Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, November 4, 2013

Weekend is over already :(

Ish apesal la cepat sangat masa berlalu nih.. Weekend pun x terasa.. Stress!!

Anyway quick entry for last week (and beyond),

1. Halloween
Zach Cullen
Halloween 31st Oct. Mama memang perasan notis kat sekolah suruh bebudak dress up. Tapi mama malas nak layan, konon2 biar jer la Z pakai baju biasa. Sekali hari rabu tu cikgu siap pesan lagi sekali, pakai costume tau. Semua orang pakai, nanti ada activity macam2 and ada gambar kelas semua.. Lerr.. takkan la Z sorang2 pakai baju biasa pulak kan.. So ptg tu jugak mama pegi carik baju. Dah last minit memang ler x jumpa size.. Nasib baik ada baju vampire nih kat mothercare. On sale pulak tu sebab clearance halloween dah nak habis kan. Mama kena potong sikit seluar dia.. boleh laa.. tu pun cikgu kata Z pakai sejam lebih jer, pastu dia dah nangis2, so diorang tukar.. Asal boleh jer la yer..

2. Mummies day out
Mama n anti La and anti Yas pegi Kildare Village on Saturday. Keluar pukul 9, ingatkan by noon dah balik ler.. rupanya pukul 6 ptg baru sampai rumah. Kesian Z dok rumah dengan papa jer Sabtu tu. Ahad baru bawak keluar.. Btw mama tak beli apa2 pun utk diri sendiri. Just bought winter jacket for Z and papa jer.. Mama nk menabung untuk next 'Mummies Day Out' in January ;)

3. Z is sick again! (24/10/2013)
This was last weekend actually. Khamis. Masa mama sampai sekolah around 6.15pm camtu, Z tengah melalak sambil cikgu dia ambik temperature. GIGIL2 badan dia. Cikgu kata dia baru nak call mama, kejap tadi Z muntah. He was a bit off that afternoon but no temperature. Yvonne cuti this week, so Z macam rindu dekat Yvonne kot diorang kata.. (padehal sebab takde org layan Z la tu..) Anyway, mama terus ambik Z, badan tak panas, tapi melalak sampai gigil2. Risau giler mama masa tu.. Mama peluk jer Z sampai dia tenteram.. tu pun dalam 15 minits jugak la mama duduk jer tengah2 sekolah tu.. tak lama kemudia dia muntah lagi. Memang volatile vomitting. Terus temperature naik to 38.5. Sah dah! dah ler dah 3 hari Z tak poo poo. Call papa, dia on the way lagi, macam mana mama nak bawak g spital nih. Mama angkat jer, lagi Z melalak macam sakit sangat.. Nasib baik bila dah lepas muntah dia macam cool down sikit. Pakaikan jaket, then terus balik.

Malam ingatkan nak bawak pegi hospital, tapi dia dah tertido keletihan.. Kalau bawak pegi pun, bukannya diorang akan buat apa2 pun.. so kitorang plan untuk tunggu dan lihat, kalau dia muntah jer lagi sekali, memang kena bawak jugak la.. Alhamdulillah takde muntah2. Tengah malam tu dia poo poo. so ok la sikit kot..

Then Friday tu dia start cirit birit plak. tak frequent, but 3-4 kali jugak la that day. Tak pe la, at least boleh kosongkan bowel dia. we start the same regime as last time, bagi liquid (and fruit pureed) jer the whole day. Alhamdulillah hari sabtu dah ok sikit, dah boleh la main2 sikit. Temperature pun dah normal. Still soft poop, but not cirit.. Legaa mama.. Nasib baik bank holiday weekend, so lama sikit boleh look after him at home.

Anyhoo.... Last year it was during this time as well (November) when Z start muntah2 - tak teruk pada mulanya.. then it reappeared after 1-2 weeks. And then makin teruk. Until 2 months later, he has to undergone surgery. (No, we did not wait until 2 months baru bawak g hospital, we did bring him to countless GP visits and AnE 3 times between those period before they trust us that he had bowel obstruction!!!! kalau ingatkan memory taun lepas, rasa macam nak bakar jer hospital tu.. GGRRR!!!)

Ya Allah.. Risau betul la mama..  Kena make sure Z poopoo all the time la.. Will start him on lactulose soon.

So, itu jer lah update for the past few days. Busy gilos kat opis harini (macam biasa). Skip my lunch (mcm biasa jugak) but this time updating the blog ;)

4 comments:

  1. Z pun nak pasang body.
    tu kalau boh taring lagi macho :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la mama sepatutnya mekap2 sikit muka tu, baru nampak real..

      Delete
  2. Handsomenya zach pakai costume vampire!;)
    Hope everything will be fine for u kak!
    Hugss to both of u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aja..
      Vampire nih melalak jer lebih ;P

      Delete