu yer.. Mama dah paksa kak yah bawak Z keluar tiap2 petang pun.. Mama tahu Z bosan kat rumah.. Pagi2 bila mama nak g keja, mesti Z mengamuk2.. tak per lah, kejap jer lagi.. lagi sebulan nak balik msia.. Lepastu Z dah boleh g skolah hari2 k :)

Tidur ketika mama datang melawat.

Btw, Z still x minum :(. Mama bekalkan 2 botol susu tiap2 hari. Sikit pun tak luak. Cikgu kata Z tak mau minum. Mama rasa cikgu yg tak kasik Z minum sebenarnya.. Yer lah, nak kasik Z minum, cikgu yang kena suapkan and tunggu sampai habis.. Z kan tak pandai pegang botol lagi.. Cikgu pulak mesti busy nk layan budak2 lain jugak.. Kesian Z.. Mama pegi time lunch utk feeding Z pun, Z tengah tidur.. Bila kak yah g ambik pukul 4 tu, kak Yah akan kasik dia minum dulu sebelum balik. Habis sebotol time tu jugak.. Sesampai jer di rumah setengah jam later, Z minum lagi sebotol. Memang nampak sangat dia dahaga. so agak sceptical lah bila cikgu cakap Z x mo minum.. Hmmm.. apa nak buat, nak cakap lebih2 pun x boleh jugak.. I know they've done extra work for Z so far.. So, Terima jer lah.. Just kena pastikan as soon as Z at home, he will get enough milk.. 
 
Activity in October
Best Chilcare in 2008. (hmm.. lately dah tak menang ke?)