Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, July 24, 2012

Runsing Part 2 - Creche/Nursery

(Banyak lagi part runsing akan menyusul nampaknya..)

Perangai mama memang begini.. Selagi tak berjaya selesaikan sesuatu masalah, selagi itulah mama akan menggelupur.. Berbeza dgn papa.. Semuanya nak last minute and relaxxx.. Sabo jer lah..


Anyway, alang2 mama x lena tido semalam tu, mama pun email lah creche Giraffe (giraffe.ie). Giraffe nih nursery terbaik la kat Ireland nih. Mama mmg dah cakap dgn papa, kalau Z kena masuk nursery, mama nak hantar ke Giraffe jer.. mahal sikit la dari yg lain, but at least mama confident dengan diorang.

Tadi staff dia dah call mama.. kebetulan ada place available from Sept (memang selalu full), hari jumaat ni nak pegi view and diorang nak jumpa Z, nak tgk his development semua then boleh decide which programme suitable for him sbb dia kan special (see.. bukankah hebat sekolah nih?) the only problem is....... they dont do half day! Mama plan nak hantar 3-half day per week jer. Diorang cuma ada 2 full day per week. Yer la.. Z kan tak pernah bergaul dgn org lain.. Takkan tetiba nk terus campak kat situ full day kot... It must be overwhelming for him.. (Sedih jer mama bila fikirkan Z yg bakal melalak kena tinggal :( )

Dah bertambah stress mama... Risau sebab tetiba jer nak hantar Z ke skolah full day.. Sigh, boleh ke nih... Mcm mana dia nak survive..? Second, mahal jugak fees dia.. Berpeluh2 gak mama nk buat belanjawan nih..Fuuuhh.. And lastly, bibik nak buat apo kat rumah nun? Tak ke mcm rugi jer kena bayar creche then kena bayar jugak dia.. Sah2 ler minah tu dok melangut jer depan computer, sambil berposing pakai baju mama then post kat fb dia.. (YES, kurang hasem kan?!! baju org baru beli kot!! Pastu p letak kat profile picture.. Sah2 la kantoi!! Mama suspect bnyk lagi baju mama dia dok melaram.. sabo jer lah!)

So tadik mama call creche yg dekat rumah. Mmg dekat sangat, building sebelah jer.. Tapi creche tu mcm dodgy skit mama rasa.. Sebab dia buat kat bangunan kedai camtu kan.. Pastu masa mama call tu, masyaAllah, bisingnya bebudak.. Mcm tak terkawal jer.. BUT...... They have 1/2 day place. 4 hrs per day, tak kisah la pagi or petang.. Mama tak tanya pulak brp fees, tapi confirm la murah drpd giraffe kan.. Mama dah book nak pegi view khamis nih..

Atleast mama tahu they are registered and have qualified child minder.. kat sini mmg regulation dia 1 minder - 3 babies or 1 minder to 6 toddler.. All staff must have a certificate.. Half day will suit better for us now kot.. Boleh hantar pagi or petang.. Takde lah mama nak risau Z nak makan apa time lunch tu.. Cuma tu lah, mama ragu2 dengan facilities and other kids jer..

Tapi yang pasti, bila kak yah dah balik nanti (and tiada pengganti) mama memang akan hantar Z full time ke giraffe la..

So, persoalan baru:
* Logic ke kalau nak hantar ke creche lain for 2-3 months sampai dia biasa, then in November baru hantar ke Giraffe? (Z will get used to other children first, could save some money inbetween and takde lah bibik makan gaji buta jer..), or,
* Hantar jer ke Giraffe from Sept onwards (Z will have culture shock sebab tetiba kena tinggal seharian.. then biarkan si bibik goyang kaki kat rumah)?

*sigh*

2 comments:

  1. OK pendapat i yang biasa2 ni - > hantar saja zach ke Giraffe. sbb macam buang karan je hantar zach kat nursery lain for short term. rasanya kalau zach dah stay lama kat Giraffe tu, dia makin ok kot. dah kenal staff kat situ, kawan2 kat situ..kan?

    ReplyDelete
  2. thanks dear.. haah, memang I dah hantar ke giraffe pun since last week.. masalahnya sekarang dia asik lah melalak pulak.. :(
    hopefully he will get used to the new environment soon

    ReplyDelete